TERKINI :

Tuesday, January 10, 2017

Naib Presiden AMANAH ziarah keluarga Tuan Ibrahim di Kg Batu Malai, Jerantut

JERANTUT: Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus bersama isteri, Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir telah mengadakan ziarah ke rumah ayahanda Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  pada jam 10.15 pagi 9 Januari 2017 lalu di Kg Batu Balai, Jerantut, Pahang.

Mereka disambut oleh Tuan Ibrahim. Ayandanya, Tuan Man Tuan Mat telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 tengahari, 8 Januari 2016 lalu akibat sakit tua. Turut bersama dalam ziarah itu ialah AJK AMANAH Pahang, Hj Nazarudin Zulkifli, Suriya Prumal, Ketua AMANAH Kawasan Kuala Krau, Hj Abdullah dan Setiausaha AMANAH Kawasan Jerantut, Sidik Mohd Noor.

Walaupun berlainan parti, ukhwah sesama insan tetap dijaga. Amanahdaily difahamkan, mereka saling bertanya khabar dan berbual dalam keadaan penuh mesra dalam pertemuan singkat berkenaan mengucapkan salam takziah kepada Tuan Ibrahim atas pemergian ayahandanya yang tercinta, Ahad lalu.

Fitnah siang hari terhadap Raja Bahrin kononnya “leka bersantai di Kota Raya London”


Sebuah portal berita internet, MyNewsHub telah mengeluarkan satu laporan berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mendakwa beliau “leka bersantai di Kota Raya London”.

Sambil membawa anak dan isterinya, Noryn Aziz, bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu, beliau kononnya masih boleh senyum ceria ketika ribuan penduduk di kawasannya sendiri berduka di pusat penempatan sementara”.

Namun dakwaan ini ternyata merupakan satu fitnah yang besar kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu telah turun padang membantu mangsa banjir sejak awal tahun baru lagi, segala perkembangan aktiviti beliau turut dimuatkan di dalam akaun media sosial milik beliau.

Raja Bahrin telah memulakan lawatan seawal 1 Januari lagi iaitu melawat sekolah yang terlibat banjir di sekitar Kuala Terengganu, disusuli dengan lawatan ke pusat perpindahan mangsa banjir di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu.

Ahli Parlimen AMANAH itu juga meneruskan aktiviti lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di dewan sivik Paka , Dungun pada 5 Januari dan turut melawat ke tempat perpindahan banjir di Kampung Durian Mentagau pada hari yang sama.

Pada 6 Januari, Raja Bahrin meneruskan lawatan ke Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu bagi menziarah dan memberi bantuan kepada mangsa banjir kawasan tersebut, diikuti pemberian bantuan banjir ke Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong.

Beliau turut menyampaikan bantuan banjir di Kampung Banggol Setar pada tarikh yang sama, disusuli lawatan dan pemberian bantuan mangsa banjir ke Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Pada 7 Januari 2017, Pengerusi Amanah Negeri Terengganu itu turut mengadakan lawatan dan turun sendiri memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang.

Bermula awal tahun 2017 sehingga tarikh artikel ini dikeluarkan, Raja Bahrin BERADA DI MALAYSIA semasa banjir berlaku dan melawat dan memberi bantuan kepada mangsa Banjir di 6 Daerah terlibat banjir di seluruh Negeri Terengganu.

Sebarang dakwaan dan tuduhan yang mendakwa beliau bercuti mewah dan mengabaikan mangsa banjir merupakan satu fitnah jahat untuk merosakkan reputasi beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Artikel yang telah disebar luas di media media sosial dan aplikasi komunikasi WhatApps sedikit sebanyak telah mencemarkan nama beliau dan portal terbabit wajar untuk membetulkan kembali tuduhan mereka serta mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap fitnah yang dikeluarkan.

>> Komentar bebas penulis politik Muammar Qhadafi I 10 Januari 2017

AMANAH tidak pernah tolak, tetapi RUU355 perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu

KUALA LUMPUR: Parti AMANAH tidak pernah menolak atau menentang usaha-usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini, malah untuk itu AMANAH telah memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.com

Katanya, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.

“Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” ujar beliau.

Salahuddin berkata, pendirian serta cadangan AMANAH berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.

AMANAH tegasnya, berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha pindaan tersebut.

Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak berkenaan turut sama menyertai himpunan itu.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai jemputan khas berkenaan, Salahuddin berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan sehingga menerima undangan tersebut secara rasmi.

“Kita (AMANAH) masih tunggu dulu hitam putih dari Pas dan lepas itu baru kita akan buat keputusan sama ada untuk hadir atau pun tidak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, jemputan akan dihantar kepada semua pihak, termasuk kepada seterusnya AMANAH dan DAP.

“Kita jemput semua,” katanya ketika ditanya wartawan selepas sidang media.

Beliau berkata proses jemputan akan dibuat seminggu dari sekarang, namun terpulang kepada mereka sama ada untuk menyertainya atau tidak.

Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan Pas


Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas.

Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat.

Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat."

Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk."

"Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya.

Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh.

"Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.

Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN.

"Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.

"Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi.

Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antaranya, Abdul Rahman Hashim yang menganggap pelbagai muslihat strategi pimpinan Pas sejak tujuh tahun lalu kini telah terdedah.

"Segala 'tembelang' busuknya strategi yang dimainkan oleh HH (Haji Hadi) dan konco-konconya sejak 2009 lagi telah terbongkar dan sampai sekarang tidak berani bersemuka dengan G18 mahupun menafikannya secara terbuka berdebat/wacana.

"Dengan sedikit habuan dunia dengan berbekalkan falasafah 'walak' yang ditanam kepada penyokong Pas ... memudahkan Dr Zuhdi memainkan peranan untuk mengucar-kacirkan Pakatan Pembangkang (PR) yang dibina semasa era TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Rahim pula menulis, "Allah hukum Abdul Hadi Awang kerana engkar arahan Rasul-Nya. Manusia bernama Abdul Hadi Awang dah celaka negeri Kelantan & Terengganu."

Pemerhatian Malaysia Dateline juga mendapati Harakahdaily tidak melaporkan sebarang berita berkaitan pelantikan Saifuddin bagi jawatan berkenaan.

AHLI PARLIMEN yang akan undi RUU355, bila nak panggil beri penerangan..?

MP yang akan undi Akta 355, bukan 300 ribu peserta himpunan Pas


Dr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah Syariah

Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas.

Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355.

"Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355.

"Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti," katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.

Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.

Menurut Siti Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain.

"Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain," katanya.

RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.

Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.

Siti Mariah telah mengemukakan satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada sesi belanjawan tahun lepas.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia menolak usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).

Peraturan itu menyebut, sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau hendak mendapat jawapan dalam perkara yang dimisalkan.

Sebelum ini Amanah menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan mengenai Akta 355 yang dipengerusikan oleh Siti Mariah.

MalaysiaDateline > http://malaysiadateline.com

Jangan salahkan pejabat zakat dalam isu kemiskinan, seru Amanah



Leman menguruskan ratusan pemohon bantuan kemiskinan di Pejabat Amanah Sik baru-baru ini.

Aktif dalam misi turun padang membantu masyarakat miskin tegar di Parlimen Sik, Amanah kawasan berkenaan menyeru orang ramai supaya tidak menyalahkan sepenuhnya pejabat zakat dalam isu membasmi kemiskinan.

Ketuanya, Sulaiman Ibrahim berkata, pejabat zakat bukanlah satu badan di bawah pengaruh mana-mana parti politik termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sebaliknya, beliau yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan itu menegaskan pejabat zakat mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan yang disalurkan terus dari pembayar zakat.

"Amanah Kawasan Sik memuji pengurusan Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan.

"Selama setahun lebih Amanah Sik ditubuhkan disini, pejabat zakat di Sik dan Amanah Kawasan Sik bekerjasama dengan baik bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya pejabat zakat gagal menangani kemiskinan, beliau berkata, tanggapan tersebut tidak benar kerana kepincangan urus tadbir yang baik adalah punca sebenar kemiskinan rakyat.

"Punca kemiskinan bukan masalah dari pihak zakat tetapi berpunca dari pemerintahan yang korup, tidak amanah, menyeleweng wang rakyat dan mengurustadbir ekonomi negara dengan tidak teratur.

"0.002% punca kemiskinan juga adalah berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri kerana terlibat dalam gejala negatif terutamanya suami sebagai ketua keluarga itu terlibat dalam pengambilan dadah," jelasnya.

Sehubungan itu, Leman mendesak kerajaan yang memerintah supaya bertindak memperbaiki ekonomi masyarakat bawahan dengan meningkatkan hasil pendapatan mereka melalui pertanian dan perindustrian rakyat melalui mekanisme yang tersusun.

"Amanah Kawasan Sik juga memuji Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak pantas dan cekap dalam menguruskan wang zakat yang disalurkan cuma harus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

"Pejabat Zakat Cawangan Sik juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Sik seandainya ada aduan aduan yang melibatkan rakyat miskin di sini," tambahnya lagi.

Dalam hal berkaitan, Pejabat Zakat Cawangan Sik pada Ogos tahun lalu meluluskan permohonan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM 1,500 kepada Noor Hidayah Abdullah, 20.

Kisah kemiskinan beliau yang ketika itu bakal penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp.

Pengurus Pejabat Zakat Cawangan Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz dilapor berkata, Bantuan Awal IPT yang disediakan adalah dari peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah sarjana muda dan ijazah kedoktoran.

Menurutnya lagi, orang ramai boleh mengakses borang permohonan dari laman web di www.zakatkedah.com dengan setiap permohonan yang cukup syarat akan menerima bantuan.

Apa signifikan Mohd Faiz Subri menang Anugerah Puskas FIFA?

Kemenangan Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA adalah sesuatu yang amat membanggakan kita seluruh Malaysia. Bukannya mudah untuk seorang pemain bola sepak Malaysia mendapat anugerah sebegitu di pentas dunia. Kita bangga!

Tapi harus juga kita ingat bahawa kemenangan Mohd Faiz mengalahkan dua lagi calon ialah kerana kelebihan undi dari kita rakyat Malaysia dan peminat-peminat bola sepak dunia. Undi kepada Faiz adalah penentu kemenangan beliau.

Sejak diumumkan dicalonkan untuk anugerah tersebut, pelbagai pihak berkempen agar kita semua mengundi jaringan Faiz. Alhamdulillah dengan kempen-kempen itu, Mohd Faiz berjaya mengatasi dua calon lain.

Begitu juga jika dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Majoriti kita rakyat Malaysia amat tertekan dengan situasi ekonomi negara.

Kenaikan kos sara hidup tidak menampakkan niat hendak turun, ditambah dengan tindakan kerajaan pimpinan Malaysia Official 1 menaikkan harga minyak, penangkapan beberapa penjawat awam atas isu rasuah dan salahguna kuasa, persaraan awal penjawat awam yang kecewa, nilai matawang tidak stabil dan lain-lain amat membimbangkan.

Tanggungjawab semua ini terletak pada MO1 dan Jemaah Menteri bersamanya. Semua tahu. Dunia tahu apa yang mereka lakukan.

Sekarang tugas kita bersama untuk pastikan MO1 dan partinya diturunkan dalam PRU14 nanti demi Malaysia.

Jika kita boleh menggerakkan rakyat untuk mengundi Mohd Faiz Subri di peringkat antarabangsa, kenapa tidak untuk kita menggerakkan undi menurunkan MO1 dan partinya nanti.

Kemenangan Mohd Faiz membuktikan kesepakatan, kesatuan dan kesungguhan akan menatijahkan kejayaan.

Ayuh, terus berjuang. Turunkan MO1 dan partinya dalam PRU14 nanti!

Zulhazmi Shariff
10012017
Depan IPD Dang Wangi
Kuala Lumpur

*** tengah boring tunggu client ni...

RAMALAN ANDA.. KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN 2017 NANTI..?

KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI?
Shahbudin Husin,

Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama.

Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.

Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut.

Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut.

Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura adalah negara-negara yang sudah tidak lagi dikunjungi Najib dan keluarganya, baik secara rasmi, bercuti mahu pun untuk membeli-belah sejak timbulnya isu 1MDB.

Maka, tidak mengejutkan jika Australia akan menjadi negara terbaru yang akan "dipulaukan" Najib selepas negara itu dilaporkan turut menyiasat 1MDB.

Lalu, ke mana lagi Najib mahu bercuti?

Mungkinkah ke China atau Kazashtan saja?

Tidak memeranjatkan kita jika Najib hanya memilih untuk bercuti di dalam negara saja pada hujung tahun nanti.

1MDB akhirnya membuatkan dunia ini semakin mengecil buat Najib.  (SH 10/01/2017).

Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas?

Sinar Harian


Pilihanraya - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai ‘bermimpi di siang hari’.

Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar.

“Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya.

“Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi.

“Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu.

“Disebabkan itulah orang Melayu sendiri harus bijak membuat pilihan supaya tidak memilih pemimpin yang tidak mesra Melayu dan akhirnya diri sendiri yang rugi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa BN boleh menggunakan situasi ini untuk mengukuhkan lagi parti mereka.

“Gunakan peluang yang ada ini untuk mengukuhkan parti untuk memenangi PRU14 nanti, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul di antara parti pembangkang,” katanya lagi.
 

Jaringan "langgar hukum fizik" dari Faiz Subri menawan dunia

KEJAYAAN Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 menjadi penanda aras baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di persada antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama, berkata kejayaan itu membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di pentas bola sepak dunia.

"Kejayaan ini bukan sahaja buat dirinya namun ia penting bagi pemain lain meletakkan sasaran pencapaian peribadi mereka dalam bola sepak. Saya percaya sedikit sebanyak, ia akan memberi kesan positif kepada pemain lain," katanya.

Beliau berkata pengiktirafan terhadap jaringan penyerang Pulau Pinang itu sebagai gol tercantik di dunia sepanjang 2016 oleh FIFA di majlis anugerah berkenaan di Zurich, Switzerland pada Isnin, ternyata sesuatu yang luar biasa dalam arena bola sepak Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara.

Pencapaian Mohd Faiz itu membuktikan pemain tempatan adalah setanding dan boleh 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan pemain handalan dunia.

Bagaimanapun, bakat pemain tempatan masih perlu diasah bagi melahirkan pemain kelas dunia pula, kata Hamidin.

Pada awalnya, beliau berkata sama ada Mohd Faiz berjaya atau tidak meraih anugerah tersebut bukan persoalan utama kerana namanya yang disenarai pendek dalam pencalonan tiga jaringan tercantik di dunia pun sudah cukup membanggakan peminat tanah air.

Dua lagi calon ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

"Tahniah saya ucapkan kepada Mohd Faiz daripada pihak FAM dan peminat bola sepak negara. Kemenangannya membuatkan seluruh dunia membuka mata dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia," katanya.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Sepakan melencong masuk ke gawang lawan itu membolehkan beliau bersaing dengan sembilan pemain lain pada peringkat awal, termasuk Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil untuk anugerah itu.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - Bernama

NST akui siar kenyataan tak berasas berkaitan Anwar

Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataannya dalam dua artikel di New Straits Times (NST) beberapa tahun lalu.

NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar.

Tulisan-tulisan itu dikatakan mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.

Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Tan Guat Cheng dan Kenail Singh. NST pula diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir.

Diketuai Sangeet Kaur Deo, pasukan Anwar pula dianggotai Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.

Persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Sebelum itu berlangsung rundingan dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.

Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...