TERKINI :

Monday, January 9, 2017

NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......

Shahbudin Husin,

Najib Razak akhirnya tidak mampu lagi terus berdiam diri berhubung tangkapan demi tangkapan oleh SPRM sejak kebelakangan ini dengan mengingatkan penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat serta menjauhi gejala rasuah.

"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Itu rakyat yang punya.

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," kata Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan JPM pagi tadi.

Hehehehe...macam-macam tafsiran kedengaran bila Najib berkata demikian. 

Daripada orang besar-besar hingga penyepak kertas di kaki lima, semuanya hanya mampu senyum-senyum sambil mencebikkan bibir saja mendengarnya.

Ada yang memberi dua kerat pantun, "Mengata dulang paku serpih, diri sendiri lagi lebih" sebagai respon kepada kata-kata Najib itu.

Ada pula yang mengatakan Najib "telah menepuk dulang air sehingga basah memercik ke mukanya sendiri" bila mengingatkan penjawat awam menjauhi rasuah dan jangan mengambil hak rakyat.

Siapa penjawat awam?

Bukankah anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada ahli kabinet juga merupakan mereka yang bertanggungjawab dan berperanan kepada orang awam?

Bahkan oleh kerana kuasa yang lebih besar yang ada pada anggota pentadbitan kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam  perkara-perkara tertentu yang melibatkan dasar, program dan tender-tender besar, keutamaan menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat itu sebenarnya jauh lebih mustahak lagi bagi mereka.

Penjawat awam pula hanyalah menjadi penyampai atau pelaksana kepada dasar-dasar  yang dilaksanakan itu.

Bermakna, dari segi tanggungjawab kepada orang awam atau rakyat dalam menjauhi rasuah serta tidak mengambil hak rakyat, kedua-duanya iaitu anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan biasa yang di bawah JPA, mempunyai tanggungjawab dan keutamaan yang sama untuk sama-sama mengelakkan diri daripada rasuah dan mengambil hak rakyat.

Kenapa hanya penjawat awam saja yang diberi ingatan, tetapi tidak kepada orang-orang politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan?

Apakah orang politik begitu suci dan bersih?

Dalam kes SRC International yang melibatkan mengalirnya wang RM42 juga ke akaun peribadi Najib misalnya, di mana beliau sendiri mengaku menerimanya tetapi mengatakan tidak tahu ia datang daripada syarikat tersebut, di mana hak rakyat telah diambil dalam perkara tersebut?

Tidakkah wang RM42 juta itu dikaitkan dengan pinjaman dana RM4 bilion daripada KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen yang diperolehi oleh SRC International melalui peranan yang dimainkan oleh Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB?

Kalau penerima tidak diambil tindakan, bagaimana dengan pemberinya sedangkan ia melibatkan wang terkumpul orang-orang pencen yang boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara lebih besar dan berfaedah?

Sesuai dengan peringatan Najib agar "menjauhi rasuah dan jangan ambil hak rakyat" itu, tetapi kenapa sehingga ini dua Pengarah SRC International, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin masih menghilangkan diri dan seolah-olah dilindungi?

Lagi pula, jika Najib mengatakan beliau tidak tahu wang yang diterimanya itu berpunca daripada SRC International dan menyangka ia adalah sebahagian daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya daripada kerabat Diraja Arab, hujah itu seharusnya diadili oleh mahkamah, bukan di meja Peguam Negara?

Tidak hairanlah jika Bahri Mohd Zin, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM lebih sanggup bersara awal daripada terus menanggung dosa kepada 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri,saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat." 

Maka, kata-kata Najib pagi tadi sebenarnya langsung tidak bererti apa-apa. (SH 09/011/2017).

Apabila Nik Amar pening dan bercakap tanpa asas sebenar mengenai kerjasama AMANAH-UMNO di Kelantan

KERJASAMA AMANAH-UMNO DI KELANTAN, BUKTI MOHD AMAR "PENING" BERCAKAP TANPA ASAS SEBENAR

AMANAH Kelantan menyelar tuduhan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan UmnoBN bagi menumbangkan Kerajaan PAS di negeri itu pada PRU14 tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad, tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencerminkan pemimpin berkenaan ‘pening’ dalam mentafsir situasi sebenar politik di Kelantan.

“Bagi saya cakap-cakap Mohd Amar itu macam sudah pening dalam politik, dia cakap tanpa asas. Politik satu persepsi dan apa-apa tanggapan yang kita buat mesti ada asas.

“Jadi Mohd Amar sebut AMANAH dilihat bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan PAS, apa asas kepada tuduhan beliau. Kita sendiri melihat PAS dengan jelas dalam banyak sudut bekerjasama dengan Umno,” katanya kepada Antarapos, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, kononnya AMANAH mungkin akan menjalinkan hubungan dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1978.

Dakwaan Mohd Amar itu dibuat berasaskan peristiwa di mana Umno bekerjasama dengan parti serpihan PAS, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978 untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Tambah Ustaz Che Ibrahim, adalah mustahil akan wujud kerjasama tersebut memandangkan AMANAH ujarnya, begitu bersungguh-sungguh mahu menumbangkan Kerajaan BN dengan menyertai Pakatan Harapan.

“PAS sudah ‘maru’ (pening politik). Dia (Mohd Amar) tidak tahu apa-apa pun. Dia bercakap tidak tahu apa. Di saat kita Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh menentang Barisan Nasional (BN).

“Dalam masa yang sama Pas dilihat acap kali bersama dengan Umno dalam RUU355, dalam isu Rohingya dan di Parlimen Pas berkali-kali berkecuali dalam setiap isu yang dibawa oleh Umno, tiba-tiba kita parti pembangkang yang dituduh bersama Umno-BN,” katanya lagi.

Pas kini sedang dalam proses untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan mencadangkan pindaan terhadap Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang dibawa oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sekiranya diluluskan di Parlimen, kerajaan Umno-BN akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 daripada Hadi.

“Ceramah dan program Pas akhir-akhir ini dilihat tidak lagi menentang Umno termasuklah secara rasmi di Dewan Rakyat seumpamanya. Pas tidak lagi begitu bersikap keras dengan Umno.

“Tiba-tiba kita (AMANAH) yang sering bersikap keras dengan Umno pula dituduh untuk bersama dengan Umno. Jadi bagi saya, itu satu bacaan politik yang tidak ada asasnya,” ulas Ustaz Che Ibrahim. - Amanahdaily.com

MCA tetap tolak Himpunan 355, Gerakan sokong DBKL larang guna Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, menegaskan parti itu akan menghadiri Himpunan 355 yang dianjurkan oleh Pas pada 18 Februari depan dan keputusan itu senada dengan pendirian MCA selama ini yang menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita tidak akan menghadiri (perhimpunan Pas). Malah kita menyeru supaya tidak diadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menimbulkan masalah di antara agama,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Chew yang ditanya sama ada MCA telah bermesyuarat sebelum memutuskan perkara berkenaan berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tak perlu kita bermesyuarat kerana ini adalah pendirian kita, bahawa tidak akan menyokong apa yang dicadangkan oleh Pas,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Biro Undang-Undang Pemuda Gerakan, Chai Ko Thing mengalu-alukan keputusan DBKL melarang Pas daripada mengadakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka.

Ko Thing berkata, walaupun Gerakan menghormati hak untuk berhimpun secara bebas, adalah tidak sesuai apabila Pas memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

“Pas merancang untuk mengadakan perhimpunan besar dan lain-lain himpunan yang seakan-akan sama dengan Bersih, ia boleh menyebabkan gangguan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, motif di sebalik perhimpunan itu adalah ‘sangat mencurigakan’ kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan ke atas pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Ko Thing menambah bahawa memandangkan kerajaan akan mengambil alih perkara ini masa akan datang, tiada sebab untuk PAS mengadakan perhimpunan mega tersebut untuk mempamerkan kekuatannya.

Terdahulu, Pas telah mengumumkan akan menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari depan sebagai satu lagi usaha memberi penerangan bersabit cadangan pindaan RUU 355, yang telah melalui dua kali penangguhan di Parlimen.

Cadangan pindaan tersebut menurut Pas adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tujuan penganjuran himpunan itu juga adalah untuk ‘memurnikan suasana’ ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju terhadap langkah itu.

Himpunan yang turut dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis itu turut menjemput kehadiran parti-parti politik termasuk DAP, AMANAH dan parti-parti komponen dalam BN.

MCA sebelum ini lantang menolak RUU 355 dengan memberi alasan ia bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya.

Mereka juga menyatakan kebimbangan masyarakat Cina bahawa cadangan Pas itu sebagai usaha untuk melaksanakan hudud di negara ini yang akhirnya akan menyebabkan sistem perundangan Malaysia akan terbahagi kepada dua. (Amanahdaily.com)

Demi Melayu, Berjasa enggan lawan di kerusi Umno

OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
Published: January 8, 2017 04:44 PM GMT+8


Timbalan presiden Berjasa Datuk Hasyim Karim semasa sidang media di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2017. — Foto oleh Mohd Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 8 Jan— Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi yang ditandingi Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan presiden kepada parti rakan sekutu PAS itu berkata dasar terbabit merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan dominasi kaum Melayu dalam politik.

“Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur,” kata Datuk Hasyim Karim kepada Malay Mail Online.

“Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal.”

Berjasa pada September tahun lalu menyertai PAS dan Ikatan membentuk blok ketiga pembangkang untuk berdepan PRU14.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/demi-melayu-berjasa-enggan-lawan-di-kerusi-umno#sthash.SKEfLmws.dpuf

PRU14: Berjasa Umum Tanding 50 Kerusi Di Kawasan Majoriti Melayu Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya, Brigader Jeneral (B) Datuk Hashim Karim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan suara majoriti Islam berada di Parlimen dan ia adalah tanggungjawab parti itu untuk rakyat.

Bagaimanapun katanya, Berjasa hanya akan bertanding di kawasan majoriti Melayu Islam tetapi ketika ini dipegang oleh ahli Parlimen bukan Islam.

“Makna kata, Berjasa tidak akan bertanding di kawasan yang ada calon Melayu.

“Jika Barisan Nasional, PAS, hantar calon Melayu, kita tidak akan bertanding di kawasan itu, sebaliknya kalau DAP, MCA, MIC hantar calon di kawasan majoriti Islam, kita akan hantar calon di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Putra hari ini.

Ditanya mengenai Parlimen dan DUN yang akan dipilih kelak Hashim berkata, setakat ini pihaknya telah membuat senarai pendek kawasan yang menjadi fokus utama.

“Jika dalam PRU13 hanya 9 kawasan dipilih, sekarang kita jauh ke depan, kita bertanding 50 kawasan.

“Antaranya di negeri Selangor, Johor, Perak dan beberapanegeri ini, yang pasti kita tidak akan bertanding di Kelantan dan Terengganu,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas samada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) turut bertanding dalam PRU14 Hashim berkata, semua itu dalam perbincangan.

“Ketika PRU13 pun, mereka bertanding sebagai ahli Berjasa, jadi untuk akan datang, berapa kerusi yang dipertandingkan, kita akan adakan perbincangan,” katanya.

Mengulas lanjut Hashim berkata, keputusan Berjasa untuk bertanding di kawasan majoriti Islam ini bukan untuk bersikap rasis.

“Apa yang dilakukan demi kepentingan bangsa. Suka tidak suka setiap bangsa pasti akan mempertahankan bangsa masing-masing.

“Kita mahu pertahankan kuasa politik orang Melayu. Apa lagi yang tinggal selain kuasa politikk? Kalau yang tu hancur, kita akan hilang terus kuasa,” katanya.

APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?

Shahbudin Husin, 

Setiap hari ada saja tangkapan berkaitan rasuah berlaku di negara kita dengan jumlah wang tunai, barang kemas, beg tangan atau simpanan di bank yang dirampas agak memeranjatkan kita semua.

Tetapi, daripada tangkapan melibatkan pegawai rendah sehinggalah kepada seorang Ketua Setiausaha baru-baru ini, malangnya kita masih belum mendengar ulasan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua negara mengenainya.

Ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan SPRM, Najib sebaliknya lebih teruja memperkatakan mengenai Leo, kucing baru yang dimilikinya.

Di Thailand, negara tetangga kita, mereka kini sedang dalam proses menguatkuasakan hukuman mati bagi penjawat awam yang didapati bersalah kerana rasuah.

Cadangan yang dijangka akan diputuskan esok itu adalah sebagai langkah mengekang gejala rasuah di kalangan penjawat awam yang semakin membimbangkan.

Di negara kita, melihat kepada trend tangkapan demi tangkapan melibatkan penjawat awam kebelakangan ini, termasuk yang tidak didakwa, tetapi menjadi perbualan umum mengenai kesahihannya, rasanya ramai yang mulai bersetuju agar hukuman lebih berat sehingga dihukum mati, sepatutnya turut dijatuhkan bagi kesalahan rasuah berat.

Hukuman denda dan penjara jelas tidak lagi menakutkan bagi pelaku rasuah yang semakin tamak dan haloba. Untuk itu, negara kita juga seharusnya melangkah ke arah hukuman mati sebagai pengubat kepada rasuah yang boleh menghancurkan negara itu.

Apa kata jika Najib yang selama ini hanya berdiam diri mengenai rasuah, menjadi yang pertama menyokong langkah Thailand itu sambil menimbang untuk melaksanakannya juga di negara kita? 

Saya akan menjadi yang pertama juga memuji Najib jika beliau berani melakukannya. (SH 08/01/2017).

Apa hukum jika tak hadir himpunan raksasa menyokong RUU355 nanti?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,

Apa hukum orang Pas yg tak hadir himpunan sokong RUU 355 18 Feb akan datang?

Apa hukum Datuk Bandar KL yg tak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan utk berhimpun?

Apa hukum orang yg dijemput hadir tapi tak hadir?

Jika mereka tidak hadir, dimanakah mereka akan dikebumikan jika mati?

Abu As Siddiq : 7 Alasan kenapa Hj. Hadi tidak layak menjadi PM

Menjawab dengan alasan kenapa 7 Kelebihan Jika Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Jadi PM Malaysia perlu disanggah. (Nota yang dihitamkan)

1. TGHH andai menjadi PM adalah individu yg pertama yg jadi PM yg boleh jadi Imam solat. (Pasti kita akan tengok live solat Jumaat yg diimamkan oleh PM.

*NOTA:* DSAI & TS Muhyiddin antara Pemimpin politik yg mendahului Pemimpin lain dalam mengimamkan solat termasuk solat Jumaat.

2. TGHH fasih berbahasa Arab dan punya pengaruh yang baik dikalangan negara rantau Arab. (Contohnya kes Perang Teluk dahulu sehingga Saddam memanggil TGHH untuk meminta buah fikiran beliau dan terbaru krisis Syria peranan beliau diakui Kerajaan Turki). Ini boleh menarik para pelabur di sana bg datang melabur ke negara kita. Umum mengetahui negara-negara di barat menerima pelaburan yang sangat tinggi dari negara benua Arab.

*NOTA:* DSAI lebih dikenali oleh Pemimpin Timur Tengah dan boleh berbahasa Arab (kurang petah) walaupun terpaksa mengunakan jurubahasa. Memadai untuk seorang pemimpin. Apa yg penting idea dan matlamat penyatuan mengelakan konflek etnik dan agama masyarakat antarabangsa.

3. Ketika menjadi MB negeri Terengganu beliau adalah MB yg sukar ditumbangkan. Beliau tidak pernah memiliki sebarang rekod rasuah. (Sehingga UMNO terpaksa menggunakan pengundi luar atau pengundi hantu utk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu sebagaimana yg pernah didedah oleh Datuk Husam Musa). Bahkan Tun Mahathir atas nasihat beberapa Tokoh UMNO Terengganu terpaksa menarik royalti minyak untuk mensabotaj pentadbiran beliau. Tetapi dengan hasil lain seperti keuntungan berganda TDM itu telah melonjakkan imej kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS.

*NOTA:* Sbb utama kerajaan pas Terengganu bertahan hanya setahun. Berharap apa yg telah ada di Terengganu. Tidak ada idea ekonomi utk rakyat. Mengasingkan rakyat yg tidak menyokong pas. Angkuh dalam pentadbiran.

4. Kehidupan beliau yang sangat sederhana menjadi bukti bahawa beliau pemimpin rakyat dan bukan pemimpin beberapa kerat. Lihat sahaja teratak kayu beliau di sebelah Masjid Rusila Marang.

*NOTA:* Akhlak ATGNA dan ATGFN tidak menjadi tauladan kepada TGHA. Sehingga sering bertukar kenderaan mewah. Termasuk anak menantu beliau serta orang2 kanan. Kepercayaan kpd wala' un sekeliling beliau telah merialisasi apa yg rakyat lihat sekarang ini.

Punca pengecai "list nama pilihan ulama" dalam Muktamar di Kuala Selangor. Hasilnya Parti Amanah. Beliau tidak menghormati keputusan jemaah dlm pas apatah lagi jemaah pakatan rakyat.

Teratak kayu dari luar dalaman istimewa termasuk kereta mewah peribadi termasuk keluarga. Jauh dari akhlak ATGNA & ATGFN.

5. Hubungan baik beliau dengan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia akan menjadikan pentadbiran kerajaan lebih baik kerana Malaysia adalah negara Beraja yang bersistemkan Demokrasi Berparlimen.

*NOTA:* Hubungan baik terhadap ketua negara/negeri yakni Raja2 bukan alasan pentadbiran baik. Apa yg penting seseorang Pemimpin negara/negeri bijak berbelanja, cerdik cari wang tidak rasuah tidak mkn dedak dan senang didekati rakyat.

6. Corak kepemimpinan beliau yang tegas pada prinsip menjadikan beliau PM yang tak boleh dijual beli oleh mana-mana pihak. Ini terbukti terhadap ketegasan beliau terhadap parti DAP dalam pelbagai isu, termasuk isu Dokumen Negara Islam, Kes MB Selangor dan buku Hadarah Islamiyyah.

*NOTA:* Wala' terhadap perjuangan dan parti sangat bahaya jika pemimpin sangat berkuasa. Penyelewengan mudah berlaku seperti mana perdana menteri sekarang.

Keputusan jemaah adalah yg terbaik malah ianya saranan dalam Islam.

7. Faktor yang paling kuat juga ialah kerana beliau adalah Presiden sebuah parti yang mewakili sejuta ahli dan mula menerima sokongan pengundi Melayu Islam dari pelbagai parti yang lain hatta UMNO sekalipun. Dengan kempen politik matang dan sejahtera banyak pengundi UMNO dilihat mula meninggalkan sokongan kepada Najib dan memilih beliau. Parti PKR yang agak akrab dan mesra DAP dilihat kini sedang berpecah, Parti Bersatu terpalit pelbagai skandal walau masih baru dan PAN yg dilihat terlemah menerusi siri kempen mereka (melalui jumlah kehadiran) walau dibarisi oleh bekas-bekas pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan.

*NOTA:* Satu lagi pembohongan pas bila mana cuba menyembunyikan kerjasama erat pas umno. Kononnya ianya adalah politik bijak.

Hakikat sebenar sejuta ahli.kini telah berkurang, tiada permohonan baru. Demikian juga umno. Dua parti zaman dinasour penjajah ini tidak lagi relevance kpd rakyat.

Tuduhan terbabit skandal oleh pemimpin Amanah adalah satu lagi pembohongan seorang ustaz pas ini yg kononnya mereka pas lebih suci. Sehingga saman terhadap WSJ & SR masih tak mampu dirialisasikan krn tuduhan dedak 90 juta.

Pas sebenar telah hilang arah dan hanya menunggu tercipta sejarah kejatuhan di zaman Tgha ini.

Bangsa cina dan India telah pun hilang kepercayaan kpd pas. Sejarah menang paling bnyk kerusi pada pru13 iaitu 23 kerusi tidak mungkin tercapai lagi tanpa kerjasama pakatan harapan. Umno secara total memang sentiasa cari peluang memecah belahkan pembangkang. Lihat saja RUU355 hanya ritorik semata akhirnya umno mengambil alih atas nama kerajaan. Pas wajib tertipu lagi ketika peringatan ATGNA tidak diindah oleh tgha.

Oleh : Ust Abi Ahmad

Nota: Oleh Abu As Siddiq





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...