TERKINI :

Saturday, January 7, 2017

BEG BERISI RM1JUTA, MENGAPA JAMAL TAK LAPOR POLIS?

Shahbudin Husin,

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus yang sebelum ini menjadi bahan ketawa kerana aksinya bertuala ketika pergi ke pejabat SUK Selangor di Shah Alam, kini membuat satu lagi kejutan.

Jamal yang selepas itu menyerbu beberapa pusat judi di sekitar Ampang dengan memakai jubah pula, kali ini mendakwa beliau telah dicampakkan dengan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta.

Menurut Jamal, beliau percaya perbuatan itu adalah percubaan untuk membelinya berikutan tindakannya menyerbut pusat-pusat judi sebelum ini.

Bagaimanapun, Jamal dilaporkan mencampakkan kembali beg tersebut kepada orang yang mencampakkannya itu.

Wowwww....hebatnya...campak dibalas dengan campak.

Tetapi, kenapa tiada sekeping gambar atau video pun berkaitan aksi campak-mencampak beg itu?

Mencampak air kepada seorang perempuan yang mahu menghantar air ke rumahnya pun bersepah-sepah pengikut Jamal merakam gambarnya, kenapa aksi dicampak dan mencampak beg berisi wang RM1 juta langsung tidak dirakam?

Gambar begnya pun takkan tiada juga?

Selain itu, kenapa Jamal tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya hanya memilih untuk menulisnya di Facebook?

Sebelum ini, sikit-sikit buat laporan polis, tetapi kenapa kali ini Jamal atau kawan-kawannya tidak membuat laporan polis tentang perbuatan yang terang-terang suatu kesalahan dan cuba merasuahnya? (SH 07/01/2017).

Jho Low dengan skandal 1MDB bersuka ria, kita rakyat Malaysia bayar hutang beribu juta

JHO LOW DENGAN SKANDAL 1MDB BERSUKA-SUKA MANAKALA NEGARA MALAYSIA YG JADI HINA & BERHUTANG BERIBU JUTA, ANAK DAN CUCU KITA MENJADI MANGSA!

oleh A Kadir Jasin

APA yg membezakan Malaysia dengan banyak negara bekas tanah jajahan di segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan ialah kita memulakan proses perindustrian awal.

Masa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 industri yg ada hanyalah memproses bahan-bahan mentah untuk eksport macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.

Segala barang keperluan pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport, khususnya dari England, United Kingdom atau drpd  “empire” iaitu tanah-tanah jajahan Inggeris seperti Hong Kong & India yg sudah ada industri.

Kita memulakan proses perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.

Itulah asal usul bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh pelaburan drpd negara2 Eropah yg lain dan paling ketara drpd Jepun.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.

Kerajaan telah mula menjual industri strategik yg kita bina sendiri kpd orang asing dan sejak setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak & digadai kpd orang asing.

Skandal penipuan 1MDB terus merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.

Pada awal bulan ini, akhbar Financial Times melaporkan yg 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.

1MDB berhutang kpd syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) tp tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan tak untung. Rugi ada.

IPIC telah kemuka saman ke atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. 2 orang pegawai IPIC yg subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi.

Duit sendiri memang tak ada. Bukan saja berniaga tak untung tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yg sedang siasat pengalihan duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap.

Skandal 1MDB bukan saja memalukan negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan dapati bersalah beberapa orang yg jadi orang tengah mencuri dan menggelapkan duit 1MDB.

Tapi Peguam Negara Malaysia Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.

Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yg direka oleh seorang Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho @ lebih dikenali sebagai Jho Low.

Kalau dia berniaga atas angin bersendirian itu hak dialah. Di negara kita ada macam-macam skim perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya raya dan dibagi gelaran ‘datuk’ oleh Raja Melayu.

Tapi dalam hal 1MDB ini ia babitkan kerajaan Malaysia  (ertinya kita semua) melalui Kementerian Kewangan. 1MDB adalah anak syarikat Kem. Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion jadi hutang kita semua.

Secara teknikal Malaysia dah “insolvent” @ tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat hutang 1MDB.

Jho Low sudah lama cabut dari Malaysia. Dia dan konco-konco yg termasuk anak tiri PM Najib Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.

Ikut taksiran Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low & gengnya, termasuk Riza Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) duit yg dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja.

Sekarang, akibat perbuatan kaki putar Cina P.Pinang yg berupa sahabat akrab keluarga Najib itu, negara kita terpaksa minta sedekah kpd China.

Umno takut-takutkan orang Melayu terhadap DAP tp yg menipu kita semua adalah Cina kawan PM sendiri.

Kita tahu negara komunis China tak akan bantu 1MDB @ kerajaan Malaysia cara percuma @ sukarela. Mesti ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quit pro quo. Dalam bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau.

China akan bantu pasal sudah pun dibagi kontrak dan projek beratus bilion ringgit oleh kerajaan Najib macam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur berharga RM55 bilion, pembelian 10 buah kapal peronda persisiran berharga RM300 juta tiap satu, Projek Bandar Malaysia di atas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan kilang penjana elektrik.

Dalam masa tak sampai 10 tahun, China muncul sebagai pelabur, pemaju hartanah dan kontraktor asing yg paling agresif dan dapat layanan istimewa di Malaysia sampai jejaskan kedudukan pemaju tempatan.

Pada 22 November lepas agensi berita ekonomi antarabangsa Bloomberg siar rencana berkenaan “bandar raya China” bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) yg sedang dibina di Johor.

Antara lain berita itu kata, pemaju dari China yakin Johor Bahru yg dekat dengan Singapura akan jadi Shenzhen baru. Shenzhen ni adalah bandar raya baharu di tanah besar China ke utara Hong Kong.

Ungkapan “the next Shenzhen” @ Shenzhen baharu itu sangat menarik. Tapi kalau kita faham sangat menakutkan. Johor Bahru akan jadi Shenzhen baharu sebab kebanyakan harta yg sedang dimajukan di situ ditujukan khas kpd pembeli dari China dan Singapura.

China banyak duit & selera pelabur China sangat besar. Menurut Bloomberg, projek yg akan jadi “Shenzhen baharu” itu dikenali sebagai Forest City dan mampu tempatkan 700,000 penduduk. Pembinaan bermula Februari lalu dan 8,000 unit apartmen dah dijual.

Ia adalah projek terbesar di antara kira-kira 60 projek di Iskandar Malaysia yg semuanya akan menambah setengah juta kediaman yg ditujukan kpd pembeli luar negara, khususnya dari China & Singapura.

Kalau kita tak jaga-jaga dan kita biar orang tamak bermaharajalela, boleh jadi kita akan alami masalah kependudukan dan percanggahan budaya yg sangat besar.

Sekarang pun sudah ramai rakyat tempatan, khususnya Bumiputera & bukan Bumiputera miskin, dah terpinggir dan tertindas akibat persaingan drpd pendatang Singapura yg lebih kaya.

Sebaliknya rakyat jelata kita yg ada kemampuan tak berminat dengan harta di “next Shenzhen” sebab mereka dah ada rumah di Australia, New Zealand, England, Amerika Syarikat dan Kanada @ sedang berkira-kira berhijrah ke luar negara.

Kita juga tak boleh pandang ringan kemungkinan negara kita, khususnya Johor, dibanjiri pemastautin asing yg beza bahasa dan budaya dengan kita @ yg tak hormati kepelbagaian kaum kita.

Sifat tamak dan gila duit orang kita yg berkuasa boleh sebabkan negara dijajah semula melalui pemilikan ekonomi dan pemberian hutang. Akhirnya kita terpaksa hantar “bunga emas” kpd China macam raja-raja kita buat pada zaman dulu kala.

Inilah bencana yg sedang timpa kita akibat sabotaj ekonomi dalam bentuk 1MDB.

Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP tp di belakang mereka, kerajaan yg Umno pimpin dah ditipu oleh Cina Jho Low kawan keluarga Najib.

Banyak tanah dan harta pusaka dah dijual-gadai kpd negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yg Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB.

Dia curi duit untuk bersuka-suka, negara kita yg jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yg kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.

Inikah wasatiyyah?

*Datuk A Kadir Jasin adalah tokoh wartawan negara. Artikel ini pertama kali disiarkan di blog beliau.

SYAHIDULAMRI : Kepada YB PAS ADUN BANGI, sila kemukakan fakta dan data untuk menyanggah penulisan buku saya ini

Jawapan Berkenaan Komen YB Shafie Ngah (Tim. Speaker DUN Selangor) terhadap buku 'Perpuakan Pas'.

Terima Kasih saya ucapkan kepada YB Shafie Ngah (ADUN Bangi) kerana sudi membaca penulisan saya. Untuk pengetahuan YB, penulisan saya masih selari dengan penulisan akademik iaitu harus bersandarkan fakta.

Saya menggunakan rujukan akhbar dan media elektronik kerana skop kajian saya agak terkini. Semasa kajian ini dijalankan sumber rujukan adalah amat terhad dan kebanyakannya bergantung kepada sumber sekunder.

Saya juga berbuat demikian adalah berdasarkan nasihat daripada penyelia kerana kajian ini hanyalah bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dan in shaa Allah akan saya kembangkan lagi di peringkat seterusnya.

Sejujurnya saya agak terkejut apabila YB mempertikaikan tentang fakta yang saya gunakan. Saya membuat beberapa semakan kembali sejarah berkaitan Pas dan tiada sebarang rekod ditemui berkenaan UFN putuskan hubungan dengan KeADILan dan DAP.

UFN dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 1999 selepas Pas berjaya memperoleh 27 kerusi Dewan Rakyat dan tiada sebarang fakta yang menunjukkan  kemenangan Pas pada waktu itu disebabkan kesan positif putusnya hubungan dengan KeADILan dan DAP.

Malahan, pada waktu itu, Barisan Alternatif (Pas, Dap, KeADILan dan PRM) berada pada tahap paling kuat dan utuh dalam sejarahnya. Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik YB untuk kemukakan fakta berkaitan isu fakta di atas.

Berkaitan dengan kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004, saya tidak temui sebarang fakta yang menyatakan bahawa SPR membawa pengundi ke Terengganu.

Saya ingin berkongsikan sedikit maklumat yang tidak  pernah dinyatakan dalam penulisan saya sebelum ini yang mana kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004 disebabkan oleh TGHH tidak menerima pakai nasihat Almarhum TGNA iaitu berkaitan isu Tabika KEMAS (Sumber: Almarhum Dato Haji Omar Mohamad, Ketua Penerangan Pas Pusat 1999-2001). Selain itu, terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan kalahnya Pas pada waktu itu sama ada di Terengganu dan seluruh negara.

SYAHIDULAMRI KHAIRUDDIN
BACHOK
5.1.2017

Fb Dewan Pemuda Pas Kedah : 7 Kelebihan Jika Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Jadi PM Malaysia

1. TGHH andai menjadi PM adalah individu yg pertama yg jadi PM yg boleh jadi Imam solat. (Pasti kita akan tengok live solat Jumaat yg diimamkan oleh PM.

2. TGHH fasih berbahasa Arab dan punya pengaruh yang baik dikalangan negara rantau Arab. (Contohnya kes Perang Teluk dahulu sehingga Saddam memanggil TGHH untuk meminta buah fikiran beliau dan terbaru krisis Syria peranan beliau diakui Kerajaan Turki). Ini boleh menarik para pelabur di sana bg datang melabur ke negara kita. Umum mengetahui negara-negara di barat menerima pelaburan yang sangat tinggi dari negara benua Arab.

3. Ketika menjadi MB negeri Terengganu beliau adalah MB yg sukar ditumbangkan. Beliau tidak pernah memiliki sebarang rekod rasuah. (Sehingga UMNO terpaksa menggunakan pengundi luar atau pengundi hantu utk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu sebagaimana yg pernah didedah oleh Datuk Husam Musa). Bahkan Tun Mahathir atas nasihat beberapa Tokoh UMNO Terengganu terpaksa menarik royalti minyak untuk mensabotaj pentadbiran beliau. Tetapi dengan hasil lain seperti keuntungan berganda TDM itu telah melonjakkan imej kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS.

4. Kehidupan beliau yang sangat sederhana menjadi bukti bahawa beliau pemimpin rakyat dan bukan pemimpin beberapa kerat. Lihat sahaja teratak kayu beliau di sebelah Masjid Rusila Marang.

5. Hubungan baik beliau dengan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia akan menjadikan pentadbiran kerajaan lebih baik kerana Malaysia adalah negara Beraja yang bersistemkan Demokrasi Berparlimen.

6. Corak kepemimpinan beliau yang tegas pada prinsip menjadikan beliau PM yang tak boleh dijual beli oleh mana-mana pihak. Ini terbukti terhadap ketegasan beliau terhadap parti DAP dalam pelbagai isu, termasuk isu Dokumen Negara Islam, Kes MB Selangor dan buku Hadarah Islamiyyah.

7. Faktor yang paling kuat juga ialah kerana beliau adalah Presiden sebuah parti yang mewakili sejuta ahli dan mula menerima sokongan pengundi Melayu Islam dari pelbagai parti yang lain hatta UMNO sekalipun. Dengan kempen politik matang dan sejahtera banyak pengundi UMNO dilihat mula meninggalkan sokongan kepada Najib dan memilih beliau. Parti PKR yang agak akrab dan mesra DAP dilihat kini sedang berpecah, Parti Bersatu terpalit pelbagai skandal walau masih baru dan PAN yg dilihat terlemah menerusi siri kempen mereka (melalui jumlah kehadiran) walau dibarisi oleh bekas-bekas pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan.

Oleh : Ust Abi Ahmad
Dari fb Dewan Pemuda Pas Kedah

PAS semakin pelik.. dulu masa lantik Saifuddin dalam kerajaan negeri Kelantan tak jadi pertikaian

'Dulu Pas lantik saya, tak jadi pertikaian pun'
NOOR AZURA SAHRIL
6 Januari 2017

SHAH ALAM – Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak seharusnya menjadi pertikaian seperti yang dibangkitkan oleh lidah rasmi Pas, Harakah Daily.

Mengulas mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, beliau pernah dilantik oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai Ketua Tabung Amanah Tok Kenali sebelum ini.

Namun katanya, ketika itu tiada sebarang pertikaian daripada ahli Pas walaupun beliau daripada parti lain.

“Allahyarham Nik Aziz sangat maklum saya pemimpin PKR, tetapi melantik saya sebagai ketua GLC tersebut. Beliau melantik saya kerana berasakan saya ada pengalaman, boleh membantu GLC Kelantan dan memberi kepercayaan kepada saya.

“Jadi apa yang Guan Eng buat dengan melantik saya (Penasihat Strategik Ketua Menteri) itu adalah perkara yang telah pun Pas buat ketika melantik saya menyandang jawatan itu selama tiga tahun dari 2004 hingga 2007.

“Adakah ketika Guan Eng melantik saya, itu dikatakan ‘dedak’ dan waktu Pas pula bukan dedak. Itu tidak betul,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi Pas itu, menyifatkan pelantikan Saifuddin sebagai ‘dedak’ oleh DAP bagi mengikat PKR.

Keputusan melantik Saifuddin juga dikatakan sebagai usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan Pas.

Saifuddin dilantik secara rasmi pada Rabu lalu dan pelantikannya itu mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat bagi mengukuhkan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Menurut Saifuddin, jika isu melantik bukan dalam kalangan ahli parti itu dianggap sebagai salah, dedak atau sebagainya, maka amalan itu telah dibuat oleh Pas terlebih dahulu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...