TERKINI :

Friday, January 6, 2017

ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, SIAPA MAKAN DEDAK?

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.

Di mana logiknya lantikan itu bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat?

NAIK PANGKAT JADI KSU WALAU TERLIBAT RASUAH?

Kenyataan Media.

1. Suatu yang mengejutkan negara tentang sektor Perkhidmatan Awam bilamana *_SPRM menahan seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)_* yang menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 dikatakan *_terlibat dengan rasuah sejak tahun 2010 sedangkan beliau menjawat jawatan sebagai KSU kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada bulan Oktober tahun 2015_*.

2. Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan *_'amalan rasuah'_* KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .

Perlantikan beliau sebagai KSU merupakan kenaikan pangkat dari jawatan yang beliau pernah sandang sebelum ini sebagai Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya,Pegawai Daerah Sepang,KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan terakhir sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula 16 Okt 2015.

Yang menghairankan saya ialah *_bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?_*.

3. Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga *_tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah_*.

"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan *_SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut_*.

Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan *_pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab_*".

4. Kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada *_dibawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam_* dan terletak dibawah *_pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri_*.Apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.

*_"Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan,berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri"_*.

5. Apakah yang telah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa lakukan terhadap cadangan kenaikan pangkat terhadap Datuk Mohd Arif Abd Rahman dari jawatan Pegawai Kewangan Negeri kepada TKSU sehingga ke jawatan KSU.

Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Arif sebagai KSU KKLW pada 16 Okt 2015 menyatakan yang *_Datuk Mohd Arif mempunyai kelayakan,pengalaman dan kredibiliti_*.

Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan sebelum memberi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam.

Menjadi harapan 30 juta orang rakyat Malaysia agar Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama beliau lakukan serta menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.

"Perbuatan rasuah bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai dan tatasusila murni kemanusiaan, tetapi ia juga boleh menjejaskan imej negara dan integriti Perkhidmatan Awam.

Rasuah dapat dihindarkan jika seseorang itu sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan moral serta nilai-nilai murni kemanusiaan, di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cekap, jujur dan amanah serta tulus ikhlas semata-mata kerana Allah SWT".

*_Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang!_*

#RasuahAdalahNajis
#RasuahMenjijikkan
#RasuahMusuhNegara
#MalaysiaTanpaRasuah
#PerangiRasuah
#SelamatkanMalaysia.

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar
6 Jan 2017/ 7 Rabiulakhir 1438H

JIKA DAP lantik Saifuddin sebagai bagi dedak.. bagaimana dengan orang PAS dalam GLC Selangor & ahli kluster Najib?

KESIAN LEBAI MALANG..

Rabu 4 Januari 2017 Dato' Saifuddin Nasution telah sempurna mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam ramai-ramai yang mengucapkan TAHNIAH, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim.

Tulisannya sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk.

Permulaan tulisan memetik terjemahan ayat suci Al-Quran tetapi isi tulisan penuh prasangka jahat yang amat menghinakan. Inilah ciri-ciri yang disebut oleh AHOK. Mahu dilihat suci walau pun busuk, gunakan ayat quran.

Perlantikan Dato' Saifuddin Nasution dilabel sebagai pemberian "dedak" oleh DAP untuk mengikat dan mengawal KeADILan yang kononnya masih bersenggama dengan Parti Islam tanpa melafaz cerai.

Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith.

Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya 1 kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka Pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.

Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai "dedak"?
Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak"

Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam.

Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk.

Aku ahli DAP - TERUS BERJUANG.

Zulhazmi Shariff
6 Januari 2017

AMANAH : Jangan Jadikan SPRM Seperti Pokok Mati Yang Dihiasi Bunga-Bunga Palsu

1. Parti Amanah Negara (Amanah) bertekad untuk terus memperjuangkan agar SPRM menjadi sebuah agensi pencegahan rasuah yang berwibawa setaraf dengan badan-badan pencegahan rasuah antarabangsa.

2. Peranan dan wibawa SPRM mesti terus diperkasakan sesuai dengan iltizam dan komitmen kerajaan yang benar-benar mahu memerangi budaya rasuah yang semakin membarah di negara ini.

3. Pentadbiran Dato' Seri Najib Razak diperingatkan supaya tidak menjadikan SPRM seperti pokok mati yang dihiasi dengan bunga-bunga palsu (decorating dead tree with fake flowers) bagi mengaburi mata dan menipu rakyat bahawa kononnya pentadbiran beliau serius untuk membanteras jenayah rasuah.

4. SPRM telah menjalankan tugas penyiasatan dengan baik tetapi kes-kes yang disiasat terutama kes yang berprofil tinggi seperti kes 1MDB dan SRC International masih tidak menampakkan hasil kerana ianya berkahir di meja Peguam Negara.

5. Malaysia tidak lagi sanggup kehilangan penjawat-penjawat awam yang berwibawa khususnya dalam bidang penguatkuasaan jenayah seperti bekas-bekas pegawai SPRM yang bersara akibat kecewa kerana segala tanggungjawab yang dialksanakan tidak diendahkan malah dibakulsampahkan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak. Terbaru, Malaysia menyaksikan persaraan awal Dato' Bahri, bekas Ketua Bahagian Siasatan Khas SPRM.

6. AMANAH akan terus memperjuangkan urus tadbir yang baik (good governance) yang salah satu elemennya ialah pemisahan kuasa dan kebebasan bertindak Peguam Negara mengikut Perlembagaan tanpa rasa takut dan memihak (without fear and favour) kepada mana-mana pihak. Kuasa mendakwa (right to prosecute) oleh Peguam Negara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hendaklah dijalankan berasaskan semangat keluhuran Perlembagaan.

7. AMANAH akan memastikan manifesto Pakatan Harapan mengangkat agenda ini.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
6hb Januari, 2017

ERDOGAN seorang Pengkhianat, Tidak Wala dan Tidak Isgiqomah..

APAKAH PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

1) Nama partinya bukan parti Islam

2) Kepimpinan partinya bukan ulamak

3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Alquran, Assunnah, Ijmak dan Qias

4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap?

Antaranya:

1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara

2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat

3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara

Dulu masa Erdogan meninggalkan Ulamak dlm Jema'ah Islam Refah kalian cemuh beliau tidak wala' kepada Presiden Nikmatin Erbakan..

Melanggar Baiah dlm jema'ah islam. Mendukung fahaman Sekular.. Mencerca Erdorgan bila menubuhkan AK Party yg bergabung dgn parti2 Kristian, Sosialis, Buruh, Demokrat dan lain2nya..

Ya.. Erdogan bukan seorang Ulama..

Ya.. Erdogan bukan seorang sarjana dan ilmuan islam..

Ya.. Erdogan bukan Al Hafis

Ya.. Erdogan tidak pandai berbahasa Arab

Ya.. Erdogan tidak menulis sebuah kitab pun.

Ya.. Erdogan meninggalkan perjuangan para Ulama

Ya.. Erdogan melanggar Baiah untuk taat dan patuh ke atas president parti islam Refah dan Sa'adat.

Ya.. Erdogan telah meninggalkan Jema'ah Islam Turkey..

Ya.. Erdogan tidak mengenakan pakaian sunah (jubah dan serban)

Ya.. Erdogan tidak memiliki walau sehelai jubah pun.

Ya.. Erdogan tidak menyimpan walau sehelai pun janggut.

Ya.. Erdogan hanya membesar2kan fasyen pakaian kafir dgn kot dan bertali leher

Ya.. Erdogan tidak pernah menyampai Tazkirah

Ya.. Erdogan tidak pernah menyampaikan kuliah agama di masjid2

Ya.. Erdorgan bergabung dgn parti2 Kristian, Sosialis, Demokrat dan lain2

Ya.. Erdogan memerintah Turkey bersama umat Kristian dan paderi2 Kristian..

Ya.. Erdogan memerintah Turkey bersama golongan muda Islam yg mendukung ideologi Sosialis..

Ya.. Erdogan memerintah Turkey bersama golongan rakyat yg berideologi Demokrat..

Ya.. Erdogan berfahaman Islam Sekular seperti yg kalian lemparkan dahulu..

Ya.. Erdogan akan kekalkan sistem Demokrasi dalam negara Turkey..

Ya.. Erdogan bersumpah akan mempertahankan Perlembagaan Sekular Mustafa kamal dgn Darah dan Air Mata..

Ya dan Iya..
Apa yang kalian kata, dakwa dan tuduh dahulunya memang kesemuanya benar..

Jika kalian takut dan khawatir fahaman Erdogan tersebut meresap masuk ke dalam dada2 generasi muda islam di negara kita maka kalian  perlu berhati2 dgn Agent Erdogan dalam negara kita (Anwar Ibrahim) dan juga para penyokong Anwar Ibrahim..

Alhamdulillah.. Kalian telah berjaya menyingkirkan PUAK ERDOGAN dalam parti kalian dlm muktamar PAS  tahun lepas..

Suburkan kecintaan anak muda ke atas Jemaah Ikhwanulmuslimin di Mesir jika tidak pengaruh dari fahaman islam bawaan Erdorgan akan meracuni pemikiran mereka..

Kerana setakat ini sejak runtuhnya Empayar Islam Othmaniyah hanya fahaman islam yg didukung oleh Erdorgan sahaja yg mampu memartabatkan maruah islam dari segi, kekuatan ketenteraan, ekonomi, pendidikan serta mampu mengerunkan musuh2 Islam..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...