TERKINI :

Thursday, January 5, 2017

1MDB DAN RM2.6 BILION - APA KENA MENGENA DENGAN HIDUP KITA?

Kita diceritakan pelbagai masalah berkaitan 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion. Kita diceritakan bahawa 1MDB telah menanggung beban hutang lebih kurang RM42 bilion dengan pelbagai agensi perbankan. Kita diceritakan tentang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cerita berkaitan kedua-dua isu ini iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion setiap hari kita dengar, ada pendedahan dan ada jawapan daripada Najib dan Kerajaan serta 1MDB sendiri. Persoalannya ialah apa kena mengena dengan kita sebagai individu rakyat Malaysia?? Kenapa ada di antara kita hanya dengar, angguk kepala kemudian hilang. Macam tak ada apa-apa bersangkut dengan diri kita.

Inilah masalah kebanyakan orang kita, selagi tidak kena batang hidung sendiri secara langsung, kita tak rasa apa. Perangai kebanyakkan kita mesti isu itu kena secara langsung pada dia. Contohnya kita kata harga barang naik sebab GST. Dia kata aku rasa biasa ja. Tapi bila dia ke kedai beli barang, dia sendiri kena bayar mahal, baru dia tau, rasa dan faham.

Apa kena mengena 1MDB dan RM2.6 bilion dengan kita? Kita tak terkena secara langsung ka?? Kita kena cuma kita tak sedar sebab tak keluar duit dari poket kita, tapi sebenarnya duit kita yang banyak keluar dan hilang disebabkan 1MDB dan RM2.6 bilion ni. Macamana boleh jadi macam tu?? Macam ni....

1MDB ditubuhkan sebagai agensi pelaburan strategik negara. Tugas utama 1MDB ialah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Maknanya 1MDB bertujuan menjana ekonomi dengan mencari pelabur asing melabur di Malaysia. Dengan itu ekonomi Malaysia akan meningkat maju. 1MDB diberikan aset-aset penting negara seperti mendapat hartanah bernilai tinggi contohnya Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi (Bandar Malaysia). Aset-aset ini bernilai tinggi tetapi dijual kepada 1MDB dgn harga murah di bawah harga pasaran. Sepatutnya 1MDB boleh menjana pendapatan amat tinggi jika menjual hartanah tersebut dgn harga pasaran kepada pelabur asing dan dalam. Dengan pendapatan tinggi itu, 1MDB mendapat keuntungan dan Kerajaan Malaysia juga mendapat keuntungan. Sebaliknya 1MDB telah menggadai hartanah tersebut kepada agensi perbankan untuk mendapatkan pinjaman. Dengan pinjaman tersebut 1MDB membeli aset2 lain yang telah merugikan. Pinjaman 1MDB pulak dijamin oleh Kerajaan.

1MDB pulak terlibat dengan beberapa perjanjian perniagaan lain yang merugikan yang menyebabkan 1MDB tidak dapat bayar ansuran pinjaman bank. Sekarang duit 1MDB tak tahu ke mana, pinjaman bank tak dapat dibayar dengan baik. Maka Kerajaan yang bertindak sebagai penjamin terpaksa menanggung hutang. Sekarang 1MDB menjual beberapa aset kepada pelabur asing. Sepatutnya hasil penjualan itu adalah keuntungan tetapi sekarang hasil penjualan aset hanya untuk menampung hutang.

Aset hilang, untung tidak ada. Harta Malaysia hilang kepada warga asing tapi tiada pulangan. Bila Malaysia tidak ada harta, maka kita rakyat Malaysia makin miskin kerana aset kita hilang. Kalau ini pun tidak ada kena mengena dengan kita, apa lagi??? Kita rakyat Malaysia mempunyai hak terhadap seluruh harta negara kerana harta negara adalah aset kita yang menjamin ekonomi negara. Jika negara tiada aset, ekonomi negara lingkup, ekonomi negara lingkup, kita rakyat yang akan tanggung. Itulah yang berlaku dengan GREECE.

RM2.6 bilion juga terlibat langsung dengan kita. Bagaimana seorang perdana menteri boleh terima derma sebanyak itu tanpa ada sebarang audit? Kenapa PM dpt derma? Apa tujuannya? RM2.6 bilion bkn sikit. RM2.6 bilion boleh tampung perbelanjaan sebuah negeri bagi 3 tahun. Bagaimana RM2.6 bilion semudah itu dapat kepada PM tanpa kita tahu apa tujuannya dan kemana perginya??

SEDARLAH MALAYSIA, KITA PERLU BERUBAH, BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
05012016

POLIS BUAT ROADBLOCK ATAU TAHAN TEPI JALAN DAN MINTA SIGN SAMAN-SAMAN LAMA - APA NAK BUAT?

Aku dapat mesej daripada ramai kawan lama dah tapi aku tak komen apa-apa sebab sebenarnya dulu lagi aku dah selalu update kat page Kempen Anti Saman Ekor [KASE] tentang saman-saman ni. Tak apa la, mungkin ada yang terlupa atau tak faham lagi apa nak buat jadi aku nak ulas sikit isu ni.

Terbaru semalam aku dapat mesej begini di fb aku :

"Assalamualaikum.. ada sahabat minta khidmat nasihat, Sekarang ni Polis rajin buat operasi.. mereka akan tahan mana2 saja kereta walaupun takda sebarang kesalahan.. mereka akan ugut dgn rekod lama saman dari kamera dan AES.. mereka paksa suruh sign surat saman lama.. jadi dari segi undang2 patut sign ker tak? aduan mcm ni saya terima dari seluruh negara.. ramai dah mula mengeluh dgn cara jahat Polis dan JPJ terbaru.. aku nasihatkan kawan aku, supaya tak sign sebarang surat saman lama.. sebab bagi aku saman AES dan Kamera tak valid untuk sebarang pergantungan lesen dan senarai hitam.. minta tuan up kan isu ni.. boleh bagi sedikit nasihat dari sudut Undang-undang"

- ULASAN -

Adakah Polis & JPJ boleh buat roadblock menahan kenderaan?

1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) memberi kuasa kepada pegawai polis dan pegawai JPJ untuk menjalankan apa saja kuasa yang diberikan oleh Akta di atas mana-mana jalan. Begitu juga dengan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya dan Majlis Bandaran.

2) Pegawai Polis dan JPJ boleh meminta sesiapa yang menggunakan kenderaan di atas jalan untuk mengemukakan Lesen Kenderaan Motor (LKM - roadtax) dan juga Lesen Memandu.

3) APJ 1987 memberi kuasa kepada pegawai polis dan JPJ untuk menangkap, memberhentikan dan menahan sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan di dalam Akta.

*** Kesimpulannya Polis dan JPJ boleh membuat operasi atau membuat penahanan kenderaan atau roadblock untuk memeriksa pemandu dan kenderaan***

Adakah Polis atau JPJ boleh kuatkuasakan saman-saman lama?

1) Saman lalu lintas tidak ada tarikh luput. Jika saman dikeluarkan tahun 1990 tetapi masih tidak dikuatkuasakan maka saman tersebut masih sah. Seperti yang selalu dijelaskan, SAMAN ialah notis memerintahkan kehadiran orang yang disaman supaya hadir ke mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Jika orang yang disaman tidak hadir pada waktu dan tarikh yang ditetapkan, Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memastikan orang yang disaman hadir ke mahkamah menjawap pertuduhan. Waran tangkap bukan kerana melakukan kesalahan tetapi kerana tidak hadir mahkamah.

2) Selalu berlaku Polis atau JPJ keluarkan saman tetapi tidak dibawa ke Mahkamah, maka tiada waran tangkap dikeluarkan. Jadi saman tersebut tergantung.

3) Jika sekarang Polis atau JPJ hendak kuatkuasakan semula saman-saman tersebut, ianya boleh dilakukan.

Adakah orang yang disaman perlu tandatangan saman-saman lama?

1) Saman kebiasaannya dikeluarkan di bawah Seksyen 53 APJ 1987 kecuali saman AES dikeluarkan mengikut Seksyen 53A APJ 1987.

2) Saman di bawah Seksyen 53 dipanggil "Pol 257". Setiap saman hendaklah diserahkan kepada orang yang disaman. Bukti serahan bagi "Pol 257" ialah tandatangan penerima saman.

3) Bagi kesalahan di bawah APJ 1987, jika orang yang disaman tidak menandatangan saman sekali pun saman tersebut akan dianggap telah diserahkan. Ini diperuntukkan oleh Seksyen 53 (1A) APJ 1987.

JADI dinasihatkan orang yang disaman supaya menandatangan dan mengambil saman-saman yang diserahkan. Kenapa perlu ambil? Perlu ambil kerana jika tidak ambil saman, kita tidak tahu apa kesalahan yang didakwa ke atas kita dan di mana mahkamah kita perlu hadir dan bila perlu hadir mahkamah. Dalam saman itu juga akan dinyatakan tawaran kompaun bagi kesalahan yang boleh kompaun. Jadi orang yang disaman boleh memilih hendak membayar kompaun atau hadir mahkamah. Jika tidak ambil saman, kita tak tahu bila kena hadir Mahkamah kemudian tiba-tiba kita dimaklumkan ada waran tangkap. Kan dah susah.

Apa yang takut sangat nak tandatangan dan ambil saman? Saman je pun bukan hukuman MATI.

Adakah tandatangan dan ambil saman itu menunjukkan kita telah lakukan kesalahan?

1) Saman hanya sebagai notis bahawa kita disyaki melakukan kesalahan. Jika kita rasa dan yakin kita tidak melakukan kesalahan, maka tak perlu takut dan tak perlu nak bayar kompaun yang ditawarkan.

2) Apa yang patut dilakukan ialah hadir mahkamah dan dengar apa pertuduhan yang dikenakan kepada kita. Jika rasa pertuduhan tidak betul atau polis/jpj tak boleh buktikan, tak perlu mengaku salah. Minta dibicarakan. Jika rasa susah untuk naik turun mahkamah jika tak mengaku salah, terpulang pada diri sendiri la. Kalau nak pertahankan hak sendiri pun rasa susah, jangan dok merungut la.

Bolehkah Polis atau JPJ senarai hitam atau sekat pembaharuan lesen memandu atau lesen kenderaan motor?

1) APJ 1987 hanya memberikan kuasa kepada JPJ untuk menyekat sebarang transaksi berkaitan lesen menadu dan lesen kenderaan motor. Polis atau Dewan Bandaraya atau Majlis Perbandaran hanya boleh meminta JPJ menyekat transaksi.

2) Mahkamah telah putuskan bahawa hanya apabila saman dibawa ke Mahkamah dan orang yang disaman tidak hadir Mahkamah dan dikeluarkan waran tangkap, baru transaksi boleh disekat. Selagi saman tidak dibawa ke Mahkamah, tidak boleh disekat. Selagi kes saman tidak selesai di Mahkamah selagi itu transaksi boleh disekat.

Aku harap penerangan ini memberi manfaat.

Jangan lupa undi aku supaya aku boleh jadi Menteri Pengangkutan nanti untuk selesaikan semua msalah-masalah saman ni.

Akulah Zulhazmi Shariff
Aku ahli biasa DAP
5 Januari 2017

Tukar kerajaan dalam PRU14 selamatkan Felda

04 Januari 2017
Faiz Fadzil
Timb Ketua Pemuda Amanah

Generasi muda Felda mesti memastikan saudara mara dan rakan-rakan mereka mendaftar sebagai pemilih bagi melayakkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) seterusnya menumbangkan Umno-BN.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, berikutan krisis Felda yang semakin meruncing ketika ini, anak-anak Felda perlu berterusan berkempen bagi menyedarkan generasi muda dan golongan lama peneroka mengenai pentingnya mengubah pemimpin kerajaan dalam PRU14.

"Pemimpin Umno hari ini tidak boleh lagi diharapkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan Felda dan penerokanya. Jika perubahan gagal dilakukan, maka hutang dan kerugian Felda akan terus menjerut generasi muda Felda.

"Generasi muda Felda perlu sedar dan mengambil serius penyelewengan dan ketirisan wang Felda yang merupakan harta warisan mereka yang seharusnya mereka nikmati hasil keringat orang tua mereka.

"Generasi muda Felda sama ada yang masih tinggal di Felda atau di bandar hasil kejayaan dalam pelajaran, harus bangkit untuk menyelamatkan hak mereka daripada terus diseleweng. Tidak ada jalan lain bagi mencapai tujuan suci ini selain daripada membuat perubahan dalam PRU ke-14 nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Faiz berkata, Felda yang ditubuhkan sejak tahun 1956 telah banyak membantu pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya orang Melayu.

Namun katanya, hasil keringat dan pengorbanan peneroka Felda puluhan tahun ini yang telah memberikan keuntungan berbilion ringgit kepada Felda telah diseleweng dengan begitu mudah tanpa rasa bersalah oleh pihak pengurusan Felda, anak-anak syarikatnya serta FGV.

"Kini, pelbagai penyelewengan telah didedahkan termasuk pembelian kondominium mewah bernilai RM 8.4 juta, lebihan pembelian 37% saham Eagle High Plantation sebanyak RM1.43 bilion dan kerugian projek ternakan ikan sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen sebanyak RM73.63 juta.

"Kerugian dan kehilangan berbilion ringgit ini bukan sahaja satu pengkhianatan kepada peneroka, malahan ia akan menjejaskan pendapatan dan emolumen lain yang seharusnya diterima peneroka.

"Ia juga satu pencabulan hak peneroka kerana wang tersebut sepatutnya dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan anak-anak peneroka seperti biasiswa pendidikan dan pembinaan rumah," katanya.

Beliau menambah, dengan jumlah baki tunai Felda pada tahun 2015 yang dilaporkan sebanyak RM685 juta di dalam Laporan Tahunan 2015, kedudukan kewangan Felda dikhuatiri begitu tenat apatah lagi dengan utang Felda sudah meningkat RM6.1 bilion.

"Justeru, pembayaran bonus sebanyak RM66.7 juta hanyalah candu bagi memadamkan seketika api kemarahan peneroka dan rakyat yang bersimpati dengan nasib peneroka. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada jumlah RM102.12 juta yang dibayar pada tahun 2013. Peneroka sepatutnya dibayar lebih jika ketirisan dan kerugian ini tidak berlaku," katanya.

https://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/6463-tukar-kerajaan-dalam-pru14-selamatkan-felda

Tunku Aziz nie GILA, SEWEL, BENGONG atau....... !!!!!

"GILA", "SEWEL", "BENGONG" ATAU....?
Shahbudin Husin, 

Sebenarnya saya amat jarang sekali membaca berita Utusan secara online. Dalam bentuk akhbar pula, yang sahnya sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri, saya tidak pernah lagi membeli akhbar berkenaan.

Di kedai pun, selalunya bertimbun-timbun tidak disentuh orang meskipun waktu sudah menjelang malam.

Tetapi kali ini, berita mengenai "pendedak" yang seorang ini hanya ada dalam Utusan dan Malay Mail online saja. Portal lain nampaknya tidak berminat lagi memberi ruang kepadanya.

Urutan beritanya begini...

Mula-mula dia mendedahkan kononnya sudah ada persetujuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU 14 akan datang.

Kononnya, pertemuan dan perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang itu berlangsung pada 3 Disember lalu.

Kemudian Mukhriz menafikan perkara itu sambil mencabar orang yang membuat tuduhan itu agar mengemukakan bukti dan mendedahkan sumber maklumat yang diperolehinya.

Jika gagal, tegas Mukhriz, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman kerana membuat fitnah dan tuduhan palsu terhadap dirinya.

Setelah dicabar, sepatutnya orang itu tidak berlengah-lengah lagi menunjukkan bukti bagi mengesahkan segala dakwaannya. Maklumlah, dakwaannya bukan perkara main-main.

Sebaliknya, orang tua itu tampil bersuara dengan meminta Mukhriz membuat akuan bersumpah bagi menafikan beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia juga menggesa Lim Kit Siang membuat akuan bersumpah yang sama bagi mengisytiharkan tidak pernah berhasrat untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Yang dicabar dan diminta oleh Mukhriz kepada orang tua itu ialah agar mengemukakan bukti terhadap dakwaan yang dibuatnya, tetapi yang dilakukannya agar Mukhriz membuat akuan bersumpah pula.

Ibarat gula yang diminta, tetapi garam yang ditunjukkannya.

Mana bukti yang diminta oleh Mukhriz itu? Ada atau tidak ada?

Buat apa meminta Mukhriz membuat akuan bersumpah menafikan mahu menjadi Perdana Menteri?

Apa kena-mengena antara akuan bersumpah tidak mahu menjadi Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya sudah ada persetujuan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang menafikan berhasrat mahu menjadi Perdana Menteri?

Membuat tuduhan kononnya Mukhriz sudah dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri sangat jauh bezanya dengan hasrat yang tersimpan di dalam hati untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Apa pulak salahnya jika menyimpan hasrat dalam hati untuk menjadi Perdana Menteri?

Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin pun barangkali ada hasrat dalam hati masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri juga. Ia bukanlah suatu kesalahan.

Jika ada seorang tua yang selalu bercakap berbolak-balik dan lain diminta, lain pula yang diberi, apa agaknya kita mahu kategorikannya?

"Sewel", "gila", "bengong", pendedak yang semata-mata hidupnya diatur oleh tauke dedak atau sudah sampai waktunya untuk banyak-banyak beribadah dan berada di atas sejadah?

Nampak seperti membuang sama, namun elok juga Mukhriz terus saja menyaman orang tua itu agar anak cucunya sendiri malu melihat datuk mereka yang semakin tua semakin mengarut jalan hidupnya. (SH 04/01/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...