TERKINI :

Tuesday, December 12, 2017

Selepas Zimbabwe, Sri Lanka pula serah kawasan pelabuhan bayar hutang

Menerusi perjanjian bagi mengukuhkan situasi kewangan negara yang sedang bergelut dengan masalah aliran tunai Sri Lanka telah menyerahkan kawasan di sebuah pelabuhan di negara itu kepada sebuah syarikat dari China.

Agensi berita asing AFP melaporkan pada Ahad, kekuatiran blok timur mengenai pengaruh Beijing yang semakin meluas dengan perjanjian itu.

Perjanjian bernilai AS$1.12 bilion itu pertama kali diumumkan pada Julai lalu, membolehkan syarikat China mengambil alih Pelabuhan Hambantota yang terletak di laluan perkapalan timur-barat tersibuk dunia dengan tempoh pajakan 99 tahun.

“Dengan menandatangani perjanjian hari ini, Perbendaharaan menerima AS$300 juta,” kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe pada majlis penyerahan kuasa pelabuhan itu.

“Ini adalah permulaan penyelesaian hutang kita,” kata Wickremesinghe seperti dipetik.

Pelabuhan yang sedang mengalami kerugian itu akan diuruskan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka dan China Merchants Port Holdings.

Sri Lanka berhutang dengan China sebanyak AS$8 bilion, jumlah itu dipinjam bekas Presiden Mahinda Rajapaksa untuk projek pembinaan infrastruktur negara itu, termasuklah pelabuhan tersebut.

Perjanjian itu menimbulkan kebimbangan di Sri Lanka dan negara lain, termasuklah India dan Amerika Syarikat yang bimbang sekiranya China diberikan kawalan ke atas pelabuhan laut dalam itu ia boleh membuka peluang kepada China menempatkan tenteranya di Lautan Hindi.

Pada Jumaat, Parlimen Sri Lanka meluluskan konsensi cukai termasuklah untuk perjanjian pelabuhan itu, antara faedah konsensi itu adalah membenarkan pengecualian cukai selama 32 tahun untuk syarikat China, tindakan yang dibantah pembangkang negara itu.

Sri Lanka mengatakan ia mahu mengurangkan hutang luarnya menggunakan keuntungan perjanjian Pelabuhan Hambantota serta menjual beberapa lagi perusahaan untuk meningkatkan pendapatannya.

Sebagai rekod sebelum itu negara Zimbabwe  dengan  hutang AS$40juta kepada China  akhirnya terpaksa mengikuti keinginan negara komunis itu  menggantikan mata wang negara itu kepada Yuan sebagai penghapusan hutang. Matawang Yuan di Zimbabwe mula digunakan pada 2016 lalu.

Malaysia juga banyak berhutang dengan China termasuk RM55bilion untuk projek mega pembinaan jajaran keretapi laju pantai timur (ECRL) yang amat dibimbangi sekiranya kegagalan melunaskan hutang, Malaysia bakal berhadapan  situasi sama seperti negara Zimbabwe dan Sri Lanka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...