TERKINI :

Wednesday, December 13, 2017

Penting : Jikalau anda dapat saman trafik jom kita ke mahkamah jangan bayar kompaun lagi.

Apa jadi di Mahkamah Majistret Langkawi hari ini?

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan 3 kes trafik yang ditukar dari Notis Pol 170A kepada Pol 257. 3 kes lagi dibawa dari hari Ahad 10/12/2017 yang mana Majistret bercuti menjadikan hari ini 6 kes.

Apabila kes dipanggil, kelibat Pegawai Pendakwa Trafik tidak kelihatan. Tuan Timbalan Pendakwa Raya menyebut bagi pihak Pegawai Pendakwa Trafik memaklumkan Pegawai Pendakwa dan saksi belum sampai sedangkan waktu sudah jam 11:30 pagi. Mahkamah tangguhkan 10 minit untuk kehadiran Pegawai Pendakwa dan saksi.

Bila kes dipanggil semula, bukan sahaja Pegawai Pendakwa tidak muncul, Timbalan Pendakwa Raya juga hilang dari radar.

Mahkamah melepaskan OKS bagi 6 pertuduhan.

Esok ada lagi 6 kes.

Inilah yang selalu berlaku apabila OKS meminta bicara. Pihak Pendakwaan tidak pernah bersedia.

Tindakan mereka ini menyusahkan OKS sahaja dan paling utama membazirkan masa Mahkamah.

Sebab itu kita desak supaya semua Notis Pol 170A ini dihapuskan tapi mereka tidak mahu kerana di sana masih ada pengguna yang takut dan akan bayar sahaja kompaun. Untung mudah.

Para pengguna harus sedar bahawa dengan membayar kompaun, anda semua akan berisiko mata dimerit dipotong. Dah la bayar kompaun, mata dimerit pula hilang. Cukup potongan mata dimerit, lesen memandu boleh digantung atau dibatalkan.

Jangan biar diri ditindas!

Zulhazmi Shariff
13/12/2017
Kuah, Langkawi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...