TERKINI :

Thursday, December 14, 2017

2 pegawai imigresen ditahan seludup warga Bangladesh

 zahid-hamdi
LAHAD DATU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan 2 pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

“Ada beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini, 2 pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan bertugas di bahagian kaunter KLIA,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan warganegara Bangladesh di KLIA.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata beliau mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali supaya mengetatkan kawalan di pusat pemeriksaan terutamanya di KLIA.

“Kita juga akan menambah pegawai Jabatan Imigresen di KLIA,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...