TERKINI :

Thursday, November 2, 2017

TMJ dimaklumkan ada pihak tertentu di Kedah telah menempah 6000 keping tiket FINAL P.MALAYSIA

BERI KEUTAMAAN KEPADA PENYOKONG KERANA MEREKA ADALAH NADI KEPADA PERSATUAN DAN KELAB BOLASEPAK

Saya amat kecewa dengan sikap dan layanan yang telah diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah kepada penyokong-penyokong setia mereka. Penyokong yang beratur dan datang memberi sokongan setiap kali perlawanan di Stadium Darul Aman sebelum ini tidak dapat tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Sabtu ini. Tetapi individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak sebaliknya yang dapat tiket melalui saluran tertentu.

Saya dimaklumkan hingga 6000 keping tiket telah ditempah oleh orang-orang tertentu di dalam Kedah FA. Saya amat kecewa dengan layanan Kedah FA terhadap penyokong mereka, dan saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur sahaja dan bagi orang-orang yang layak yang mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan tersebut dengan tulus.

Di Johor, Menteri Besar Johor memohon tiket sebanyak 1000 keping pun saya menolak permohonan tersebut. Saya hanya memberikan setakat 600 tiket sahaja untuk para jemputan khas. Saya juga dimaklumkan ada juga individu-individu di Johor yang cuba menjual tiket perlawanan akhir ini. Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini. Sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah tetapi jika didapati ia benar, bersedialah berjumpa dengan saya. Kepada individu-individu tersebut keluarlah dari negeri Johor. Di Johor tiada tempat orang-orang korupsi seperti ini. Bola sepak adalah hak milik rakyat dan bukannya untuk dipolitikkan.

Saya berharap semua persatuan dan kelab-kelab dapat belajar dari kesilapan ini kerana para penyokong adalah nadi kepada persatuan-persatuan dan kelab bolasepak.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

—�—�-

GIVE PRIORITY TO FANS BECAUSE THEY ARE THE CORE OF FOOTBALL ASSOCIATIONS AND CLUBS

I’m really disappointed with the attitude and service given by Kedah Football Association towards their own die hard fans. The fans have queued and have come to every match at the Darul Aman Stadium to give support to their team, but didn’t manage to get tickets for the final match this Saturday. However, some individuals who have nothing to do with football acquired the ticket through certain channels.

I was informed that up to 6000 tickets were booked by certain people within Kedah FA. I'm very disappointed with Kedah FA's treatment towards their fans, and I hope these individuals would not be part of any football association. It's better to step down and give the roles to more qualified people who prioritise the fans and can run the association transparently.

In Johor, the Menteri Besar of Johor requested for 1000 tickets but i declined his request. I only provided 600 tickets for the special guests. I was also informed that there are some YB in Johor trying to sell tickets for the final. An investigation will be carried out regarding this matter. If there's no wrongdoings, alhamdulillah, but if it's true, get ready to face me! To that individual, it's better to resign from the Johor state government and get out of Johor. In Johor, there's no place for corrupt people.

I hope all sides can learn from this mistake because the loyal fans are the core of every football associations and clubs.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...