TERKINI :

Friday, November 3, 2017

Sampai bila Najib mahu perbodohkan orang kampung?

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya pada Dialog e-Usahawan TN50 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini telah menyatakan kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk memberi subsidi bagi pembangunan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar.

Dikatakan kawasan di luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi kepada mereka dalam perkara ini.

Perkara ini amat mengecewakan dan saya berpendapat bahawa alasan Najib itu tidak masuk akal kerana dilihat sengaja tidak mahu memberikan penduduk kampung atau luar bandar akses kepada internet.

Semua penduduk sewajarnya mendapat kemudahan tambahan supaya mereka juga akan mendapat tahu perkembangan semasa ,masalah atau keadaan sebenar yang berlaku di dalam negara ini.

Selain itu, anggapan penduduk luar bandar tidak mampu melanggan perkhidmatan internet perlu ditolak jauh memandangkan mereka perlu berkongsi kemudahan terbabit yang mampu melonjak kekuatan ekonomi di desa.

Saya beranggapan bahawa Najib sendiri tahu sebenarnya internet merupakan medium yang paling berkesan untuk menyampaikan dan menyebarkan maklumat, jadi beliau takut sekiranya orang kampung ini mengetahui keadaan sebenar melalui pelbagai sumber yang boleh diperolehi daripada internet seperti blog, portal berita dan media sosial yang melaporkan perkara sebenar tanpa ditapis.

Jangan beranggapan tiada penembusan internet di kawasan luar bandar oleh kerana penduduk sendiri yang tidak mahukannya kerana memperkenalkan internet kepada mereka sedikit sebanyak akan menimbulkan keinginan untuk menggunakannya.

“Tidak semestinya tiada penembusan Internet di sesetengah kawasan luar bandar tetapi ada penduduk sendiri yang tidak mahukannya kerana mungkin beranggapan internet tidak penting, maka dengan adanya PI1M ini dapatlah kita memperkenalkan internet kepada mereka dan moga timbul keinginan untuk menggunakannya.

Kebimbangan Umno BN dapat dilihat apabila sokongan penduduk kampung atau luar bandar akan beralih arah sekiranya mereka mempunyai akses kepada internet.

Sampai bila Najib ingin memperbodohkan rakyat? Semua rakyat tidak kira di bandar atau desa berhak untuk mempunyai jaringan internet yang sama rata.

TAN KAR HING adalah ADUN Simpang Pulai dari parti PKR.

Read more at https://www.malaysiakini.com/letters/400429#zqbwvAb8Sj79CxQJ.99

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...