TERKINI :

Thursday, November 30, 2017

Ramon Marcote...Harap Penyokong Sabar Sikit Lagi - Ginney Chew



PETALING JAYA: Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Ramon Marcote kembali ke pangkuan skuad hijau kuning kini semakin menjadi kenyataan.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah memberitahu, rundingan kedua-dua pihak kini berada di fasa terakhir.

"Saya harap semua penyokong bersabar sedikit lagi. KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) tengah buat apa yang patut dan bagilah masa untuk Marco melihat lebih jelas dahulu, selepas itu kita tengok apa jawapannya.

"Sekarang Presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) berada di Kuala Lumpur. Mungkin selepas itu beliau akan umumkan secara rasmi," ujarnya kepada mStar Online.

Ginney berkata, tugasnya untuk menyampaikan hasrat penyokong Kedah sudah dilaksanakan.

"Sekarang ini hanya tunggu keputusan rasmi. Kuasa keputusan di tangan KFA. Tetapi saya yakin Marco akan kembali ke Kedah.

"Saya juga percaya presiden sekarang akan mahu memenuhi permintaan penyokong-penyokong Kedah yang ingin melihat pasukan kembali menjadi no.1," jelasnya.

Bekas jurulatih Atletico Madrid kembali menjadi pilihan sebaik sahaja tamat Liga Malaysia musim ini selepas dia meningggalkan Kedah selaku penolong jurulatih pada Disember 2016.

Sebelum ini, mStar Online juga melaporkan bahawa Marcote sedia untuk kembali ke Kedah sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada KFA.

Malah Ginney juga turut berjumpa dengan presiden (16 November) bagi menyampaikan hasrat penyokong-penyokong Kedah ini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/11/30/ramon-marcote/#bFmD0vQxhs5VbFia.99

Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI

 mahathir_anwar_rci_bnm_600_new
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia dalam laporan lengkap yang dikeluarkan hari ini meletakkan kesalahan kepada bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Laporan itu juga mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.

Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.

“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” kata laporan itu.

Laporan setebal 400 muka surat itu yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini berkata, siasatan itu perlu dilakuan terhadap semua pihak terlibat, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan BNM.

RCI itu turut mengesyorkan siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri, terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urus niaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” kata laporan itu.

RCI itu berkata skandal forex sekitar 1990-an itu dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM30 bilion ketika Dr Mahathir merupakan perdana menteri.

RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian forex yang ditanggung BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Laporan berkenaan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon dan P Kanagarayar pada 13 Oktober lalu.

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah berada di meja ahli Parlimen.

RCI itu dibentuk bagi memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.

Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.

Kerajaan BN ‘pejam mata’ apabila syarikat China bawa masuk PATI ke Malaysia

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/02/malaysia-china.jpg
Rakyat Malaysia patut berasa bimbang dengan pendirian kerajaan dalam isu pekerja asing tanpa izin (PATI) dari China yang bekerja di projek Forest City.

Setelah dibongkarkan dalam media bahawa projek Forest City menggunakan PATI, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kerajaan akan membenarkan pemutihan PATI terlibat. (Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/381625)

Pertama sekali, jelas bahawa sistem kawalan sempadan kita mempunyai masalah yang amat besar apabila PATI dari China boleh memasuki negara dan bekerja di sebuah projek gergasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka mahupun majikan mereka.

Forest City bukan sebuah projek yang tersembunyi dalam hutan walaupun namanya “Forest”, malah merupakan sebuah projek gergasi di ibu negeri Johor yang dijangka bakal mempunyai hampir 120,000 unit rumah.

Keduanya, sindiket orang dalam Jabatan Imigresen terbukti masih lagi berleluasa apabila didedahkan bahawa ada PATI China yang telah diberikan pas kerja setelah bekerja untuk satu tempoh di projek tersebut.

Ketiganya, kombinasi kawalan sempadan yang begitu lalai dan dasar memudahkan pemutihan seolah-olah menggalakkan aktiviti kemasukan orang asing secara haram termasuk melalui penyeludupan manusia. Ini kerana agen-agen dan pekerja migran sendiri tahu bahawa mereka boleh diputihkan dengan mudah pada kemudian harinya.

Saya telah memberikan amaran di Parlimen bahawa ini mewujudkan keadaan di mana “it is easier to say sorry than to ask for permission”; buat salah dahulu kemudian baru minta maaf.

Tiada maaf bagimu

Kerajaan telah membuka peluang pemutihan melalui proses E-Kad sejak 15 Februari 2017. Walaupun tempoh permohonan E-Kad belum tamat, namun tiga bulan sudah berlalu. Malangnya, majikan PATI China tersebut langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melakukan pemutihan sebelum isu ini terbongkar.

Justeru, saya menyarankan agar pemutihan tidak dibenarkan dalam kes ini dan tindakan undang-undang yang keras diambil sebagai amaran kepada syarikat asing yang terlibat kerana mereka bukan sahaja mengeksploitasi pekerja dan memburukkan nama Malaysia, malah telah melanggar undang-undang negara kita secara sedar dan sengaja.

Saya juga menyeru agar kerajaan tempatan mengeluarkan arahan berhenti kerja (“stop-work order”) ke atas projek Forest City bagi membolehkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen mengaudit pekerja migran dalam projek tersebut terlebih dahulu.

Dengan skala projek yang begitu besar dan penggunaan tenaga kerja migran yang begitu ramai, langkah berwaspada tahap maksima perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin melibatkan warga asing yang begitu ramai sekali.

>> Komentar bebas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong I 13 Mei 2017

http://amanahdaily.com/index.php/2017/05/13/kerajaan-bn-pejam-mata-apabila-syarikat-china-bawa-masuk-pati-ke-malaysia/

Apabila Utusan dapat kontrak tablet sekolah bernilai RM340 juta

FMT Reporters


KUALA LUMPUR: Penerbit akhbar harian Umno, Utusan Melayu diberikan kontrak untuk membekalkan lebih 180,000 tablet kepada guru di seluruh negara tahun ini, dan setakat ini menelan belanja RM152 juta, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Kamalanathan berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di Dewan Rakyat minggu lalu, berkenaan projek tablet itu yang diperuntukkan pada Bajet 2017 yang dijangka menelan kos keseluruhan RM340 juta.

“Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?” soal Sim, merujuk syarikat akhbar itu yang mencetak Utusan Malaysia.

Menurutnya, syarikat akhbar itu mencatatkan kerugian sejak 4 tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM220 juta sejak 2013.

Sim turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran Utusan Malaysia sebanyak 14% ataupun lebih 20,000 naskah, manakala edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula merosot sebanyak 10% ataupun lebih 30,000 naskah.

Menurutnya, pemberian kontrak membekalkan tablet itu merupakan “talian hayat” kerajaan kepada akhbar itu.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan tender terbuka untuk projek itu.

“Ini membuktikan bahawa sehingga kini menjelang PRU ke-14, Umno-BN tidak pernah dan tidak berhasrat untuk berubah.

“Pentadbiran Umno-BN tetap berpaksikan 3K iaitu, korupsi, kronisme, kleptokrasi,” katanya.

JANGAN RISAU JIKA KENA TAHAN POLIS TENGAH JALAN DAN DIBERITAHU ADA SAMAN

NOTIS POL 170A KE POL 257 - POLIS HANYA MAHU KOMPAUN.

Hari ini 30/11/2017 saya hadir di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur untuk perbicaraan 5 kes Notis Pol 170A yang ditukar ke Pol 257.

Notis Pol 170A ialah Permintaan Butir-Butir Pemandu di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ianya bukan saman. Notis Pol 170A ini selalunya dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kesalahan memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. Pengeluaran Notis Pol 170A ini adalah selepas operasi perangkap hadlaju atau lebih dikenali di kalangan masyarakat sebagai operasi speed trap. Notis Pol170A ini pula dikenali sebagai "Saman Ekor".

Baru-baru ini sehingga hari ini dan mungkin akan berlarutan ke masa depan, pihak PDRM giat menahan pengguna jalanraya dan memeriksa samada mempunyai "saman tertunggak". "Saman tertunggak" ini sebenarnya Notis Pol170A.

Apabila ditahan, pemandu akan dimaklumkan bahawa mengikut rekod PDRM, pemandu mempunyai "saman tertunggak" yang perlu dijelaskan. Jika pemandu memaklumkan tidak pernah menerima saman, dengan serta merta pegawai polis berkaitan akan keluarkan Pol 257 iaitu SAMAN supaya pemandu hadir ke Mahkamah.

Ramai mengalami situasi ini. Ada yang terus membayar kompaun kerana tidak mahu susah payah turun naik Mahkamah. Paling tinggi usaha mereka untuk lawan saman-saman tersebut ialah tulis di facebook dan merungut. Akhirnya bayar juga kompaun.

Hari ini, saya hadir ke Mahkamah mewakili seorang sahabat yang dikenakan lebih 30 saman Pol 257 yang ditukar dari Pol 170A. Di Mahkamah hari ini, 5 saman ditetapkan untuk bicara.

Apabila kes dipanggil, pihak pendakwaan (Polis) memaklumkan kepada Mahkamah bahawa saksi tidak hadir kerana sepina tidak diserahkan.

Saya mohon Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKS kerana pihak pendakwaan seolah-olah tidak berminat untuk mengendalikan perbicaraan. Sepina disediakan tetapi tidak diserahkan kepada saksi polis, maka saksi tidak hadir.

Mahkamah membenarkan permohonan saya dengan melepaskan tanpa membebaskan OKS.

Apa kesimpulannya daripada kes hari ini?

Kesimpulannya ialah pihak polis tidak pernah bersedia untuk perbicaraan bagi kes-kes begini. Apa alasannya? Macam-macam. Mungkin kerana tiada bukti dan sebagainya.

Bagi pihak Polis, lebih baik mereka mendesak agar pengguna yang menerima saman Pol 257 yang ditukar dari Pol 170A ini bayar kompaun. Selesai. Mudah.

Ya, yang mudah itu mereka tapi mereka tidak fikir bahawa pengguna yang terpaksa mencari duit untuk bayar kompaun bagi kesalahan yang belum dan tidak dibuktikan.

Prinsipnya ialah "seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah". Buktikan pengguna bersalah. Jangan sewenang-wenang menggunakan peraturan dan undang-undang tanpa melalui proses sebenar.

Kepada semua di luar sana. Jangan hanya merungut. Pertahankan hak anda. Jika anda sendiri tidak berani dan tidak mahu bersusah payah mempertahankan hak sendiri. Teruskan merungut. Merungut akan mengubah nasib anda.

ZULHAZMI SHARIFF.
30112017

ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI!

ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI! IBARAT PISANG BERBUAH DUA KALI!

Rentetan kejayaan generasi pertama pelajar-pelajar perubatan  KUIN dengan penuh jayanya, belum sempat pulang ke pangkuan keluarga dan meraikan kejayaan bersama, telah dikejutkan dengan sebuah berita buruk!.

Berita campur tangan luar dalam pengurusan kuliyyah perubatan KUIN kini kembali. Kini, sekali lagi kuliyyah perubatan KUIN bakal di pindah milik! Bertukar tangan dan pucuk kepimpinan demi mengejar wang dan keuntungan semata-mata.

Khabar angin ini telah disahkan benar walaupun ramai ahli pentadbiran tertinggi KUIN cuba menidakkan perkara ini. Kuliyyah perubatan KUIN bakal diserahkan kepada kolej perubatan CUCMS, dengan pembahagian keuntungan 70% ( CUCMS) : 30 % (KUIN). SEMUA pelajar perubatan KUIN bakal dipindahkan ke CUCMS tanpa mendapat persetujuan pelajar dan ibu bapa sebagai stakeholder.

Kurikulum medic insaniah yang berintegrasi dengan agama islam, hafazan, hadis juga bakal dibuang! Pelajar - pelajar  medic INSANIAH  juga sangat membantah perkara ini! Kami sebagai pelajar perubatan KUIN sangat tidak bersetuju dan sangat sayangkan medic KUIN.

Ayuh rakyat Kedah kita bersama dalam hal ini! Ayuh kita kekalkan kebanggaan rakyat di negeri Kedah. Ayuh kita viralkan untuk mendapat sokongan rakyat untuk kekalkan medic KUIN di INSANIAH!.

Yang Membantah
Pelajar Perubatan
Kolej Universiti Insaniah

SUMBER : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784915711715221&id=391738681032928

Wednesday, November 29, 2017

Lebih RM217 bilion hutang dijamin kerajaan, kata Najib

najib_economy_malaysia_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan menjamin sejumlah RM217.37 bilion hutang sehingga 30 Jun 2017.

Katanya, hutang berkenaan daripada 4 badan berkanun dan 26 anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Tujuan jaminan kerajaan diberikan adalah untuk melaksanakan projek strategik negara yang berimpak tinggi.

“Projek berkenaan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan yang terbahagi kepada sektor pendidikan, perkhidmatan, infrastruktur, kewangan, pegangan pelaburan dan utiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah tanggungan “contingency liability” oleh kerajaan.

Sementara itu, Najib berkata hutang kerajaan persekutuan sehingga hujung Jun 2017 adalah RM685.1 bilion.

Katanya, jumlah itu 50.9% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang bertanyakan jumlah hutang negara terkini dan nisbahnya kepada KDNK negara.

Fauzi juga meminta jawapan berkenaan jumlah hutang dan kali terakhir Malaysia membayar hutang pokok.

“Sementara 3.3% atau RM22.7 bilion lagi adalah hutang luar pesisir (1.7% daripada KDNK).

“Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” kata Najib.

Tambahnya lagi, bagi 2017, pinjaman kasar kerajaan adalah RM108 bilion dengan bayaran balik pokok adalah RM67.2 bilion manakala pinjaman bagi membiayai defisit adalah RM39.9 bilion.

Najib turut menegaskan, kerajaan sentiasa memastikan bayaran pokok dan faedah sentiasa dibuat dalam keadaan teratur berdasarkan jadual pembayaran.

“Sehingga kini kerajaan tidak pernah gagal dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Najib lagi.

K'jaan digesa sahkan status pemaju induk Bandar M'sia

Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan masih belum menerima sebarang tawaran untuk memperolehi dan membangunkan projek Bandar Malaysia.

"Ia telah menjadi agak jelas bahawa pada bulan Jun Jun tahun ini, satu-satunya kemajuan yang telah kita buat ialah, dikatakan enam hingga lapan syarikat telah menyatakan minat di Bandar Malaysia, walaupun keputusan sepatutnya dibuat pada 14 Julai," kata Pua memetik kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan sebelum ini mengenai status projek itu.

"Kami menyeru Tan Sri Irwan Serigar untuk mengesahkan sama ada, pada hakikatnya, tidak ada tawaran dari syarikat Fortune 500 untuk memperoleh dan membangunkan Bandar Malaysia, terutama tidak pada harga tinggi yang diminta oleh Kementerian Kewangan," tegasnya.

Pua mengulas kenyataan Irwan, yang semalam berkata bahawa "masanya akan tiba" untuk diadakan sidang akhbar mengenai pemaju induk Bandar Malaysia.

Ditanya bila sidang akhbar itu akan diadakan, Irwan seterusnya berkata, "Tunggu, saya akan beritahu."

Pelan asal Putrajaya untuk Bandar Malaysia melibatkan penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek itu kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) and China Railway Engineering Corp (CREC).

Bagaimanapun, perjanjian itu dibatalkan selepas konsortium itu gagal memenuhi jadual pembayaran.

Berikutan ini, Permintaan untuk Cadangan (RFP) yang baru dikeluarkan pada bulan Jun.

Irwan, yang juga pengerusi TRX City dan Bandar Malaysia, kali terakhir dilaporkan pada 31 Oktober sebagai berkata bahawa pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat "tidak lama lagi."

Beliau juga dilaporkan berkata pada bulan Ogos bahawa enam syarikat telah menunjukkan minat untuk menjadi pemaju induk bagi projek pembangunan multi-bilion ringgit Bandar Malaysia dan mereka akan mengemukakan cadangan mereka menjelang akhir bulan yang sama.

Sebelum itu, Irwan berkata bahawa tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan menjadi pemaju induk ialah 30 Jun 2017. Beliau juga berkata bahawa keputusan akhir mengenai pemaju induk itu akan dibuat pada 14 Julai.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk syarikat yang ingin menjadi pemaju induk ialah mereka mestilah sebuah syarikat Fortune 500, mempunyai pendapatan kumulatif selama tiga tahun RM50 bilion daripada keseluruhan rantaian nilai harta tanah dan perniagaan yang berkaitan, dan mempunyai pengalaman dalam projek pembangunan hartanah antarabangsa.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/403699#T5IRr4BgMDg3buOh.99

Bagaimana MARA rugi RM60j dalam urus niaga hartanah di Australia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) didapati membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah "syarikat lahu" (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu.

Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA.

Malaysiakini dan media berpangkalan di Melbourne, Fairfax Media, memperolehi dokumen menggemparkan ini yang memberi gambaran tentang penipuan yang berlaku.

Ia telah menjejaskan kepentingan MARA, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu miskin itu kerugian berjuta ringgit.

Dokumen itu mendedahkan:
  • Walaupun tiada kepentingan perundangan dalam hartanah itu, Scarlett Nominees Ltd membuat perjanjian dengan Mara Incorporated (Mara Inc) untuk "menjual" syarikat BVI, Thrushcross Land Holdings Ltd, yang "dikatakan memiliki hartanah itu" - bangunan 12 tingkat bernama Unilodge di 746, Swanston Street, Melbourne.
  • Perjanjian ditandatangani pada 28 Ogos 2012. Tidak sampai seminggu, Mara Inc membayar 10 peratus daripada harga pembelian. Pada hujung November 2012, jumlah yang dibayar Mara Inc kepada Scarlett adalah A$41.8 juta untuk "syarikat lahu" , Thrushcross, kononnya bersekali dengan Unilodge.
  • Pada 16 Januari 2013, Thrushcross membayar pemilik Unilodge sebenar, HRSV Pty Ltd sebanyak A$23.5 juta bagi bangunan itu.
  • Transaksi jualan melibatkan harga A$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta), walaupun lima bulan sebelum itu Scarlett telah "menjual" Thrushcross (yang ketika itu tidak memiliki Unilodge) kepada Mara Inc pada harga A$41.8 juta (Kira-kira RM138 juta).
  • Nilai A$41.8 juta itu berdasarkan penilaian oleh syarikat penilai dan surveyor berpangkalan di Malaysia, dan dimasukkan sebagai tambahan (annexure) kepada perjanjian jual beli Thrushcross antara Mara Inc dan Scarlett.
  • Sehingga pemindahan rasmi dilaksanakan pada 16 Januari 2013, pemilik sebenar Unilodge adalah HRSV. Ini bermakna berdasarkan undang-undang, Thrushcross bukan pemilik kepada hartanah itu sebelum tarikh tersebut. Begitu juga dengan Scarlett.
  • Walaupun Thrushcross dikatakan menjadi milik Mara Inc selepas penjualannya, perjanjian pemindahan tanah dengan HSRV ditandatangani oleh dua warga Malaysia yang tiada apa-apa kaitan dengan Mara Inc. Mereka juga memberikan alamat tempat tinggal yang sama di Melbourne.
  • Pada 19 Julai 2013, dua individu yang menjadi pegawai tinggi Mara Inc pada ketika itu membuat gadai janji terhadap hartanah itu untuk meraih wang bagi membeli sebuah lagi hartanah di Melbourne - Dudley House.
  • Pembelian itu kini sedang disiasat atas dakwaan penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/403719#kY8wtbMiTUrHTVMJ.99

Pas Kedah terus diserang "bena perang"

SESUDAH SUBUH

https://assets.bharian.com.my/images/articles/27amirr.transformed.jpg
Amiruddin serah borang keahlian PPBM.

Berita besar dalam jelumu politik negara dan sedikit memeranjatkan semalam ialah tindakan Ketua Pembangkang Pas di DUN Kedah, Ir Amiruddin Hamzah yang keluar meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).

Keterkejutan besar ialah bagi Pas, manakala terkejut kecil ialah bagi orang-orang Amanah. Penyertaan Amiruddin itu memberi pukulan buat Pas Kedah. Walaupun kata seorang pemimpin Pas Kedah tindakan Ir Amiruddin itu sudah dijangkakan kerana beliau sudah lama berada dalam majlis-majlis Pakatan Harapan tetapi ia tetap sesuatu mengejutkan.

Kenyataan atau ulasan pemimpin Pas itu bak kata orang hanya untuk memaniskan mulut sahaja tetapi peritiswa itu tetap menyakitkan hati. Ianya bagaikan si musang tidak dapat anggur dikatakan anggur itu masam. Begitulah sikap Pas dalam menerima takdir menimpanya ekoran keluarnya Amiruddin.

Pas Kedah khasnya terpaksa mencari alasan tepat untuk membalas tindakan itu serta meredakan perasaan kecewa ahli dan penyokongnya dengan tidakan Amiruddin yang mengejutkan itu.

Kalau benar pemergian Amiruddin itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Pas, buat apa timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memberi reaksi segera dengan nada mengugut Amiruddin memberi ingatan berkenaan dengan baiah (bahalul)? Untuk apa. Bukankah ingatan terhadap sesuatu yang "bahalul" itu untuk menekan Amiruddin?

Begitu juga kalau Pas Kedah sudah menduga apa yang berlaku kenapa dikekalkan lagi Amiruddin sebagai ketua pembangkang. Kalau Pas Kedah bijak sudah tentu ia menukar Amiruddin dengan wakil lain, biarkan Amiruddin keluar tanpa memegang title Ketua Pembangkang. Tindakan itu juga dilihat yang Pas dapat mengesan gatal dalam kain sarung.

Kata Tuan Ibrahim, Amiruddin masih ada tanggungjawab terhadap baiah yang dilafazkan. Tampaknya Tuan Ibrahim mahu menggunakan baiah itu sebagai suatu hukum dari Allah terhadap Amiruddin yang meninggalkan Pas seperti mana dikenakan kepada wakil rakyat Pas lain yang meninggalkan parti tersebut.

Cukuplah Tuan Ibrahim, hentikan menggunakan hukum agama untuk dijadikan tali rapuh mengikat ahli-ahli Pas. Berpolitiklah dengan rasional dan menggunakan akal yang sihat. Eara mengikat orang dengan menggunakan agama sudah pun berlalu. Hari ini golongan yang arif mengenai hal ehwal agama dan hukumnya bukan lagi hanya terdiri daripada pemakai serban dan kopiah putih.

Sudah pasti sebelum membuat keputusan Amiruddin sudah berfikir panjang dan telah mendapat keputusan jelas (yakin) berhubung apa yang bimbangi oleh Tuan Ibrahim itu. Bagi Adun Anak Bukit itu sudah tentu dia telah yakin bahawa baiah itu tidak memakan diri dan ia sesuatu helah politik semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan soal baiah. Pas jangan ingat hanya puak partinya sahaja takutkan neraka, orang juga tidak minat dengan negara.

Apa dapat difahami apabila Amiruddin mengambil keputusan meninggalkan Pas bahawa baiah yang diagung-agungkan oleh Pas serta dijadikan senjata menakut-nakutkan orang itu hanya perkara karut marut semata-mata. Ia menakut-nakutkan bagi mereka yang bertahkid buta. Manakala mereka yang memahami agama dan titik tara dengan baiah itu tidak pun berasa apa-apa melainkan ia dianggap sebagai hantu tujuan menakutkan mereka yang bodoh semata-mata.

Tuan Ibrahim tidak payah menggunakan perkara-perkara yang karut untuk mengubati hati yang sakit. Kalau sakit telanlah ubat jangan main jampi serampah. Sebaiknya beliau membiarkan sahaja Amiruddin berlalu bagaikan angin lalu daripada cuba memberi ingatan mengenai baiah bahalul itu. Cara itu lebih lunak.

Berkaitan dengan penyertaan Amiruddin ke dalam PPBM itu timbul persoalan kenapa beliau menyertai parti Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak menyertai parti Mohammad Sabu, AMANAH? Kalau hendak dikira Amiruddin patut menyertai AMANAH memandangkan dalam parti itu penuh dengan kawan-kawannya. Dia lebih mengenali orang-orang dalam AMANAH daripada orang dalam PPBM.

Mengenai ini saya berasa ianya pasti ada strategi tertentu setelah menyedari keadaan dan suasana politik di Kedah kini. Boleh jadi juga penyertaan beliau kepada PPBM itu kerana ia lebih memberi keselesaan kepadanya daripada menyertai AMANAH. Seperti mana kata pengerusi AMANAH Kedah Dr Ismail Salleh, penyertaan Amiruddin itu ke dalam PPBM ia tetap menyuntik kekuatan untuk PH.

Seperti mana maklum sesetengah orang Pas di Kedah yang masih berfahaman konservetif, akur buta kepada dogmatik agama sukar untuk menerima AMANAH yang dianggap sebagai pengkhianat. Maki hamun kepada mereka yang menyertai AMANAH masih bertaburan di Kedah. Mungkin untuk mengelakkan perkara itu menimpa dirinya maka Amiruddin memilih PPBM yang dikira ruang berkecuali untuk beliau terus mengendalikan kolek perjuangannya.

Pun begitu beliau tidak dapat lari akan dicemuh dan dimaki hamun oleh orang-orang Pas terutamanya yang menganggap Paslah satu-satu parti maksum dan membimbing orang ke syurga. Tetapi sekali lagi dirasakan Amiruddin sudah pun menyiapkan kekuatan mantal dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran itu.

Antara alasan yang diberikan kenapa beliau bertindak keluar Pas ialah kerana tidak dapat menerima pendirian parti itu untuk terus bersendirian dan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno. Itu yang mengecewakan beliau. Beliau tidak pula memberi tahu atau membayangkan yang Pas akan bekerjasama dengan UMNO sehingga menyebabkan beliau tidak lagi betah berada dalam parti itu. Mungkin ada dalam kamus politiknya yang Pas akan bersalaman dengan Umno.

Kesimpulannya tindakan Amiruddin itu sesuatu tindakan yang berani yang dilakukan untuk menyedarkan pihak-pihak tertentu dalam Pas. Paling mustahak sekali ialah tindakan itu sebagai menafikan pegangan karut Pas terhadap baiah yang dijadikan rantai untuk mengingatkan ahli Pas agar sujud dan bersetia secara buta tuli dengan parti berkenaan.

Dan dengan keluarnya Amiruddin dari Pas itu ia tidak menambahbaikkan buat Pas sebaliknya menjadikan sawah Pas di Kedah seperti terus diserang "bena perang" - Hopper Burn. Dengan keluarnya Amiruddin boleh dikatakan pemimpin Pas yang berpengaruh dan profesional sudah tiada lagi dalam Pas negeri itu. Sebelum ini tokoh-tokoh seperti Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Dr Ismail Salleh telah pun meninggalkan Pas. [wm.kl.6:55 am 27/11/17]

mohd sayuti Omar

PAS tiada peluang jadi progresif, kata ahli seumur hidup Wan Saiful

Wan-Saiful
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata beliau masih merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Saya masih bawa kad ahli PAS saya ke mana-mana, kerana keahlian adalah seumur hidup,” katanya pada persidangan antarabangsa anjuran Istanbul Network di sini di mana beliau membentangkan kertas kerja mengenai hala tuju parti Islam itu.

Bagaimanapun, Wan Saiful menjangkakan beliau akan disingkir keahliannya.

“Lambat laun mungkin mereka akan pecat saya… tetapi saya tunggu mereka pecat saya,” katanya.

Wan Saiful menyertai PAS pada 1997 ketika masih belajar.

Badan pemikir beliau, Ideas, kerap dikaitkan dengan pendekatan liberal, sesuatu yang kerap diserang PAS.

“Semua orang pernah buat salah,” katanya bergurau merujuk keputusannya menyertai PAS.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Evolusi Islamisme dalam Politik Malaysia: Perpecahan Parti Islam SeMalaysia dan Penyebaran Idea Progresif”, Wan Saidul berkata PAS tidak akan sesekali bertukar menjadi parti progresif.

Sebaliknya, kumpulan yang cuba membawa idea progresif dalam parti itu kini tersingkir dan membentuk Amanah.

“Ada yang kata antara 1998 hingga 2010, PAS berubah menjadi lebih progresif dan golongan progresif diberikan jawatan dalam parti.

“Golongan itu bagaimanapun dalam pemilihan ketika muktamar mereka pada 2015 ditendang keluar kerana dilihat terlalu berpengaruh,” katanya.

Wan Saiful berkata, dalam senario di Malaysia, tiada kumpulan yang benar-benar progresif.

Begitu juga, tambahnya, Amanah hanyalah membawa fahaman neo-konservatif.

“Bagi saya progresif ini mengatakan mengenai tanggungjawab individu, di Malaysia parti politik masih memperkatakan tanggungjawab mereka kepada rakyat,” katanya.

“Progresif di Malaysia masih belum menjadi ‘arus perdana’,” tambahnya.

Polis mahu keterangan enam pemain Kedah berkenaan isu rasuah

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

Nidzham Adzha & Datuk Iszam Kamal Ismail


POLIS mahu mengambil keterangan enam pemain Kedah yang didakwa terbabit rasuah bersama jurulatihnya, Nidzam Adzha Yusoff pada aksi final Piala Malaysia, 4 November lalu.

Perkara itu disahkan penasihat perundangan Nidzam, Datuk Iszam Kamal Ismail sambil menjelaskan ia bagi membantu siasatan berhubung pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan yang didakwa memfitnah mereka.

Iszam berkata, polis juga akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan maklumat terperinci pemilik akaun Facebook berkenaan termasuk lokasinya.

“Pegawai penyiasat kes ini memaklumkan kepada kami yang mereka mahu menemubual enam pemain Kedah untuk mendapatkan maklumat lanjut sama ada mereka mengenali suspek atau tidak.

“Selepas itu polis akan menilai sama ada betul atau tidak pemilik Facebook itu dalang yang membuat fitnah sebelum tindakan lanjut diambil.

“Sekarang ini polis tak tahu lokasi dia (Ridzwan) dan maklumat itu mungkin boleh diperoleh daripada SKMM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 9 November lalu, Nidzam membuat laporan polis selepas wujud dakwaan beliau bersama enam pemain Kedah - Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan kapten, Khairul Helmi Johari - menerima rasuah dan menjual aksi final Piala Malaysia seperti mana tersebar di Facebook.

Bermula 18 November lalu, Iszam menjelaskan pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada Ridzwan untuk tampil ke mana-mana balai polis bagi memberi keterangan dan menunjukkan bukti berhubung dakwaannya itu.

Namun, sehingga hari ini, Iszam berkata, Ridzwan masih belum tampil memberi sebarang keterangan dengan tempoh untuknya berbuat demikian hanya tinggal empat hari.

“Kami akan tunggu siasatan polis dahulu sebelum mempertimbangkan untuk ambil tindakan undang-undang termasuk saman,” katanya.

SIK : Pembalakan didakwa jadi punca banjir lumpur

 Pembalakan didakwa jadi punca banjir lumpur
SIK - 1000 hektar Hutan Simpan Bukit Enggang didakwa digondolkan bagi projek tanaman petai belalang dan Timber Latex Clon (TLC) menjejaskan bekalan air bersih serta penyebab banjir lumpur bagi Kampung Balong Ayam, Kampung Chong, dan Kampung Durian Burung dalam Dun Belantik.

Pembalakan tersebut dilesenkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Menteri Besar ( MBI) dan kontraktor projek terbabit adalah Jaentique Sdn Bhd.

Aktiviti sejak awal 2016 itu dijalankan di kompartment 13,14,dan 15 seluas 500 hektar sejak manakala baki 500 hektar dibuat di kompartment 12.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar ( Latas) Pas Pusat dan Pas Kedah memandang serius aktiviti pembalakan di kompartmen 12, 13,14 dan 15 Hutan Simpan Bukit Enggang yang mengancam kelestarian alam sekitar, kehidupan manusia, sumber bekalan air, dan mengakibatkan banjir lumpur dan kerosakan ekosistem.
Advertisement

Menurutnya, beberapa kampung lain berpotensi mengalami masalah sama seperti tiga kampung terlibat banjir lumpur dan masalah bekalan air bersih.

"Kesan buruk daripada aktiviti penggondolan Bukit Enggang mula mengancam kehidupan penduduk sekitarnya.

"Latas difahamkan bahawa pembalakan tersebut berselindung di sebalik alasan pembangunan ladang hutan ganti dengan tanaman (TLC) dan pokok Albizia salah satu spesies balak cepat matang yang akan ditebang dalam tempoh beberapa tahun lagi," Katanya kepada pemberita di dalam tinjauan di Bukit Enggang hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Pengerusi Latas berkata, kesudahan kepada penggondolan Bukit Enggang ini adalah aktiviti pembalakan yang lebih kerap dan kehilangan hutan asli selama-lamanya.

Sementara itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengesahkan mengetahui aktiviti dijalankan di kawasan berkenaan.

Laluan utama Sungai Ular ditutup sehingga 12 Disember

Laluan utama Sungai Ular ditutup sehingga 12 DisemberKULIM - Laluan utama Sungai Ular menghala ke Serdang akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 4 hingga 12 Disember ini bagi memberi laluan pembinaan jambatan sementara di situ.

Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai berkata, laluan itu terpaksa ditutup kerana jambatan berhampiran Taman Seri Mahkota kerana strukturnya berisiko untuk semua kenderaan.

"Kita terpaksa tutup dalam tempoh seminggu laluan itu kepada semua pengguna, kerja-kerja membina jambatan sementara akan dilakukan.

"Mengikut laporan forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur yang turun ke sini pada 20 November lalu mendapati struktur jambatan atau rasuk-rasuk jambatan mulai retak ini mungkin kerana faktor usia jambatan dan persekitaran," katanya pada sidang media.
Advertisement

Beliau berkata, papan tanda pemberitahuan penutupan laluan itu akan dipasang selewatnya pada 29 November ini untuk memudahkan pengguna merancang perjalanan.

"Kita akan pasang beberapa papan tanda di jalan-jalan utama untuk memudahkan pengguna membuat perancangan menggunakan laluan alternatif," katanya.

Katanya, pengguna dinasihatkan supaya bersabar dan merancang perjalanan dengan bijak kerana jalan alternatif mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

"Kita tak boleh nak elak untuk tidak menutup laluan ini kerana ia berisiko, kita minta semua pengguna bersabar dan merancang perjalanan dengan bijak.

"Antara laluan yang boleh dilalui pengguna ialah Jalan Mahang untuk akses ke Serdang, Jalan Junjung untuk akses ke Bandar Baharu, atau terus melalui lebuh raya untuk akses ke Kulim," katanya.

ANAK: Selesaikan segera isu hutang peneroka!

Kenyataan Media ANAK: Selesaikan segera isu hutang peneroka!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan dan menghargai usaha yang dilakukan Dato' Dzulkifli Abd Wahab selaku Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd(FTPSB)yang dipertanggungjawabkan menguruskan ladang seluas 239,909.49 hektar milik 59,569 peneroka Felda seluruh negara.

Beliau dilantik mulai 1 Jun 2017.

Beliau menamatkan perkhidmatan lebih 30 tahun di Felda sebagai Pengarah Besar Felda yang bermula dari bawah.

Malangnya, beliau dilayan dengan begitu buruk oleh Tan Sri Isa Samad, hanya kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Tuan Hj Abd Ghani Ali pula adalah Pengarah Besar Felda yang baru, mulai 5 september 2017. Pengalaman berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1981.

Memulihkan keyakinan para peneroka diketika Felda dan Felda Technoplant sedang bermasalah adalah misi sangat sukar.

Isu hutang peneroka tidak kunjung reda, samalah juga soal penyelenggaraan kebun peneroka yang tidak sempurna, yang mengakibatkan pendapatan peneroka rendah dan tidak berbaloi dengan harga yang agak stabil.

Pengalaman luas kedua dua tokoh ini seharusnya mampu menangani isu isu di atas yang telah lama menghantui para peneroka.

ANAK tidak tahu apa jaminan yang dibuat oleh TS Shahrir ketika berkali kali memujuk Dato Dzulkifli menerajui FTPSB. Juga kesediaan Hj Abd Ghani,60, yang berada di ambang pencen.

Antara Felda dengan FTPSB mestilah sekata dan sepakat dalam isu hutang peneroka. Kegagalan kedua dua pihak menyelesaikan isu ini telah menimbulkan kemarahan peneroka.

Dengan tidak menafikan hak Felda/FTPSB mendapatkan semula kos tanam semula dan pinjaman Sara hidup, mestilah disusuli dengan tindakan profesional dan adil bagi kepentingan bersama.

Pendekatan dua hala dan situasi menang menang(win win situation) dimanfaatkan tanpa emosi dan ego.

Ugutan untuk mengambil tindakan Undang Undang dan arahan bayar dalam tempoh 14 hari hutang peneroka kepada Felda, akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

ANAK mengulangi kesediaan dan ruang kerjasama dengan berbagai pihak, bagi mempastikan isu isu utama yang di alami peneroka dapat diselesaikan secara baik.

Menerajui Perubahan.

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
28 Nov 2017

Monday, November 27, 2017

Pemuda Bersatu desak Ku Nan tarik balik kenyataan ‘slow learner’ terhadap pelajar UiTM


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor Tengku Mansor tidak wajar menghina pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disertai dikalangan pelajar lembab (slow leaner) yang tidak layak memasuki ke Intititusi Pengajian Awam (IPTA) yang lain di negara ini.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mengesa menteri wilayah persekutuan itu, menarik balik kenyataan dibuatnya ketika menekankan sumbangan Umno kepada pelajar, ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Pemuda PPBM mendesak Ku Nan menarik semula kenyataan dangkal ini. Semua pelajar adalah aset kepada negara.

“Beliau harus menilai pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UiTM yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti untuk bersama membangunkan bangsa dan negara.

“Ini merupakan satu penghinaan kepada ribuan pelajar yang menuntut di UITM.

“Pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UITM inilah yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti mereka untuk membangunkan bangsa dan negara,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan yang dpetik beliau berkata: “Kalau slow learner, masuk UiTM.”

Syed Saddiq menerangkan, dalam Laporan Penarafan Kebolehpasaran Graduan Dunia QS 2018 yang dikeluarkan menyenaraikn UITM adalah antara tiga terbaik di Malaysia.

“Mampukah universiti “slow-learner” memasarkan graduan mereka pada tahap yang tinggi?

“Manakala dalam dunia perdebatan pula, tiga orang tokoh debat yang disegani di pentas dunia datangnya daripada UITM, Mifzal Mohd, Jasmine Ho dan Maizura Mokhsein (Pendebat Terbaik Asia),” terangnya.

Justeru beliau berkata, kenyataan dangkal Ku Nan ini tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang berstatus menteri.

Ini kerana kenyataan sedemikian ujarnya lagi, akan memberikan lebih banyak impak yang negatif terhadap pelajar UITM.

” Ini akan mengakibatkan diskriminasi yang lebih teruk terhadap mereka.

“Dahulu, ribuan pelajar UITM dikerah untuk hadir sambutan ulang tahun partinya. Kini, Ku Nan merendah-rendahkan status mereka. Jelas lagi bersuluh, pelajar ini diperalatkan mereka untuk kepentingan parti sahaja.

“Ku Nan sebagai menteri sepatutnya membantu mereka bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah dengan tanggapan salah segelintir masyarakat yang memandang rendah dengan keupayaan mereka. Jangan mencurah minyak ke api,” ujarnya.

Sunday, November 26, 2017

CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Sumber — FMT

ADUN PAS Kedah sertai BERSATU


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dari PAS hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah mengumumkan perkara itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua BERSATU Kedah, selain pimpinan negeri.

Sebelum ini, Amiruddin dilihat sebagai antara pemimpin PAS yang cenderung terhadap parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Selain Datuk Mahfuz Omar, beliau juga hadir di konvensyen tahunannya di Kedah, bulan lalu.

Amiruddin adalah pengganti allayarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil di sana pada 2002 berikutan kematian bekas presiden PAS itu. 

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/403387#MAQvET5yQ6J4GJEm.99

Saturday, November 25, 2017

Terengganu berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

SHAH ALAM – Terengganu yang kini berada di bawah pemerintahan BN dilihat berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

Menjelang PRU yang dijangka paling lewat diadakan enam bulan dari sekarang itu, pelbagai gambaran dilihat, terutamanya bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Terengganu antara negeri yang dikatakan berpontensi untuk dilepaskan kepada pembangkang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu dilihat berdasarkan beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada peralihan kuasa yang dijangka berlaku di negeri tersebut.

“Terengganu antara contoh negeri yang boleh dirampas pembangkang apabila perbalahan antara pemimpin negeri itu diketahui umum.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada apa di sebalik kontroversi MB?]

“Dengan perbalahan seperti itulah, pengundi di negeri itu melihat ia sebagai satu faktor ketidakyakinan mereka untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran sedia ada,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, isu-isu dalaman seperti perpecahan dalam parti, sabotaj dan perbalahan adalah antara kriteria yang dilihat boleh menyebabkan Terengganu dan negeri-negeri lain boleh terlepas kepada pembangkang.

“Umum mengetahui, BN sememangnya mempunyai kekuatan pada negeri-negeri yang dipegang, tetapi mereka jugalah yang menjadi penyebab kegagalan untuk bertahan.

“Jadi, saya boleh katakan, sentimen seperti ini antara yang membolehkan pembangkang menggunakannya dalam kempen mereka,” katanya.

Selain Terengganu, negeri-negeri lain turut berisiko dirampas pembangkang adalah Kedah, Perak dan Johor.

“Faktor utama yang sering menghantui BN adalah, segelintir pemimpin mereka yang tidak boleh menerima jika tidak dipilih menjadi calon.

“Wujudlah sabotaj dalaman dan membawa kepada tiada kesatuan dalam perjuangan. Inilah peluang yang akan diguna pakai pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, pembangkang sememangnya tiada kekuatan dan bergantung kepada permasalahan parti lain.

“Bukanlah tidak langsung kuat, tetapi pada masa ini, pembangkang berada dalam pelbagai masalah dalaman.

“Dalam tempoh enam bulan ini, pembangkang perlu mencari di mana kekuatan mereka, ini kerana pendaftaran Pakatan Harapan itu sendiri belum dalam dibuat, dan ia juga masalah besar buat mereka,” katanya.

Biarpun begitu, beliau tetap melihat kejatuhan negeri-negeri BN adalah disebabkan parti itu sendiri, dan bukan faktor luaran.

“Saya yakin, pada masa ini, semua pihak sudah mengalunkan gendang pilihan raya, jentera sudah digerakkan dan ini juga masa terbaik untuk setiap parti memberikan manifesto untuk dinilai rakyat.

“Negeri-negeri kerajaan pada masa ini juga agak goyah dan jika ia tidak dipertahankan dengan ‘mengurangkan’ masalah dalaman, ia boleh kekal malah jika betul dengan strategi, BN boleh menawan negeri lain juga,” katanya.

Sumber

Kongsi berita ini: Jom Bina Semula Negara HARAPAN RAKYAT

Friday, November 24, 2017

Jangan buang masa guna sistem usang, laksana daftar pemilih automatik

Kerajaan BN khususnya ketua menteri Melaka dinasihati agar tidak membuang masa dan wang ringgit untuk mendaftar pemilih baru sebaliknya menggunakan masa dan kos yang ada untuk menambahbaik sistem pilihan raya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Idris Haron berhubung 69,453 warganegara yang layak mengundi dan bermastautin di Melaka yang didapati masih tidak mendaftar sebagai pemilih, Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya sudah lama mencadangkan mekanisme pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan.

Namun katanya, kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap berdegil mahu mengekalkan sistem pendaftaran manual yang usang ini.

“Pelbagai alasan yang tidak logik diberikan. Sedangkan kerajaan melaung-laungkan untuk mengapplikasikan IT dan online sepenuhnya.

“Sepatutnya tiada masalah untuk melaksanakan pendaftaran automatik kerana Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai pangkalan data yang lengkap untuk dihubungkan dengan SPR bagi mendaftarkan rakyat yang genap umurnya 21 tahun ke atas sebagai pemilih yang sah,” ujar beliau.


Bercakap kepada pemberita, Idris berkata bagi memastikan penjawat awam melaksanakan tangungjawab sebagai pemilih, sekretariat pilihan raya di peringkat kementerian dan pejabat setiausaha kerajaan negeri termasuk di Melaka diwujudkan.

Sekretariat itu, katanya berperanan menggalakkan penjawat awam di peringkat negeri dan Persekutuan untuk mendaftar sebagai pemilih serta menukar alamat kad pengenalan dan tempat mengundi berdasarkan alamat bermastautin yang terkini.

Menurut Idris, pelbagai program sedang dijalankan oleh SPR untuk meningkatkan kadar pendaftaran pemilih di negeri itu dan antara pendekatan diambil termasuk mengadakan program pendidikan pengundi.

Hasilnya, tambah beliau Melaka mencatatkan kadar peratusan warganegara belum mendaftar sebagai pemilih antara terendah iaitu pada kadar 12.5 peratus.

Mengulas lanjut, Sofi menasihati kerajaan dan agensinya agar tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencari dan mendaftarkan rakyat sebagai pemilih sebagaimana dicadangkan Idris.

SPR sendiri, kata Sofi tidak perlu menghabiskan masa dan kos yang tinggi untuk pendaftaran pemilih sebaliknya masa dan kos itu perlu digunakan untuk penambahbaikkan sistem pilihan raya.

“Di sini saya sekali lagi menegaskan supaya kerajaan dan SPR melaksanakan sistem pendaftaran automatik seberapa segera supaya 100% rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk menjadi pemilih berdaftar menjelang PRU 14 nanti.

“Sekarang adalah masa terbaik bagi SPR dan kerajaan untuk membuktikan ketelusan dan komitmen mereka kepada rakyat dalam hal pendaftaran pemilih ini,” katanya.

Laporan audit 1MDB mesti dikemuka di parlimen, kata peguam


Ketua Audit Negara perlu mengemukakan kepada Parlimen semua laporan mengenai entiti milik kerajaan yang telah diaudit - termasuk 1MDB - dan bukan sekadar mengklasifikasikannya sebagai rahsia rasmi negara, kata peguam Haniff Khatri Abdullah.

Haniff yang mewakili bekas anggota Umno, Zahid Md Arip memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan keperluan agar laporan audit dikemukakan kepada Parlimen.

Zahid, yang kini menjadi anggota Majlis Tertinggi BERSATU memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.


Di bawah Akta Audit 1957, Haniff (gambar) menegaskan, syarikat di mana kerajaan adalah pemegang saham majoriti, atau 100 peratus yang dimiliki oleh kerajaan mesti diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Beliau menambah ini merangkumi laporan audit mengenai 1MDB, yang diminta oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Bolehkah sesiapa tunjukkan kepada saya di mana di bawah 183 perkara dalam perlembagaan yang mengecualikan keperluan di bawah Perkara 107 (1)?" soal Haniff meminta peguam kanan persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Ketua Audit Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Selain Zahid, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali juga memfailkan permohonan semakan kehakiman yang berasingan dalam usaha untuk mendedahkan laporan audit 1MDB.

Tetapi seperti Azmin, Zahid juga diberitahu oleh peguam persekutuan bahawa dia tidak mempunyai locus standi untuk meminta laporan berkenaan.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/403239#kYad0LDg8lKHeCSv.99

Wednesday, November 22, 2017

TAKUT KALAH - Tun Mahathir

1. Najib takut kalah.

2. Untuk elak dari kalah Najib sanggup buat apa saja. Bahawa perbuatannya boleh ditakrif sebagai penipuan, haram, bertentangan dengan undang-undang, tidak bermoral, memalukan, melawan arus dan adat tidak mengapa. Jika dianya dipandang hina, pedulikan. Rasuah, sogokan dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Jabatan Kerajaan diperalatkan secara salah. Pembangkang ditekan, disoal, ditahan, di penjara oleh polis, didakwa di mahkamah.

3. Jabatan Hasil Dalam Negeri tuntut cukai tanpa asas, senarai hitam peniaga dan perniagaan, tahan pasport, beku wang dalam bank.

4. MACC tuduh kononnya penyokong pembangkang terlibat dengan pembersihan wang haram, diugut untuk ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Wang didalam bank dibekukan. Tak dapat berniaga, tak dapat teruskan projek. Rugi. Perbuatan MACC jelas berunsur politik kerana tindakan yang sama tidak diambil terhadap jenayah oleh anggota parti BN dan UMNO.

5. Pemimpin parti lawan dituduh seleweng duit Kerajaan, disoal berjam-jam, dimasuk lokap, dipakai baju lokap, didedah kepada orang ramai, diambil gambar untuk disiar dalam akhbar dan T.V.

6. Tetapi parti lawan tidak akan terganggu meneruskan kempen mereka. Najib dikenali sebagai perompak, penyamun, kleptokrat. Perbuatan kami diasaskan kepada perkara-perkara yang diketahui umum memang berlaku.

7. Takut kepada parti-parti lawan yang telah bergabung Najib cuba halang gabungan dari dilakukan.

8. Dengan itu kelulusan untuk daftaran gabungan tidak diberi setelah berbulan permohonan dibuat.

9. Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tetapi tidak beri jawapan samada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.

10. ROS tidak jawab surat. Tunggu Menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab.

11. Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab.

12. Mungkin dilulus 5 minit sebelum bubar Parlimen.

13. Maka bermasalahlah Gabungan Parti Lawan. Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi. Maka terkelirulah mereka bila mengundi.

14. Kempen parti lawan bermasalah. Tak dapat adakan sepanduk, tak dapat adakan bendera, tak dapat pamer slogan, perkenal calon dan bermacam lagi.

15. Harapan Najib pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan.

16. Harapan Najib BN tak kalah.

17. Tetapi BN tetap kalah.

18. Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu akan segala-galanya. Mereka tahu Najib seleweng duit 1MDB berbillion. Mereka tahu 2.6 billion masuk akaun Najib dalam AmBank.

19. Mereka tahu duit Felda, duit KWSP, duit KWAP, duit Tabung Haji telah hilang.

20. Mereka tahu tanah Kerajaan disamun beli, dijual, mereka tahu peranan Rosmah, Jho Low, Riza Aziz menghilangkan duit berbillion.

21. Mereka sedar nama Malaysia sudah jadi kotor kerana Najib. Apakah mereka ingin kotorkan lagi negara tercinta ini.

22. Mereka tahu semua. Awak boleh sogok tetapi sogokan tidak lagi berkesan.

23. Mereka mahu Kerajaan baru. Dan ini mereka akan dapat dengan mengalahkan BN, UMNO dan Najib.

24. Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir.

25. Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan.

26. Najib! Kamu patut takut. Dosa kamu akan membawa kekalahan di dunia.

27. Itulah nasib yang menunggu kamu.

28. Ya. Kamu patut takut. Bagi yang membuat dosa ada balasan lagi di akhirat.

Sunday, November 19, 2017

NIK AMAR AKUI MEMANG HASRAT PAS UNTUK HANCURKAN KUBU HUSAM

Di dalam ceramah Nik Amar yg terbaru bagi mengulas isu kemenangan Pas di dalam kes Injuksi terhadap Wisma Tok Guru, beliau sebut di dalam kaedah politik. bila kita berlawan dgn musuh, kita hendaklah musnahkan atau tawan kubu musuh. 

Maksud beliau, Pas bersungguh2 mahu mengambil Wisma Tok Guru adalah kerana itu 'kubu' Amanah, khususnya musuh tradisinya iaitu Husam.  Maka, kubu mesti ditawan.

Aku setuju dengan kaedah bahawa berdepan dengan musuh, kita mesti berusaha sedaya upaya musnahkan kubu atau tawan kubu musuh.

Soalannya,   Kenapa 'kubu' Husam atau Amanah saja yg kamu bersungguh2?  Bagaimana dengan kubu Umno/Bn?  Kamu berusahakah untuk menawannya jauh sekali untuk memusnahkannya?  Bahkan sebaliknya, aku melihat kubu Umno pun Pas telah baiki sedikit demi sedikit.  Kubu Umno yg hampir runtuh telah dibaiki sedikit demi sedikit oleh Pas.

Lojikkah pada akal kita Pas mahu runtuhkan atau tawan kubu Umno dengan cara Pas redho Umno perintah beberapa negeri selain dari 4 atau 5 negeri sahaja yg Pas mahu perintah?  Lojikkah Pas bersungguh2 mahu runtuhkan atau tawan kubu Umno dengan hanya sasarkan 40 Kerusi Parlimen?  Lojikkah Pas mahu jatuhkan Umno dengan bertindak 'berkecuali' apabila Bajet yg menyiksa rakyat itu dibentangkan? Alasan Pas, kita tak sanggup lawan Umno kesemua negeri maka kita hanya mahu 4 atau 5 negeri sahaja, selebihnya kita serah kepada Umno.  Itu sahaja alasan Pas? 

Mengapa tidak berhempas pulas melawan Umno sebagaimana Pas berhempas pulas mahu 'menawan' kubu Husam?  Bahkan sanggup keluarkan duit lebih dari setengah juta untuk tujuan itu?  Sanggup keluar masuk mahkamah kerana mahu 'tawan' kubu Husam?  Bayangkan duit sejumlah lebih setengah Juta itu kalau dibina rumah2 mangsa banjir, berapa buah rumah telah dapat dibina untuk rakyat?  Tetapi Pas sanggup lakukan apa saja asalkan 'kubu' Husam dapat ditawan.  Kubu Umno, Pas kena bertaawun.

Semakin jelas perjuangan Pas memang ke laut.  Tidak tahu beza mana satu musuh yang nyata.  Benarlah bak kata Dr Hassan Ali, selagi ada Almarhum Tok Guru Nik Aziz,  usah harap Pas dan Umno boleh bekerjasama. 

Tapi aku yakin, Husam boleh hidup dan terus berjuang untuk rakyat walaupun tiada berkubu. 

WFAUZDIN NS

22 TAHUN JADI PM, MEMANG TUN MAHATHIR PALING LEKEH DAN TAK GUNA SAMA-SEKALI...

Kata Perdana Menteri yang berdarah pahlawan Bugis, Najib Razak, walaupun Tun Mahathir Mohamad berpeluang menerajui negara selama 22 tahun, tetapi tidak pernah sekali pun dia melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"Saya amat gembira dapat melawat Hospital Tung Shin yang ditubuhkan 136 tahun lalu dan Chinese Maternity Hospital yang sudah berusia 104 tahun.

"Saya difahamkan saya adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat dua hospital ini. Ada seseorang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi tidak pernah melawat hospital ini," kata Najib lagi.

Dalam erti kata lain, oleh kerana tidak pernah menjejakkan kaki melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina tersebut, Tun Mahathir adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sama-sekali.

Ya...memang Tun Mahathir paling lekeh dan tak guna walaupun berkuasa selama 22 tahun.

Bukan saja dua hospital tersebut tidak pernah dilawatinya, bahkan banyak lagi perkara lain tak mampu atau tak terbuat oleh beliau.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan akaun bank peribadinya ada wang sebanyak RM2,600 juta.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu mencari seorang Pak Arab yang pemurah dan sanggup menderma banyak wang kepadanya.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu meningkatkan hutang negara sehingga mencecah hampir RM700 bilion seperti yang ada sekarang.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menubuhkan sebuah syarikat pelaburan yang dapat menjana hutang sehingga lebih RM50 bilion.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membina MRT yang tujuannya hanya dapat dibanggai kerana dapat meningkatkan jualan sate Kajang.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu melahirkan walau seorang anak muda seperti Jho Low yang tiba-tiba menjadi bilionaire sekelip mata dan dapat berhibur sakan dengan artis-artis Hollywood.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan anak tirinya seorang penerbit separa porno Hollywood, sambil mampu membeli beberapa kondo mewah di London dan Amerika Syarikat.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membahagiakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan kerlipan emas berlian berupa rantai, cincin, gelang dan perhiasan barang kemas lainnya yang mencecah ratusan juta ringgit nilainya.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membenarkan isterinya bebas menggunakan jet eksekutif kerajaan ke mana-mana secara sendirian.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menaikkan harga minyak setiap minggu sehingga hari Rabu adalah hari yang sentiasa menjadi penantian bagi setiap rakyat Malaysia.

Ahhh....kalau mahu dihitung, memang banyak sekali ketidakmampuan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana yang membuktikan beliau adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sekali di Malaysia ini.

Dan untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, kemampuan Najib dapat melakukan lawatan ke Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina adalah suatu pencapaian yang jauh lebih tinggi berbanding melahirkan idea membina Menara Kembar KLCC.

Maka, memang lekeh dan tak guna sekali Tun Mahathir ini.

C.P

Saturday, November 18, 2017

Sekali lagi - kepala bapak kau


Najib terus dikepung. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir. Suara menuntut Najib dinyahkan semakin nyaring. Gerakan nyah Najib semakin merebak. Gerakan ini sedang berjalan dalam dan juga di luar negara.

Sentimen nyah Najib ini telah berjaya menjalar masuk ke lubang telinga ahli parti United Malays National Organisation. Ini jelas sedang berlaku.

Secara senyap-senyap ahli parti telah mula 'berbisik-bisik' sesama sendiri. Sohseh sohseh tung tang tung tang telah mula kedengaran. Najib ini dikatakan lebih banyak membawa bala dari membawa laba. Najib ini akan menjadi beban penolak undi dalam PRU14 nanti.

Bukan sahaja undi bukan Melayu yang menolak Najib. Kes Najib yang bertampuk-tampuk ini telah juga menghakis banyak undi Melayu. Ini dibuktikan dengan tertubuhnya parti BERSATU.

Kalau Parti Keadilan Nasional wujud pada tahun 1999 bermula dengan bencikan Mahathir yang membuang Anwar, BERSATU pula lahir pada tahun 2017 kerana bencikan Najib yang didakwa mencuri duit.

Ahli-ahli parti United Malays National Organisation dalam gelak hilai berseloroh tentang betapa beratnya memikul beban Rosmah di mata pengundi. Kini ditambah pula dengan beban memikul seorang yang didakwa mencuri.

Tetiba sebuah laman pro parti ketuanan Melayu telah menulis berita dalam Bahasa Inggeris - Kepala Bapak Building Gateway Home on Koh Samui Island. Apakah makna tulisan - Kepala Bapak Membuat Rumah untuk Lari di Pulau Koh Samui? Apakah Kepala Bapak telah bersedia hendak lari. Kenapa lari ke Siam tidak ke Shanghai?

Sayangnya berita ini belum sempat dipungut oleh Malaysian Insider atau Malaysiakini telah menjadi 404 - hilang lesap. Bila dicari tajuk berita ini Lebai Google akan menjawab - Sorry the page you were looking for in this blog does not existKhalas. Apakah dedak telah bertukar tangan? Walahhualam.

Sesiapa pun yang diserang bertalu-talu seperti ini akan berjiwa kacau. Jiwa kacau akan melahirkan sakit jiwa. Sakit jiwa ini telah dimanifestasikan dengan jeritan - "kepala bapak kau".

Sebenarnya sesiapa pun boleh menjeritkan "kepala bapak kau". Malah jeritan ini bukan satu yang baru atau satu yang unik. Ia juga bukan jeritan sakral. Tetapi apabila Najib menjeritkan "kepala bapak kau", ia membawa makna lain.

Malah tempat si Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini juga wajib difahami dan diteliti.

Hakikatnya, "kepala bapak kau" ini adalah jeritan orang sakit jiwa. Ini tanda-tanda sakit jiwa yang maha sangat. Jika seseorang tidak sakit jiwa, dia tidak akan menjerit. Sosok yang dilamun kebahagiaan akan tersenyum lebar hingga ke telinga.

Saya tidak perlu mengulangi kembali kenyataan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) atau kenyataan peguam negara Switzerland. Atau berkisah tentang kes Scorpene Najib yang telah bermula di mahkamah Paris. Atau kes jenayah 1MDB di mahkamah Los Angles. Atau kes tertangkap, tertuduh dan terpenjara beberapa orang pegawai bank di Singapura. Semua ini telah beberapa kali kali saya tulis.

Telan Prozac

Semua ini pasti menyesakkan nafas Najib. Semua ini pasti menjadikan jiwa kacau. Dalam keadaan sedemikian saya yang tidak berijazah dalam bidang kedoktoran tidak dapat membantu apa-apa.

Kalau kena migrain saya tahu jawabnya ialah Panadol. Kalau diserang sakit jiwa saya hanya mendengar khabar bahawa Prozac boleh membantu. Berapa botol Prozac wajib ditelan hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.

Kemudian muncul lagi babak terkini. Babak ini amat amat menarik. Ini babak baru. Bukan babak akhir atau babak penutup. Maksud saya ini babak Najib melawat Vietnam untuk Persidangan APEC yang baru berlangsung pada 10-11 November 2017.

image: https://i.malaysiakini.com/1181/caace8ed1fac927133eea45e1a69cb57.jpeg

Apa yang menarik media dunia ialah kehadiran presiden Trump di Vietnam. Presiden Trump yang sedang dipertikaikan kewarasannya terus menjadi sasaran untuk digodam oleh media.

Dalam parlimen apabila Najib ditanya tentang 'kejayaan lawatan' ke Rumah Putih. Si Najib dengan bangganya mengatakan bahawa ketika melawat Rumah Putih, dia telah bermain golf dengan Trump.

Ini betul-betul labun mat temberang. Sebenarnya Najib main golf dengan Trump sebelum Trump menjadi Presiden. Ketika itu Trump akan main golf dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Lokman Adam jika Lokman Adam boleh membawa peluang perniagaan.

Kerana itu tidak ada gambar Najib main Golf dengan Trump ditularkan. Jika ada pasti gambar resmi akan dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Di Amerika ketika ini jika Trump terkentut pun pasti akan jadi berita. Bayangkan jika Trump main Golf dengan Najib, satu padang golf itu akan dipenuhi oleh media Amerika. Van stesen TV, helikopter dan drone media pasti sibuk cuba membuat 'breaking news'. Ini berita paling 'hot' di Amerika - Presiden Amerika bermain golf dengan 'pencuri'.

Najib melabun. Melabun, berbohong dan membuat temberang adalah juga ciri dan pola-pola serangan sakit jiwa.

Pada Jumaat 10 November sebelum Persidangan Apec bermula, harian The Guardian London telah membuat berita mengenai lawatan Trump ke Asia. Tajuk: Trump's tricky talks: Five world leaders meeting to watch at Apec summit.

Salah seorang dari lima pemimpin itu ialah Najib. Dalam kes Najib media dunia telah diberi ingatan untuk memerhati bagaimana Trump akan cuba mengelak dari dilihat terlalu ramah dengan Najib.

Media dunia dikatakann telah diberi tahu lebih awal tentang bagaimana Najib akan cuba 'masuk frame' untuk dilihat mesra dengan Trump. Najib akan cuba masuk frame dengan tujuan agar media dunia melihat bahawa kes dakwaan curi duit 1MDB tidak mengganggu hubungan dirinya dengan Trump.

Pada hemat saya, laporan The Guardian ini adalah bukti agenda nyah Najib dari luar negara. Jika tidak yakin apa yang saya tulis ini sila rujuk kepada The Guardian London. Saya bukan penjaja tohmah atau fitnah.

Klip dari TV Vietnam

Saya menimbulkan berita dari The Guardian ini kerana ada satu klip dari TV Vietnam telah menular. Ini gambar jamuan makan malam di akhir persidangan APEC. Tetamu negara semuanya telah siap siaga duduk bersembang. Tetiba masuk Rosmah dan Najib.

Presiden Jokowi, Putin dan Xi Jin Ping sedang bersembang. Najib melintasi sebelah belakang Trump. Tapi sayangnya Si Trump ini tidak ambil pot. Malah seperti biasa Trump berpeluk tubuh. Ini betul-betul bahasa badan yang kurang ajar.

Setelah melihat klip ini saya terfikir betulkah Si Trump ini kaki golf Najib? Jika rakan golf sekurang-kurang berilah senyuman. Si Trump langsung tidak peduli.

Saya agak si Trump tidak berani dilihat mesra dengan Najib kerana takut ditibai oleh media Amerika. Tetapi berilah senyuman kepada si Rosmah yang memakai baju merah renda-renda dengan disalut oleh anting-anting intan berlian.

Kurang ajar betul presiden Trump ini. Mentang-mentang isterinya Melania cantik, langsing dan bergetah.

Atau apakah ini ditujukan kepada Kim Jong-un? Apa yang sahih laporan BBC ini telah dinafikan oleh si Trump.

Jeritan sakit jiwa "kepala bapak kau" ini telah juga meledak dalam parlimen pada minggu lalu. Semuanya macam telah dirancang. Macam wujud satu konspirasi.

image: https://i.malaysiakini.com/1126/1fa206965185dd5f65ebeb41e98ad526.jpeg

Pada minggu lalu dalam parlimen Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan kesihatan negara. Menteri ini bukan memberi laporan demam denggi, atau laporan kepialu, atau penyakit barah. Tidak. Tidak. Tidak.

Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan statistik pesakit jiwa dalam Malaysia. Menurut laporan menteri ini, 29.2 peratus penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengalami sakit jiwa. Peratus ini telah ditemui melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015.

Ini juga bukan fitnah Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin sila rujuk kepada hansard Parlimen November 2017.

Kenyataan menteri kesihatan disambut oleh YB Zuraida dari parlimen Ampang yang memperakui data ini. Malah mengikut YB Ampang statistik ini pasti bertambah. Tanda terkini tentang serangan sakit jiwa ini ialah jeritan "kepala bapak kau". Para YB dalam parlimen terbarai ketawa. Kasihan pada Najib dan penasihatnya, dua-dua ponteng parlimen.

Sila ambil perhatian, menteri kesihatan bukan pro-Pakatan Harapan. Menteri ini dari parti Malaysian Indian Congress. Justeru persoalan sakit jiwa minggu lalu bukan dirancang oleh Pakatan Harapan.

Mungkin persoalan sakit jiwa dalam parlimen minggu lalu telah dirancang secara sulit oleh pegawai kerajaan atau 'orang dalam' yang ternampak peluang untuk menambahkan lagi sakit jiwa kepada Najib. Walhahuallam bissawab.

Apa yang jelas data dari parlimen ini membuktikan bahawa sakit jiwa ini bukan satu yang asing di Malaysia. Kes Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini bukan ganjil.

Jika Mat Felda atau minah kilang yang menjeritkan "kepala ayah kau", kita boleh tersenyum atau ambil sikap tidak peduli. Tetapi apabila Najib menjeritkannya, ini bermakna kita dalam bahaya.

Bahaya apa? Tunggu minggu depan.


HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.


Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/401960#YKD9OMDQeXhoCOpH.99

Friday, November 17, 2017

Adun BN tidak profesional dan demokratik


ALOR SETAR: Kenyataan terbuka oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah yang menyebut bahawa rakyat perlu memilih BN andai ingin peruntukan disalur ke setiap Parlimen dilihat menyimpang dari demokrasi yang menjadi amalan di MalaysiaU

Ustaz Ahmad Yahaya (Alor Mengkudu-PAS) melahirkan rasa kesal dengan kenyataan terbuka Dato' Mohd Tajuddin Abdullah (Belantik-BN) yang tidak profesional semasa ucapan penggulungan pada Sidang Dun Bajet Kedah, di sini, kelmarin. 

Jelasnya lagi, penafian hak rakyat sedemikian menunjukkan sikap Adun berkenaan yang mengamalkan diskriminasi dan bukannya demokrasi sebagaimana sering dicanang dibibir mulut pemimpin parti terbabit. 

"Perkara sebeginilah yang terjadi terhadap negeri Kelantan dan Terengganu (sewaktu ditadbir PAS), di mana peruntukan royalti minyak dinafikan untuk kedua-dua negeri tersebut.

"Sedangkan Al-Marhum Tunku Sultan Kedah merupakan seorang sultan yang amat menghormati demokrasi dan hak-hak rakyat," ujar beliau kepada pemberita. 

Sehubungan itu katanya, peruntukan setiap Parlimen sebanyak RM35,000,000 sepanjang tempoh lima tahun (sepenggal) yang tidak diterima oleh Ahli Parlimen Pembangkang dilihat satu tindakan tidak adil.

Malah bidasnya, ia membuktikan Kerajaan Kedah yang diterajui Umno-BN ternyata tidak menghormati pilihan rakyat.Lebih mengecewakan lagi apabila Adun Belantik itu menyarankan agar Ahli Parlimen Pembangkang membuat permohonan andai inginkan peruntukan berkenaan.

"Saranan itu menunjukkan sikap yang tidak profesional sedangkan semua rakyat tidak mengira parti membayar cukai dan lain-lainnya," tempelak beliau lagi. - HARAKAHDAILY 16/11/2017


Thursday, November 16, 2017

Ekonomi Malaysia semakin lemah – laporan terkini Bank Dunia


AKMAL HAZIQ
November 15, 2017 7:52 am 2

Ekonomi Malaysia semakin lemah – laporan terkini Bank Dunia
Laporan terkini Bank Dunia menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia semakin lemah. Daripada 15 ekonomi Asian yang dianalisis dalam laporan tersebut, ekonomi Malaysia dan beberapa yang lain satu-satunya dijangka menjadi semakin buruk. Meneliti keadaan sekarang Bank Dunia meramalkan, dalam 2018, pertumbuhan Malaysia akan jatuh kepada 5%, dan dalam 2019 jatuh lagi kepada 4.8%, sedangkan tibanya 2018 kurang daripada dua bulan lagi, demikian laporan The Coverage.

Dalam laporan tersebut Bank Dunia dikatakan menyifatkan ekonomi Malaysia: “Risiko utama yang dihadapi untuk berkembang datangnya daripada dasar ekonomi, pembangunan geopolitik dan harga komoditi yang tidak menentu”.

Sementara kebanyakan ekonomi Asian meningkat, Malaysia mengundur ke belakang, dan ia disebabkan Malaysia gagal mengadaptasi keadaan ekonomi domestik dan global.

Laporan itu juga menurut The Coverage, turut menyatakan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada dua ekonomi Asian yang hutang isi rumahnya “melebihi 70% KDNK”. Ramai pakar ekonomi menyimpulkan bahawa gelembung hutang Malaysia tidak lama lagi akan pecah.

Pegawai Bank Dunia dalam urusan ekonomi Malaysia, Farid Hadad-Zervos baru-baru ini memberi amaran: “Soalan asas dalam hal ini ialah, apakah sebenarnya makna KDNK dalam kehiduapan rakyat Malaysia?”.

Dalam lawatannya yang gagal ke AS, Najib dilaporkan berkata pertumbuhan 5.2% ekonomi Malaysia “membuatkan ekonomi yang mendahului iri hati”. Respons segera dalam hal ini ialah: “Pertumbuhan ekonomi Iraq 11%, Bangladesh 7% dan pertumbuhan ekonomi Ethiopia 7.6% pada tahun lepas – apakah ekonomi yang mendahului juga turut iri hati?”

Hakikatnya Malaysia berada di belakang jiran-jiran Asiannya.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kadar pengangguran anak muda di Malaysia meningkat mendadak kepada 12% dan terus meningkat. Kajian Bank Negara mendapati tiga daripada empat orang rakyat Malaysia mendapati sukar untuk mendapatkan RM1,000 dalam keadaan kecemasan.

Dalam ucapan-ucapan beliau, kata laporan itu selanjutnya, Perdana Menteri Najib Razak telah memalsukan data-data ekonomi, memetik bahagian tertentu sahaja daripada laporan yang dibuat, dan berusaha mencantikkan wajah ekonomi Malaysia kerana dalam politik Malaysia, beliau berada dalam keadaan tidak stabil.

Monday, November 13, 2017

Wanita Islam yang bekerja di hotel di Pulau Pinang tidak akan dihalang daripada memakai tudung.

Guan Eng anggap 'larangan bertudung’ satu bentuk diskriminasi


Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita Islam di kaunter depan daripada memakai tudung.

Presiden MAH Pulau Pinang Khoo Boo Lim berkata ketua menteri menghubungi beliau untuk menyatakan bantahannya itu, khususnya merujuk kenyataan Presiden MAH Samuel Cheah mengenai perkara itu, baru-baru ini.

"KM menyatakan kekecewaannya dengan kenyataan tersebut yang dianggapnya bersifat diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi pekerja wanita Islam untuk memakai pakaian pilihan mereka.

"KM juga anggap larangan berbentuk diskriminasi itu tidak ada kaitan dengan prestasi pekerja," katanya.

Sehubungan itu, Khoo berkata wanita Islam yang bekerja di hotel di Pulau Pinang tidak akan dihalang daripada memakai tudung.

"Hotel di Pulau Pinang terbuka dan mengalu-alukan wanita Islam yang bekerja di hotel kami yang ingin memakai tudung," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401831#ejKb0cVEAWwWUOGj.99

LARANGAN PEMAKAIAN TUDUNG DALAM INDUSTRI PERHOTELAN ADALAH AMALAN LAPUK SERTA BERTENTANGAN PERKEMBANGAN SEMASA

Kenyataan Media
13 November 2017

http://4.bp.blogspot.com/-Rd0r6wr6y3Y/VPaL79a5vlI/AAAAAAAABJw/rPzxJo3QdLU/s1600/DSC_0012.JPG

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkaitan dengan larangan berkait pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di 'front line desk' hotel-hotel di Malaysia. ABIM menilai kenyataan tersebut secara jelas menafikan hak kebebasan mengamalkan agama dan terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius sebarang isu diskriminasi wanita di tempat kerja. Tambahan pula ia cuba dijustifikasikan atas standard dan polisi antarabangsa. Persoalan yang berikut timbul daripada polemik ini:-
1. Bagaimanakah sesebuah hotel boleh beroperasi dengan menggunakan SOP yang jelas bercanggah dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

2. Sejelas manakah Indeks Syariah yang diwar-warkan menjadi rujukan dalam industry perhotelan di negara ini taktala dikatakan wujud SOP untuk sesebuah hotel menghalang pekerja atau pelatih mengenakan tudung di kaunter khidmat pelanggan (frontdesk)?

3. Apakah ruang yang diberikan untuk para pekerja atau pelatih wanita Muslim untuk menyuarakan hak mereka secara rasmi? Apakah wujud penafian mahupun larangan untuk mereka menyuarakan aduan melalui saluran rasmi hatta melalui kesatuan mahupun NGO pekerja?

4. Apakah konsep Hotel Patuh Syariah yang cuba diterapkan sebagai contoh Kumpulan Hotel De Palma (mulai tahun 2008) tidak menepati standard serta piawaian antarabangsa mulai tahun tersebut mahupun menjejaskan kualiti industri perhotelan dan pelancongan negara?

Dengan itu ABIM menggesa agar pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu ini. Masyarakat memerlukan rujukan mahupun makluman dasar rasmi berhubung isu ini memandangkan ia menyentuh sensitiviti beragama dan hak asasi manusia dalam industri yang cuba mengangkat imej negara di mata dunia.

Amalan bertudung bukanlah suatu amalan yang asing hatta di peringkat antarabangsa yang meraikan sumbangan para tokoh serta professional wanita Muslim dalam pelbagai lapangan. Jangan sampai polemik ini menjejaskan nama baik negara serta industri pelancongan yang integral dengan perkembangan sejagat.

Atas dasar ini, ABIM juga menyeru agar kesemua pendokong hak asasi manusia dan wanita untuk sama-sama memperjuang isu ini secara serius di peringkat nasional sehingga antarabangsa. Larangan pemakaian tudung adalah isu lapuk yang perlu ditentang bukan sahaja dalam kalangan industri perhotelan, hatta dalam setiap lapangan pekerjaan serta industri sekalipun.

Nor Azura Kamarudin Sohami
Naib Presiden (HELWA)
Angkatan Belia Islam Malaysia




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...