TERKINI :

Thursday, October 19, 2017

Walaupun melobi, Malaysia gagal duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB


Kerajaan perlu menjelaskan sebab di sebalik kegagalan negara menduduki satu daripada 15 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Amat mengejutkan apabila Malaysia gagal dalam usaha diplomatiknya. Kerajaan perlu memaklumkan kepada ahli Parlimen mengenai apa yang sebenarnya telah terjadi,” kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar soalan bagi sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada 24 Oktober nanti bagi menggesa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan perkara berkenaan dalam sesi Parlimen akan datang.

Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP turut meminta Anifah mendedahkan kos yang dikeluarkan kerajaan bagi menampung perbelanjaan melobi dan berkempen bagi mendapatkan kerusi Majlis Hak Asasi Manusia itu.

Malaysia pernah tewas dalam usahanya melobi kerusi untuk Majlis Hak Asasi Manusia pada 2006-2009 dan 2010-2013.

Ini adalah kegagalan ketiga negara yang hanya meraih 129 undi di belakang Afghanistan, Nepal, Pakistan dan Qatar.

Majlis yang diilhamkan pada Perhimpunan Agung PBB 2006 dan dianggotai 47 ahli itu bertanggungjawab memperkasakan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia dan mengetengahkan isu dan cadangan membabitkan perkara itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...