TERKINI :

Wednesday, October 4, 2017

WAJARKAH AMANAH DIKAITKAN DENGAN MUKTAZILAH?

Muktazilah disegi bahasanya ialah mengasingkan diri dari kelompok ramai untuk bersendiri. Disegi akademik ianya merujuk kepada satu mazhab ilmu kalam atau teologi dengan aliran pemikirannya yang tersendiri.

Kewujudan kelompok ini bermula akibat pertikaian pendapat antara Hasan Al Basri dengan muridnya Wasil bin Atha' dalam satu majlis ilmu berkaitan kedudukan seorang mukmin yang melakukan dosa besar di akhirat nanti sekiranya beliau mati sebelum bertaubat.

Hasan Al Basri berpendapat golongan ini dianggap seorang mukmin yng derhaka dan akan diazab oleh Allah di neraka sebelum layak ke syurga. Sementara Wasil berpendapat sesorang yang melakukan dosa besar adalah kafir, bukan mukmin.

Sebelum sempat berhujah dengan pendapatnya, Wasil mengubah pendiriannya dengan mengatakan golongan ini tidak dianggap mukmin dan tidak kafir, mereka berada di "manzilah baina manzilatini" iaitu " di sana pun tidak di sini pun tidak ". Semenjak itu Wasil membentuk kelompok sendiri dengan pemikiran teologinya yang tersendiri.

Ada juga ahli sejarah mengatakan perkataan Muktazilah ini adalah merujuk kepada satu puak yang kecewa dalam politik akibat tindakan Saidina Hasan yang melepaskan jawatan khalifah kepada Saidina Muawiyah. Lalu mereka mengambil sikap tidak menyokong Saidina Hasan sebagai " pihak bukan kerajaan" dan Saidina Muawiyah sebagai " pihak kerajaan"

Oleh itu tindakan MursyidulAm yang melabelkan Amanah sebagai muktazilah adalah tidak relevan sama sekali, sebaliknya sikap Pas yang menolak pakatan pembangkang dan kecewa dengan kerajaan dalam isu RUU 355 adalah menyamai pemikiran kelompok muktazilah yang beranggapan hanya puak mereka yang benar dan puak lain adalah batil.

Walau apa pun sikap kita tentang muktazilah, realitinya mereka pernah menguasai pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah di zaman Khalifah Al Makmun, Al Muktasim dan Al Wasit dan tidak ada seorang ulama pun menganggap mereka sebagai telah terkeluar dari ajaran Islam, apalagi agama Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...