TERKINI :

Tuesday, October 17, 2017

Polis sedang siasat video pegawai kanan SPRM

Muhammad Afham Ramli

Mohamad Fuzi Harun
SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihaknya berhubung video yang tular didakwa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video berkenaan.

"Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi.

"Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA yang baharu, di sini, hari ini.

Turut hadir di majljs itu adalah Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab, pengarah jabatan PDRM dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan pihaknya telah pun mengambil tindakan perundangan.

Namun, Mohamad Fuzi mengesahkan masih tiada laporan polis dibuat dibuat oleh pihak SPRM.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dan wanita terbabit.

Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...