TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

PM bukan ISLAM - Nasib baik MCA yang kata, Jika DAP sudah pasti 30 hari 30 malam masuk TV3

MCA: Tiada halangan bukan Islam jadi PM


Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon menyifatkan tiada masalah daripada segi perlembagaan atau perundangan yang menghadkan kaum atau agama seseorang pemimpin untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Beliau berkata, tidak kira siapa sahaja termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Jika dilihat daripada segi kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, DAP mendominasinya, bagaimanapun parti itu sedar mengenai sensitiviti di negara ini dan mereka cuba menyorok untuk tidak mahu menjadi perdana menteri.

"Kalau kita lihat dua perkara ini, satu Perlembagaan Malaysia tidak menghadkan kaum atau agama untuk menjadi perdana menteri. Seseoang ahli Parlimen mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan dilantik menjadi perdana menteri.

"Kedua, kalau kita lihat kepada kerusi yang dipegang Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini, DAP merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat, cuma DAP tahu sensitiviti di negara ini, mereka cuba sorok di belakang, tidak mahu jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MK Curtain dan Goldhill Curtain Sdn. Bhd di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mengulas persoalan yang diwujudkan pimpinan Umno berhubung kelayakan Lim untuk menjadi perdana menteri jika HARAPAN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu bukanlah cadangan yang buruk.

"Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin Umno) begitu 'menginginkannya'terjadi, ia mungkin idea yang baik, " katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Chong menegaskan dua faktor tersebut membolehkan Lim diangkat sebagai perdana menteri.

"Tiada halangan daripada segi perundangan dan perlembagaan. Kalau menteri besar tak boleh sebab tertakluk kepada undang-undang tubuh negeri, " jelasnya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak pernah menanam cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia, dan merasakan tidak akan ada perdana menteri dari kalangan orang bukan Melayu pada abad ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...