TERKINI :

Thursday, October 19, 2017

Mahkamah Persekutuan pula membebaskan Mat Sabu dari pertuduhan menghina pasukan keselamatan

KENYATAAN MEDIA

SEJARAH KEMERDEKAAN PERLU DITULIS SEMULA

Kes sejarah kemerdekaan Malaya kemudian Malaysia yang cuba saya kemukakan bahawa pejuang kemerdekaan bukan hanya diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar, pemimpin Umno sahaja.

Malah saya mengatakan bahawa ia juga diperjuangkan oleh tokoh pejuang masyarakat termasuk juga Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Datuk Ahmad Boestamam, Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi termasuk Mat Indera yang saya sebut pada satu ceramah di Padang Menora Pulau Pinang, enam tahun lalu.

Saya membangkitkan soal kenapa Pegawai British disanjung sebagai pejuang kememerdekaan manakala yang melawan British dianggap sebagai pengganas.

Peristiwa ceramah saya itu kemudian dibawa ke mahkamah oleh pemerintah. Saya yakin tindakan itu dibuat untuk membangkitkan kemarahan pasukan polis dan tentera kepada saya dan dieksploitasi semahunya oleh akbar Utusan dan TV3.

Selepas perbicaraan di Mahkamah Sesyen Butterworth, mahkamah membebaskan saya daripada tuduhan yang kemudiannya membawa kepada pihak pendakwa merayu ke Mahkamah Tibggi.

Mahkamah Tinggi kemudiannya juga membebaskan saya, dan pihak pendakwa merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam perbicaaran yang berlangsung jam 11 pagi hari ini 10 Oktober 2017, mahkamah sekali lagi membebaskan saya dari tuduhan menghina pasukan keselamatan.

Saya berterima kasih dan besyukur kepada Allah di atas keputusan yang dibuat hakim hari ini. Juga kepada peguam-peguam yang terus membela saya yang diketuai Mohamed Hanipa Maidin, sdra Aminuddin dan Sdra Nassar Khan. Pertarungan yang berlangsung enam tahun akhirnya berakhir pagi tadi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh pendakwa.

Maka kita akui sejarah yang ditulis termasuk oleh Kerajaan Negeri Johor bahawa Mat Indera juga adalah salah seorang pejuang kemerdekaan.

#AmanahDemiNegara

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

19 OKTOBER 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...