TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

Langkah mencegah kebakaran, ambil iktibar tragedi pusat tahfiz

Ambil iktibar tragedi pusat tahfiz
Zulkifli menyampaikan sumbangan alat pemadam api kepada wakil Maahad Tahfiz Darul Furqan, Pendang sambil diperhatikan Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri.

PENDANG - Kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September lalu membuka mata pelbagai pihak akan kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran di pusat tahfiz.

Pengarah Urusan Aw Utara Sdn Bhd. Datuk Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk menyumbangkan alat pemadam api kepada sekolah tahfiz dan rumah anak yatim sekitar Pendang.

“Sumbangan ini bertujuan memastikan kesemua institusi penerima hari ini (semalam) sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemalangan yang tidak diingini,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan di Pejabat Agama Pendang, semalam.

Menurutnya, pada majlis ini dia menyumbangkan dua alat pemadam api kepada sembilan buah tahfiz dan sebuah rumah anak yatim.

“Selain alat pemadam api, kita juga menyumbangkan wang tunai bernilai RM200,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed berkata, Pejabat Agama sentiasa mengharapkan agar badan korporat yang lain akan turut komited membantu sekolah berdaftar ini dalam pelbagai bentuk bantuan yang mereka perlukan.

“Kami di pihak Jabatan Agama Islam mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan kepada pusat tahfiz yang berdaftar di bawah jabatan,” katanya.

SINAR HARIAN

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...