TERKINI :

Friday, October 13, 2017

Kisah pemuda PAS & siapakah paderi di majlis pengkebumian Kasim Ahmad yang sebenarnya?

Lebih 1400 share. Malaysia Gazette pun share dan buat cerita.

Aku pun nak share sama. Keluarga arwah Kassim Ahmad dah buat kenyataan bahwa depa bayar duit untuk pengurusan jenazah. Yang tu memang biasa sekarang... mana ada yang free. Kalau aku mati pun kena bayar juga. Jadi bila ada orang Pas yang nak ambil credit seolah-olah sukarelawan depa buat kerja secara sukarela...menipu la. Atau mungkin juga depa kena tipu. Orang lain ambik duit, depa tak tau.

Tentang padri yang nak ambik mayat Kassim Ahmad tu, lagi la menipu. Yang ni aku nak share.

Aku mula kenal Archbishop Emeritus Murphy Pakiam tahun1984 sebab berkawan dengan dua adik beliau. Sheila dan Betty Pakiam. Dah jadi macam keluarga sendiri. Makan minum tidur kat rumah depa. Jiran sebelah rumah Bishop Pakiam ialah Kassim Ahmad. Rumah depa kat Jalan Bunga Raya, Gelugor. Kat situ aku mula kenal Kassim Ahmad.

Dulu ada satu group di Penang yang dipanggil Theosophical Society. Sebulan sekali ada perbincangan antara ugama disebuah rumah di Jelutong. Antara yang selalu hadir ialah Bishop Pakiam, Chandra Muzaffar, Charles Ooi dari Moral Rearmament. Rumah tersebut adalah rumah Mr. Panadam seorang Hindu.

Interfaith discussion ni dah lama dah. Jadi tak heran bila Kassim Ahmad meninggal, semua kawan datang. Tu nasib baik Sami Buddha pun tak datang.

Tak payah la buat cerita bukan-bukan.

Mat Saman Kati

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...