TERKINI :

Monday, October 16, 2017

Kementerian Pendidikan haramkan cabaran ‘mati lima saat’

 
Kementerian Pendidikan hari ini mengharamkan cabaran atau aksi yang dikenali sebagai ‘mati lima saat’ di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

Susulan itu, menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan cabaran berkenaan tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah.

“Cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar.

“Tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan cabaran tersebut,” katanya yang dipetik portal Utusan Online.

Baru-baru ini, tular video sekumpulan remaja melakukan cabaran berdurasi 15 saat itu yang menunjukkan mereka menekan dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya ‘khayal’ sebentar

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398491#xdYJ1XY8PT8lBeFp.99

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...