TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

Jamal tak jadi jual ikan di himpunan antikleptokrasi?

Setakat ini Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos masih belum kelihatan di himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya.

Jamal sebelum ini merancang untuk membuka kedai menjual ikan di sana, pada pukul 12 tengahari.

Namun setakat pukul 5.30 petang tadi, ketua gerakan Baju Merah masih tidak muncul.

Namun, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang sentiasa bersama Jamal kelihatan berada di Amcorp Mall, berhampiran padang, bersama-sama dua yang lain.

Ketika ditanya sama ada Jamal akan datang atau tidak, Razali hanya berkata "kita tunggu sahaja."

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Jamal memberitahu Malaysiakini yang beliau dinasihatkan untuk tidak hadir ke himpunan.

“Jamal turun saja polis akan cekup dia," katanya.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Petaling Jaya dan polis memberi amaran kepada ahli politik kontroversi itu untuk tidak masuk campur dalam himpunan itu.

Namun, Jamal membalasnya dengan mencabar Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain untuk turun sendiri ke Padang Timur untuk menghalangnya.

"Minta dia sendiri turun halang saya esok. Jadi esok, Datuk Bandar datang, saya nak mandikan dia dengan air ikan,” katanya kepada Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398339#H1V8GF4bREpYHCov.99

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...