TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

Himpunan anti kleptokrasi: Persiapan giat dilakukan

Himpunan anti kleptokrasi
PETALING JAYA - Walaupun tidak mendapat kebenaran polis, himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka tetap diteruskan esok.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi himpunan iaitu di Padang Timur mendapati kerja-kerja persiapan telah pun dilakukan.

Setakat jam lima petang hari ini, terdapat kanopi-kanopi yang didirikan di kawasan padang berkenaan.

Padang Timur menjadi lokasi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.

Pakatan Harapan sebelum ini menyasarkan kehadiran 100,000 orang dalam himpunan yang diadakan dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Himpunan ini turut meliputi aktiviti pameran, jualan, persembahan kebudayaan dan kontemporari serta solat hajat.

Acara kemuncak ialah ucapan-ucapan daripada pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Jawatankuasa Teknikalnya, Faiz Fadzil menegaskan, himpunan itu sah di sisi undang-udang dan dijamin berlangsung dalam keadaan aman.

“Kita teruskan himpunan sebab ia sah dan pemilik premis (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) telah beri kebenaran, jadi polis mesti memudahkan himpunan.

“Sebagai penganjur, Pakatan Harapan yakin sasaran himpunan tidak akan terjejas,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini menegaskan polis tidak membenarkan penganjuran himpunan ini selepas menerima 27 laporan oleh rakyat yang membantah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...