TERKINI :

Monday, October 23, 2017

BENDERA PAS YANG DIDAKWA SEBAGAI " PANJI PANJI ISLAM" DIPACAK ATAS TANAH YANG DIMILIKI SECARA TIDAK SAH?

BENDERA PAS YANG DIDAKWA SEBAGAI " PANJI PANJI ISLAM" DIPACAK ATAS TANAH YANG DIMILIKI SECARA TIDAK SAH?

Tapak Wisma Tok Guru sekarang ini asalnya ialah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Salor, Arwah Tuan Haji Ahmad Rosli Ibrahim dari Parti S46 (1990 - 1996). Setelah parti S46 dibubarkan tahun 1996, Arwah telah menyertai UMNO dan menjadi Adun BN Salor (1996 - 1999).

Selepas YB Dato Husam Musa dipilih menjadi Adun Pas Salor tahun 2004, Arwah telah menyerahkan tanah dan bangunan ini kepada YB Dato Husam dan membenarkan Dato Husam membina bangunan tambahan di atasnya sebagai Pusat Khidmat Masyarakat Pas Dun Salor sehinggalah Husam dipecat oleh Pas pada tahun 2016.

Selepas dipecat dari Pas, Husam dengan persetujuan pemilik asal tanah, Tuan Haji Ahmad Rusli seperti yang diviralkan dalam video ceramahnya, terus diberi kebenaran menduduki bangunan tersebut dan menamakannya sebagai Wisma Tok Guru.

Pada 14/10/2017, Exco Agama Kelantan, YB Dato Mohd Nassurrudin Hj Daud telah mengisytiharkan dalam satu ceramah di atas Masjid Pondok Pasir Tumbuh bahawa Pas telah berjaya ambilalih semula tanah terserah kerana tuan tanah, isteri Rosli telah serah semula tanah tersebut kepada Pas dan telah menghantar Notis kepada "Pan" supaya keluar dari bangunan tersebut dalam tempoh 30 hari mulai 12/10/2017.

Mengikut semakan, tanah ini telah dijual dan dipindah milik kepada Mohd Yasin bin Yusof dalam satu proses jual beli yang dianggap sebagai satu konspirasi bertujuan membalas dendam kepada Amanah sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Dato Husam Musa.

Ambo berpandangan, di sudut undang undang syariah, jual beli tanah ini adalah tidak sah, haram dan terbatal berdasarkan alasan alasan berikut:

1. Status hak milik tanah ini masih dalam pertikaian antara pewaris arwah Tuan Haji Ahmad Rosli dan balu arwah samada tanah ini adalah pusaka si mati atau hak milik yang sah isteri arwah sehinggalah ianya diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Proses perbicaraan akan bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.
Kaedah fiqh menyebut:
من استعجل شيئا قبل اوانه عوقب بحرمانه
(Sesiapa yang mendahulukan sesuatu urusan sebelum waktunya, maka ianya dihukum terhalang/terbatal urusan tersebut )

2. Pihak yang berkepentingan dalam tanah ini telah tidak dirunding sebelum jual beli dibuat. Tindakan ini adalah bercanggah dengan syarat syarat jual beli dalam Islam dan telah mengenepikan " hak syufa'at" (حق الشفعة ) dalam Islam.

3. Pembelian ini juga termasuk dalam bab " البيع على بيع اخيه" ( membeli barangan yabg telah dibeli oleh saudaranya) yang diharamkan dalam Islam sebagaimana hukum "الخطبة على خطبة اخيه" (meminang perempuan yang sudah bertunang) kerana tanah tersebut dalam proses pembelian oleh Amanah dengan tuannya, namun ditangguhkan akibat pemiliknya meninggal dunia dan menunggu sehingga balu habis edah untuk meneruskan perundingan.

4. Pembelian ini juga menjadi haram kerana boleh menimbulkan "الضرر" iaitu mudharat kepada tuanpunya bangunan dan boleh menimbulkan keresahan masyarakat, sedangkan qaedah fiqh menetapkan:
" الضرر يزال"
(perkara perkara mudharat hendaklah dielakkan)

Wallahu'alam

Che Ibrahim Mohamed.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan.
23 Oktober 2017.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...