TERKINI :

Thursday, October 12, 2017

BENARKAH RUU 355 GAGAL KERANA DIHALANG OLEH DAP?

Che Ibrahim Mohamed
 http://hakam.org.my/wp/wp-content/uploads/2017/04/c3682fe8e3bfa1725b36c5b949379082.jpeg
Kuasa pemerintahan di Malaysia dibahagikan kepada tiga badan utama:

1. Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri di peringkat pusat dan MB/KM di peringkat negeri.
2. Badan Kehakiman yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
3. Badan Perundangan iaitu Parlimen bagi peringkat Persekutuan dan DUN (Negeri).

Kuasa menggubal dan meluluskan undang undang di Malaysia adalah terletak di bawah Badan Perundangan/Legaslatif. Undang Undang yang diluluskan di Parlimen dipanggil akta, manakala undang undang yang diluluskan oleh DUN dipanggil enakmen. Draf atau cadangan kepada akta dan enakmen yang hendak diluluskan oleh Parlimen /Dun dipanggil Rang Undang Undang (RUU).

Pada dasarnya semua undang undang yang hendak dikemukakan dalam Parlimen dan Dun akan disediakan oleh Pejabat Peguam Negara/Penasihat Undang Undang Negeri atas arahan dan persetujuan Badan Eksekutif (Kabinet/Exco) sebelum dibentangkan dalam Parlimen/Dun sebagai RUU Kerajaan.

Walau bagaimanapun sebagai ahli Badan Perundangan samada di Parlimen/Dun, mana mana Ahli Yang Berhormat Bukan Kerajaan (Pembangkang) boleh mengemukakan satu undang undang persendirian melalui satu usul di bawah Peraturan Dewan. Usul ini akan menjadi satu RUU jika ianya diterima dan diluluskan oleh Parlimen/Dun. Selagi usul ini tidak diluluskan oleh Parlimen /Dun, ianya tidak dianggap sebagai satu RUU.

RUU 355 yang mula dikemukakan oleh MP Marang pada 18/3/2015 dan ditangguhkan dan dibaiki berkali kali sebelum dibentang semula dan disokong oleh MP Kota Bharu pada Mei 2017 sebenarnya masih belum bertaraf RUU selagi Usul MP Marang ini tidak diluluskan oleh Parlimen.

Malangnya ada parti tertentu telah menabur fitnah dan propaganda jahat menuduh Dap yang menghalang dan menolak RUU 355, apabila ada pihak yang cuba menyatakan kedudukan sebenar RUU 355, mereka terus dilabel sebagai khadam Dap dan menjadi sasaran ejekan dan maki hamun.

Itulah antara kejahatan politik yang memperdagangkan agama untuk mengelirukan masyarakat dan menanam kebencian rakyat kepada parti pembangkang terutama PH bagi menambah keselesaan UMNO dan BN. Inilah taawun politik yang dikatakan matang dan sejahtera yang disukai oleh UMNO sekarang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...