TERKINI :

Wednesday, October 4, 2017

Azmin akan cabar keengganan polis tangkap Jho Low

Oct 3 2017 / Suara Keadilan

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal permohonannya untuk mendesak polis menangkap ahli perniagaan yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho ditolak mahkamah.

Azmin merakamkan kekesalannya itu sewaktu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mengarahkan bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu.

“Kita dapati wakil pejabat peguam negara membela Jho Low, sedangkan dia dikehendaki di tempat lain (mengikut saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).

"Di sini pihak berkuasa tidak mahu melakukan apa-apa terhadap Jho Low," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN akan merayu keputusan tersebut yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hanipah Farikullah di dalam kamar tanpa menyebut sebarang kos.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Natrah Idris mewakili bekas ketua polis negara dan polis.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...