TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

ARMADA lapor polis video pegawai SPRM terlibat hubungan sulit dengan isteri orang.



ARMADA BERSATU telah membuat suatu laporan polis berkenaan klip video di internet yang memaparkan dakwaan menuduh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat hubungan sulit dengan isteri orang.

"Sekiranya benar kandungan di dalam video tersebut, ianya adalah suatu perkara yang serius kerana hakikat mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang sehingga meruntuhkan satu rumah tangga adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat kerana melibatkan akhlak dan moral individu dan ianya mempunyai kesan buruk, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut merupakan pegawai kanan satu institusi seperti SPRM," dakwa exco ARMADA BERSATU Muhd Syazwan Ahmad Zainal dalam sebuah kenyataan hari ini.

Klip video itu dimuat naik ke dalam platfom perkongsian video Youtube. Ia menunjukkan dakwaan pegawai itu mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berumah-tangga dan mempunyai anak.

Oleh itu, Muhd Syazwan mendesak siasatan dijalankan berhubung perkara ini dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang relevan.

Khususnya, beliau mahukan pihak polis untuk menyiasat hal ini di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Seksyen 498 Kanun Keseksaan memperuntukan perbuatan 'memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.'

Beliau juga menggesa pegawai kanan SPRM yang terlibat untuk tampil menafikan kandungan video tersebut jika ia palsu bagi mengekalkan imej agensi antirasuah itu.

Semalam Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba memikat isteri orang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...