TERKINI :

Sunday, October 29, 2017

Apabila tak dapat beza program Kerajaan Negeri & Parti.. maka beginilah berlaku pada ADUN PAS Selangor

PKR persoal gambar ADUN PAS pada sampul skim Selangor


Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat, Juwairiya Zulkifli mempersoalkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi yang didakwa mengelirukan orang ramai terhadap inisiatif kerajaan Selangor.


Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim Peduli Sihat.

Namun, pada sampul terbabit turut tertera gambar ADUN Sabak itu bersama logo PAS sedangkan skim terbabit merupakan program kerajaan negeri dan bukannya parti politik yang diwakili Sallehen.

Sampul tersebut dipercayai mengandungi borang dan kad skim berkenaan.

https://i.malaysiakini.com/1173/64d6c597861b184e98c6b415be9e96d9.jpeg
Oleh demikian, Juwairiya menegaskan tindakan Sallehen itu jelas memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyatakan rasa kecewa saya pada ADUN tersebut yang tidak hormat dan tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang mewakili kerajaan negeri di kawasan tersebut," kata Juwairiya kepada Malaysiakini.

Menurut Juwairiya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak seharusnya berbuat demikian.

"Program negeri harus ditonjolkan kerajaan negeri bukan parti politik yang diwakili.

"Kerana ADUN mewakili seluruh rakyat, mewakili negeri tanpa lihat latar belakang politik yang dinaunginya (orang yang mereka berkhidmat)," tegas Juwairiya.

Rawatan kesihatan asas

Oktober tahun lalu kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017.

Digelar 'Skim Peduli Sihat' atau skim perlindungan perubatan dan kesihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, langkah itu diambil untuk menangani kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berkenaan.

Mereka yang dilahirkan dalam Selangor atau menetap di negeri itu lebih 10 tahun layak menyertai skim ini, katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Skim ini akan diuruskan oleh pentadbir jagaan kesihatan pihak ketiga Selgate Corporation, yang akan membiayai rawatan kesihatan asas sebanyak RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Sallehen dan pejabat MB Selangor berhubung perkara tersebut.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/399876#FSCRVU7vxYWiXwJ1.99

Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam


ZIKRI ABDULLAH

http://malaysiagazette.com/v2/wp-content/uploads/2017/01/xMGF11122016_KonvensyenNasionalPAN11-681x454.jpg.pagespeed.ic.sjGbsclUCU.jpg
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yang sama didedahkan sebagai modus operandi untuk membiayai pembelian tapak Wisma Tok Guru.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan secara jauh bahawa salah seorang ADUN Kelantan telah mengutip sejumlah wang daripada pengarah syarikat yang terlibat.

Sebahagian wang inilah telah digunakan untuk membayar tapak tanah Wisma Tok Guru, katanya di majlis dialog di Lakloh Kuala Krai malam tadi.

Beliau mempersoalkan apakah asas 5,500 ekar hutan Kuala Pahi diluluskan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.

“Khazanah hutan dan tanah untuk perladangan baharu negeri Kelantan semakin pupus.

“Kelulusan baharu sepatutnya dibuat secara tender terbuka yang telus demi meningkatkan hasil negeri untuk faedah rakyat Kelantan.

“Juga dengan cara memilih syarikat yang layak dengan kemampuan kewangan yang tidak diragui bagi mengelakkan kroni dan Ali Baba mengambil kesempatan mengaut kekayaan dengan mudah atas harta rakyat,” katanya.

Lebih penting lagi menurutnya, hutan dan tanah yang semakin berkurangan di negeri itu patut diutamakan kepada rakyat jelata untuk dibangunkan demi meningkatkan ekonomi.

“Isu yang saya akan bangkitkan kali ini ialah kelulusan hutan tanah kerajaan untuk perladangan sawit seluas 5,566 ekar di Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.

“Ia diluluskan oleh kerajaan melalui Akademi Yakin yang belum diketahui terma-termanya, kecuali satu iaitu ‘Sayugia juga dimaklumkan kelulusan ini khusus kepada BE sahaja dan tidak boleh ditawarkan kepada pihak ketiga sebelum perjanjian ditandatangani dengan pihak Akademi Yakin’.

“Akademi Yakin dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Haji Mohd Amar Bin Abdullah.

Menurutnya, syarat ini terkandung dalam surat Pengurus Operasi Akademi Yakin bertarikh 3 Oktober 2016.

“Berdasarkan syarat ini, boleh difahami, selepas perjanjian ditandatangani, syarikat-syarikat ini bebas menjual kawasan yang diluluskan kepada pihak ketiga,” katanya.

Kata Husam, adalah agak pelik, satu daripada syarikat ini hanya ditubuhkan pada 5 Ogos 2016 dan sembilan hari kemudian iaitu pada 14 Ogos, syarikat terus memohon untuk berusaha sama dengan Akademi Yakin.

“Pada 25 September 2016 iaitu 42 hari selepas permohonan itu dibuat, Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Akademi Yakin Bil 3/206 telah secara dasar meluluskan permohonan ini.

“Semakan data-data di Suruhanjaya Syarikat menunjukkan syarikat ini tidak mempunyai apa-apa kenyataan kewangan bagi membuktikan mereka mempunyai kemampuan kewangan memajukan ladang berkenaan.

“Bahkan tercatit, bentuk perniagaan sebagai ‘dormant’ atau syarikat yang tidak aktif sahaja.

“Satu syarikat lagi, penyata kewangannya menunjukkan kerugian selepas cukai bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM 3.7 juta. Syarikat ketiga yang dimiliki oleh orang yang sama ini pula hanya ditubuhkan pada 16 Mei 2016.

“Juga tidak mencatatkan apa-apa mengenai kewangan termasuk kemampuan kewangan,” katanya.

Beliau yakin kelulusan ini telah dirancang oleh orang politik sebelum permohonan dibuat.

“Adalah meragukan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan sehari dua sebelum permohonan dibuat, dengan mudah mendapat kelulusan sebegini besar jika ia tidak diatur dengan persetujuan pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Dengan latar belakang syarikat yang tidak mempunyai pengalaman perladangan mahupun kedudukan kewangan yang kuat mampu mendapat kelulusan yang besar sebegini, ia menimbulkan tanda tanya mengenai niat sebenar kelulusan ini dibuat,” katanya.

Beliau menimbulkan persoalan kenapa kelulusan 5,566 ekar ini dipecahkan kepada tiga syarikat walaupun pemiliknya adalah orang yang sama.

“Syarikat A : 1,478 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

“Syarikat B : 2,000 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

” Syarikat C : 2,088 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017,” katanya.

Tambah beliau, semakan peta Google yang dibuat menunjukkan kawasan 5,500 ekar Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai ini mempunyai kepadatan hutan yang tinggi.

“Berapa nilai balak-balak yang ada di sini?

“Bolehkah Kerajaan Pas Kelantan berlaku telus?

“Amalan biasa, syarikat yang berjaya mendapat kelulusan ladang akan diberi izin untuk menebang dan menjual balak-balak yang ada dalam kawasan mereka.

“Jadi, orang ini akan mendapat dua kali durian runtuh.

“Kali pertama, mereka menjadi kaya raya dengan balak-balak yang ada dalam kawasan mereka dan mereka mungkin terus menjual balak dan tanah ladang yang mereka perolehi,” katanya.

Husam juga berkata kawasan hutan yang diluluskan ini adalah termasuk dan berdekatan dengan kawasan perkelahan dengan jeram atau air terjun yang cantik.

“Air Terjun Lata Berangin termasuk dalam kawasan yang diluluskan dan berdekatan pula dengan Hutan Lipur Lata Tembakah.

“Adakah kesan ekologi kepada tarikan semula jadi ini diambil kira?” soal Husam.

'Tiada gunanya Dr M minta maaf pada saya'



Bekas tahanan Operasi Lalang, Chandra Muzaffar berkata beliau tidak memerlukan permohonan maaf daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau ditahan tanpa bicara pada 1980an.

"Tidak ada apa gunanya untuk Dr Mahathir meminta maaf. Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir bermuhasabah, melihat dirinya sendiri dan seluruh kariernya dan apa yang telah beliau lakukan.

"Bahawa seseorang boleh menukar pendiriannya seperti menukar baju, tanpa melalui proses muhasabah, ini sangat mengganggu saya," kata Chandra dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memaafkan Mahathir, Chandra menjawab beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas perdana menteri yang berkuasa selama 22 tahun itu.

"Tidak ada dendam dalam hati saya. Saya sudah sebut hal ini semasa saya dibebaskan. Tidak ada rasa marah dan kecewa.

"Ada orang yang mungkin mahu membawa luka masa lalu itu sampai sekarang, dan sampai ke masa depan. Saya tidak fikir itu caranya," jelasnya.

Chandra adalah antara 106 orang yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada tahun 1987.

Pada masa itu, beliau terlibat dengan Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah pergerakan masyarakat sivil yang diasaskan beliau.

Antara isu yang disuarakan oleh Aliran pada masa itu termasuk skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMf) serta kes pencemaran alam sekitar Asia Rare Earth di Perak.

Ia juga lantang mempersoalkan pemberian kontrak pembinaan Lebuhraya Utara Selatan kepada Hati Budi, sebuah syarikat pelaburan Umno.

Chandra ditahan pada 27 Oktober 1987 dan dibebaskan selepas 57 hari.

Disoal Hanif, Rahim Noor

Chandra mendedahkan bahawa pada awal penahanannya, beliau telah disoal oleh ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan bekas pengarah Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor ketika itu.

"Mereka tanya apakah saya tidak hargai apa yang kerajaan lakukan. Itu bukan satu masalah kerana dalam semua kenyataan saya, saya mengakui perkara baik dan positif yang kerajaan lakukan.

"Apa yang baik kita alu-alukan, apa yang tidak baik kita kritik. Itulah demokrasi." kata Chandra.

Menurut Chandra, Hanif kemudian cuba mengatur pertemuan antara beliau dan Mahathir.

"Saya syak Dr Mahathir yang tidak gembira dengan suara-suara yang berlainan dan peranan saya dalam Aliran. Saya ada alasan untuk percaya itulah sebabnya Haniff mahu aturkan pertemuan itu. Tetapi saya tolak.

"Saya beritahu Haniff saya tidak boleh berjumpa Dr Mahathir dalam keadaan beliau warganegara yang bebas sedangkan saya sedang ditahan. Dalam erti kata lain, saya bukan dalam keadaan yang wajar untuk membuat keputusan kerana saya sedang ditahan.

"Haniff terima alasan saya. Dia kata: "Saya hormat pendirian saudara". Saya masih ingat kata-katanya itu," jelas Chandara.

Katanya, tidak berapa lama selepas dibebaskan, Haniff menganjurkan forum mengenai hak asasi manusia dan menjemput beliau sebagai ahli panel.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/399897#5Y5XO1TX2SdvfTi0.99

Pas perkenal cukai orang kaya, hapus GST

Pas perkenal cukai orang kaya, hapus GST
Muhammad Khalil (empat dari kiri) menunjukkan buku cadangan bajet.

KUALA NERUS - Penghapusan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan cukai mewah bagi golongan kaya antara fokus utama pembentangan Bajet Malaysia 2018 (Alternatif) bagi perspektif Pemuda Pas.

Bagaimanapun, GST hanya akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun atas sebab implikasi undang-undang, namun tiada kutipan dibuat sehingga ia dimansuhkan.

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, adalah mustahil untuk Pas memansuhkan serta merta sistem itu seandainya memenangi PRU14 memandangkan ia terikat dengan undang-undang serta akta negara yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, Pas menyasarkan untuk mansuh GST dalam tempoh tiga tahun selepas memerintah, namun sepanjang tempoh itu tiada kutipan dibuat, tetapi akta (GST) tetap ada.

“Setiap cadangan atau manifesto yang Pas ingin laksanakan adalah perlu realistik dan kita perlu sedar bahawa kita masih lagi terikat dengan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

“Namun, jelas sini, fokus kita adalah ingin hapuskan GST dan dalam masa yang sama kita cadangkan alternatif lain seperti menaikkan cukai simpanan korporat, cukai keuntungan perniagaan saham dan cukai mewah bagi golongan kaya.

“Pelaksanaan GST yang dikenakan ketika ini jelas memberi bebanan yang cukup besar kepada rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan kerana cukai turut dikenakan ke atas barangan keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pembentangan Bajet Malaysia 2018 (Alternatif) Perspektif Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen, di sini, semalam.

Menurut Abdul Khalil, selain penghapusan GST, cadangan bajet yang bertemakan ‘Pembangunan Demi Kelestarian Generasi Masa Depan’ itu turut memberi perhatian terhadap ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan ketika ini.

“Kita melihat ketika ini terlalu banyak kementerian diwujudkan dalam kerajaan dengan turut membuat pelantikan politik membabitkan jawatan timbalan menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Pemuda Pas turut membuat perkiraan cadangan pendapatan kerajaan sekiranya memerintah negara ini berjumlah RM215 juta membabitkan RM125 juta untuk cukai langsung, RM50 juta untuk cukai tidak langsung dan RM40 juta untuk hasil bukan cukai.

Saturday, October 28, 2017

Kem belum siap tetapi sudah ada pengundi tentera?

ARIF ATAN

Kem tentera Segamat yang belum siap didakwa sudah mempunyai 1,051 pengundi pos.

Tular di media sosial tentang dakwaan wujudnya seramai 1,051 pemilih pos bagi kem tentera Segamat yang belum siap.

Maklumat jumlah pemilih itu dikatakan terkandung dalam daftar pemilih terbaharu bulan ini walaupun kem tersebut difahamkan hanya siap 60 peratus.

Selain gambar pintu masuk kem yang dalam pembinaan, turut tersebar keratan daftar pemilih dengan terdapat 88 pengundi di Pusat Latihan Polis Segamat menjadikan jumlah keseluruhan pemilih pos seramai 1,139 orang.

Kem tentera Segamat adalah antara empat kem baharu yang kesemuanya bernilai RM200 juta dan dijangka siap akhir tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim pada Julai lalu dilapor berkata, kem baharu lain di Hutan Melintang, Bera dan Pagoh dengan kos setiap satu kem itu mencecah RM50 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Biro Integrasi Nasional dan Penyelaras PKR Segamat, Datuk Seri Dr R Santhara Kumar pada Jun lalu bimbang dengan kemungkinan kemasukan ramai pengundi tentera di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan status kemasukan nama-nama anggota terbabit dalam daftar pemilih.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam menang dengan majoriti 1,217 undi menewaskan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk CHua Jui Meng sebagai calon PKR.

P140 Segamat merupakan kawasan campuran dengan 47,009 pemilih berdaftar pada PRU-13 lalu.

‘Golongan agama rasa diri suci’ buat MP Pas panas punggung

http://www.therakyatpost.my/media/k2/items/cache/e36ac2d714751163d1116dc4193a01da_XL.jpg

Ekoran membangkitkan fenomena sesetengah golongan agama yang “merasakan diri mereka suci”, perbahasan Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) dicelah dua ahli parlimen Pas yang mahukan penjelasan.

Ketika bangun membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang dibentangkan Menteri Kesihatan bagi bacaan kali ke-2 pada sidang Dewan Rakyat, pagi tadi, Hanipa berkata sekarang ini wujud golongan agama yang merasakan diri mereka suci.

Kenyataan beliau itu menyebabkan Datuk Dr Khairudin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) bangkit mahukah kepastian siapakah ‘golongan agama’ yang dimaksudkan Hanipa.

Tanpa ragu-ragu, Hanipa menjawab, “Pas!”

Ini menyebabkan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) bangun dan berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mengkritik golongan agama tetapi jangan mempersenda.

Hanipa bersetuju dengan saranan Nasrudin namun menegaskan bahawa ‘golongan agama’ sendiri yang meletakkan diri mereka untuk dipersenda.

Beliau memberi contoh bagaimana ada golongan agama mendakwa saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap beberapa individu warga Malaysia sebagai satu ‘campur tangan asing’.

“Kenyataan (seperti) ini bagi saya yang menyebabkan golongan agama dipersenda,” kata Hanipa.

Nazri tidak faham saman DOJ berkaitan Jho Low, kata Pemuda AMANAH

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/10/nazri-jho-low-3.jpg

Kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa Jho Low tidak melakukan kesalahan dalam negara tetapi di luar negara adalah pengakuan secara tidak langsung berkaitan kebenaran fakta bahawa Jho Low telah menyeleweng wang 1MDB sepertimana pendedahan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata, kenyataan bahawa Jho Low tidak melakukan kesalahan di dalam negara menunjukkan Nazri Aziz tidak faham pendedahan fakta di dalam Saman civil forfeiture oleh DOJ (saman DOJ) yang difailkan pada 15 Jun 2017 lalu.

“Pengakuan Nazri Aziz bahawa terdapat kesalahan Jho Low di luar negara menunjukkan beliau ada membaca saman DOJ kerana saman tersebut adalah satu-satunya dokumen mahkamah yang memperincikan penyelewengan wang 1MDB oleh Jho Low dan MO1, namun gagal memahaminya dengan baik.

“Jika Nazri Aziz membaca secara teliti dan mengkaji secara mendalam saman DOJ, Nazri akan mendapati di perenggan 942 mukasurat 247, DOJ menggariskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang Malaysia termasuk penipuan menurut seksyen 415 dan 418 Kanun Keseksaan dan pemberian rasuah menurut seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

“Semakan di bahagian IV perenggan 298-299 pula mendapati bahawa sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi MO1 di Ambank daripada Tanore Account yang dimiliki Jho Low. MO1 disahkan Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Razak dan Ambank adalah institusi kewangan tempatan.

“Jadi, wang yang diseleweng daripada 1MDB tersebut boleh dianggap pelakuan merasuah MO1 bagi mengeluarkan Surat Sokongan yang ditandatangani Perdana Menteri bagi menjamin pengeluaran bon 1MDB sebanyak AS$3 bilion. Bukankah kesalahan ini dilakukan di Malaysia?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan dibuat Menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, semalam, yang membidas pengkritik dan meminta mereka senaraikan pelbagai kesalahan yang didakwa dilakukan Low Taek Jho di Malaysia sebelum meminta tindakan diambil terhadap ahli perniagaan itu.

Nazri dipetik berkata di Malaysia, tindakan hanya boleh diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dilakukan di negara ini.

Justeru Faiz yang juga seorang pengamal undang-undang menjelaskan, banyak lagi fakta yang menunjukkan kesalahan Jho Low dilakukan di negara ini.

” Kesalahannya boleh dikategorikan bersubahat menipu Bank Negara menurut seksyen 418 dibaca bersama seksyen 107 Kanun Keseksaan seperti yang didedahkan di bahagian II berkenaan pembayaran tipu sebanyak AS$1.03 bilion kepada Good Star Ltd yang dimiliki Jho Low kononnya syarikat tersebut adalah milik PetroSaudi.

“Nazri Aziz pasti sedar bahawa Bank Negara telah mendenda 1MDB sebanyak RM115.8 juta atas pelbagai kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, maka Jho Low sebagai pemain utama penyelewengan wang 1MDB telah melakukan kesalahan di dalam negara.

“Sebagai Menteri dan bekas pengamal undang-undang, Nazri Aziz seharusnya bertindak atas prinsip integriti dan menegakkan keluhuran undang-undang.

“Beliau seharusnya menasihatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk terus mengarahkan pihak polis memburu Jho Low yang telah mencuri lebih RM20 bilion wang negara melalui penyelewengan 1MDB.

“Nazri Aziz atau mana-mana Menteri Kabinet tidak seharusnya membiarkan Jho Low terus bebas sedangkan skandal 1MDB ini dianggap punca utama kemerosotan ekonomi negara hari ini dan mencalar maruah negara sehingga digelar kleptokrasi,” terangnya.

Bajet 2018: Bajet ‘aiyak daun ketum’ kata Mahfuz

 Bajet 2018: Bajet ‘aiyak daun ketum’ kata Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan Bajet 2018 oleh kerajaan hari ini adalah ‘bajet daun ketum’ yang bersifat jangka pendek bukan jangka panjang yang hanya untuk menghayalkan rakyat.

Beliau menyentuh mengenai Bajet 2018 yangg dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang ini antara lain ujarnya, tidak menyentuh untuk penghapusan atau pengurangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi punca kepada kesempitan hidup rakyat.

“Saya anggap Bajet 2018 ialah ‘aiyak (air) daun ketum’ yang menghayalkan yang bersifat sementara, kerana apa yang diumumkan cadangan dan penyelesaian yang dikatakan dihadapi rakyat bersifat jangka pendek bukan jangka panjang.

“Sebab itu tidak disentuh hal berkaitan penghapusan GST sedangkan itu antara faktor menjadi punca kenaikan harga barang patutnya dikurangkan kerana GST membebankan rakyat,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline diperkarangan Dewan Rakyat.

Najib ketika membentangkan Bajet 2018 menyentuh mengenai GST tidak mahu ia dijadikan polimik dan isu politik.

Kata Najib, GST menjadi penyelamat kepada ekonomi negara tahun ini, tanpa kutipan RM41bilion beliau tidak dapat membayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Pembentangan Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Menjurus Aspirasi TN50.

Menurut perdana menteri lagi mulai 1 Januari 2018 kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor; Bukit Kayu Hitam di Kedah dan; Eastern Dispersal Link di Johor.

Kata Mahfuz lagi, ini jelas membayangkan kerajaan pimpinan Umno-BN kini bimbang dengan pembangkang yang mendapat sokongan rakyat di tiga negeri itu.

” Faktor pembangkang yang terlalu kuat di Kedah, Selangor dan Johor menunjukkan negeri itu bakal jatuh di tangan pakatan.

“Dulu kita (pembangkang) cadang hapuskan semua tol…semua orang kata tak boleh.

“Tapi hari ini PM membuktikan tol boleh dihapuskan walaupun beliau tidak umum nak hapuskan semua tol, tapi dengan adanya ‘political will’ ia boleh dilakukan walaupun hanya babit beberapa negeri sahaja ,” ujarnya.

Hampa GST tidak dimansuhkan: KM P.Pinang

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Bajet 2018 kali ini agak menghampakan memandangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dimansuhkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kini terpulang pada rakyat untuk memilih dalam PRU akan datang sama ada mahu kekal GST atau tidak.

"Kalau pilih kerajaan, tidak mustahil GST akan bertambah naik kalau ikut seperti yang terjadi di Singapura.

"Jadi sekarang, penentuan adalah pada rakyat untuk memilih pada PRU akan datang sama ada tolak BN dan GST atau tidak," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

Bajet tahun ini juga bertemakan 'memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50'.

Pembangkang ciplak bajet BN

Wee Ka Siong
SHAH ALAM - Pakatan Harapan didakwa menciplak bajet BN dengan membentangkan bajet yang dirancang kerajaan sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pakatan pembangkang seperti tidak melakukan kajian dengan teliti apabila didapati semua kandungan yang ada dalam bajet mereka sama seperti bajet BN.

"Saya masih ingat lagi dari 2016 hingga hari ini, peruntukan kerajaan untuk kampung baru Cina telah disediakan sebanyak RM102 juta.

"Jika ditambah dengan peruntukan bagi tujuan pengubahsuaian sebanyak RM17 juta, ia telah menghampiri RM120 juta.

"Yang peliknya, kenapa Pakatan Harapan mendakwa BN hanya memperuntukkan RM20 juta sahaja kepada pembangunan kampung baru Cina?" katanya seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Beliau berkata, pihak pembangkang sebenarnya ingin mengulangi apa yang telah dilakukan BN, sebab itulah mereka cuba menciplak bajet dan meniru segala rancangan BN yang telah diberikan kepada rakyat.

Friday, October 27, 2017

Bajet 2018 - Najib cedok apa yang negeri PAKATAN HARAPAN telah lakukan

Nampaknya Najib terpaksa akur dan mencedok apa yang dilakukan di negeri PAKATAN HARAPAN memerintah...

Jika dilihat Bajet 2018 kali ini banyak Najib bentangkan dari apa yang telah negeri SELANGOR & PULAU PINANG telah lakukan sejak 10 tahun dulu...

Sudah tiba masanya kita bakul sampahkan BN dan sekutunya dan berilah PAKATAN HARAPAN membuktikan apa yang mereka katakan.

ADAKAH PEMIMPIN PH HANYA SUKA-SUKA MERANGKA BAJET ALTERNATIF?

Petang ini Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 yang dilihat banyak pihak tidak lebih sebagai "gula-gula pilihanraya" untuk memastikannya terus berkuasa, di sebalik skandal mega 1MDB yang membelenggu dirinya.

Mahu tidak tahu, Najib harus memastikan beliau menang pilihanraya akan datang dan Bajet 2018 adalah senjata terakhirnya bagi tujuan itu, setelah satu lagi senjata - keputusan RCI Forex nampaknya mungkin tidak banyak membantu untuk mengaitkan Tun Mahathir Mohamad atas kerugian urusniaga matawang pada tahun 80an dan 90an dahulu.

Oleh yang demikian, bajet kali ini dipercayai bukan saja "gula-gula", bahkan juga penuh dengan tawaran yang "gila-gila".

Sementara itu, Pakatan Harapan sudah pun membentangkan bajet alternatifnya, Selasa lalu dengan 10 intipati - menghapuskan GST, pendidikan percuma, gaji minima, rumah mampu milik, menghapuskan rasuah, menangani isu Felda, menghapuskan tol, royalti minyak 20 peratus, untuk wanita dan kepentingan Sabah serta Sarawak.

Selain itu, dalam tempoh 100 hari menjadi kerajaan pula, Pakatan Harapan turut menjanjikan tangkapan terhadap MO1 dan jerung-jerung yang lain, RCI untuk 1MDB dan Felda, penubuhan badan bebas untuk mengembalikan aset dan wang rakyat yang dicuri, menjadikan SPRM sebagai badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen dan terakhir, menghapuskan amalan runding terus bagi semua kontrak kerajaan.

Memandangkan tawaran PH itu terlalu menarik dan mampu mengujakan rakyat kepada perubahan, berbondong-bondong pemimpin UMNO dan kerajaan memperlekeh bajet alternatif tersebut.

Ada yang kata ia akan memufliskan negara, bersifat populis, tidak mungkin mampu dilaksanakan, tiada kredibiliti, hanya janji semata-mata dan pelbagai perlecehan lainnya.

Apakah PH hanya main-main atau suka-suka merangka bajet tersebut?

Kita harus sedar bahawa PH, berdasarkan penerimaan rakyat terhadap perubahan dan penolakan ketara terhadap Najib, hanya selangkah saja lagi untuk menjadi kerajaan dan menumbangkan UMNO serta BN dalam pilihanraya akan datang.

Dengan yang demikian, bajet yang mereka rangka itu sudah pasti sesuatu praktikal dan boleh dilaksanakan. Adalah tidak bijak jika PH merangka sesuatu yang tidak mampu dibuat, sedangkan peluang untuk menang memang dalam tangan.

Lainlah jika PH memang tiada peluang langsung untuk menubuhkan kerajaan, maka bolehlah dijanjikan bulan bintang dan gemerlapan lainnya.

Ketidakmampuan menunaikan janji atas tawaran yang sudah dibuat  pastinya akan menjadikan rakyat memberontak dan menolak secara serta-merta kepada PH.

Selepas itu, PH tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat dan peluang untuk kembali sudah semestinya tertutup sama-sekali.

Adakah itu matlamat perjuangan PH?

Selain itu, kepada yang terus memperlekeh bajet alternatif tersebut, mereka seharusnya sedar bahawa di belakang PH tersenarai tokoh-tokoh hebat seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Tun Daim dan sederetan nama yang lain yang telah terbukti sebagai pemimpin yang hebat dan berjaya sebelum ini.

Di Selangor dan Pulau Pinang pula, PH telah membuktikan kemampuan mereka dalam mentadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan BN yang terdahulu.

Sudah tentu, jika mereka bersetuju terhadap isi atau intipati bajet alternatif itu untuk dibentangkan secara terbuka kepada rakyat, mereka sebenarnya punya keyakinan dan kemampuan untuk melaksana dan menunaikannya apabila diberi kuasa nanti.

Tidak mungkin mereka itu mahu "membunuh diri"  dengan menjanjikan sesuatu yang tidak mampu untuk dilaksanakan.

Sebagai rakyat yang sudah pun terasa perit dan sengsara di bawah Najib selama ini, tiada sebab untuk kita mahu meragui kemampuan PH dalam memberi kebahagiaan dan kesejahteraan melalui pembentangan bajet alternatifnya itu, kecualilah jika kita mahu melihat Jho Low, bukan saja terus bebas, malah bertambah lagi bilion-bilion masuk ke dalam poketnya selepas ini.

Aqim Abdul

"YB HARUMANIS" - Pas Pusat didakwa bimbang jumlah kerusi merosot jika memecat mereka

https://1.bp.blogspot.com/-TJ6xqDXhCKc/WXyfJaaPnfI/AAAAAAABSwU/4IQGtD-idPIbqFHuD8MIsGbF7xLWwinxACLcBGAs/s1600/pas.jpeg
ALOR SETAR - Pas Pusat didakwa tidak berani mengambil tindakan termasuk memecat keahlian tiga wakil rakyat Pas Kedah, yang dilihat ‘mesra Pakatan Harapan’, biarpun ketiga-tiga mereka secara terbuka menunjukkan sokongan kepada seteru Pas.

Tiga wakil rakyat terbabit, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa turut hadir pada Konvensyen Nasional Amanah, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, hanya berlaku ‘perang mulut’ antara pemimpin Pas Pusat dan Mahfuz dalam mempertahan tindakan masing-masing, namun sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, berdasarkan kepada prinsip parti, mana-mana wakil rakyat yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan parti lain boleh dikenakan tindakan.

“Mereka secara jelas sokong agenda Pakatan Harapan, malah sertai beberapa program dan ceramah. Saya andaikan Pas hanya berdiam diri kerana mereka bimbang jika tiga wakil rakyat Pas itu dipecat, ia hanya akan mengurangkan jumlah kerusi milik Pas,” katanya.

Menurutnya, ini kerana Pas tidak lagi mampu berdepan situasi ‘hilang kerusi’ selepas beberapa wakil rakyatnya sertai Amanah.

“Jika Pas pecat mereka, Pas akan hilang satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dun Kedah. Sebab itu sampai sekarang, Pas tak berani ambil tindakan, walaupun sudah pasti tiga YB itu tidak akan dicalonkan semula pada PRU14,” katanya.

Ismail berkata, Pas membiarkan ketiga-tiga wakil rakyat itu ‘gantung tak bertali’ dan nasib mereka hanya akan diumumkan menjelang PRU14.

“Faktor kedua mereka tidak dipecat mungkin kerana Pas bimbang pengikut wakil rakyat yang dipecat bakal ikut jejak tinggalkan Pas. Ia tidak mustahil berlaku kerana setiap wakil rakyat itu miliki pengikut tersendiri,” katanya.

Menurutnya, ini akan menyebabkan undi Pas yang diberikan kepada wakil rakyat terbabit turut beralih kepada parti baharu yang disertainya.

“Sebab itu Pas tengok sahaja, tak berani buat apa-apa walaupun Mahfuz agak lantang bersuara,” katanya.

Pada masa sama, Ismail mengulangi pendirian parti itu terhadap Mahfuz, Amiruddin dan Mohd Nasir untuk meneruskan perjuangan politik bersama Amanah.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka sekiranya berhasrat mengubah haluan politik. Saya andaikan jiwa mereka sudah pun bersama Amanah, cuma fizikal sahaja masih bersama Pas,” katanya.

Gelagat ‘tiga sekawan’ ini seolah-olah menunjukkan kecenderungan terhadap parti politik tertentu walaupun masih bergelar ahli Pas. Gerak kerja dan pemikiran mereka juga dilihat berlawanan dengan kehendak Pas.

YB PAS - Ahli Pas perlu undi Pakatan Harapan secara terbuka

Mahfuz Omar
SHAH ALAM -Ahli Pas perlu menyokong dan memberi undi secara terbuka mahupun sebaliknya terhadap Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hanya itu sahaja langkah yang ada bagi membolehkan peralihan kuasa berlaku pada PRU14 nanti.

"Pas hanya menyasarkan kemenangan 40 kerusi. Ini tidak membawa kepada peralihan kuasa politik dan sudah tentu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan beban kos sara hidup akibat GST penarikan subsidi dan segala macam masalah negara.

"Sudah tentu ahli Pas sudah boleh berfikir, mengundi parti itu yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah kuasa politik negara sebaliknya mengekalkan BN untuk terus berkuasa," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan tidak memecat Mahfuz memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden itu berkata Pas mahu menumpukan kepada kemenangan PRU14 daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.

Terdahulu, Pas Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PRU14 di Kedah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU nanti dan Pas akan meletakkan calon lain di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz dalam kenyataan sama hari ini mengucapkan penghargaan ke atas keputusan Tuan Ibrahim yang dianggap matang.

"Kenyataan Tuan Ibrahim untuk tidak mempedulkan apa yang saya lakukan bersama Pakatan disambut baik.

"Ini bermakna, Pas tidak ada masalah sekiranya ahli-ahlinya menyokong dan mengundi Pakatan untuk merubah kuasa politik negara," katanya.

Empangan Muda Ulu Muda di Kedah kini mengecil akibat penebangan hutan

Empangan Muda mengecil akibat penebangan hutan
Jaseni menunjukkan gambar aktiviti penebangan hutan di Ulu Muda, Kedah.

GEORGETOWN - Kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda di Kedah kini semakin mengecil berikutan aktiviti penebangan hutan yang makin banyak dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, empangan yang menyalurkan air ke tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu kini semakin mengecil sebanyak 87.3 peratus.

Menurutnya, pada tahun pertama Empangan Muda dibuka iaitu 1969, keluasan kawasan tadahan airnya dilaporkan 98,400 hektar.

"Pada tahun 2008, kawasan tadahannya semakin mengecil dengan keluasan 22,611 hektar dan terkini (2017), keluasannya hanya 12,484 hektar. Kawasan itu seolah-olah mengecil yang mana, kawasan pengeluaran kayu semakin bertambah besar. Perkara ini amat membimbangkan khususnya pada musim kemarau.

"Sehubungan itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mesti bertindak sekarang untuk mencegah lebih banyak penebangan hutan. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai 'penyokong' kepada kemusnahan hutan hujan," katanya kepada media tadi.

Beliau menambah, dengan aktiviti pembalakan di Ulu Muda itu, ia menjejaskan kuantiti dan kualiti air yang disimpan di Empangan Muda.

Tambahnya, penyelesaian terbaik bagi isu pembalakan Ulu Muda adalah dengan pemberian pampasan kepada Kedah.

Jaseni berkata, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2014, Kedah meluluskan 46,264 hektar hutan untuk pembalakan dalam tempoh 2009 hingga 2014, untuk premium hutan sebanyak RM230.34 juta.

Penoreh Getah tempatan hilang punca pendapatan sejak FELCRA guna warga asing

 Hilang punca pendapatan
PENDAPATAN penoreh tempatan di Kampung Kota Aur dalam kawasan Dun Belantik terjejas selepas punca pendapatan utama mereka diambil alih warga asing sejak tiga tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Mohd Mahazan Yahya, 40, berkata, penduduk hilang punca pendapatan selepas Felcra mengambil sepenuhnya warga asing bekerja.

Menurutnya, situasi berbeza apabila kira-kira 80 penoreh tempatan diterima bekerja selama ini.

“Sebelum ini orang tempatan yang bekerja. Sampai pokok getah lama ditebang dan tanam pokok baru pun orang kampung masih bekerja.

“Tapi bila pokok tu dah boleh ditoreh dalam tiga tahun lalu, Felcra ambil sepenuhnya warga asing sampai kami orang kampung hilang pekerjaan,” katanya di sini, semalam.

 
Salah satu penempatan warga asing.

Menurutnya, tiada alternatif diambil Felcra bagi mengembalikan hak pekerjaan kepada penduduk biarpun aduan telah dibuat.

“Dah banyak kali orang kampung mengadu masalah ini pada Felcra, tapi tiada perubahan. Penduduk dinafikan hak untuk bekerja.

“Saya juga ada melakukan aduan kepada Jabatan Imigresen di Putrajaya agar lakukan siasatan terhadap pekerja yang mungkin tiada permit sah. Tapi sampai sekarang tiada apa-apa dibuat,” katanya.

Hilang punca pendapatan

Penduduk, Ahmad Man, 78, berkata, pendapatannya yang selama ini bergantung kepada menoreh, terjejas selepas Felcra tidak menerimanya bekerja.

“Dah la Sik susah nak cari makan, getah tu pun rezeki utama kami. Bila jadi macam ni kami ni nak cari makan di mana?

“Pak cik memang tak suka dengan apa yang berlaku sekarang ni,” katanya.

Menurutnya, lebih janggal apabila Felcra menerima warga asing yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai pekerja, sedangkan ramai penduduk tempatan tidak diterima bekerja kerana tidak lulus sesi temu duga.

 
Mohd Tarmizi

“Pak cik ada dipanggil temu duga lebih setahun lalu, tapi tak dapat.

Tapi warga asing tak boleh cakap bahasa Melayu boleh pula bekerja,” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadaan Sik, Mohd Tarmizi Ishak berkata, ketiadaan peluang pekerjaan menyumbang kepada gejala tidak sihat.

“Perkara ini menjejaskan periuk nasi orang kampung.

"Golongan muda khususnya yang tidak dapat bekerja, akhirnya tertekan dan mungkin akan mencuri ataupun mengambil dadah,” katanya.

Thursday, October 26, 2017

Layak ke final, Lang Merah dapat bonus RM10,000 setiap orang

 Lang Merah ke final
ALOR SETAR 25 Okt. - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji untuk memberikan ganjaran kepada pasukan Lang Merah sekiranya Piala Malaysia dipertahankan di bumi jelapang padi apabila mereka menentang JDT, 4 November depan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan jumlah bonus yang akan dibayar namun memberi bayangan kemungkinan nilainya melebihi RM25,000 iaitu jumlah yang diterima pemain tahun lalu.

"Seperti dijanjikan, kami kini sudah berada di peringkat akhir untuk membayar bonus sebanyak RM10,000 seorang kepada setiap pemain sebagai ganjaran mereka bermati-matian layak ke final.

"Jika Piala Malaysia dapat dipertahankan, sudah pasti akan ada juga bonus buat mereka. Nilainya mungkin lebih daripada tahun lalu dan berkemungkinan juga akan ada hadiah lain selain daripada bonus," katanya.
Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/layak-ke-final-lang-merah-dapat-bonus-rm10-000-setiap-orang-1.542587#ixzz4wbGG0eWa
© Utusan Melayu (M) Bhd

SADA lantik semula pejabat pos sebagai ejen kutipan bil

 https://2.bp.blogspot.com/-7gxw63GOgek/VwDhBv5a4II/AAAAAAAA1PY/GsRuDbSdEjomN9DOHCTtkug2QhgXPqzsg/s1600/sada.jpg
ALOR SETAR 25 Okt. - Bermula 19 Oktober lalu bayaran bil utiliti Syarikat Air Darul Aman (SADA) boleh dibuat di pejabat pos seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu bertujuan mengembalikan akses mudah kepada pengguna terutama di kawasan luar bandar setelah perkhidmatan itu ditamatkan pada 1 Mac 2011.

"Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan kutipan bil SADA secara efektif. Ia secara tidak langsung membukikan keprihatinan kerajaan untuk memberi kemudahan kepada lebih 100,000 akaun pengguna di negeri ini.

"Caj komisen sebanyak 90 sen bagi setiap transaksi pembayaran bil akan diserap sepenuhnya oleh SADA bagi memberi kemudahan kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Perkhidmatan SADA sebagai ejen kutipan bil itu ditamatkan pada 1 Mac 2011 oleh kerajaan negeri daripada Pas yang mentadbir ketika itu atas alasan caj yang dikenakan terlalu tinggi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/sada-lantik-semula-pejabat-pos-sebagai-ejen-kutipan-bil-1.542590#ixzz4wbEgyq8i
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jalan sekitar Alor Setar ditutup, Sabtu ini

 polis-tikam
ALOR SETAR 26 Okt. - Beberapa jalan utama di ibu negeri ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada tiga acara yang bakal berlangsung serentak, Sabtu ini.

Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Gangsa, Jalan Putra, Lebuhraya Darulaman, Jalan Pekan Melayu, Jalan Stadium, Jalan Tun Razak dan Jalan Pegawai.

“Penutupan jalan-jalan itu akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 7 malam bagi memberi laluan kepada perarakan tokong sayur Rumah Berhala Tow Boo Keong.

“Selain itu ada dua lagi acara yang melibatkan orang ramai akan berlangsung iaitu perlawanan Liga Super antara Kedah dan JDT serta Festival Makanan Kedah Terbaik yang kedua-duanya berlangsung di Stadium Darul Aman. Justeru kesesakan dijangka akan memuncak apabila perarakan berlangsung serta sewaktu perlawanan bola sepak tamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk tujuan itu jelasnya, kenderaan mereka yang pulang dari menyaksikan perlawanan bola sepak akan dilencongkan ke arah lain supaya tidak masuk ke laluan perarakan.

“Antaranya, kenderaan yang datang dari arah hospital lama menuju ke pusat bandar akan dilencongkan ke arah bulatan Teluk Wan Jah melalui Jalan Langgar untuk menuju terus ke Plaza Tol Alor Setar Utara atau Selatan.

“Bagi kenderaan dari arah bulatan Teluk Wan Jah menuju ke Jalan Stadium pula akan dilencongkan ke lampu isyarat Bakar Bata menuju ke lampu isyarat simpang hospital lama,” katanya.

Tambahnya, seramai 60 anggota dan dua pegawai akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas pada hari tersebut.

“Kesemua mereka akan berada di setiap persimpangan lampu isyarat,” ujarnya. -

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jalan-sekitar-alor-setar-ditutup-sabtu-ini-1.543246#ixzz4wbEG5A2w
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bajet 2018 - Cadang naik harga rokok RM50 sekotak

 Rokok
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kerajaan dicadangkan menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu usaha membendung gejala dadah membabitkan remaja dan belia.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya.

Beliau berkata, berdasarkan pe­ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati, rokok menjadi asas kepada masalah-masalah dan gejala sosial itu menjadi punca beberapa masalah kesihatan.

“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadang-naik-harga-rokok-rm50-sekotak-1.541261#ixzz4wbDYUyQw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jho Low kebal kerana Umno, kata Mukhriz


Naib presiden PPBM itu berkata ahli perniagaan yang dinamakan penyiasat Amerika Syarikat masih selamat kerana pembelaan Umno.

mukhriz-jho-low-umno

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dinamakan dalam dokumen siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenai kecurian wang 1MDB, masih selamat disebabkan pembelaan daripada Umno.

“Begitu kebal Jho Low,” kata naib presiden PPBM itu, merujuk panggilan popular anak kelahiran Pulau Pinang itu.

“Orang macam ini pun Umno masih pertahankan. Laungkan ‘Hidup Melayu’ tetapi Jho Low juga yang hidup senang lenang dan Umno jugalah yang pertahankannya,” katanya pada program “Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat” di Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

Kapal layar Jho Low, “Equanimity” yang merupakan antara sasaran tindakan pembekuan aset oleh DoJ, baru-baru ini dilaporkan berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di utara Aceh pada 23 Oktober lalu.

Menurut pemfailan DoJ di mahkamah AS, Equanimity ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, kola, terjun, dan ruang tamu, serta diselenggara dengan dana AS$250 juta (RM1.06 bilion) berasal dari 1MDB.

Mukhriz berkata Umno pada masa ini berbeza dengan Umno pada ketika negara berada dalam kegawatan ekonomi dahulu, seperti pada 1997.

“Rakyat melihat kerajaan dahulunya bersungguh-sungguh melaksanakan dasar kerajaan yang betul-betul memberi faedah, waktu ekonomi negara merudum kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selamatkan keadaan.

“Dahulunya, perjuangan Umno murni, tetapi pada hari ini, Umno dan BN yang kita kenali sudah tidak ada lagi kerana ia diganti dengan kepimpinan yang rakus,” katanya.

Mukhriz turut merujuk lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Washington untuk bertemu Presiden Donald Trump.

“Ketika lawatan Najib ke Amerika Syarikat, dia seolah-olah undang diri sendiri, perjumpaan hanya 20 minit, bukannya pertemuan empat mata, sebaliknya dirakam.

“Bahkan Najib menyatakan, kedatangannya ke Amerika Syarikat pula untuk memulihkan ekonomi negara berkenaan, sedangkan ekonomi Amerika Syarikat 600 kali lebih besar daripada Malaysia,” katanya.

DoJ berbekalkan dokumen setebal 251 muka surat pada Jun lalu memfailkan saman untuk merampas hartanah bernilai lebih RM400 juta yang dibeli Jho Low atas dakwaan ia dibeli dengan wang dilesapkan daripada 1MDB.

Antara hartanah berkenaan adalah sebuah “penthouse” di London dengan pemandangan Istana Buckingham dan sebuah unit pejabat menempatkan syarikat pengeluar pakaian dalam wanita.

DoJ juga mendakwa antara Februari dan November 2014, Jho Low membeli 4 set batu permata dari pereka barangan kemas Lorraine Schwartz sebagai hadiah untuk model Australia Miranda Kerr.

Yang pertama adalah berlian berbentuk hati 11.72 karat bernilai AS$1.29 juta (RM5.5 juta) yang dihadiahkan Jho Low kepada Kerr. Jho Low didakwa membelinya menggunakan dana diselewengkan dari 1MDB hasil terbitan bon pada 2013.

‘P107 Sungai Buloh’ belum wujud tetapi BN sudah ada bilik gerakan, soal Bersih

 Mandeep-Singh_Noh-Omar_bn_600
PETALING JAYA: Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 hari ini melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan bilik gerakan bagi sebuah kerusi Parlimen yang belum wujud.

Pengurus Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar perlu menjelaskan tindakan itu, selepas pengumuman bilik gerakan untuk kawasan Parlimen “P107 Sungai Buloh” pada Isnin lepas.

“Pelancaran ini menunjukkan keangkuhan dan sikap tidak hormat BN dan Noh Omar terhadap proses persempadanan kerana kes mahkamah untuk persempadanan semula Selangor masih sedang berlangsung,” katanya di sidang media hari ini.

Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan menetapkan 7 Disember untuk keputusan permohonan tuntutan kerajaan Selangor agar persempadanan semula dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diisytihar salah di sisi perlembagaan dan tidak sah.

Tuntutan itu difailkan pada 19 Oktober tahun lalu terhadap SPR, pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan setiausahanya Datuk Abdul Ghani Salleh, berhubung persempadanan semula berkenaan.

Mandeep berkata pihaknya menyesali tindakan berkenaan dan pengundi harus menolak persempadanan yang tidak sekata itu yang dilihat memberi kelebihan kepada sesetengah parti politik.

“Jika tidak diawasi, persempadanan semula yang tidak adil akan menyebabkan sistem pilihan raya tidak bersih dah adil,” katanya.

Mandeep berkata, gabungan itu juga menuntut 3 perkara kepada SPR, antaranya menggesa BN dan Noh menarik balik pelancaran bilik gerakan Sungai Buloh, dan memaklumkan kepada semua parti politik secara rasmi terutama BN menghormati proses persempadanan yang sedang berlangsung.

Ia juga mahu pelancaran bilik gerakan di kawasan Parlimen yang belum diwartakan dihentikan segera.

Transaksi Najib dengan China undang bahaya kepada negara

 http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2017/01/malaysia-s-prime-minister-najib-razak-l-shakes-hands-with.jpg
Cara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengendalikan hubungan perniagaan dengan negara China sekarang terdedah kepada situasi berbahaya kepada negara pada masa depan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata tindakan Najib membuat pinjaman mega untuk projek-projek berisiko tinggi akan membawa negara ini hilang kedaulatan.

“Kita mesti faham situasi politik antarabangsa dan kedudukan China dalam percaturan ekonomi dunia.

“China yang mempunyai penduduk hampir 2 billion sedang muncul sebagai gergasi ekonomi dunia dan kita perlu berhati-hati berurusan dengannya,” katanya ketika berucap di majlis santai Dun Semerak di Tok Bali malam tadi.

Menarik pelaburan asing dari ekonomi berkapasiti tinggi katanya memang langkah bijak tetapi China bukan pilihan selamat.

“Tuan-tuan perlu tahu apa yang kini terjadi kepada beberapa projek yang diserah kepada negara China di Johor sekarang.

“Kita rakyat Malaysia kena ada pasport untuk ke Singapura.

“Sedangkan mereka boleh terus ke Singapura tanpa pasport dan siap dengan keretapi khas pula,” katanya.

Menurutnya cadangan projek keretapi laju dari Pengkalan Kubur ke Gombak yang kini telah memulakan proses pembinaan lebih menggerunkan.

“Mereka kata kos pembinaan projek ini ialah RM55 billlion.

“Saya ada bersembang dengan pakar yang memberi amaran kos ini boleh melonjak hingga RM70 billion,” katanya.

Kemasukan pelaburan China katanya membawa dimensi baru pelaburan asing.

“Selama ini pelaburan langsung dari luar (FDI) adalah pelaburan modal dalam bentuk kewangan.

“Bagi pelaburan dari China, ia berbeza kerana pakej mereka akan bersekali dengan tenaga kerja dan semua bahan asas yang diperlukan dalam sesuatu projek.

“Ini menjadikan peniaga tempatan dan pasaran buruh domestik tidak ada sebarang peluang untuk menyertai proses pembangunan,” katanya.

Situasi ini katanya akan menjadikan masa depan rakyat Malaysia semakin terpinggir di bumi sendiri.

“Kalau ini terjadi, orang Melayulah mangsa yang paling malang.

“Negara kelihatan membangun dengan bangunan-bangunan tinggi mencakar langit tetapi orang Melayu semakin miskin dan terhina dan terpinggir di bumi sendiri,” katanya.

Pergantungan negara kepada modal China akan memberi impak negatif yang lebih dahsyat.

“Sekarangpun kita sudah tidak kedengaran lagi tuntutan-tuntutan Malaysia terhadap wilayah-wilayah yang dikatakan bertindih seperti Pulau Spratly.

“Jika keadaan berterusan, kita terpaksa jadi ‘pok angguk’ kepada apa saja kehendak negara China dalam percaturan politik dan keselamatan antarabangsa,” katanya.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis itu ialah Pengarah Bersatu Dun Semerak Kapten (B) Wan Marzudi Datuk Wan Omar, ketua penerangan PPBM Kelantan Zulkifli Zakaria dan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin.

Kerajaan didakwa sembunyi fakta 1MDB daripada diketahui umum.

 Kerajaan didakwa sembunyi fakta 1MDB
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa wujud percubaan daripada kerajaan untuk menyembunyikan dan menggelapkan situasi sebenar berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada diketahui umum.

Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau kesal dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana sekali lagi menolak pertanyaan berkaitan 1MDB semalam.

Katanya, ia mengulangi tindakan di sesi sebelum ini apabila hampir 30 soalan ahli parlimen berkaitan 1MDB juga ditolak dengan alasan tidak munasabah.

“Apa yang berlaku hari ini adalah tindakan terdesak kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memperalatkan pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan menghalang soalan dikemukakan dalam parlimen.

“Ia menutup ruang bagi mendapatkan jawapan dan menghalang parlimen berfungsi sebagai institusi semak imbang ke atas rasuah, penyelewengan, penggelapan dana awam dan amalan kleptokrasi yang menjadi teras kebobrokan yang menjijikkan di bawah kepimpinan Najib,” katanya dalam sidang media, di Parlimen hari ini.

Menurutnya, turut dikesali apabila empat soalan dalam pertanyaan lisannya ditolak.

“Saya menuntut jawapan kepada persoalan isu pengenaan kompaun Bank Negara Malaysia ke atas 1MDB, isu pematuhan 1MDB terhadap penarikan balik pelaburan oleh Bank Negara dan isu membawa pulang kembali aset-aset yang dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ),” katanya.

Beliau berkata, susulan penolakan soalan tanpa alasan munasabah itu, pembangkang pernah mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan 99 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menyemak dan menentang keputusan Yang Dipertua.

“Menurut Peraturan 99 itu, ia memadai dengan usul bersendiri seorang ahli. Namun kami telah mengemukakan usul bersendiri itu dengan ditandatangani oleh lebih daripada 60 ahli parlimen pembangkang merangkumi PKR, DAP, Amanah, Bersatu, Warisan serta Pas, bagaimanapun, usul itu ditolak tanpa alasan,” katanya.

Katanya, pertanyaan jawab lisan yang dikemukakan semalam adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Bank Negara Malaysia tentang cadangan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan jenayah di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) atas kesalahan pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sehingga dikenakan kompaun RM115.8 juta.

“Kenapa pertanyaan saya ditolak? Isu-isu dibangkitkan bukan hanya berkaitan kompaun yang dikenakan Bank Negara terhadap 1MDB dan penarikan balik pelaburan, tetapi juga tindakan perundangan terhadap kesalahan jenayah 1MDB.

“Sudah dua tahun berlalu, kenapa pejabat Peguam Negara tidak bertindak atas cadangan Bank Negara? Apakah ini merupakan langkah terkini bagi menutup pendakwaan melibatkan skandal 1MDB?,” soalnya.

Politik Islam bukan sekadar kejar PRU...

 Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perjalanan politik Islam bukanlah sekadar PRU untuk berkuasa dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, tetapi ia termasuk berdakwah dan mendidik masyarakat.

Oleh itu katanya, kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, atau selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh Pas.

Menurutnya, disebabkan itu, Pas wajib menolak kalangan yang nyata menentang Islam dan Pas bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak menolak Islam.

“Dalam perjalanan politik Islam, ia mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi perdana menteri, kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan ALLAH dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“ALLAH lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Jelas beliau lagi, dalam perjalanan itu, menegakkan rahmat Allah dan adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu.

Kerana itu, Pas memilih pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), yang mengeluarkan Pas daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi ahli Pas yang wajib dibebaskan daripadanya.

“Kini Pas bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain. Pas terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda, bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan.

“Wawasan Pas sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat yang kekal,” katanya.

Jelas Abdul Hadi, muamalat politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Maka, lebuh raya hubungan dengan semua pihak sangat luas, namun politik damai hendaklah diutamakan.

Pas katanya, tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali oleh sesiapa sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk mengheret Pas sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya.

“Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK Pas Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya Pas bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah.

“Pas berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai-bagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya. Kini, diperkenalkan pendekatan Ta’awun dan pendekatannya terus menjadi pembangkang yang menasihatkan,” katanya.

Timba ilmu pelayaran percuma di Langkawi

 Timba ilmu pelayaran percuma di Langkawi
ALOR SETAR - Anak muda Kedah khususnya Langkawi berpeluang mengikuti ilmu pelayaran dan kemahiran di laut secara percuma, yang dikendalikan pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang menegaskan kerjasama antara Pejabat Menteri Besar Kedah dan Telaga Harbour Marina itu dimeterai bagi melahirkan lebih ramai pelayar berkualiti dari Kedah.

“Program muafakat komuniti yang dinamakan Kor Anak Laut atau Koral adalah untuk membimbing anak muda mendalami latihan kemahiran di laut, ilmu pelayaran, kepimpinan dan pendedahan kepada khazanah perairan Langkawi,” katanya.

Menurutnya, Langkawi memiliki kelebihan dalam penganjuran program seumpama kerana dikelilingi perairan yang kaya dengan khazanah laut dan warisan, serta kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti laut diadakan.

“Kita akan gunakan pengalaman Azhar untuk dimanfaatkan dalam lahirkan anak Kedah yang mahir dalam ilmu pelayaran. Program ini berpengkalan di sebuah pulau buatan berkeluasan 2.4 ekar, terletak kira-kira 700 meter dari Telaga Habour Marina berhadapan Pantai Kok, dikenali sebagai Pulau Seratusa,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pelbagai aktiviti rekreasi juga diadakan dengan adanya empat buah kapal dan 11 jet ski yang disediakan.

“Kita akan bangunkan projek bermanfaat untuk rakyat, di mana perjanjian pajakan pulau bekenaan dibuat antara Telaga Harbour Marina dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) selama 30 tahun,” katanya.

Koral dibahagikan kepada tiga unit, iaitu Kor Muda Laut (13-17 tahun), Kor Remaja Laut (18-21 tahun) serta Kor Simpanan Laut (terbuka kepada sukarelawan).

Wednesday, October 25, 2017

Hapuskan GST, tol keutamaan untuk rakyat dalam Belanjawan Alternatif PH

MALAYSIA DATELINE

Hapuskan  GST, tol  keutamaan untuk rakyat dalam Belanjawan Alternatif PH
Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 kali ini bertemakan Belanja berhemah, potong cukai dan pilihan Harapan.

Ini adalah belanjawan alternatif ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) dibentuk pada 2015.

Belanjawan Alternatif Malaysia ini dibahagikan kepada empat bagian itu menyenaraikan dan menyentuh mengenai perkembangan ekonomi dari tahun 2017 dan apa yang diharapkan oleh PH pada tahun 2018.

Belanjawan Alternatif ini juga menyediakan pelan tindakan mengenai bagaimana jika PH akan menguruskan perbelanjaan kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Belanjawan Alternatif juga menyentuh mengenai dasar utama manifesto ekonomi untuk PRU14 yang mengambarkan dasar-dasar fiskal, kewangan dan ekonomi jangka sederhana yang akan dilaksanakan oleh PH apabila diberikan mandat lima tahun memerintah oleh rakyat dalam PRU14 nanti.

Belanjawan Alternatif juga menyediakan apa yang PH Malaysia kelihatan pada 2030 selepas 12 tahun pemerintahan kelak yang mengambarkan impak positif kepada sosial dan ekonomi yang boleh dinikmati rakyat.

Antara 10 intipati Belanjawan Alternatif 2018 oleh PH adalah:
1. Mengapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

2. Pendidikan percuma iaitu membantu penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma untuk rakyat.
3. Pelaksanaan gaji minma Rm1,500 di seluruh negara

4. Rumah mampu milik untuk semua rakyat miliki rumah

5. Menghapuskan rasuah

6. Menghapuskan campurtangan politik dalam Felda

7. Menghapuskan tol dengan membeli balik syarikat konsesi

8. Menaikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu,Sabah dan Sarawak sebanyak 20 peratus.

9. Bagi golongan wanita diberikan cuti bersalin sebanyak 120 hari dan paras gaji yang setara dengan pekerja lelaki.

10. Menyediakan dana khas pembangunan bagi Sabah dan Sarawaksebanyak RM75 bilion.

Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 ini telah dibacakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini yang dihadiri ke semua ahli parlimen parti pembangkang.

Ia turut dihadiri satu-satunya Ahli Parlimen (Pas) Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Pembentangan Belanjawan Alternatif 2018 dari PH telah diperincikan kandungannya (dari kiri) oleh Pengarah Strategik AMANAH Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Cheng, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, Ketua Strategik Bersatu Dr Rais Hussin.

Syukur Alhamdulillah.. Harga minyak naik lagi



Harga minyak untuk minggu mendatang menyaksikan kenaikan antara 2sen hingga 3sen seliter.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 akan dijual 3sen lebih mahal dengan harga masing-masing ditetapkan pada RM2.20 dan RM2.50 seliter.

Harga baru itu adalah yang ketiga tertinggi sejak 31 minggu lalu apabila mekanisme penentuan harga secara mingguan diperkenalkan.

Sementara itu, harga diesel akan naik 2sen, menjadikan harga jualannya RM2.13 seliter.

Harga baru diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) petang ini.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup di zaman NAJIB memerintah


BERNAMA


Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup
Telefon pintar terbaru, tudung selebriti, langganan WiFi, keseluruhan langganan pakej Astro dan sebagainya bukan termasuk barangan kos sara hidup. Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai sebagai ‘kos gaya hidup’, kata MajlisBekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Timbalan presidennya Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman dalam komentar yang dikeluarkan hari ini, menjelang pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat ini, beliau berkata ada orang mungkin berpendapat barangan ini benar-benar perlu dan keperluan penting dalam kehidupan hari ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Baiklah, sekiranya perlu, biar begitu. namun perlu diingat bahawa barangan ini bukan kos sara hidup. Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai kos gaya hidup,” katanya.

Beliau berkata dalam menghitung kos sebenar kehidupan, mungkin ada kecenderungan sesetengah pihak untuk mencampuradukkan kedua-duanya, satu jumlah yang boleh memeranjatkan.

“Bagi mengelak kekeliruan yang mungkin berlaku, kemungkinan sekarang lebih baik dan bijaksana bagi kerajaan untuk mengeluarkan formula atau istilah baharu untuk menerangkan keadaan kebimbangan semasa berhubung kos yang ditanggung rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka, katanya.

Abdul Rahman mencadangkan supaya keadaan ini harus dipanggil Belanja Kehidupan , yang diperoleh dengan menambah kos sara hidup dan kos gaya hidup.

(Kos Sara Hidup + Kos Gaya Hidup = Belanja Kehidupan)

Menyedari bahawa isu kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi perkara yang tidak tentu arahnya terutama di kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) ketika ini, Abdul Rahman optimis bahawa kerajaan melalui bajet akan datang ini akan terus memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan bebanan rakyat, selaras dengan strategi menjaga ekonomi rakyat.

“Bagaimanapun, tiada siapa patut mengharapkan satu keajaiban. Harga akan meningkat

tahun demi tahun dengan atau tanpa pengenalan cukai baharu. Seiring dengan kenaikan harga, kos sudah pasti akan meningkat termasuk kos sara hidup, katanya.

Abdul Rahman berkata kenaikan harga makanan tidak ada kaitan langsung dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana barangan yang terlibat adalah sama ada cukai dikecualikan, kadar sifar atau bersubsidi.

Bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat terhadap impak kenaikan kos sara hidup, beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Abdul Rahman berkata dengan permulaan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang pada Julai lepas turut membantu penduduk Lembah Klang menangani masalah pengangkutan mereka.

“Memandangkan langkah-langkah yang diambil kerajaan setakat ini, maka wajarlah untuk mengharapkan rakyat juga memainkan peranan dalam mengurangkan bebanan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian dengan meningkatkan keupayaan pendapatan mereka sama ada melalui produktiviti yang lebih tinggi, meningkatkan kecekapan atau bahkan melakukan kerja sambilan sebagai tambahan. Kalau boleh, mereka juga harus mengurangkan perbelanjaan mereka pada

barangan bukan kos sara hidup atau sekurang-kurangnya menangguhkan sementara hasrat untuk memuaskan kehendak hati mereka, katanya.

Mengenai Bajet, Abdul Rahman berkata dalam merangka dokumen belanjawan, kerajaan perlu mengambil kira jumlah hasil yang dijangkakan untuk dipungut bagi tahun yang dibincangkan itu dan menimbangkannya dengan hasrat rakyat , sementara pada masa sama, memastikan momentum pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan.

Beliau berkata Bajet 2018, yang dilabelkan sebagai Bajet Pilihan Raya juga menarik lebih banyak perhatian di kalangan rakyat kerana negara kini dalam pusingan terakhir persediaannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.

Selaras dengan ini, jangkaan umum rakyat juga agak tinggi daripada biasa dengan senarai kehendak mereka lebih panjang daripada biasa.

Kali ini, ramai orang menanti-nantikan apa yang dipanggil “goodies dalam bentuk insentif, pemotongan cukai atau hadiah secara langsung seperti bonus untuk penjawat awam dan pesara, peningkatan pembayaran BR1M, peningkatan dalam kuantum elaun nelayan atau subsidi input lebih tinggi untuk para petani.

Sebagai seorang pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab dan penyayang, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pasti suka untuk menggembirakan dan memenuhi impian setiap lapisan masyarakat, katanya.

RM1.6 juta tulis artikel burukkan Anwar?

ARIF ATAN

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/06/najib_anwar_600.jpg
Seorang pemimpin AMANAH mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berhubung bayaran sebenar kepada bekas penulis ucapan George W Bush, Joshua Trevino untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, soalan pada sidang Dewan Rakyat kali ini penting memandangkan sebanyak AS$389,724.70 (RM 1.61 juta) didakwa terlibat bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, apa yang beliau tahu berkenaan latar belakang Trevino hanya melalui beberapa artikel yang dibaca dari penerbitan luar negara seperti artikel oleh Rosie Gray dan beberapa yang lain.

“Dilaporkan beliau adalah mantan ‘speech writer’ dalam pentadbiran mantan Presiden Amerika, George W.Bush, mantan konsultan dan pegawai Tentera AS. Dia juga dikatakan terlibat dengan Yayasan Polisi Awam Texas,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hanipa memberitahu, tindakannya sebagai Ahli Parlimen mahu mendapatkan pengesahan maklumat berkaitan pembayaran sejumlah RM1.6 juta itu adalah munasabah.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang pada 2013 merupakan Pengarah Komunikasi parti itu mendesak Najib menjelaskan sama ada kerajaan mengetahui Joshua adalah penyokong kuat rejim Israel.

Menurutnya, kerajaan Malaysia pernah didapati membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010 selain daripada bayaran AS$70,000 kepada Apco Worldwide oleh FBC untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Najib.

Empat tahun lalu, Trevino mengaku menerima AS$389,724.70 daripada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan blog MalaysiaMatter.com dan MalaysiaWatcher.com.

Pengakuan itu didapati menerusi pemfailan pendapatan beliau dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

C4: Bos SPRM perlu tunjuk integriti jelaskan dakwaan skandal

 cynthia-dzul-1
PETALING JAYA: Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Tan Sri Dzulkifli Ahmad menunjukkan integritinya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata, tugas Dzulkifli ialah mempromosi integriti dan dakwaan “skandal” itu melanggar Seksyen 2 Akta SPRM mengenai promosi integriti.

“Ketua SPRM itu mungkin sedang memburukkan keadaan bagi dirinya. Pada mulanya, ia kelihatan seperti ‘hubungan’ itu dan penghapusan rasuah sememangnya 2 perkara berasingan dan tiada kaitan dengan kerjanya.

“Tetapi, usahanya mempromosikan ikrar integriti meletakkannya dalam keadaan tersepit.

“Integriti sepatutnya menyeluruh, ini bermaksud pemimpin berintegriti patut menunjukkan nilai baik, tetapi beliau gagal,” kata aktivis anti-rasuah itu kepada FMT.

Sehubungan itu, Cynthia menggesa Dzulkifli menjelaskan perkara sebenar.

“Beliau perlu memberitahu perkara sebenar kerana itu sebahagian daripada integriti yang kamu bertanggungjawab ke atas sesuatu.”

“Jika tidak melakukannya, beliau hanya perlu membuat penafian. Jika betul, beliau harus memberitahu perkara sebenar. Ini sebahagian daripada usaha mempromosi integriti dan Seksyen 2 Akta SPRM mengkehendaki beliau berbuat sedemikian.”

Katanya, Dzulkifli yang giat menggesa parti politik dan pemimpin melakukan ikrar integriti, sepatutnya menunjukkan teladan baik dengan “melakukan apa yang beliau war-warkan”.

Beliau berkata, pegawai kerajaan tertakluk kepada penelitian umum berbanding orang lain.

“Ketua SPRM itu lebih tahu mengenainya berbanding orang lain. Walaupun dakwaan skandal itu ialah hal peribadi, kami percaya nama SPRM tidak patut tercemar disebabkannya.”

Sebelum ini sebuah rakaman kamera litar tertutup tersebar menunjukkan seorang lelaki yang didakwa ialah Dzulkifli dan seorang wanita dikatakan isteri orang berpegang tangan dan memasuki sebuah restoran di Bali, Indonesia, sekitar Julai lalu.

Satu lagi klip video menunjukkan tiket penerbangan, dokumen pendaftaran hotel dan rakaman lain memaparkan pasangan itu serta bagasi dikeluarkan dari sebuah hotel.

Pada 16 Oktober lalu, Dzulkifli mengecam dakwaan itu “kotor” dan “keji”, tetapi berikrar akan meneruskan kempen anti-rasuah dengan agresif.

Wanita itu dan suaminya dilaporkan bercerai bulan lepas.

Peguam hak asasi, Syahredzan Johan bagaimanapun tidak berpendapat dakwaan skandal itu akan menjejaskan kerja Dzulkifli sebagai ketua SPRM.

“Secara peribadi, saya tidak fikir itu hubungan luar nikah itu akan menjejaskan kerjanya.

“Jadi, saya fikir walaupun ia akan dikritik orang ramai, jika ianya benar, saya tidak fikir beliau patut letak jawatan.

“Selagi tidak menjejaskan kerjanya, saya tidak rasa kita patut campur tangan dalam hubungan peribadinya.”

Bagaimanapun, katanya, kerja Dzulkifli mungkin terkesan jika beliau diugut.

“Seseorang yang hendak menyembunyikan sesuatu boleh terjejas, jika beliau diugut.

“Dalam situasi itu, sudah tentu kerjanya akan terjejas. Tetapi disebabkan dakwaan ini sudah tersebar luas, secara ironiknya peluang itu berkurangan.”

Bajet Alternatif: PH cadang mansuh GST, kekalkan BR1M

 Wan-Azizah_bajet_600_new
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menerusi Bajet Alternatif 2018 mengulangi hasrat untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan mengembalikan subsidi bahan api.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan Bajet Alternatif di luar Dewan Rakyat berkata, hasrat menghapuskan GST dan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan pada 2018 bukan tindakan populis, sebaliknya bertujuan meremajakan penggunaan.

“Niat kami adalah untuk mengembalikan RM25.50 bilion ke dalam ekonomi dan membantu meringankan situasi suram ekonomi bagi semua orang,” katanya hari ini.

Presiden PH itu berkata, subsidi minyak perlu diberikan kepada rakyat kerana Malaysia ialah pengeluar minyak.

“Untuk itu kami mencadangkan subsidi minyak sekitar RM1 bilion pada 2018.

“Ini bermakna pengurangan 20 sen seliter untuk sejumlah 5.4 bilion liter petrol bersubsidi.”

Bagaimanapun, katanya, PH tidak bercadang mengembalikan subsidi gula atas faktor kesihatan, tetapi akan mengekalkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata, PH mengiktiraf BR1M berupaya membantu golongan memerlukan, tetapi mencadangkan penerimanya melakukan sesuatu yang positif bagi meningkatkan produktiviti mereka.

“Contohnya kami mungkin akan memberikan bayaran BR1M, bersyarat penerimanya mesti bekerja dan kekal bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan.”

Wan Azizah berkata, PH juga akan mensyaratkan penerima BR1M menggunakan bantuan kewangan itu untuk perbelanjaan seisi keluarga, seperti membayar bil utiliti dan pendidikan.

“Untuk itu, kami perlu bekerjasama erat dengan pasar raya dan pembekal utiliti, oleh itu kami akan memperbaiki bantuan BR1M pada 2018 dan menggunakan jumlah RM5.4 bilion yang sama seperti kerajaan pusat bagi program bantuan sosial ini,” katanya.

Tuesday, October 24, 2017

Penyokong Pas pilih Bersatu, ahli Umno masuk AMANAH

ARIF ATAN

Asmirul Anuar Aris (bersongkok) pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar.

Sudah menjadi trend di Kedah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir ini apabila wujud aliran penyertaan ahli dan penyokong Pas ke dalam parti Bersatu.

Ketua Pemuda AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris memberitahu tindakan mereka itu ekoran bagi mengelak tekanan dahsyat jika menyatakan sokongan secara terbuka kepada AMANAH.

Katanya, walaupun penyokong Pas sudah mula mendekati AMANAH akhir-akhir ini tetapi bukan sedikit ahli Pas yang terus memilih Bersatu.

“Mereka takut dilabel pengkhianat yang nampaknya panggilan itu sudah menjadi senjata orang yang ekstrem dalam Pas untuk menjauhkan sokongan kepada AMANAH.

“Pada masa sama, ramai ahli Umno pula selesa memilih AMANAH. Bagi saya apabila ahli Umno masuk AMANAH dan ahli Pas pula masuk dalam Bersatu, ini satu strategi silang politik menjelang pilihan raya yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline kelmarin selepas Konvensyen Nasional AMANAH 2017 di Hotel Royale Signature, Alor Setar ditangguhkan.

Mengulas lanjut, Asmirul yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah berkata, tekanan untuk ahli dan penyokong Pas memilih Bersatu tidak sehebat jika mereka menyertai AMANAH.

“Saya sentiasa berlapang dada dengan perkembangan positif ini. Bersatu dan AMANAH adalah rakan dalam Pakatan Harapan. Saya sudah merata-rata ke akar umbi dan mendapati ramai ahli Pas sudah menyertai Bersatu.

“Alhamdulillah, masa sama kita pula dengan mudahnya dapat tarik keyakinan ahli Umno yang nampaknya selesa dengan pendekatan ukhwah dan mesra diamalkan AMANAH,” ujarnya.

Antara kawasan yang menyaksikan peralihan sokongan daripada Pas kepada Bersatu dan AMANAH, jelasnya, seperti dapat dilihat berlaku di Kuala Kedah, Baling dan Padang Terap.

“Bahkan di Padang Terap, awalnya orang Pas mendabik dada mengangggap AMANAH tidak boleh masuk tempat mereka. Alhamdulillah, akhir-akhir ini rakyat mula sedar. Ramai ahli Pas sudah berminat dengan AMANAH,” akuinya.

Mengulas kehadiran dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah pada hari perasmian Konvensyen Nasional AMANAH, 21 Oktober lalu, beliau berkata, sokongan Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) menyumbang kesan positif kepada AMANAH.

“Mereka berdua dari Kuala Kedah. Kehadiran mereka itu sebenarnya memberi implikasi kepada ahli-ahli Pas.

“Datuk Amiruddin sendiri pernah jemput saya untuk agihkan sumbangan kepada rakyat di Anak Bukit walaupun tidak secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam AMANAH.

“Di Anak Bukit juga, jangan terkejut apabila jentera pilihan raya Pas yang banyak membantu Datuk Amiruddin sebelum ini boleh pula buka pejabat AMANAH.

“Siap elok sebelah-menyebelah dengan pejabat PKR. Mereka boleh bekerjasama. Alhamdulillah. Ini satu perkembangan yang amat baik bagi Pakatan Harapan di Kedah khususnya,” tambah Asmirul lagi.

Ribuan hadirin memenuhi Dataran Wisma Harapan Baru Kedah dalam program Rapat Umum Selamatkan Malaysia Jumaat lalu.

‘Kenapa Najib tolak soalan berkaitan 1MDB di Dewan Rakyat?’

Oct 23 2017 / Suara Keadilan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan sebab di sebalik keengganannya menjawab soalan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Najib menolak empat soalan yang menyentuh isu pengesahan kompaun Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1MDB, isu pematuhan 1MDB terhadap penarikan balik pelaburan oleh Bank Negara dan isu membawa pulang kembali aset-aset yang dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

"Pertanyaan saya itu ditolak. Kenapa ia ditolak? Pada hari ini saya telah menerima surat jawapan dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi memaklumkan alasan penolakannya.

"Isu-isu yang kita bangkitkan bukan hanya berkaitan kompaun yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap 1MDB dan pendirian balik pelaburan tetapi juga tindakan perundangan terhadap kesalahan jenayah 1MDB yang berada di bawah jurisdiksi Najib," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini, lapor The Malaysian Insight.

Wan Azizah berkata, satu usul di bawah Peraturan 99, iaitu Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat telah dikemukan oleh 60 ahli Parlimen pembangkang termasuk Warisan dan PAS bagi menentang keputusan tersebut.

"Menurut Peraturan 99 itu, ia memadai dengan usul bersendiri seorang ahli. Namun, kami telah mengemukakan usul bersendiri itu dengan ditandatangani lebih a 60 ahli Parlimen pembangkang yang merangkumi KEADILAN, DAP, Amanah, Bersatu, Warisan serta PAS," katanya.

Menurut beliau, ia dikemukakan semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan media yang Bank Negara berkaitan cadangan yang dikemukakan kepada Peguam Negara, Apandi Ali.

Cadangan itu adalah berkaitan pendakwaan jenayah di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) atas kesalahan pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sehingga dikenakan kompaun sebanyak RM115.8 juta.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...