TERKINI :

Saturday, September 16, 2017

Setelah 54 tahun Malaysia ditubuhkan inilah kali pertama kerajaan dan pembangkang sama-sama lemah..!!

Gebang Politik

Seperti biasa utk rkn2 FB saya yg nak termuntah bila org sembang politik, mohon ke tepi..:-)

Waktu di MRSM dulu, tak tau pasal pa saya cukup minat subjek Sejarah. Kalau tak silap, boleh dikatakan tiap-tiap tahun dari Ting 1 hingga Ting 5, di hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah di sekolah pelajar2 jurusan Sains ini, yg naik pentas terima hadiah Pelajar Terbaik Sejarah adalah saya, Mohd Monier Bin Mat Din.

Waktu keluar results SPM pula, bila saya lihat analisis results (tak ramai pelajar amik SPM Sejarah, waktu tu boleh buat pilihan) ada sorang saja yg score gred paling tinggi. Bila cek SPM saya, rupa2nya sayalah pelajar tu. Nak habag kata saya cukup minat Sejarah.

Waktu anak pompuan saya yg sorang tu kat Sekolah Berasrama berdekatan, dia selalu mengeluh yg dia dan kwn2 dia cukup tak suka dgn mata pelajaran ini, tak seronok dan bosan dia kata.

Saya minta izin pihak sekolah, mlm tu saya ke kelas anak saya waktu Prep. Saya pi bagi Ceramah Motivasi ringkas pasal apa kita kena belajar sejarah dan apa kepentingan sejarah dlm hidup kita, agama kita, bangsa kita masyarakat dan negara kita.

Wpun ringkas tapi agak padat dan berapi juga ceramah saya mlm tu, penuh papan hitam rasanya saya tulis dan lakar mcm2.

Lama lepas tu, anak saya tanya, dia kata kwn2 dia tanya "Bila lagi Abah hang nak mai bagi ceramah pasal Sejarah nie?". Alhamdulillah anak saya dan kwn2 dia drpd tak minat sejarah terus minat sejarah. Anak saya kemudiaannya score semua A termasuk matapelajaran Sejarah.

Sesungguhnya Sejarah adalah penting kerana ia akan sentiasa mengingatkan kita akan asal usul kita, agar dengannya kita tak akan lupa diri. Sejarah juga penting utk kita menghargai perjuangan tokoh2 silam dan menginsafi kesilapan2 masa lalu agar tidak berulang.

Hari ini 16 Sept 2017 adalah hari penubuhan negara Malaysia ke 54 pada tarikh 16.9.63, yg sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Malaysia pada tarikh itu merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Serawak dan Singapura. Singapura kemudiannya terkeluar drpd Malaysia pada tahun 1965. Baik atau buruk, betul atau salah tindakan Pimpinan Negara waktu tu mengeluarkan Singapura drpd Malaysia, sehingga ke hari ini Sejarah masih menghakimi.

Jika sebelum ini kestabilan negara Malaysia, sama ada kenyataan ini org suka dengar atau tak suka dengar, saya melihat ianya bergantung kpd kestabilan politik UMNO; dan suka tak suka ianya juga bergantung kpd kekuatan dan kestabilan parti2 politik di semenanjung tak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.

Hari ini UMNO kelihatannya begitu tidak stabil sekali, bukan saja ditolak dan diasak di merata tempat tetapi di negeri Johor tempat lahirnya UMNO sendiri, parti ini sedang diuji; Pagoh tempat yg secara tradisinya adalah kubu kuat parti, jika silap langkah bakal menjadi sabuah lagi Permatang Pauh buat UMNO.  Parti pembangkang pula yg diharap dpt menjadi check balance kpd parti pemerintah, terutamanya parti PAS turut berpecah; utk kekal memerintah Kelantan selepas PRU14 kelihatannya umpama meniti titian usang buat PAS, silap langkah bakal kecundang.

Ringkasnya, hari ini setelah 54 tahun negara Malaysia ditubuhkan saya melihat inilah kali pertama parti pemerintah lemah dan parti pembangkang yg utama juga lemah.

Natijahnya, dari segi perkembangan ekonomi dan pendidikan serta aspek2 lain, rakyat bawahan yg biasa2 seperti kita ini yg tertekan.

Malaysia perlukan UMNO yg kuat seperti zaman mantan PM dan pembangkang yg hebat dan dihormati seperti zaman Allahyarham TGNA.

Selamat Hari Malaysia.

Saja nak kongsi.

Tkasih

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...