TERKINI :

Thursday, September 14, 2017

Facebook Profesional Istiqamah penyebar fitnah, penyubur politik toksik

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Seusai program Himpunan Aman Wanita #BantahPolitikToksik, maka tersebarlah beberapa poster fitnah yang langsung tiada kaitan dengan mana-mana tuntutan dan konsensus himpunan.

Seperti biasa, percubaan mengaitkan Pakatan Harapan (PH) khususnya AMANAH dengan Comango, Liberalisma, LGBT dan seumpamanya terus dimainkan tanpa rasa berdosa sekalipun ia ternyata dan diberitahu fitnah.

Kedapatan juga, bersandarkan beberapa foto yang saya percaya diambil daripada fb Siti Kassim telah digunakan untuk melampiaskan niat dan nafsu bagi mengaitkan PH khususnya AMANAH dengan individu  bernama Siti Kassim. Serangan sebenar menggunakan foto-foto ini adalah kerana saya dan beberapa orang daripada AMANAH kebetulan ada di situ.

Saya percaya, ini satu percubaan murahan lagi jelek untuk terus menyemarakkan fitnah, adu domba dan kebencian sesama yang sekaligus merupakan sebahagian daripada Politik Toksik yang sedang kita perjuangkan untuk ditolak.

Politik niat yang menghalalkan cara ini hakikatnya sudah sering merosakkan suasana harmoni bukan sahaja dalam keluarga, masyarakat bahkan negara seluruhnya.

Siti Kassim hanyalah salah seorang daripada peserta program yang tiada kaitan pun dengan penganjur dan pengajuran. Program ini adalah acara terbuka untuk wanita yang sama-sama menentang Politik Toksik. Kehadirannya ke situ difahami sebagai sokongan dan kebersamaan.

Dia bertembung dengan saya dua kali pada hari itu sebelum program bermula dan ia merupakan kali pertama saya bertemu mata dengannya. Saya tidak pernah ada sebarang urusan dengannya dan dia pun tidak pernah ada urusan dengan saya. Gambar-gambar itu dirakamkan secara spontenous atas permintaannya. Satu ketika bertembung di atas tangga eskalator ketika saya sedang bersembang dengan beberapa orang. Kedua semasa saya dan beberapa orang sedang duduk minum dan berbincang perihal keselamatan program bersama Setiausaha ARiF iaitu Saudara Bahar. Dia barangkali tertarik ke arah kami kerana kebetulan Puan Maria Chin berada di kedua-dua lokasi gambar itu diambil.

By the way, saya sarankan mereka yang fakeh dan berilmu tinggi buat sahaja 'intellectual discourse' dengan Siti Kassim. Itu lebih baik daripada terus mencemuh dan mengutuknya yang tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Bukan semua dalam gambar yang bersama Siti Kassim itu adalah daripada AWAN/ AMANAH tetapi secara rakus ia dieksploitasi dan dimanipulasi semahunya untuk mengaitkan Siti Kassim dengan Amanah dan PH. Tidak mengapalah, bukankah ini sunnah dan rencam dalam perjuangan? Saya pun sudah mangli dengan sikap dan perangai hodoh seumpama ini.

Kekesalan saya dalam hal ini hanyalah kerana fitnah dan adu domba ini dibuat dan disebarkan  oleh mereka yang berbangga mengatakan diri sebagai pejuang-pejuang agama. Siap berlawak jenaka "jangan jeles", ahh gedik sungguh!

Untuk itu, saya sudah menegur tindakan sebuah fb yang dikenali umum sebagai pro kepada parti politik tertentu bahawa beberapa  Poster LGBT dan sewaktu dengannya yang cuba dikaitkan dengan #BantahPolitikToksik  adalah  fitnah yang malangnya juga diterima pakai oleh kelompok yang menggelarkan diri mereka Profesional Istiqomah. What a shame?!

Bukan rahsia, "Profesional Istiqomah" sememangnya tidak pernah bersama Pakatan Harapan  (PH) kerana mereka adalah salah sebuah gerakan duduk  di bawah Pas. Malah beralamat di Ibu Pejabat Pas.

Kelemahan mereka yang kemudian dikongsi dengan rangkaian cytro mereka di seluruh negara (termasuk luar negara) adalah suka mencari-cari alasan sekalipun murahan dan fitnah guna untuk menjustifikasikan tindakan tidak mahu bersama PH dan seterusnya barangkali lebih suka mendorong yang lain agar lebih mempercayai  dan senang bersama umno?

Tuntutan rasmi program #BantahPolitikToksik  tidak mereka endahkan sekalipun sudah diberitahu secara baik, sebaliknya aksi-aksi sebahagian kecil menjadi fokus utama sekaligus melancarkan  adu domba dan fitnah kepada semua.

Well, indeed...You can never win with people who are out to find fault!

Hari ini, hasil daripada istiqomahnya mereka membuat fitnah, maka disebarkan kononnya Siti Kassim sudah menjadi ahli AMANAH. Juga berbekalkan kepada 2 gambar bisu di lokasi awam, yang itupun upaya dijadikan senjata fitnah luar kawalan.

Lebih banyak toksik selepas ini khususnya apabila yang menggelarkan diri mereka Profesional Istiqomah pun mengamalkan Politik Toksik!

Di satu sudut, saya menerima baik promosi berbentuk negatif terhadap perjuangan Wanita Malaysia #BantahPolitikToksik ini. Adakalanya, ia membantu lebih ramai buka mata dan ingin tahu. Seandainya sahaja mereka lebih peka dan prihatin sejak awal terhadap kebangkitan wanita Malaysia #BantahPolitikToksik, tentulah mereka tidak akan menjadi mangsa dan menjadi rangkaian Politik Toksik sendiri.

Saya menginsafi bahawa memerangi Politik Toksik yang sudah sebati sekian lama adalah tidak mudah dan bukan satu jalan yang singkat. Tetapi saya yakin dan percaya, melalui usaha gigih, keikhlasan, kesungguhan, keberanian dan kesabaran para wanita yang dianugerahi kekuatan mental, spiritual dan fizikal serta inayah daripada Allah, kita akan akhirnya secara dikit demi dikit menyahkan politik toksik ini daripada terus menghancurkan  rakyat  dan negara seluruhnya.

Yakin, Allah bersama dan akan membantu usaha yang baik insya Allah. We just do the best and let Allah do the rest.

Allahu Akbar!

*#WanitaBangkit*
*#BantahPolitikToksik*
*#BinaSemulaNegara*

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...