TERKINI :

Monday, September 4, 2017

Anwar sokong tindakan Presiden PKR & Majlis Presiden PH untuk perkukuhkan Pakatan Harapan

RUNDINGAN DENGAN PAS TIDAK LAGI RELEVEN APABILA ANWAR SENDIRI SOKONG TINDAKAN PRESIDEN KEADILAN DAN MAJLIS PRSIDEN PAKATAN HARAPAN

Ada yg bertanya betulkah statement Anwar yg terbaru bahawa rundingan dgn Pas itu mmg kehendak beliau? 

Jawapannya, mmg benar, cuma Anwar tidak menyebut bahawa rundingan itu perlu diteruskan sekarang setelah PH sendiri membuat kputusan utk menghentikan sebarang rundingan dgn Pas.  Anwar juga dlm kenyataan terbarunya itu menyokong tindakan Presiden Keadilan, Kak Wan yg telah menandatangani persetujuan bahawa PH menolak sebarang rundingan dgn Pas. 

Anwar sebelum ini menyatakan, beliau mahu rundingan dgn Pas dibuat JIKA Pas sedia utk berunding TETAPI mestilah di bawah kerangka PH.  Semuanya gagal, Pas tidak bersedia utk berunding selagi Keadilan bawa nama PH.  Mustahil Keadilan boleh teruskan rundingan dgn pihak yg tidak bersedia dan rundingan dibuat di luar kerangka PH.  Maka, tindakan Kak Wan, Presiden Keadilan bersetuju dgn keputusan Majlis Presiden PH utk menolak sebarang rundingan dgn Pas itu amat tepat.

Keputusan Anwar menyokong tindakan Presiden Keadilan itu juga amat tepat dan selari dengan kehendak majoriti akar umbi.  Sekarang ini, tumpukan kpd memperkuatkan PH dan itulah "Amanat" Anwar paling besar berbanding memujuk dan merayu Pas yg tidak pernah Anwar ajar kita. 

Jika kehendak Anwar semudah ini pun sukar untuk difahami dan mahu diputarbelitkan, maka ini lah salah satu sebab perlunya Kongres Khas diadakan. 

WFAUZDIN NS

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...