TERKINI :

Thursday, September 14, 2017

Adakah harga minyak naik sekarang adalah disebabkan idea Rafizi?

Oleh Bang Din Langgar

Sekarang ini dilihat kerajaan Najib menetapkan harga minyak secara mingguan dan jika dilihat idea harga mingguan ini telah diberikan oleh YB Rafizi pada tahun 2015 dahulu.

Selepas kerajaan Najib mengumumkan kenaikkan harga minyak ini 4 minggu berturut2 maka senapang menyalahkan Rafizi pon dibunyikan. Mereka mula menghina dan mempertikai kewarasan idea Rafizi tersebut.

Yang sedihnya mempertikai idea tersebut ialah sahabat lama dalam PAS bukannya mereka yang dalam UMNO BN.. jika UMNO BN mempertikai dan memerli idea tersebut kita boleh senyum lagi sebab kita tahu mereka golongan yang tak mahu berfikir satu step kedepan.. tapi sekarang sahabat dalam PAS...itu yang sedihnya...

Tahukah kita semua dimana idea Rafizi menyatakan secara mingguan berdasarkan harga minyak semasa dan jika kita lihat sekarang harga minyak semasa dunia masih rendah dan tak naik pun... Namun bilamana kita berada bawah kerajaan Najib nie adakah mereka naik dan turun harga minyak kita berdasarkan harga semasa dunia.

Disini kita boleh lihat akan penyalahgunaan kuasa pihak terlibat memanipulasikan harga minyak untuk kaut untung.. dan disini juga adakah salah apa yg diideakan oleh Rafizi.

Tapi kenapa sahabat PAS menggunakan isu ini untuk menghentam Rafizi.. adakah mereka sudah cinta sama UMNO BN... entahlah... anda sendiri yang menilainya..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...