TERKINI :

Saturday, September 30, 2017

Inikah ungkapan yang menyebabkan KJ terpaksa bayar pampasan kepada Anwar

"DAP main PAS dari kanan, PAS main DAP dari kiri, PKR main dua-dua dari belakang," -ucapan Ketua (Naib ketika itu) Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada pelancaran jentera pilihanraya UMNO di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008.

Alhamdulilah. KJ diarah bayar pampasan RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala kos guaman RM65,000. Jumlah RM215,000.

#BebasAnwar #BebasRakyat #KJPemfitnah

Friday, September 29, 2017

Pasaipa Kedah kerap kalah sejak dua menjak nie..!!??

ANALISIS TANGGA AYAM

-KEDAH VS SARAWAK
-MENCARI KONKLUSI

Habaq siap-siap artikel ni tobat panjang sebab aku cuba cari konklusi mengapa Kedah sangat mudah tewas akhir-akhir ini. Awainya memang banyak orang jugak yang emo bila Sarawak dapat buat comeback masa 2ndhalf semalam dan dapat sumbat 4gol dalam masa 45 minit ja even Kedah dah leading 2 bijik dalam 1st half. Aku pun setuju dengan banyak pendapat yang mengatakan bahawa NA gagal bervariasi dalam taktikal permainan sebab memang dah kenyataannya macam tu. 1st Eleven team antara yang terkuat di Malaysia kalah kat tangan team yang duduk tangga kedua di dasar liga. Memang hangin 1 badan la bila jadik kes yang macam ni. Okay kat sini aku bagi sikit huraian dari perspektif tangga ayam (sebab takda pHD sains sukan) sebab apa Sarawak dapat beat Kedah semalam. Situasi yang aku katakan ni dari sudut pandang dari stadium bukannya dari live streaming TV Haram.

BAGAIMANA KEDAH BERMAIN

Awainya kita nampak memang sap sap suy la bole makan Sarawak sebab dapat leading 2 gol masa 1st half. Sebenaqnya walaupun kita dapat sumbat 2 bijik, Sarawak yang lebih dominan kat atas padang cuma depa belum dapat sentuhan penyudah. Weekness area dalam separuh masa yang pertama lebih tertumpu di kanan padang yang mana sarawak lebih gemar menggunakan sayap kanan untuk memecah masuk defensive block pasukan Kedah. Usaha mereka dalam separuh masa yang pertama kurang memberi impak untuk menewaskan Ifwat Akmal kerana Defensive Zone Kedah berjaya dikawal dengan baik oleh Zac Anderson dan rakan-rakan. Kesemua sistem berfungsi dengan baik cuma Role NO7 dan 10 kurang efektif dalam membantu jentera serangan. Baddroll Bakhtiar tidak bermain dengan baik dan posisi itu perlu ditampung oleh Syazwan Zainon kerana Syazwan lebih efektif dalam menyerang. Kedah masih dominan di Centre Area tetapi kurang mampu untuk penetrate Zone 14 pasukan Sarawak kerana Sarawak bertahan secara compact di bahagian tengah. Sarawak memaksa Kedah untuk bermain di wide area kerana kebanyakan pasukan di MSL telah mengetahui bahawa Kedah gemar menggunakan Zone Half Space untuk penetrate Zone 14 pasukan lawan. Kedah sangat aggresive pada 20 minit awal permainan dan penghasilan Gol-Gol dari pasukan Kedah kebanyakannya hadir dalam separuh masa yang pertama. Kalau hampa perasan, taktikal yang macam ni keep repeat, peat, peat, peat, peat (baca ikut macam lagu salena gomez) cumanya watak yang berada di atas padang saja yang berlainan so opponent team dah study bab ni and depa dah tau camna nak manipulate kelemahan sistem pasukan Kedah. Dalam era TCH, Kedah lebih cenderung untuk absorb pressure dari pihak lawan dalam usaha melemahkan stamina pemain pasukan lawan dan kemudiannya barulah bermula episod mendominasi permainan secara mutlak. Imbas semula Kedah di era TCH, purata penghasilan gol agak rendah berbanding di bawah kendalian NA tetapi peratusan untuk tewas dalam sesebuah perlawanan adalah  rendah kerana TCH mempunyai keseimbangan dalam strategi pasukan ketika menyerang dan juga bertahan. Awal musim 2015 Kedah banyak mencatatkan keputusan seri kerana pada masa itu TCH masih dalam fasa mengenal pasti formasi terbaik untuk pertahanan dan dalam pusingan kedua liga menampakkan peningkatan dan Kedah mula selesa dengan falsafah bolasepaknya sendiri. Ianya terbukti dengan kejayaan untuk berada di tempat ketiga liga dan muncul sebagai juara TM Piala Malaysia. Falsafah bolasepak TCH mula sebati dan menampakkan hasilnya dan dari itulah Kedah muncul sebagai kuasa besar bolasepak masakini dengan menewaskan JDT di Larkin untuk merampas trofi sumbangsih. Kedah kekal pasukan yang sukar ditewaskan walaupun tidak mampu untuk menghasilkan jumlah gol yang besar tetapi cukup untuk mengutip 3 mata penuh. Di bawah kendalian NA, Kedah bermain dengan lebih baik dalam fasa menyerang dan jumlah penghasilan gol lebih tinggi berbanding di bawah kendalian TCH tetapi jumlah gol bolos juga meningkat. Ianya seperti tiada keseimbangan dan walaupun berjaya mendapat gol awal tetapi kecenderungan untuk bolos juga agak tinggi. Mengapa ini berlaku? Kedah kurang efektif bermain menggunakan sistem 3 bek kerana sistem ini mudah dimanipulasi oleh pasukan lawan yang gemar bertahan secara compact dan akan melancarkan serangan balas pantas menggunakan sistem sayap. Dalam transisi menyerang, Kedah bertukar formasi kepada 3-2-5 dalam formasi asas 4-2-3-1. Taktikal seumpama ini digunakan untuk memberi lebih tekanan kepada pasukan lawan dalam fasa menyerang serta mengukuhkan sokongan di depth tetapi taktikal seumpama ini memerlukan pemain untuk melakukan quick transition ketika menerima serangan balas pantas. Pemain yang naik membuat overlapping harus segera turun untuk membentuk chain of 5 dalam transisi bertahan. Salah seorang pemain yang berada di posisi DM perlu mengisi slot di celah-celah pertahanan berempat untuk membentuk rantaian 5 pertahanan (chain of five). Pemain harus pantas untuk mengisi semula box asal dalam situasi ini untuk mengekalkan shape pasukan. Pemain juga harus bersedia untuk memulakan semula serangan apabila berjaya mengagalkan serangan pasukan lawan dan ini perlu dilakukan dengan built up yang bermula dari defensive third dalam pace permainan yang sederhana. Mengapa perlukan pace permainan yang sederhana? ianya adalah untuk mengekalkan stamina pemain sepanjang 90 minit permainan. Inilah yang dilakukan di era TCH dan Kedah berjaya mencipta keputusan yang baik dalam setiap perlawanan. Berbeza dengan NA kerana beliau banyak menggunakan stamina pemain pada awal permainan untuk mencari gol awal sepantas mungkin. Strategi ini berjaya dengan penghasilan jaringan yang tinggi tetapi Kedah selalu struggle untuk menamatkan perlawanan kerana pada kebiasaannya pemain akan lag of energy di awal minit separuh masa yang kedua. Apabila situasi ini berlaku, pasukan lawan menggunakan kesempatan ini untuk masuk di zonal-zonal yang kekurangan pemain dan menyebabkan pertahanan bertiga terdedah kepada ancaman. Situasi out numbered dalam fasa bertahan sering berlaku dalam separuh masa yang kedua kerana pemain-pemain yang naik untuk memberi sokongan ketika menyerang gagal untuk balik mengisi box asal dan membentuk semula shape pasukan. Apa yang jadi kat Sarawak semalam ni memang situasi out number masa bertahan. Hampa imbas balik banyak gol terhasil sebab out numbered di defensive line. Masa nak switch dari mode bertahan ke menyerang pun lani banyak kekurangan sebab pemilihan pemain yang berfungsi sebagai pivot kurang sesuai atau kurang membantu untuk menjadi penghubung diantara defensive zone dan centre area so opponent team akan ambik kesempatan di middle third sebab banyak team dah tau yg Kedah ni banyak bergantung kat Matdon di centre area so depa selalunya akan meningkatkan intensiti di centre area untuk menyukarkan Matdon untuk bergerak. Bila Akram gagal untuk membentuk rantaian dengan Matdon, so aliran bola akan tersangkut di middle third sebab tu aku prefer Amirul Hisyam untuk role NO6 sebab Amirul ni dia ada ability dalam defensive dan mampu bertindak sebagai NO8 so Matdon dapat bebas untuk bermain sebagai playmaker sebab kalau nak harap Sandro memang tak lah. Sandro ni sebenaqnya banyak merugikan taktikal team. Tugasan NO10 ni sebenaqnya adalah sebagai rantaian daripada Centre Area kepada Striker. Dalam konsep flexsible positioning yang Kedah guna lani actually memerlukan NO10 yang mempunyai gamestyle as a Free Role Player kiranya bertindak sebagai Shadow Striker (SS) kiranya 2nd Striker. Dan dalam flexsible positioning juga, NO10 saling bergantungan dengan NO8 yang bertindak lebih offensive dalam sistem pivot berkembar (Double Pivot). Bila Liridon lebih offensive so Sandro perlu lebih defensive untuk memberi sokongan di depth apabila opponent team buat clearance dan begitu juga sebaliknya. Tapi Sandro ni gagal berfungsi sebagai Free Role Player yang baik di atas padang so kita dah kehilangan satu sistem yang paling penting di atas padang. Bila NO8 dan NO10 dapat membentuk rangkaian yang baik, aliran bola untuk memasuki final third mempunyai lebih bervariasi dan apabila NO10 gagal berfungsi, kita terpaksalah guna winger untuk menyerang. Kiri takda masalah sebab Wan Kapet memang best kat zonal tu tapi sistem di kanan padang mati sebab NO7 Kedah lebih kepada Classic NO7 bukannya Modern NO7 so untuk attack di kanan padang, Kedah perlu mengharapkan Rizal Ghazali untuk naik membuat overlapping. Rizal ni lebih berfungsi sebagai Wingback so dia kena kerap naik bila serangan bermula dari kanan padang. Tugasan NO7 adalah drop deep ke Zonal Rizal bagi mengisi box yang ditinggalkan oleh Rizal tapi NO7 pasukan Kedah ni lebih cenderung kepada Inside Forward jadi box Rizal perlu di isi oleh Zac Anderson dan NO6 perlu masuk untuk isi box yang ditinggalkan Zac Anderson. Tugasan NO6 ni penting tapi tak ramai yang tau. NO6 ni berada di tengah-tengah antara midfielder dan juga defender. Dalam sistem 4-2-3-1 Kedah, role NO6 selalunya dimainkan oleh Amirul Hisyam ataupun Akram Mahinan.

BAGAIMANA KEDAH TEWAS

Dalam game semalam. Seawal permainan lagi Role NO7 dah tak berfungsi so kita dah kehilangan 1 sistem penting kat atas padang. Mujoq Ariff Farhan dapat backup area tu sebab Ariff ada ability untuk main sebagai wingback tp NO7 tak dapat nak tampung box Ariff bila Ariff naik buat overlapping. Sandro yang banyak bagi masalah kat Kedah semalam ni sebab dia lambat sangat nak release bola. Aku dok perati lama dah Sandro ni, bila bola dapat kat kaki dia dalam fasa menyerang di middle third, dia akan hold untuk tunggu Matdon mai, tapi Sarawak compact di centre area dan Sarawak main secara robust so bila bola dapat dekat Sandro, pemain-pemain Sarawak cepat untuk intercept sebelum Sandro dapat cari Matdon. Bila bola dirampas dari kaki Sandro, Akram dalam keadaan tidak bersedia so mudah buat Sarawak melepasi benteng diantara 2 pivot so backfour terdedah kepada ancaman. Yang tak kelianya lagi adalah sistem pengadilan. Nampak bias bila Sarawak lebih banyak dapat advantage even tackle depa cukup keras tapi bila player Kedah cuit sikit ja dan-dan wisel bunyi. So benda ni gangu Fluidity permainan team Kedah. Actually Sarawak tak kuat mana pun kalau nak ikutkan daripada kualiti player depa pun memang tak boleh nak beat player Kedah. Game  Sarawak tak fluid sebab player depa takda kualit yang baik dari aspek first touch tapi yang boleh buatkan depa menang semalam adalah sebab coach depa dapat study camna Kedah bermain. Konsep depa main mudah ja. Depa guna sistem targetman dan depa sebaik mungkin compact di centre area untuk tutup zone 14. Sarawak gunakan pressing yang tinggi di centre area dan depa main cukup robust. Sarawak mencetuskan situasi tegang di atas padang untuk mengganggu moral pemain Kedah. Seperti yang kita tau, Kedah akan hilang shape pasukan bila pemain gagal kawal emosi di atas pasang. 1st leg kat Darulaman lawan Sarawak ritu pun camtu gak, depa kacau mental team kita, masa tu paan Keeper. Kalau ampa ingat lagi yang paan baling botoi ayaq tu pastu bebai masuk fitting room. Game tu kita seri kot kalau tak silap. Same situation dengan apa yang terjadi semalam kat Stadium Sarawak. Cerita dia Sarawak dah study weekness pasukan Kedah so depa dah stanby untuk counter tactical team Kedah. Tapi yang membuatkan ianya lebih buruk ialah bila pengadil lebih bias untuk team Sarawak. Kedah totally kalah dalam aspek moral so game jadik kelaut. Di middle third semalam ni, berlaku 'conflict' position diantara Akram Mahinan dengan Fitri Omar. Tekadang Akram bergerak melangkaui Zonal sampai bertembung dengan Fitri. Tak salah  Akram jugak sebab Sandro tak dapat nak cover box tu bila Matdon naik create chances. Akram bukan tak bagus, Akram ni baguih tapi pairing tak kena. Akram ni dia more to offensive so bila dia perlu bertindak lebih defensive dia jadik celaru la. Amirul takpa sebab dia bole main defensive or offensive tapi akram kurang ability untuk defensive. Ingat dak Akram banyak buat Half Volley masa era TCH dulu dan pada zaman tu Akram main dengan sangat baik? kadang-kadang pemilihan pemain di sesuatu posisi tu sangat penting sebab kalau letak player salah posisi memang gameplan jadik teqaboq. Aku cakap dari perspektif aku la kn, kalau hat ada pHD sains sukan tu xtau la depa nampak cena, maybe depa nampak kok lain. Tapi tulah apa yang jadik semalam ni. Banyak sangat role yang tak fungsi kat atas padang, lag of energy masa 2ndhalf, out numbered masa bertahan dan semua yang berlaku dimanipulasikan dengan sangat baik oleh Pasukan Sarawak.

P/S: Even aku kecewa sebab Kedah tak rangkul naib juara liga atleast aku nak tengok Kedah sekali lagi layak ke Final TM Piala Malaysia. Kepada jembalang-jembalang semua (kat Sarawak pun depa mengusik) "Awak memandang saya begitu serius! mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiran? Sarebeteyyy Kongggssiiii la sama i Boboi"

BY: Bvrd Ortega II

Thursday, September 28, 2017

Ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang

Oleh Hasmi Hashim

SUDAH sampai masanya Pulau Pinang perlu mempunyai seorang ketua menteri Melayu. Kalau bukan daripada Umno-BN, dia boleh datang daripada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Mungkin ramai yang merasakan BN takkan mampu melaksanakan idea itu. Lebih-lebih lagi, BN sendiri yang memulakan tradisi sedemikian. Sejak merdeka lagi.

Kalau Pulau Pinang kekal di bawah BN, maka sampai kiamat pun Pulau Pinang takkan mengubah formula yang ditinggalkan Umno-BN. Entah dari mana perjanjian setan itu datang, tak siapa tahu dan kekal misteri.

Sekiranya dari satu PRU ke PRU yang baru jawatan ketua menteri Pulau Pinang hanyalah wajib untuk etnik Cina sama ada dari DAP dan Gerakan, maka apa pun yang terjadi, orang Melayu Pulau Pinang hanyalah percaturan dua parti itu saja.

Maka benarlah tuduhan bahawa mujur saja jawatan Yang di-Pertua Negeri satu jawatan lantikan. Kalau tidak, jawatan itu pun tak pasti selamat kepada orang Melayu. Macam di Singapura.

Baru-baru ini riuh di media sosial apabila presiden Singapura terkini kembali kepada tangan seorang berketurunan Melayu. Lebih digembar-gemburkan dia seorang perempuan. Bertudung pula. Tinggal pun hanya di rumah pangsa.

Terakhir Singapura memiliki presiden Melayu ialah Yusof Ishak dari 1965 sampai 1970. Yusuf seorang wartawan – dengan lantikan itu mudah difahami tak lain adalah untuk membeli jiwa wartawan dan surat khabar Melayu supaya meredakan perjuangan atas nama bangsa. Terimalah seadanya.

Singapura pun pada tahun itu baru berpisah dari Malaysia. Dengan lantikan Yusuf, warga Melayu Singapura paling tidak masih dibenarkan untuk berangan-angan bahawa masa depan politik tetap milik mereka. Nama jawatan itu pun belum dipanggil sebagai “presiden”. Dipanggil sebagai “Yang di-Pertuan Negara”: satu nama yang mirip kepada “Yang di-Pertuan Agung” bagi Malaysia.

Hari ini jumlah Melayu Singapura sekitar 500,000, lebih kecil daripada populasi penduduk Petaling Jaya sekalipun. Jumlah keseluruhan rakyat Singapura sekitar 6 juta dan hampir 1.5 juta daripadanya pendatang luar. Dalam kata lain, Melayu yang dulunya menguasai dan menjadi penduduk terbesar Singapura lebih rendah waima berbanding para pendatang.

Kuasa presiden sebenarnya pun tidaklah sebesar mana. Jawatan itu tak ubah sebagai “lambang negara” dan segala urusan harian masih tetap ditadbir oleh perdana menteri. Demikian sorakan “kemenangan” segelintir kaum liberal termasuk Malaysia bahawa konon Melayu Singapura mencipta pencapaian hebat hanyalah peluru kapur. Kampung tetap tergadai jua.

Di Pulau Pinang, kesnya sama tapi tak serupa. Sama ada BN atau Pakatan Harapan, keduanya masih gagal melihat peri penting seorang ketua menteri Melayu diangkat ke tampuk kuasa. Sudah tentu Melayu yang perlu diangkat itu seorang Melayu yang layak dan tanpa menafikan unsur merit. Kalau tak lebih hebat daripada Lim Guan Eng, sama hebat pun cukuplah.

Mustahil bagi sebuah negeri dengan penduduk lebih 1.7 juta tak ada seorang pun tokoh pemimpin Melayu yang layak. Perdana menteri ke-5 adalah dari Pulau Pinang. Mantan TPM yang kini ketua umum PKR, bahkan ketua pembangkang Parlimen juga dari sana. Senarai tokoh besar anak jati Pulau Pinang bukti yang pulau mutiara itu sebenarnya tidak kurang tokoh politik dan kepimpinan Melayu.

Dalam DAP sendiri, umum tahu ramai sudah tokoh hebat berbondong-bondong menyertai DAP.

Daripada seorang peguam sehinggalah pensyarah dan pakar perlembagaan sudah menganggotai parti itu. Malah satu-satunya Sasterawan Negara yang kini bersama parti politik adalah seorang ahli DAP.

Senarai itu belum lagi disebut saf tokoh agama dan aktivis masyhur yang bersedia mempertahan parti itu daripada apa juga serangan luar.

Sama ada mereka memang orang Pulau Pinang atau tidak, pertimbangan itu bukan segala-galanya. Guan Eng sendiri bukanlah anak jati Pulau Pinang. Dia orang luar yang dibawa masuk untuk menjadi ketua menteri. Lantikan itu lebih mudah kerana Guan Eng anak Lim Kit Siang.

Sedangkan keturunan Jenatun yang membuka Pulau Pinang pun tidak dipandang besar, maka persoalan anak jati atau tidak bukanlah pra-syarat memilih ketua menteri.

Apabila tamat saja penggal kali ini yang diramal dalam beberapa bulan lagi – dan kebetulan ketua menteri Guan Eng sudah menjawat jawatan berkenaan selama dua penggal, maka nama ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang sudah wajar diwar-warkan. Perkara ini juga janji Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan tertinggi hanya untuk dua penggal.

Janji itu bukan baru. Sudah dibeberkan sejak 2008 dan menjadi antara kempen penarik sehingga berjaya menumbangkan BN.

Inilah waktunya kata dikotakan. Paling tidak, keadaan di Pulau Pinang akan menjadi seberkas bukti sejunjung azimat bagaimana komitednya Pakatan Harapan mahu membuka tirai Malaysia baru. Namun andainya tidak, sekali lagi semua kata-kata tak lebih hanyalah ungkapan pemanis bibir, dalam ceramah, pada malam bicara.

Paling tidak PM kena bawa pulang AS$1.7b dari AS


Pada pertemuan rasmi kurang 10 minit di antara delegasi Datuk Sri Najib Razak dan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada 12 September lalu, ayat kedua dan ketiga yang diucap Perdana Menteri Malaysia ialah:

"I want to say that we come here with a strong value proposition to put on the table. Number one, we want to help you in terms of strengthening the US economy." (Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS.)

Beliau seterusnya berkata bahawa MAS akan menambah jumlah kapal terbang Boeing yang akan dibeli. Pembelian tambahan ini dijangka bernilai sekitar AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Najib turut berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$4 bilion (RM16.8 bilion) ke dalam ekonomi AS, manakala Khazanah juga akan meningkatkan jumlah pelaburan di negara itu daripada AS$400 juta yang ada sekarang.

Ini bermakna Malaysia akan memasukkan hampir RM60 bilion ke dalam ekonomi AS untuk lima tahun akan datang.

Tetapi di dalam pertemuan tersebut, kita tidak mendengar sepatah perkataan pun dari Trump tentang apa yang akan dimasukkan AS ke dalam ekonomi Malaysia.

Bermakna kepada rakyat

Jika dirujuk nilai perdagangan Malaysia - AS dari 2013 hingga 2016 jelas pihak yang menerima manfaat langsung paling besar daripada pertemuan itu adalah AS,.

Ekonomi AS akan menyaksikan pertambahan purata ekspot ke Malaysia bernilai lebih kurang RM8.4 bilion setahun untuk lima tahun akan datang dengan pembelian kapal terbang Boeing tersebut.

Namun sehingga kini tidak jelas apa manfaat langsung yang akan dinikmati ekonomi Malaysia daripada pertemuan Najib dan Trump itu.

Laporan Bernama bertarikh 14 September 2017 ada disebut bahawa "kedua-dua negara komited mengkaji semula kerangka pengawalseliaan dengan tujuan memudahkan pelaburan di dalam ekonomi negara masing-masing" (The two countries also committed to review regulatory frameworks with the aim of facilitating investment in their respective economies).
Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, nilai aset yang terlibat dalam kes 1MDB di AS mencecah hampir AS$1.7 bilion.

Maka, adalah cukup bermakna untuk rakyat dan ekonomi negara jika kerangka pengawalseliaan ini dikaji semula untuk membolehkan segala "pelaburan" di AS yang didakwa menggunakan wang haram diseleweng daripada 1MDB akan diekspot - yakni dipulangkan - kembali ke Malaysia.

Oleh itu, perdana menteri perlu segera menjelaskan apakah beliau ada berbincang dengan Trump berkaitan pemulangan aset-aset bernilai AS$1.7 bilion ini ke Malaysia.

Walaupun pemulangan aset bernilai AS$1.7 bilion dari AS tidak menyamai hampir AS$60 bilion yang akan dimasukkan Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya maruah negara dapat ditebus.

FAHMI FADZIL ialah Pengarah Komunikasi PKR.

Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya.

Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata "manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya."

Berikut soalannya itu:

1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

“Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah respons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya,” katanya.

PAS juga tolak pelawaan saringan SPRM

 
Selain Pakatan Harapan yang menolak pelawaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti-parti politik supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring, PAS juga berkata, parti itu tidak berhasrat berbuat demikian.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tapisan oleh Majlis Syura sudah memadai .

"PAS tidak akan menyerahkan senarai calon kerana kita mempunyai tapisan oleh syura yang turut meneliti kelayakan calon daripada aspek syarak,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini.


Tuan Ibrahim juga mengingatkan SPRM bahawa dalam PAS, calon yang fasik pun tidak layak menjadi calon parti.

"Pandangan saya, SPRM tak perlu campur tangan urusan politik. Memadai bagi parti politik memastikan calon mereka tidak terlibat dengan sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang undang negara," katanya.

Semalam, Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak melihat keperluan bagi gabungan pembangkang menyerahkan senarai calonnya dan mempersoalkan “SPRM itu siapa?”

Apabila diberitahu bahawa adalah amalan biasa untuk parti BN mengemukakan senarai calon mereka kepada suruhanjaya itu, Wan Azizah berkata bahawa ini adalah kerana BN "mempunyai masalah" dengan calon mereka yang perlu melalui proses saringan.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pula mencabar SPRM supaya memastikan calon-calon BN yang terpalit dengan skandal 1MDB tidak diletakkan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, jika Dzulkifli (foto, atas, no 2 dari kiri) berjaya, maka beliau akan mencadangkan kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP supaya semua calon parti itu turut dikenakan proses saringan oleh SPRM.

Banyak kes rasuah belum selesai

Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, pelawaan SPRM terhadap parti politik itu secara tidak langsung telah mencampuri urusan parti.

“Apabila SPRM mencadangkan parti politik menghantar senarai bakal calon pilihan raya kepada mereka, SPRM telah melibatkan diri dalam urusan politik.


“SPRM sepatutnya kekal bebas tidak perlu masuk campur urusan parti politik,” katanya kepada Sinar Harian.

Iskandar berkata, pembabitan SPRM itu menyebabkan keyakinan rakyat terhadap agensi tersebut terhakis.

“Apabila mereka terlibat di dalam politik maka keyakinan rakyat terhadap mereka akan terhakis,” katanya.

Iskandar berkata, tindakan SPRM itu dibimbangi mempengaruhi keputusan parti politik.

"Walaupun yang menentukan calon masih parti politik tetapi SPRM berupaya mempengaruhi keputusan dengan ulasan-ulasan mereka,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap SPRM seharusnya memberi tumpuan kepada usaha untuk mencegah rasuah dan bukan menentukan siapa calon.

“Banyak kes rasuah yang masih belum selesai. Beri tumpuan kepada kes-kes tersebut.

“Biar parti politik membuat keputusan dan menanggung apa sahaja kesan daripada keputusan tersebut,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396562#rZbY7iiUrgHTwo1W.99

1MDB SAH ADA KESALAHAN, SIASATAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA LAIN WAJIB DIBUKA SEMULA





PAKATAN HARAPAN GESA BANK NEGARA GUNAKAN SEPENUH KUASA AMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDU TERBABIT DI DALAM 1MDB

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Bank Negara Malaysia yang memberi maklumbalas rasmi kepada satu memorandum dari ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang dihantar pada 2 Ogos lalu.

Sementara saya terkejut dengan jumlah penalti yang dikenakan iaitu RM115.8 juta, saya ingin menarik perhatian rakyat bahawa Bank Negara Malaysia belum menggunakan sepenuhnya kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk berlaku adil kepada rakyat dalam skandal 1MDB ini.

Saya menyeru pengurusan Bank Negara Malaysia menyertai rakyat Malaysia yang lain dalam mempertahankan kebebasan Bank Negara Malaysia sebagai institusi penguatkuasa yang bebas untuk mengelakkan skandal kewangan yang serupa berulang di masa akan datang.

Sebab itu saya berpendapat adalah wajar Bank Negara Malaysia menggunakan sepenuh kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 seperti berikut:

1. Bahagian XV PENGUATKUASAAN DAN DENDA, Fasal 234(3)(b) yang memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia mengenakan denda sebanyak RM5 juta atau tidak lebih dari tiga kali jumlah wang yang terlibat di dalam setiap kesalahan yang dilakukan 1MDB; 


2. Bahagian XV PENGUATKUASAAN DAN DENDA, Fasal 234(5) yang memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia mengenakan denda atau apa-apa hukuman yang diperuntukkan di bawah akta ini ke atas pengarah, pengurusan kanan dan mana-mana orang perseorangan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan 1MDB.


Setakat ini, Bank Negara Malaysia hanya menggunakan kuasa di bawah Fasal 234(3)(b) untuk mendenda 1MDB dan entiti-entiti berkaitan sebanyak RM115.8 juta. Malangnya, tindakan mengenakan denda ke atas 1MDB sebenarnya samalah seperti mendenda rakyat Malaysia kerana segala tanggungan hutang dan denda ke atas 1MDB kini ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Dari denda berjumlah RM115.8 juta ini, laporan media ada menyebut bahada RM53.7 juta telah dikenakan terhadap AmBank kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Saya ingin mendapat kepastian sama ada baki berjumlah RM62.1 juta yang telah dikenakan sudah dibayar, dan jika ya, siapa yang telah membayarnya. Jika 1MDB atau entiti berkait 1MDB yang membayarnya, ini bermakna sudahlah rakyat Malaysia menjadi mangsa penyelewengan dana rakyat di dalam 1MDB, kini rakyat Malaysia terpaksa juga menanggung denda yang dikenakan ke atas 1MDB.

Oleh itu, saya sendiri sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden Pakatan Harapan akan membuat laporan polis minggu depan untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyiasat Dato’ Sri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB (dahulu dan sekarang) serta pengurusan kanan 1MDB (dahulu dan sekarang) di bawah Fasal 234(5). Perlu diingatkan bahawa pada ketika pelbagai dakwaan terhadap 1MDB ini berlaku, Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan bahawa sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak.

Secara logiknya, jika Bank Negara Malaysia sudah pun mengenakan denda sehingga RM115.8 juta ke atas 1MDB, itu bermakna berlaku banyak pelanggaran undang-undang dalam urusan 1MDB. Sudah tentu urusniaga dan tindakan yang melanggar undang-undang ini dibuat atas arahan seseorang atau sesuatu pihak kerana 1MDB bukanlah satu makhluk yang bertindak sendiri.

Maka, apabila Bank Negara Malaysia sudah mengenakan denda di bawah Fasal 234(3)(b) ke atas 1MDB sebagai badan korporat, ia mesti juga disertai dengan tindakan di bawah Fasal 234(5) ke atas individu yang bertanggungjawab memberikan arahan sehingga menyebabkan 1MDB melanggar peraturan-peraturan di bawah akta.

Saya berharap pengurusan Bank Negara Malaysia tidak akan berdolak dalih mengenai perkara ini. Jika pun pengurusan Bank Negara Malaysia tidak berani mengambil tindakan ke atas Dato’ Seri Najib, sekurang-kurangnya ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan perlulah dikenakan tindakan. 

Pakatan Harapan tidak akan membiarkan rakyat dihukum kali kedua dengan tindakan denda ke atas 1MDB sementara individu di belakangnya dibiarkan terlepas.

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan
27 September 2017


Ulasan - Selama ini tiada siapa tahu dan seperti mahu disembunyikan berapa jumlah denda yang telah dikenakan oleh Bank Negara kepada 1MDB atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 berhubung beberapa urusniaganya.

Sekian lama jumlah itu cuba dirahsiakan dan Bank Negara selalu mengatakan mereka tidak berhasrat mendedahkannya. 1MDB lagilah cuba menutup jumlah denda yang dikenakan ke atas mereka itu.

Tetapi, segala-galanya terdedah semalam. Dalam surat jawapannya kepada Pakatan Harapan, Bank Negara akhirnya mendedahkan jumlah denda yang dikenakan kepada 1MDB adalah sebanyak RM115.8 juta.

Jumlah denda itu tentunya merupakan yang terbesar dalam sejarah skandal kewangan di negara kita. Ia juga dengan jelas memperlihatkan kesalahan yang besar juga telah dilakukan oleh 1MDB.

Jika ada kebenaran berhubung laporan media sebelum ini yang mengatakan Ambank telah didenda sejumlah RM53.7 juta kerana melanggar peraturan kewangan berhubung dana 1MDB, bermakna jumlah selebihnya iaitu RM62..1 juta adalah denda yang ditanggung oleh syarikat pelaburan itu.

Jumlah tersebut pun masih dikira besar dan menampakkan syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib Razak dan beliau sendiri menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya telah melakukan kesalahan yang dikira besar juga.

Selepas jumlah denda ini terdedah, apa yang seharusnya dilakukan?

Oleh kerana denda itu membuktikan wujudnya kesalahan yang besar dan serius telah dilakukan oleh 1MDB, maka sebagaimana yang ditekankan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, langkah seterusnya ialah Bank Negara harus segera mengambil tindakan ke atas individu-individu tertentu yang menyebabkan peraturan Bank Negara itu dilanggar.

Tentulah tidak masuk akal jika hanya 1MDB yang didenda, tetapi individu yang bertanggungjawab menyebabkan peraturan Bank Negara itu dicabuli, terlepas begitu saja?

Tidak kira siapa individu-individu tersebut, merekalah sebenarnya perancang dan "lahanat" dalam skandal 1MDB selama ini.

Yang kedua, pembuktian bersalah melalui denda besar oleh Bank Negara itu seharusnya turut menggerakkan agensi-agensi penguatkuasa lain untuk mengambil tindakan yang sama ke atas 1MDB dan individu-individu berkaitan dengannya.

Jika sudah dibuktikan dan sah ada kesalahan oleh Bank Nagara terhadap 1MDB, apakah tidak mustahil kesalahan tertentu telah dilakukan juga dan ia boleh disiasat oleh pihak PDRM dan SPRM?

Bermakna, membuka semula siasatan adalah sesuatu yang wajar dan perlu selepas ini. Langkah Pakatan Harapan membuat laporan polis pada minggu depan adalah pilihan terbaik dan tiada pihak harus berdolak-dalik lagi dalam menegakkan kebenaran sebagaimana yang dituntut Tuhan. (ShahbudinHusin 28/09/2017)

PH Kedah buktikan turun padang bantu mangsa banjir


MOHD ALI HASHIMSeptember 28, 2017 10:49 am 0

PH Kedah buktikan turun padang bantu mangsa banjir
Parti Amanah Negara, Negeri Kedah khususnya menafikan dakwaan berunsur fitnah yang dilemparkan oleh Pemuda Umno Negeri Kedah yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak mempedulikan isu banjir yang sedang melanda negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir.

Jelasnya lagi, adalah amat dikesali apabila Pemuda Umno Negeri Kedah gemar mempolitikkan musibah ini bagi menyerang pimpinan PH.

“Banjir yang melanda sebahagian kawasan Parlimen di negeri ini serta sebelah utara sejak seminggu yang lalu adalah satu musibah dan bencana alam.

“Namun demikian, terdapat sebahagian tempat dimana sungai-sungai yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga menyebabkan air melimpah apabila sungai tidak lagi mampu menakung air.

“Bencana ini harus dilihat sebagai satu tanda untuk terus kuat mengambil peduli dan membantu mangsa banjir samada dalam bentuk kewangan, tenaga maupun doa dan sokongan, ” tegasnya lagi.


Abdullah Suady Ramdhan ketika menziarahi salah seorang mangsa banjir bersama pimpinan PH di Kedah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Amanah Sungei Petani turut berkata, gerak kerja PH tatkala ini adalah pantas dan segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir bersama-sama dengan pihak berwajib.

“Kita juga turut sama menghulurkan bantuan membantu pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM dan juga JKM.

“Dalam misi membantu dan menyelamatkan mangsa, keperluan makanan dan bantuan tenaga menjadi fokus utama PH ketika ini.

“Pada masa yang sama kita juga turut menilai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan kepada pihak yang mempunyai kuasa demi kepentingan rakyat terbanyak, ” ujarnya lagi.

Malah katanya, kajian-kajian semula mengenai sistem slairan dan kaedah penyelenggaraan yang praktikal akan dibawa oleh PH.

“Setakat ini semua kawasan yang terjejas akibat bencana banjir telah diziarahi oleh PH khususnya Amanah.

“Antara kawasan yang terjejas adalah dalam kawasan Dun Pantai Merdeka, Tokai dan juga Kubang Rotan.

“Disamping itu katanya tumpuan juga turut diberikan kepada kawasan Anak Bukit dan Kota Siputeh, ” tambahnya lagi.

Manakala Ketua Pemuda PH Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris pula berkata, turut ke lapangan adalah Skuad Medik PH yang turut membantu anggota Jabatan Kesihatan Negeri dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat terjaga.

“Pemuda PH sedar ini adalah masanya rakyat dibantu dan diselamatkan.

“Harta benda yang musnah, kerugian perniagaan malah kebimbangan terhadap kesihatan warga emas menjadi fokus utama PH.

“Sehubungan itu Pemuda Umno Negeri Kedah tidak sepatutnya memainkan sentimen politik murahan dengan mendabik dada kononnya hanya Umno sahaja yang ‘kelam-kabut’ bekerja, ” jelasnya.

Mohd Asmirul yang juga merupakan Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah turut berkata, kenyataan kebudak-budakan Pemuda Umno Negeri Kedah khususnya Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah sengaja dicetuskan bagi mencemarkan imej seteru politik dikala rakyat sedang diuji dengan musibah.


Mohd Asmirul bersama petugas Pakatan Harapan di kawasan Kuala Kedah menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

Wednesday, September 27, 2017

Tanpa perjanjian pun, Umno dan PAS boleh kerjasama, kata Annuar Musa

FMT Reporters | September 27, 2017

Annuar-pas-umno
Ketua penerangan Umno itu berkata kedua-dua parti Melayu itu boleh mencari titik persamaan pada bila-bila masa.

Annuar-pas-umnoPETALING JAYA: Umno dan PAS tidak memerlukan perjanjian rasmi seperti memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam politik, sebaliknya kedua-dua parti itu boleh bekerjasama membangunkan Kelantan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, sebagai parti Melayu, Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama namun berbeza pendapat mengenai cara dan kaedahnya.

“Tidak perlu ada perjanjian formal antara PAS dan Umno dalam mencari titik persamaan, bila-bila masa titik persamaan itu boleh bertemu, malah Umno dan PAS tidak perlu bergabung dalam satu parti, tetapi boleh bersama dan mencari ruang kebersamaan.

“Bagi pendapat saya, PAS tidak perlu masuk Umno, Umno tidak perlu masuk PAS, tapi mereka boleh bekerjasama majukan Kelantan,” katanya ketika wawancara secara langsung menerusi laman Facebook milik Berita Harian, hari ini.

Annuar berkata kerjasama PAS dan Umno akan menguntungkan orang Melayu.

“Majunya Kelantan, majulah orang Melayu,” kata pemimpin Umno dari Kelantan itu.

Menurutnya, sikap PAS yang istiqamah dalam perjuangan mereka memusnahkan ancaman politik daripada DAP.

“PAS tidak mahu bersekongkol apabila DAP cuba mengawal parti pembangkang dan menggunakan parti politik Melayu untuk memecah belahkan orang Melayu,” katanya.

Beliau memberikan perbandingan peranan Umno dalam BN dengan peranan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

“Barisan Nasional (BN) diketuai Umno dan pembangkang diketuai DAP, sebagai sebuah parti lama DAP mengawal parti-parti kecil ini.

“Parti lain hanyalah serpihan dan tidak mempunyai DNA mereka sendiri, hanya terikut-ikut seperti parti asal mereka,” kata Annuar.

Menteri dedah 6 hospital ‘sakit’


Bernama

Dr-S-Subramaniam
S Subramaniam berkata 5 hingga 6 hospital gagal disiapkan mengikut jadual.

Dr-S-SubramaniamCYBERJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini mendedahkan terdapat 5 hingga 6 hospital “sakit” yang gagal disiapkan mengikut jadual atas faktor-faktor tertentu.

“Hospital-hospital itu kini ada yang ‘sedikit sakit’ dan ada yang sangat ‘sakit’ dan sedang dalam proses ‘rawatan’,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Hospital Cyberjaya di sini.

Hospital Cyberjaya yang akan menggunakan tenaga solar yang optimum dan teknologi pengumpulan haba bakal menjadi hospital pertama bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau di negara ini.

Mengambil iktibar daripada kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam, Dr Subramaniam mahu pembinaan Hospital Cyberjaya bernilai RM475 juta itu disiapkan mengikut jadual iaitu pada November 2020 agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Dalam kes Hospital Shah Alam katanya, kementerian terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan lebih RM60 juta bagi pembinaan hospital tersebut yang hanya disiapkan pada 2015, iaitu 4 tahun lewat daripada jadual asal pada 2011.

Dr Subramaniam berkata peruntukan sebanyak RM23 bilion untuk Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2017 tidak mencukupi bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat memandangkan kos perubatan yang semakin meningkat.

Justeru beliau berharap Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang turut hadir pada majlis hari ini, mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menambah peruntukan untuk kementeriannya pada bajet akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang turut hadir ketika ditemui pemberita berkata kementerian mendapat tambahan peruntukan antara 10% dan 15% setiap tahun.

Beliau berkata jumlah kes yang menerima rawatan meningkat setiap tahun dengan tahun lalu sahaja kes pesakit luar mencatatkan pertambahan 10 juta kepada 55 juta kes berbanding 45 juta pada 2015.

“Malah pesakit yang dirawat di dalam hospital juga meningkat lebih 100,000 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata bajet yang diperuntukkan kerajaan digunakan untuk rawatan pesakit, emolumen, subsidi perubatan dan pembangunan.

PRU14 diramal Mac atau April

MALAYSIADATELINE

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/04/pru14.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun ini selepas lawatan ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu Presiden Donald Trump mendapat publisiti buruk daripada media antarabangsa.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib mungkin mengadakan PRU14 pada bulan Mac atau April, sebelum Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibahim dibebaskan dari penjara.

“Mungkin Najib rasa lawatan beliau ke Rumah Putih menjadikan dia selesa untuk bubar parlimen tapi oleh kerana yang berlaku dalam lawatan ke Rumah Putih adalah satu mala petaka nampaknya tak mungkin.

“Bila PRU14? Mungkin PRU tahun ini selepas Najib bentang bajet 2018 pada 27 oktober tapi nampaknya tak begitu mungkin.

“Kalau begitu PRU tahun depan. Bulan Mac atau April kerana bulan Mei puasa, bulan Jun Anwar keluar. Sungguhpun Anwar tak boleh jadi calon tapi anwar boleh bergerak ke seluruh negara untuk berkempen.

“Jadi mungkin PRU14 Mac atau April,” katanya dalam ceramah Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Hulu Langat malam tadi.

Rancangan Najib untuk menangkis imej buruk yang terpalit ke atasnya oleh skandal 1MDB melalui lawatannya ke AS baru-baru ini kelihatan gagal apabila rakyat semakin marah terhadap tindakannya menawarkan dana awam seperti KWSP, Khazanah dan MAS untuk membantu ekonomi AS.

Kit Siang yang juga ahli Parlimen Gelang Patah juga mencabar Najib berani membiarkan peralihan kuasa berlaku dalam keadaan yang aman pada PRU14.

“Malam ini saya mahu cabar Najib, beranikah kata kalau rakyat Malaysia mahu tukar kerajaan kepada Pkataan Harapan beliau akan hormat keputusan itu dan peralihan kuasa akan dilakukan secara aman atau sebaliknya akan berlaku,” katanya.

Najib makin terdesak bandingkan GST 6 peratus rendah dengan negara India

MALAYSIA DATELINE

Najib makin terdesak bandingkan GST 6 peratus rendah dengan negara India
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat semakin terdesak apabila mengeluarkan kenyataan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( GST) sebanyak 6% di negara ini rendah jika dibandingkan dengan negara India, kata Pemuda AMANAH Nasional.

Timbalan Pemudanya Faiz Fadzil berkata, dengan nada yang bermegah dan nada menghina kononnya rakyat negara ini tidak perlu marah dengan pelaksanaan GST kerana kadar GST di India jauh lebih tinggi iaiti 28% dakwanya, dilihat naif oleh rakyat.

“Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan yang dilihat naif oleh rakyat.

“Tiada lagi suara-suara seperti Datuk Ahmad Maslan yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa GST akan mengurangkan harga barang.

“Ternyata, kenyataan tersebut meleset setelah 2 tahun pelaksanaan GST, harga barang semakin melonjak naik.

“Kini, Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan seumpama itu di mana beliau gagal melakukan kaji selidik berkaitan fakta lengkap pelaksanaan GST di India.
“Jelas, Perdana Menteri semakin terdesak dan kehilangan sokongan menteri kabinetnya,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional(BN) ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC 2017 pada Sabtu, yang dipetik berkata,bahawa di India kerajaan negara itu mengenakan GST sebanyak 28 peratus.

Sedangkan kata Najib lagi, kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dah riuh-rendah bising, marah kerajaan, katanya.

Sambung Faiz lagi, hakikatnya pelaksanaan GST di India jauh berbeza dengan dasar GST kerajaan Barisan Nasional.

Ini kerana GST di India berbeza kadar bermula 5% sehingga kadar 28% dan kadar 28% hanya dikenakan pada barangan tertentu seperti penghawa dingin dan peti sejuk yang melibatkan kenaikan 5% daripada cukai semasa 23% serta perjudian serta tidak melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“Secara realitinya, golongan berpendapatan rendah di India tidak merasai GST. Berbeza dengan dasar GST di negara ini, hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST dan ditanggung oleh kesemua segmen rakyat tanpa mengira kelas dan tempat,” terangnya.

Justeru, Pemuda AMANAH sekali lagi membuat desakan agar GST dihapuskan untuk meringankan beban rakyat.

“Cukai regresif ini tidak pun membantu rakyat di mana dalam masa kerajaan mengutip GST hampir RM42 bilion setahun, subsidi komoditi rakyat seperti minyak, minyak masak, gula dan beras ditarikbalik dan bajet bidang ekonomi utama negara seperti pendidikan dan kesihatan dipotong,” ujarnya.

“Perdana Menteri digesa untuk tidak terus menjustifikasikan GST dengan membuat perbandingan dengan negara asing sedangkan masalah utama rakyat akibat tekanan GST tidak diselesaikan kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Datuk Seri Najib,” ujarnya.

Pas tidak akan bersama BN atau PH, kata naib presiden

 Pas tidak akan bersama BN atau PH, kata naib presiden
Naib Presiden Pas Idris Admad menegaskan, Pas tidak akan bersama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Namun beliau berkata, ada pihak yang ‘sengaja buat tidak jelas’ kerana ‘tidak ada modal’.

“Modal Pas bersama dengan Umno yang dituduh kepada Presiden Pas sejak 2008. Kalau ada anak sekolah sudah masuk belajar darjah tiga. Pas masih tidak bersama.

“Kalau hendak tuduh Pas mesra Umno kerana atas beberapa isu seperti RUU355 dan isu bantuan Rohingya. Pas tidak tuduh PH mesra dengan Umno dan BN, apabila sanggup untuk bekerjasama supaya dapat undi 2/3 di Parlimen untuk pinda Perlembagaan bagi membolehkan 88A dalam Akta 164?

“Cuba bayangkan kalau Pas yang sebut untuk kerjasama dengan BN dalam perkara ini. Puak-puak ini akan canang seantario dunia Pas sudah bersama BN,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa bahawa Pas memang berniat untuk bekerjasama dengan BN pada PRU14 tetapi gagal dilaksanakan apabila mendapat tentangan sebahagian pemimpin kanan parti itu.

Husam berkata, disebabkan itu, permukiman Pas di Pulau Pangkor tidak menerima cadangan untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

“Apa perlu kita hendak bincang mengenai hubungan dengan Umno dan Pakatan Harapan kerana perkara ini sudah jelas, Pas akan bersama Gagasan Sejahtera.

“Permukiman pimpinan Pas tidak perlu bincang perkara yang sudah jelas sebelum pimpinan Pas mendarat di Pulau Pangkor. Buat apa hendak bincang perkara yang membuang masa dan membazir air liur sahaja,” kata Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga berkata, pihak yang menuduh Pas akan bekerjasama dengan BN bertujuan menimbulkan keraguan ahli dan masyarakat kepada Pas.

“Mereka bukan ada kerja, yang ada hanya bermain persepsi, fitnah dan andaian.

“Setakat hari ini senjata mereka tidak dapat meruntuh kekebalan saf kepimpinan Pas. Pas terus mara ke hadapan.

“Setiap bulan hampir 2000 ahli baru diterima. Sehingga ada di kalangan mereka sudah naik meroyan apabila Tuan Guru Presiden Pas menyeru ahli Pas supaya hadir ke Fastaqim 2.0 di Tok Jembal Kuala Terengganu pada 29-30 Sepetember 2017.

“Tuan Guru Presiden hanya ajak ahli Pas sahaja tiba-tiba mereka pula sakit hati. Barangkali ada masalah dalaman,” katanya.

Monday, September 25, 2017

LIMA PROJEK GAGAL, NAJIB BINGUNG PILIH TARIKH PILIHANRAYA?

Najib Razak dilaporkan masih bingung untuk menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang berikutan beberapa "projek" yang dijangka memberi kelebihan kepadanya tidak mencapai sasaran yang diharap-harapkan.

Setelah dibelenggu dengan skandal 1MDB yang semakin menjerut leher politiknya, pergantungan Najib kepada China adalah pilihan yang diharapkan bukan saja membantunya menyelesaikan hutang-hutang syarikat pelaburan itu, tetapi juga bertujuan mendekatkan lagi pengundi Cina kepada BN setelah dalam pilihanraya sebelumnya peratusan menolak kerajaan begitu tinggi sehingga Najib sendirinya melahirkan rasa kecewanya kepada mereka.

Andaiannya apabila Najib memberi banyak projek kepada syarikat dari China, pengundi Cina yang dianggap "sepupu" kepada China tentulah secara automatik akan beralih mendekati BN dan kerajaan.

Tetapi, perkara itu jelas tidak berlaku. Orang Cina tidak gembira dengan pemberian terlalu banyak projek kepada syarikat China kerana akhirnya segala-galanya didatangkan daripada negara tersebut. Mereka tidak mendapat apa-apa, waima untuk membekal benda-benda yang kecil sekali pun.

Selain itu, apa yang dikata pelaburan daripada China itu sebenarnya adalah hutang yang terpaksa dibayar oleh rakyat dalam tempoh 15 atau 20 tahun akan datang.

Maka, beralihnya kiblat Najib kepada China tidak membantu memperbaiki sokongan pengundi Cina kepada BN, malah dengan pemberian projek yang terlalu banyak, pendekatan Najib lebih dilihat ancaman kepada kedaulatan dan masa depan negara.

Projek kedua yang diharapkan dapat membantu Najib memenangi pilihanraya ialah Sukan SEA. Meskipun pencapaian pingat melehihi sasaran dan rakyat bersatu menyokong atlit mencapai kejayaan, yang terlebih gemilang menyerlah di sebaliknya ialah Khairy Jamaluddin.

Najib seolah-olah tiada markah di sebalik kejayaan Sukan SEA. Pemimpin UMNO sendiri ramai yang lebih memuji KJ, baik kerana kesediaannya berada di hampir semua acara yang melibatkan atlit negara, ucapannya yang dikata menyerlahkan bakat kepimpinannya dan bijaknya beliau bermain di media sosial untuk menonjolkan dirinya.

Sebab itu, selepas Sukan SEA berakhir, tiada "feel good factor" yang begitu menyerlah menyinari wajah Najib yang sedia kelam dengan pelbagai isu dan masalah.

Selepas Sukan SEA, Najib menonjolkan pula kunjungannya ke Amerika atas jemputan Donald Trump yang dianggapnya suatu peluang terbaik untuk menonjolkan beliau bukanlah buruan DOJ atau FBI.

Namun, sebelum pun beliau berlepas ke Amerika, tujuan itu telah pun musnah apabila pentadbiran Amerika menjelaskan kunjungan Najib tiada kena-mengena dengan DOJ. Siasatan dan tindakan DOJ, kata mereka, akan tetap diteruskan tanpa apa-gangguan.

Di samping ketibaan Najib di Amerika tiada sambutan rasmi, tiada permaidani merah, tiada kereta rasmi, tidak diberi kediaman rasmi, malah menyewa sendiri hotel kepunyaan keluarga Trump, lebih memburukkan imej Perdana Menteri di mata 31 juta rakyat Malaysia ialah berhubung ungkapannya mahu membantu mengukuhkan ekonomi negara kuasa besar itu.

Siapa kita mahu membantu ekonomi Amerika?

Menawarkan wang KWSP untuk melabur di Amerika bagi projek-projek infrastruktur di ketika nilai ringgit begitu lemah, jelas adalah pilihan yang tidak munasabah, selain kemudahan infrastruktur dalam Malaysia sendiri banyak yang masih kurang dan tidak teratur.

Najib kemudian mengumumkan untuk membeli pesawat Boeing yang mencecah RM50 bilion. Di ketika MAS membuang ribuan pekerja, mengecilkan saiz syarikat dan menamatkan beberapa laluan antarabangsa, membeli banyak pesawat baru tentu saja menimbulkan banyak persoalan.

Oleh kerana MAS sudah lama menggunakan sistem pajakan, ada kebarangkalian pesawat itu adalah untuk syarikat pemajak yang kemudian MAS akan memajaknya dalam tempoh yang panjang.

Pembelian RM50 bilion ini juga menimbulkan pertanyaan, berapa komisyen yang bakal diperolehi oleh pihak yang mengaturnya?

Kata mereka, jika membeli kapal selam yang berharga tidak sampai RM5 bilion dahulu pun Razak Baginda boleh dapat komisyen RM500 juta, berapa pula broker baru akan dapat habuan melalui pembelian RM50 bilion ini?

Siapakah pula broker baru tersebut?

Lantaran itu, berkunjung ke Amerika sama-sekali tidak memberi kelebihan kepada Najib untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.

Di sebalik tuntutan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkaitan 1MDB, Najib memilih untul menubuhkan RCI untuk menyiasat urusniaga forex. Tujuannya sangat jelas iaitu untuk memburuk dan mengenakan Tun Mahathir Mohamad seolah-olah kehilangan wang juga berlaku di zamannya menjadi Perdana Menteri dahulu.

Namun, dengan pengakuan Nor Mohamed Yakcop bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kerugian tersebut serta tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan ketika menjalankan urusniaga perniagaan matawang bagi pihak Bank Negara, tujuan Najib dengan sendirinya tersekat di tengah jalan.

Tiada alasan yang kukuh untuk terus mengenakan Tun Mahathir atau Anwar melalui RCI yang ditubuhkannya itu, bahkan dengan perletakan jawatan serta-merta Nor Mohamed Yakcop sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah bagai mengesahkan bahawa Najib tidak senang dengan keterangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang mengaku bertanggungjawab itu.

Sama seperti beberapa projek di atas, projek RCI forex juga terlihat gagal untuk menghasilkan sesuatu yang menggembirakan bagi tujuan membantu kemenangan dalam pilihanraya.

Ahad lalu, Najib menghebohkan satu sidang media khas akan diadakannya di ibu pejabat UMNO dengan kehadiran semua Ahli MT, Menteri Besar dan menteri-menteri, malah Zahid Hamidi terpaksa memendekkan lawatannya ke Perlis.

Ramai yang menjangkakan, kalau pun tidak berkaitan pilihanraya, sidang media itu mungkin mengenai pembubaran sebuah parti di Sabah atau mengumumkan kerjasama antara UMNO dengan Pas.

Sampai ketikanya, betul-betul anti klimaks jadinya, yang masuk UMNO dalam sidang media khas itu hanyalah Muhammad Mohd Taib seorang saja.

Apa sudah jadi dengan Najib?

Adakah beliau sudah begitu bingung untuk menghadapi pilihanraya sehingga Mat Taib yang pengaruhnya tak sebesar mana dan sisi negatifnya lebih besar itu pun diraikan dan disambut dengan begitu begitu meriah?

Membawa Mat Taib masuk semula UMNO dengan sambutan yang meriah tidak saja menjadi bahan tertawa semua, malah tentunya juga tiada apa-apa kelebihan kepada Najib untuk mendepani Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir, begitu juga tiada markah tambahan untuk menawan semula Selangor.

Mat Taib terlalu jauh jika mahu digunakan untuk melawan aura dan pengaruh Tun Mahathir. Untuk konteks Selangor pula, Mat Taib bukan lagi zamannya untuk dipergunakan bagi menumbangkan Azmin Ali.

Sehingga ini lima projek Najib - meminta bantuan ekonomi China, Sukan SEA, kunjungan ke Amerika, RCI forex dan kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO - semuanya gagal memberi impak positif untuk menang pilihanraya.

Satu-satunya harapan yang tinggal buat Najib ialah Bajet 2018 yang akan dibentangkannya pada 27 Oktober depan. Tidak mustahil tawaran bajet kali ini adalah gila-gila menariknya kerana ia bukan untuk ditunaikan, tetapi hanya semata-mata untuk memikat pengundi agar kuasa dapat dipertahankan.

Tetapi, jika impaknya juga negatif sebagaimana lima projek sebelumnya lantaran rakyat juga sedar Najib selalu bersungut negara tiada wang dan banyak bergantung kepada cukai GST, Najib tiada pilihan selain menganjakkan tarikh pilihanraya sehingga ke akhir tempoh iaitu pertengahan tahun 2018.

Ketika itu, Najib benar-benar sudah kebingungan untuk memilih tarikh yang dilihat mampu memberi kelebihan kepadanya, malah ketika itulah kita sebagai pengundi menjadi semakin jelas dan tiada pilihan lain selain beliau perlu ditamatkan tempoh perkhidmatannya sebelum bahaya lebih besar datang menimpa. (ShahbudinHusin 23/09/2027).

Sunday, September 24, 2017

Banjir di Kedah, Perlis dijangka pulih berperingkat

24 SEPTEMBER 2017


Traktor turut digunakan bagi memindahkan mangsa banjir dan barang-barang di kawasan yang dinaiki air di Kampung Tebing Tinggi baru-baru ni. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Banjir di Kedah dan Perlis dijangka pulih selepas berakhirnya fenomena air pasang besar esok, kata Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Azmy Yahya.

Azmy berkata, walaupun jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan  meningkat, keadaan banjir di dua negeri berkenaan semakin pulih secara perlahan-lahan.

"Hujan yang turun tanpa henti selama lapan jam sejak Khamis lalu dan ditambah pula dengan fenomena air pasang besar telah menyebabkan beberapa daerah di Kedah dan Perlis mengalami banjir.

"Walaupun hujan tidak turun sejak semalam, jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang yang dijangka berakhir esok," katanya pada sidang media di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak enam pusat pemindahan masing-masing di Kedah dan Perlis telah ditutup.

"Pusat pemindahan ini tidak ditutup sepenuhnya kerana ia akan dibuka semula sekiranya perlu, tetapi sekiranya air surut dan hujan tidak turun esok mereka boleh pulang ke rumah masing-masing, " katanya.

Sementara itu, Azmy mengingatkan ibu bapa dan orang ramai supaya lebih peka tentang keselamatan terutamanya kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Di Kedah dan Perlis jarang berlakunya banjir jadi bila jadi ramai yang seronok main air tapi kita bimbang kesan selepas itu yang boleh menyebabkan mereka jatuh sakit berikutan keadaan air banjir yang kotor.

"Kita juga bimbang kehadiran binatang berbisa seperti ular dan paling dibimbangkan akan berlakunya kejadian lemas, " katanya.

Katanya anggota APM sentiasa dalam keadaan bersedia untuk membantu mangsa banjir dan berharap mangsa banjir dapat menyalurkan maklumat serta berpindah ke pusat pemindahan sekiranya rumah mereka dinaiki air.

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pagi ini meningkat kepada 2,873 orang berbanding 2,280 orang malam tadi.

Cuaca di Kedah keseluruhannya adalah cerah setakat tengah hari ini.- Bernama

Banjir: Pas Pulau Pinang lapor polis

WARTAWAN SINAR HARIAN
24 SEPTEMBER 2017

Yaacob (tengah) bersama pimpinan Pas Pulau Pinang menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, semalam.

GEORGETOWN - Pas Pulau Pinang membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa menjadi penyebab utama kejadian banjir di negeri ini.

Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang, Yaacob Omar berkata, daripada statistik yang diperolehi, lebih 20 kejadian banjir dilaporkan berlaku dalam tempoh setahun.

Menurutnya, pihaknya mendapati punca kekerapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan tiada perancangan yang baik dibuat sebelum pembangunan dilaksanakan.

“Dahulu, banjir ada berlaku tetapi tidak sekerap ini, dalam setahun dua tiga kali saja. Tetapi sejak kebelakangan ini, banjir makin kerap berlaku. Apa yang kita lihat, kerajaan negeri tidak menjalankan kajian yang sepatutnya sebelum meluluskan projek pembangunan.

“Apabila menjalankan pembangunan, sepatutnya mereka menyediakan sistem parit dan saliran yang baik terlebih dahulu. Namun apa yang berlaku, sistem perparitan dan saliran langsung tidak diambil peduli. Jika parit tidak dibuat dengan betul, maka air akan melimpah dan menyebabkan banjir,” katanya kepada media semalam.

Saturday, September 23, 2017

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah meningkat lebih 1,000

Seramai 1,060 mangsa banjir di beberapa kawasan di Kedah ditempatkan di lebih 10 pusat pemindahan sementara ekoran banjir kilat dan air pasang besar yang berlaku sejak dua hari lepas.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebanyak 13 buah pusat pemindahan dibuka iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Katanya, seramai 55 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (enam), di PP Surau Assyakirin Kepala Batas (53), dan PP SK Alor Mengkudu (26) manakala PP Dewan Kampung Balai, di Kuala Kedah (20).

Pusat pemindahan lain yang turut dibuka ialah PP SK Bukit Hijau, Pokok Sena membabitkan 12 orang mangsa, PP Surau Kampung Kubang Betong, Kubang Pasu (108), PP SK Kodiang Lama (46) manakala PP SMK Changloon seramai 148 orang.

​​​​​​​Turut dibuka ialah PP Dewan Cenderawasih di Pendang yang melibatkan seramai 41 orang.

Selain itu, tiga pusat pemindahan banjir masih beroperasi di daerah Kuala Muda iaitu PP SK Bukit Kechil dengan 390 mangsa, PP Dewan Kampung Jilid Lapan (44) dan PP Dewan Kampung Sungai Pial (111).

Semalam, hujan berterusan serta air pasang besar menyebabkan 149 keluarga dengan 669 mangsa dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir seluruh negeri ini.

Malam tadi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut melawat mangsa banjir di Kuala Muda.

- Bernama

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/396054#5M22gSGLUz6gRi5e.99

Friday, September 22, 2017

Tahukah Anda - Jika selepas 6 tahun..hutang yang tak dituntut boleh dikira lupus

Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang? Adakah anda wajib membayarnya?

Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.

Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.

Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mahkamah boleh diambil ke atas anda.

Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.

Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mahkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu. Mengikut Seksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.

Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah, kecuali, mengikut seksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.

Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemalangan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui  di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemalangan jalan raya, tarikh dan masa kemalangan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.

Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.

Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mahkamah. Hm, mahkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mahkamah nak buat macam tu.

Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mahkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.

Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.

*Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang. Sila ambil maklum bahawa memalsukan dokumen mahkamah adalah salah di sisi undang-undang!

#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang

Dari fb jumpa kat mahkamah

Thursday, September 21, 2017

Kepada Yusni Mat Piah - Tak suka kerajaan negeri P.Pinang pun janganlah sehingga memfitnah

KENYATAAN MEDIA
Setiausaha Penerangan Pakataan Harapan Pulau Pinang
21 September 2017

JIKA BENCI, DENGKI KEPADA KERAJAAN PULAU PINANG, JANGANLAH SEHINGGA MENFITNAH.

1.  Pada Jun 2016, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyumbang RM15 juta untuk pembangunan Pusat Pendidikan Islam At-Itqan, Teluk Kumbar. 

2. Kerajaan negeri juga menyumbang RM1.75 juta secara tahunan kepada institusi pendidikan Islam melibatkan sekolah kafa, sekolah agama rakyat, tadika Islam (Tadis), maahad tahfiz dan pondok. Bantuan itu membabitkan tambahan elaun guru, penambahbaikan frasarana dan pembelian  alat bantuan mengajar.

3.  Jumlah itu tidak termasuk sumbangan khas dan bonus tahunan kepada guru, pelajar dan kakitangan sekolah, pondok, Tadis dan  tahfiz serta sumbangan tahunan kepada para hufaz berjumlah RM500 seorang, melalui program Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz anjuran kerajaan negeri sejak 2008.

4. Sejak tahun 2008-2016, kerajaan negeri telah menyumbang RM57.64 juta untuk pembangunan sekolah pendidikan Islam di negeri ini. 

5. Sumbangan  tahunan itu, disalurkan kepada semua institusi Islam berasaskan permohonan dan keperluan mereka tanpa mengambilkira fahaman politik pemiliknya. 

6. Sumbangan sebesar itu, hampir 3 kali ganda melebihi sumbangan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional, iaitu kira-kira RM20.11 juta dalam tempoh yang sama dari tahun 1999-2007. 

7. Menuduh kerajaan negeri anti, benci dan dengki terhadap institusi agama, sepertimana tohmahan oleh Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Yusni Md Piah adalah berniat jahat.  

8. Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sejak 2010-2017 membuktikan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) telah menerima sumbangan hampir setengah juta iaitu  RM414,910,00  dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) sebanyak RM 196,610.00. 

9. Bukti itu sekaligus menolak fitnah yang dicanang oleh Yusni, kononnya kerajaan negeri tidak menyalurkan sumbangan kepada kedua-dua sekolah berkenaan, kerana kononnya  sikap hipokrasi dan  pilih kasih kerajaan negeri terhadap institusi pendidikan agama, khususnya milik PAS.

10. Jika benci sekalipun kepada kerajaan negeri, kerana berbeza fahaman politik, janganlah sehingga mengadu domba dan menabur fitnah. Sepertimana fitnah kononnya Pulau Pinang melarang azan, malah sehingga sanggup menghukum untuk mengebumikan orang Islam di jirat. Sesungguhnya dosa fitnah lebih besar daripada membunuh.

11. Kerajaan negeri memandang serius tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru-guru tahfiz di Selangor. Dan bertindak pro aktif bagi mengelak tragedi itu berulang di Pulau Pinang.

12. Sehubungan itu, sepertimana dijelaskan oleh Exco Hal Ehwal Agama Dato’ Abdul Malik Kassim, bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan keselamatan Maahad Tahfiz sehingga meragut nyawa para pelajar dan guru-guru.

13. Tegas beliau, kerajaan negeri akan terus membantu dan memantau  47 buah maahad tahfiz berdaftar dan kira-kira 20 buah  yang tidak berdaftar di negeri ini.

14. Malah kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat termasuk meminda Akta Pendidikan (Akta 550) bagi membantu perkembangan institusi pendidikan Islam negeri ini ke arah lebih cemerlang.

15. Memetik kata-kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menyampaikan sumbangan kepada sekolah agama rakyat, sempena perasmian Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah Guar Jering, Permatang Pauh yang dibina oleh kerajaan negeri bernilai RM1.3 juta pada 13 November 2016 :-

“ Saya memberi jaminan kepada tuan-tuan, selagi Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang, kerajaan akan terus memberi sumbangan dan membantu perkembangan institusi pendidikan Islam negeri ini.”

Zulkifli Mohamed
Setiausaha Penerangan,
Pakatan Harapan Pulau Pinang.

KR1M tutup sebab kerajaan habis wang, kata Amanah

PETALING JAYA: Amanah mendakwa penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) disebabkan dana kerajaan semakin berkurangan dan faktor kelemahan tadbir urus pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil mempersoalkan alasan penambahbaikan seperti diberi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Faiz berkata ini kerana penutupan itu berlaku kepada hampir semua premis KR1M di seluruh negara, sedangkan ia sepatutnya dibuat secara berperingkat tanpa menjejaskan operasi harian semua premis KR1M.

Beliau mendakwa punca sebenar ialah kerana kerajaan sudah kehabisan wang dalam “kantung negara yang berpunca daripada kelemahan tadbir urus pentadbiran kleptokrasi Najib”.

“Ekonomi negara yang meruncing pada hari ini adalah disebabkan kejatuhan nilai ringgit yang didorong oleh kehilangan kepercayaan pelabur terhadap integriti tadbir urus negara sepertimana kenyataan bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa nilai matawang negara tidak akan pulih selagi isu 1MDB tidak diselesaikan,” kata Faiz.

Semalam, Hamzah berkata penutupan sementara KR1M adalah sebahagian daripada penambahbaikan kepada kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

Antara lain, Hamzah berkata ia bakal menggalakkan kerjasama lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Faiz berkata alasan Hamzah itu bertentangan dengan kenyataan Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd, yang diberikan tanggungjawab mengurus KR1M.

Mydin yang ditamatkan kontrak akhir Julai lalu berkata mereka mengalami kerugian besar.

Faiz berkata perniagaan industri kecil dan sederhana yang bergantung kepada pemasaran produk mereka kepada KR1M juga akan terjejas dan ini akan meningkatkan masalah pendapatan dan pengangguran rakyat.

“Justeru, kebaikan produk 1Malaysia kepada rakyat seperti KR1M mula menunjukkan kesan buruk kepada rakyat akibat kelemahan tadbir urus negara terutama kepincangan 1MDB,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/21/kr1m-tutup-sebab-kerajaan-habis-wang-kata-amanah/

Wednesday, September 20, 2017

JANGAN MAYI KOJOL - Kepada Tuan Ibrahim : Adakah PRU14 itu "Perang Ahzab" @ "Perang Azab"???

JANGAN MATI KOJOL.

Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pilihan raya ke-14 merupakan perang "ahzab" bagi Pas kerana ia akan berhadapan dengan dua gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Tampaknya Pas dapat membaca apa yang berlaku dan bacaan ini seperti kebijaksanaan Pas.

Namun apabila ia sudah tahu yang dia dikepung menerusi pilihan raya "ahzab" itu tetapi Pas masih tetap berkeras untuk bertahan ditakuk lama, bersendiri, di sinilah menyerlahkan kedangkalan atau "kebundakan" politik Pas.

Cara Pas yang sengaja mendedahkan diri untuk dibaham arus itu tidak menggambarkan Pas mempunyai kebijaksanaan dalam politik dan kesendirian Pas itu lebih menunjukkan kebabilan dan kedegilan parti berkenaan yang diaspirasikan pemimpin tertingginya.

Jika Pas pintar dia harus bersekutu sama ada dengan PH atau BN bagi mengelakkan ia dibelasah hingga muntah darah dalam perang itu. Inilah baru dikatakan kecerdikan sejati.

Dan kepada pengundi di luar pula usahlah terperangkap dengan bentuk dan kaedah perang yang diambil Pas kerana kalah atau mati dalam peperangan yang sengaja mendedahkan diri kepada bahaya adalah perang atau mati yang sia-sia.

Iya kalau anda mahu sahaja mahu mati kojol dan menerima konsep "kalah itu kemenangan" sialah berada di pihak ketumbukan berwarna hijau itu. Trims.

Ketua Pemuda Pas P.Pinang - Dulu Kelantan banjir besar 1990 maka PAS memerintah negeri itu, kini P.Pinang pula dan PAS juga akan menang

KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG, AFNAN TAIB AZAMUDDIN DAKWA BANJIR KILAT JUMAAT LALU DI GEORGE TOWN ISYARAT PAS AKAN MENANG BESAR DI NEGERI ITU

Pas yakin banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini adalah isyarat penolakan terhadap DAP di negeri itu dan Pas akan menang besar dalam pilihan raya umum nanti.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib berkata, ia akan mengulangi sejarah di Kelantan yang menang besar dalam pilihan raya 1990 lalu.

“Banjir yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini adalah isyarat, sama seperti Kelantan dahulu.

“Kelantan kena banjir besar, tahun 1990 PAS menang besar dan memerintah Kelantan,” kata Afnan dalam himpunan hijau anjuran Pemuda PAS Pulau Pinang semalam.

Katanya, banjir besar berlaku di Pulau Pinang kali ini juga berlaku di sebelah pulau iaitu di kawasan penduduk bukan Muslim iaitu Cina.

“Mereka sendiri mula marah kepada kerajaan DAP yang memerintah,” kata Afnan.

Katanya, tidak mustahil, boleh jadi dengan banjir itu orang akan mula nampak kebenaran.

“Orang akan lihat kebenaran itu ada kepada Islam yang diperjuangkan PAS Insya Allah masyarakat di Pulau Pinang akan memilih PAS sebagai parti yang akan mempertahankan dasar Islam dan hak mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pengerusi majlis dalam ceramah itu mengumumkan Pas bersedia bertanding di kesemua 40 kerusi negeri dan parlimen di negeri dalam pilihan raya ke 14 ini.

Dalam pilihan raya lalu, Pas hanya menang satu kerusi negeri iaitu Permatang Pasir manakala di kerusi Sungai Acheh calon Pas hilang wang pertaruhan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan PKR.

Calonnya Husni Mat Piah hanya mendapat 690 undi berbanding calon PKR 6083 dan calon BN yang menang mendapat 6891 undi.

BANJIR KILAT 

Banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya George Town pada Jumaat lepas adalah disebabkan oleh Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata ia bukan berpunca daripada limpahan air Empangan Air Itam.

Beliau berkata taufan itu mengakibatkan kapasaiti taburan hujan pada hari tersebut sebanyak 270 milimeter (mm) iaitu bacaan luar biasa yang direkodkan di Pulau Pinang, selain turut meningkatkan paras empangan itu sebanyak 25 peratus.

“Kebiasaannya Pulau Pinang menerima taburan hujan antara 3 mm dan 52 mm. Tetapi pada 15 Sept lepas, taburan hujan yang diterima ialah sebanyak 270 mm, maknanya luar daripada jangkaan biasa.

“Hujan luar biasa ini bukan disebabkan oleh hujan antara monsun. Ia adalah tempias daripada Taufan Doksuri yang turut melanda Vietnam selaju 165 kilometer sejam.

“Taburan hujan sebanyak 270 mm ini adalah lebih kurang hujan yang turun dalam tempoh sebulan, tapi ia turun dalam satu malam sahaja. Akibat taufan ini Pulau Pinang mendapat hujan sebanyak 270 mm dan telah mengisi Empangan Air Itam sehingga penuh,” kata Jaseni kepada pemberita ketika melawat Empangan Air Itam 17 September lalu.

Monday, September 18, 2017

Saman AES - Polis tidak bersedia untuk bicara..hanya mahu orang bayar saja.

Hari ini saya hadir di Mahkamah Majistret Ipoh untuk bicara kes Saman Ekor (Pol 170A) yang ditukar kepada Saman (Pol 257). Saman dikenakan terhadap salah seorang follower page ini sebanyak 11 saman.

Beliau tidak mengaku salah dan minta bicara. Setelah dua kali sebutan dan semua dokumen diserahkan, hari ini untuk bicara. Apabila kes dipanggil, saya bangun merekodkan kepada mahkamah bahawa saya mewakili OKS.

Pihak pendakwa langsung tidak bersedia dengan saksi-saksi dan mohon ditangguhkan ke tarikh lain. Saya membantah kerana hari ini telah ditetapkan untuk bicara dan oleh kerana pihak pendakwaan tidak bersedia, saya mohon kes dibatalkan.

Majistret memerintahkan OKS dilepaskan tanpa dibebaskan. Maksudnya kes hari ini dibatalkan tetapi pihak polis boleh bawa semula bila-bila mereka mahu.

Kesimpulannya polis memang tidak pernah bersedia untuk bicara. Mereka hanya hendak orang ramai bayar saja.

Sekian.

Zulhazmi Shariff
Pengerusi
Sekretariat Protes AES
18/09/2017

PEMUDA AMANAH : SELAMAT MAJU JAYA TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

SELAMAT MAJU JAYA TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB

1. Pemuda AMANAH Nasional mengucapkan selamat maju jaya kepada Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kembali ke pangkuan Umno. Beliau sebelum ini telah menyertai Pas pada April 2013 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keluar parti itu pada September 2015 seterusnya menyertai KeAdilan.

2. Biarpun kecewa dengan tindakan tersebut, namun Pemuda AMANAH Nasional menghormati pendiriannya untuk kembali ke pangkuan parti. Setiap individu mempunyai hak untuk keluar atau menyertai mana-mana parti dan ia perlu dihormati biarpun tindakan tersebut kemungkinan mempunyai agenda atau sebab-sebab tertentu.

3. Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib atau Mike Tyson sebelum ini merasakan perjuangan Umno adalah sia-sia kerana bermatlamat keduniaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan akhirat. Sistem pemerintahan negara juga kata beliau kian rosak dan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan dan tidak wajar diberi peluang lagi untuk memimpin negara.

4. Hari ini Mat Taib telah memberi alasan kembali kepada Umno kerana merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia. Bekas Naib Presiden Umno itu mendakwa, pembangkang tidak pernah membawa agenda Melayu disepanjang mesyuarat yang beliau sertai.

5. Bagi kami, kenyataan tersebut adalah tidak berasas, ini kerana Pakatan Harapan sering membincangkan aspek kepentingan Melayu di dalam mesyuaratnya namun Mat Taib tidak berpeluang untuk berada dalam perbincangan tersebut sebaliknya hanya melibatkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat kecil di peringkat bawahan.

6. Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih di atas jasa yang beliau sempat curahkan sepanjang bersama di pihak opisisi. Kami mengucapkan syabas kepada Umno yang melihat kemasukan kembali Mat Taib satu agenda yang teralu besar sehinggakan terpaksa membuat sidang media tergempar yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

7. Rakyat sudah pasti sangat kecewa dengan tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah menimbulkan persoalan yang menjadi perhatian umum sedangkan ia hanyalah satu pengumuman biasa dan tidak memberi manfaat atau faedah kepada rakyat. Kami yakin, rakyat telah meletakkan azam dan iltizam untuk membuat perubahan dalam PRU14 nanti sekalipun Najib beranggapan kemasukan semula Mat Taib akan memberi impak besar kepada Barisan Nasional

Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

https://web.facebook.com/pemudaamanahnasional/photos/a.1489635611336596.1073741827.1489057944727696/1762234004076754/?type=3&theater

Saturday, September 16, 2017

NAJIB CUBA MANIPULASI, SALAHKAN PEMBANGKANG TIDAK AMALKAN DEMOKRASI

Kenyataan Media | 14 September 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tanpa rasa segan dan silu telah menulis satu artikel bertajuk 'Malaysia Amal Demokrasi Tulen' yang disiarkan di laman blognya baru-baru ini.

Dalam tulisannya itu dengan bangga beliau memperincikan mengenai amalan demokrasi yang kononnya terkuat dan paling lama di seluruh rantau Asia Tenggara.

Malah Najib Razak juga turut menyalahkan pihak pembangkang pula yang tidak menghormati tradisi demokrasi negara dan mengungkit bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menjadi pemimpin paling lama memerintah sebagai tidak demokrasi berbanding semasa pemerintahannya ketika ini.

1. Apa yang boleh dilihat pada hari ini, Malaysia di bawah pentadbiran Najib Razak jelas masih tidak mengamalkan sikap demokrasi. Jika Malaysia sebuah negara demokrasi maka rakyat tidak akan takut untuk mengkritik dan mempersoalkan penyelewengan secara terbuka melalui media massa tanpa halangan.

Sebelum ini terdapat portal berita telah ditutup gara-gara menyiarkan berita yang mempersoalkan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, akhbar Suara Keadilan juga telah ditarik permit jualannya dan jikalau benar-benar demokrasi, tiada sebab untuk menyekat akhbar ini sehingga kini.

Selain itu, berapa ramai pemimpin pembangkang yang telah ditangkap dan dilokap kerana bersuara mengenai segala penyelewengan dan kebobrokan pentadbiran Umno BN?

2. Rakyat tidak mendapatkan hak dan kebebasan seperti yang dijanjikan dalam sebuah demokrasi. Kebebasan untuk berhimpun dan berucap yang dijamin Perlembagaan juga sepatutnya tidak harus dinafikan oleh mereka yang merasa terancam dengan kebebasan berkenaan.

Sebagai Contoh, debat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamad Nazri dan Tun Mahathir yang terpaksa dibatalkan. Beberapa kali perdebatan itu dibatalkan atas alasan tidak masuk akal iaitu kerana faktor keselamatan.

3. Najib Razak juga sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri. Tindak-tanduk ini sememangnya menyebabkan demokrasi kini telah mati.

4. Malah, kemiskinan yang terjadi di negara ini adalah kerana pemerintahan yang rakus dan korup. Namun hal terpenting, rakyat tidak semuanya miskin tetapi demokrasi di Malaysia lah yang paling miskin.

5. Adakah dengan tindakan yang dilakukan Najib Razak ini boleh dianggap sebagai rekod yang kekal bersih, seiring kebebasan yang diberikan kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka di bawah pentadbiran kerajaan semasa?

6. Justeru, walaupun secara dasarnya negara Malaysia telah 60 tahun merdeka namun ianya belum cukup selagi mana demokrasi di dalam negara tidak diamalkan dengan betul.

YB Dato' Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani
Parti KEADILAN Rakyat





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...