TERKINI :

Monday, August 28, 2017

Tamatkan segera polemik isu hubungan dengan PAS agar KEADILAN bebas dari diperkuda oleh PAS

HUBUNGAN KEADILAN - PAS

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/PAS_PKR_BAIK.jpg

1. Isu PAS - KEADILAN tidak akan selesai dan sentiasa ada permainan tarik tali.

2. Perkara ini sebenarnya bukan berpunca dari PAS tetapi sebaliknya berpunca dari dalam KEADILAN sendiri.

2. Ini kerana di dalam KEADILAN sendiri masih wujud golongan yang merasakan hubungan dengan PAS adalah perlu.

3. Perkara ini dirumitkan lagi dengan "kemesraan" yang ditunjukkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN @ Dato' Seri MB Selangor dan para penyokongnya terhadap PAS.

4. Layanan istimewa oleh Timbalan Presiden dan para penyokongnya terhadap PAS membuatkan PAS semakin "besar kepala".

5. Pengumuman rasmi oleh Timbalan Presiden KEADILAN bahawa PAKATAN RAKYAT masih wujud di Selangor menambah parah keadaan.

6. Tindakan ini menarik PAKATAN HARAPAN selangkah ke belakang. Pengumuman tersebut memberi kesan besar kepada perencanaan PAKATAN HARAPAN dan menimbulkan polemik hubungan di antara KEADILAN dengan Amanah, DAP dan PPBM. Polemik isu ini melarat ke negeri di luar Selangor.

7. Contoh yang berlaku ialah di Pahang. Apabila Puan Dasimah, Ketua Cabang Bentong yang juga merupakan Ketua Wanita Keadilan Pahang di dalam ceramah PAKATAN HARAPAN di Lipis beberapa minggu yang lepas, dengan lantang mengisytiharkan PAKATAN RAKYAT masih wujud. Ceramah tersebut turut dihadiri Dato' Husam Musa dan pemimpin-pemimpin PAKATAN HARAPAN tempatan. Puan Dasimah diketahui ramai sebagai penyokong tegar Timbalan Presiden dan Ketua Wanita KEADILAN. Beliau juga mencabar sesiapa dari Jawatankuasa yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau supaya meletak jawatan.

8. Jika KEADILAN benar-benar mahu bergerak bersama dengan PAKATAN HARAPAN, maka isu hubungan dengan PAS ini perlu dihentikan segera.

9. Cara menghentikannya ialah dengan mengumumkan secara rasmi hubungan dengan PAS sudah tamat dan dihentikan serta merta.

10. Timbalan Presiden KEADILAN dan semua penyokong mereka hendaklah turut mengisytiharkan tiada lagi PAKATAN RAKYAT.

11. Selaku Pengarah Pilihanraya PAKATAN HARAPAN, Timbalan Presiden KEADILAN mesti bertindak segera menamatkan hubungan dengan PAS secara rasmi dan memberi tumpuan 100% kepada PAKATAN HARAPAN. Usahlah menjadi "telunjuk lurus kelingking berkait".

12. Tamatkan segera polemik isu hubungan dengan PAS agar KEADILAN bebas dari diperkuda oleh PAS terutama melalui kenyataan-kenyataan media pemimpin mereka. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu mahu menimbulkan keraguan di kalangan Amanah, DAP dan PPBM terhadap KEADILAN. Terang lagi bersuluh bahawa PAS sedang melaksanakan kerja-kerja untuk Umno.

13. Jangan jadikan KEADILAN sebagai "duri dalam daging" kepada PAKATAN HARAPAN.

Sekian untuk pertimbangan Dato' Seri Presiden dan pimpinan.

MEJ. ZAIDI AHMAD

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...