TERKINI :

Wednesday, August 2, 2017

Peguam timbulkan 'kertas pertuduhan ke atas PM'



Peguam kanan Datuk Gopal Sri Ram membangkitkan dakwaan wujudnya kertas peruduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan ke atas 1MDB semasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, hari ini

Gopal, yang adalah juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mendakwa dua orang, termasuk bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ditahan pada tahun 2015 berhubung perkara itu.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahawa kedua-dua individu berkenaan ditangkap berhubung laporan yang dibuat ke atas Sarawak Report dan pengasasnya Clare Rewcastle-Brown kerana menerbitkan dokumen mengenai isu 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata, dakwaan draf kertas pertuduhan terhadap Najib yang diterbitkan di Sarawak Report adalah palsu, dan adalah sebahagian daripada plot untuk menggulingkan pemimpin.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Badan Peguam Malaysia untuk kebenaran merayu keputusan Apandi yang tidak mendakwa Najib.

Sementara itu, Tommy Thomas, yang mewakili Badan Peguam Malaysia, memberitahu mahkamah bahawa 1MDB adalah subjek siasatan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, beliau berkata Apandi memutuskan bahawa tidak ada alasan untuk siasatan lanjut atau untuk mendakwa Najib.

"Terdapat perkembangan di seluruh dunia hampir setiap hari dengan tindakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan pendakwaan (dan sabitan) beberapa individu di Singapura.

"Namun di Malaysia, AG kata 'saya tutup siasatan'. Terdapat pendakwaan di merata-rata negara kecuali di sini,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/390124#3hIhPfJJEG1saISs.97

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...