TERKINI :

Saturday, August 26, 2017

PAS 'sucide bomber', bukan 'king maker'

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil menyelar PAS sebagai pengganggu perjuangan rakyat menjatuhkan kerajaan BN.

Faiz berkata demikian sebagai merujuk kesediaan PAS Selangor untuk bertanding di 42 kerusi DUN Selangor yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan media.

“Kenyataan (kesediaan PAS Selangor) tersebut juga jelas menunjukkan sikap sebenar PAS yang kini ibarat suicide bomber dan bukan lagi king maker,” katanya menambah bahawa rakyat hanya memilih blok Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mampu menjatuhkan UMNO.

“Sejarah pilihanraya di negara ini menyaksikan PAS hanya mendapat sokongan kuat rakyat apabila berada dalam satu gabungan sepertimana dalam PRU 1999 bersama Barisan Alternatif dengan 27 kerusi, PRU 2008 dengan 23 kerusi dan PRU 2013 bersama Pakatan Rakyat dengan 21 kerusi.

“Sebaliknya, apabila bersendirian, PAS hanya mendapat satu kerusi dalam PRU 1986 dan tujuh kerusi dalam PRU 2004, “ katanya

Terdahulu, Sallehen mengumumkan PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi BN atau HARAPAN.

Menurut Faiz, tindakan suicide bomber PAS bukan sahaja akan membunuh parti itu, tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.

Sehubungan itu, Faiz berkata PAS bukan saja tidak mengendahkan jemputan menyertai HARAPAN, malah ketagih menyerang pakatan pembangkang itu dan parti-parti komponennya.

“Punca dan agenda PAS di sebalik langkah sumbang mereka itu di kala Datuk Seri Najib Razak mengamalkan khurafat baru cash is king demi survival politiknya bukan lagi suatu misteri,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/393090#Ozu7GTXUgIoslhxv.97

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...