TERKINI :

Monday, August 28, 2017

Jiwa Harimau serasi di Shah Alam

ZURAIMEE ZAINAL

28 OGOS 2017

Ultras Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final bola sepak KL2017, Malaysia menentang Thailand, Selasa ini.

A- A A+ (Ubah saiz teks)

ULTRAS Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final perebutan  ibu segala pingat Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) antara Malaysia menentang Thailand.

Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad berkata, pemilihan Stadium Shah Alam sesuai kerana pemain Harimau Muda serasi beraksi di gelanggang berkenaan.

“Bagus...kerana aura kemenangan sudah sudah sebati dalam jiwa pemain Harimau Muda sejak beraksi di Stadium Shah Alam sepanjang kempen Sukan Sea 2017.

“Kemudahan parkir di Stadium Shah Alam juga luas dan mudah diperolehi, penyokong pula  biasa lokasi meeting point sesama mereka sebelum masuk ke stadium. 

“Stadium Nasional pula penyokong akan menghadapi masalah parking dan terpinga ke mana arah tuju jika banyak jalan ditutup,” katanya, semalam.

Terdahulu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan   stadium berkapasiti 80,000 penonton berkenaan dipilih venue aksi akhir bola sepak lelaki  KL2017, Malaysia menentang Thailand jam 8.45 malam pada Selasa ini.

Sebelum ini, venue bagi acara  itu dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya melibatkan skuad negara beraksi di pentas akhir.

Harimau Muda mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir manakala Thailand mara setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Myanmar.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...