TERKINI :

Wednesday, August 30, 2017

Jangan salahkan penjaga gol

Jangan salahkan penjaga gol


Peminat bola sepak Malaysia disarankan supaya tidak menyalahkan penjaga gol lantaran kekalahan tipis kepada pasukan Thailand. Penjaga gol Mohamad Haziq masih muda dan kurang pengalaman bermain dalam suasana perlawanan akhir. Sudah tentunya perasaan gemuruh menghantui diri beliau.

Perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia menentang Thailand baru sahaja tamat sebentar tadi dengan kemenangan tipis 1-0 Thailand keatas Malaysia.

Gol Thailand adalah hasil dari kesilapan mudah oleh penjaga gol Haziq apabila tertumbuk masuk bola sepakan sudut ke gawang sendiri pada minit ke 39 separuh masa pertama.

Malaysia tampak lemah di bahagian serangan apabila gandingan Sapawi, Jafri dan Thanabalan gagal menyerlah tanpa cubaan berbahaya. Permainan pasukan Malaysia di bahagian tengah dikawal oleh Azam Azih haruslah diberi pujian kerana berjaya mengawal bola dengan baik.

Thailand hampir menambah jumlah jaringan gol apabila pemain sayap kiri mereka iaitu Worachit berjaya melepaskan satu rembatan lemah pada minit ke-53 namun berjaya ditepis keluar oleh pertahanan Malaysia.

Percubaan Sapawi Rashid pada minit ke- 65 lemah dan berjaya dikawal oleh penjaga gol Thailand walaupun cuba disambar oleh Jafri hasil bola muntah.

Percubaan oleh pemain Malaysia Daniel Amir pada minit ke-69 hanya melewati palang gol. Sepakan deras Syazwan Andik pada minit ke-78 nyaris memberi gol penyamaan kepada pasukan Malaysia tetapi sipi dari palang gol.

Permainan Malaysia tiba-tiba berubah dengan kemasukan Syafiq Ahmad dan juga Mohd Akhyar Rashid apabila seringkali mengasak kubu Thailand dengan gerakan-gerakan yang tersusun.

Rangkaian Syafiq, Akhyar dan juga Daniel tampak lebih garang berbanding separuh masa pertama. Gerakan solo dari Akhyar Rashid lincah serta memukau dan haruslah diberi pujian kerana pemain ini mempunyai masa depan yang cerah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...