TERKINI :

Friday, July 21, 2017

Surat terbuka kepada Menteri Pertahanan Malaysia

Surat terbuka kepada Menteri Pertahanan Malaysia

Kami dimaklumkan bahawa sebuah kem tentera peninggalan tentera British yang menyimpan banyak sejarah dan kenangan pahit manis pada ribuan veteran ATM yang pernah berkhidmat dan menduduki kem tersebut, akan dijual (atau pun sudah dijual) dengan sewenang- wenangnya kepada pihak awam.

Ini bukan kali pertama sebuah kem tentera peninggalan British dijual, tanpa menghormati sejarah silam, iaitu sesuatau yang amat berharga kepada veteran ATM, terutama bagi mereka-mereka yang pernah bertugas dan menduduki kem tersebut. Kem-kem peninggalan tentera British yang telah dijual oleh kerajaan adalah seperti berikut:

1.  Kem Majidee, Johor Baharu, Johor
2.  Kem Transit, Ampang, Selangor
3.  Kem Tebrau, Johor Baharu, Johor
4.  Kem Lapangan Terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur

Kami baru difahamkan bahawa Kem Batu Kantomen, iaitu sebuah kem induk lojistik bagi Tentera Darat Malaysia bertempat di Jalan. Ipoh, Kuala Lumpur akan/telah menjadi mangsa untuk dijual/telah dijual. Disini kami ingin tahu samada maklumat berikut benar atau tidak:

1.  Keluasan kem tersebut adalah dalam jangkauan 200 ekar.
2.  Benarkah kem tersebut dijual secara rundingan terus kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)?
3.  Benarkah harga yang ditawarkan kepada LTAT ialah RM2.3 bilion, dan bukan mengikut nilai pasaran semasa?
4.  Benarkah arahan sudah pun dikeluarkan bagi semua anggota dan unit yang sekarang masih bertempat di Kem tersebut berpindah keluar dengan secepat mungkin?
5.  Benarkah peruntukan sebanyak RM700 juta disediaka untuk pemindahan ke kem-kem lain buat sementara waktu sehingga kem baru disediakan?
6.  Benarkah RM1,6 bilion dari harga jualan tersebut akan digunakan bagi membayar veteran-veteran yang tidak berpencen, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Perhimpunan Raksaksa Veteran pada 31 Jułai ini di MIECC, Balakong, Selangor.

Persoalan nya sekarang......apa perlunya Kem yang besejarah ini dijual dengan begitu tergesa gesa dan melalui rundingan terus?

Sekiranya tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Menteri Pertahanan dalam tempoh 14 hari dimana mana media massa menafikan maklumat ini, maka kami anggap maklumat ini benar. Jika ianya benar, maka adakah ini satu petanda bahawa kerajaan sedang menghadapi kesulitan kewangan akibat skandal 1MDB, dan tujuan Kem Batu Kantomen dijual secara tergesa gesa adalah bagi menyelamat kan kerajaan dari masalah kesulitan kewangan serius yang dihadapi sekarang?

Brig Jen Dato Arshad Raji ( B)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...