TERKINI :

Tuesday, July 25, 2017

SUDAH CUKUP DENGAN JANJI-JANJI MANIS UMNO BN, RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN

Kenyataan Media | 25 Julai 2017

Saya membaca kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa kerajaan Umno BN sedia memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.

Apa yang semua sudah sedia maklum, kerajaan Umno BN memanf sudah terlalu banyak kesilapan yang sengaja dilakukannya.

Antaranya kesilapan dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang begitu zalim terhadap semua lapisan rakyat meskipun negara belum bersedia untuk melaksanakannya.

Umno BN juga telah banyak kali membuktikan bahawa mereka seolah-olah tidak peduli akan nasib golongan bawahan dengan jurang pendapatan ketara, yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin.

Kesan buruk kepada rakyat dan negara semakin menyerlah dengan gejala rasuah yang semakin membarah, keborosan melampau dan skandal dan ketirisan seperti 1MDB, FGV, Felda, Tabung Haji, NFC,KWAP sudah cukup menceritakannya.

Sikap tamak haloba pemimpin Umno BN dengan setiap peruntukan dan bajet negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah 'dicuri' sebanyaknya dan hanya meninggalkan 'hampas' kepada rakyat.

Rakyat sudah terlalu penat dengan kesemua janji yang telah ditabur dan habuan 'saguhati' yang tidak seberapa, pada hakikatnya rakyat semakin ditindas sehingga membebankan kehidupan seharian mereka.

Saya ingin menasihatkan kepada Tengku Adnan untuk letak jawatan dan berehatlah selama mungkin jika sudah kehabisan idea untuk membantu warga Wilayah Persekutuan.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan lawan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,  sampai bilakah rakyat hendak diperbodohkan lagi?

*Datin Paduka Dr Tan Yee Kew*
Bendahari Agung
Parti KEADILAN Rakyat

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...