TERKINI :

Thursday, July 13, 2017

Pejabat Climate Protectors tidak wujud, kerajaan negeri ditipu, tegas Husam

Husam Musa

Muak dengan sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan projek perdagangan karbon dengan sebuah syarikat yang diragui, naib presiden Amanah Datuk Husam Musa mempelawa ahli exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan untuk melawat premis pejabat syarikat berkenaan yang sebenarnya tidak wujud.

Mesej pesanan ringkas (SMS) itu dihantar Husam kepada Anuar semalam mempelawanya melawat pejabat syarikat Climate Protectors (CP) yang dikatakan broperasi di Pasar Berek 12, Kota Bharu.

"Ucapan penggulungan Datuk semalam menyebut dengan penuh yakin bahawa pejabat Climate Protectors adalah di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu.

"Kami berkesempatan melawat alamat yang dinyatakan oleh Dato tengah hari ini. Kami tidak menemui pejabat yang dinyatakan.

"Alamat itu menempatkan pejabat Setiausaha Syarikat Iaitu Erra Management & Secretarial Services," mesej Husam kepada Anuar dipetik.

Husam menambah, pihaknya telah mendapatkan penjelasan pengurusan Erra Management dan mereka mengesahkan pejabat CP tidak wujud di situ.

Husam kesal kerana Anuar gagal memastikan maklumat yang disampaikan dalam sidang Dun Kelantan adalah benar dan ini boleh membawa kesan berbohong di dalam Dun.

Malah menurutnya, dua premis pejabat CP di B5, Plaza Mt Kiara seperti dinyatakan dalam lawan sesawang syarikat dan No 5-2, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, KL seperti termaktub dalam dokumen perjanjian dengan kerajaan negeri juga tidak wujud.

"Sebuah syarikat bertaraf antara bangsa di bawah mekanisma UN (PBB), tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat? Menghairankan.

"Saya bayangkan, untuk menguruskan sejuta ekar hutan simpan bagi perdagangan karbon yang bernilai berbilion ringgit seperti dakwaan YB, pejabat nya penuh dengan kaki tangan dan pakar, peralatan canggih serta sibuk dengan pelbagai acara pengurusan.

"Paling tidak, seorang staf untuk melayan pertanyaan," ujar Husam lagi.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah diperdaya oleh syarikat berkenaan dan kesal kerana pemimpin kerajaan negeri masih percaya kepada pembohongan dan 'menyambung pembohongan' itu.

"Integriti YB boleh tercemar. Bukankah ini boleh dijadikan petanda stok integriti CP bercampur karbon dioksida yg tinggi?

"Menghairankan 'ore cerdik supo ambo' yg disebut oleh YB ditujukan kpd YB sendiri semasa berucap semalam, berani meluluskan sejuta ekar hutan untuk diurus oleh sebuah syarikat yang tidak berpejabat.

"Tetapi berbohong adalah satu keberanian yang lebih menghairankan," tegas Husam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...