TERKINI :

Tuesday, July 4, 2017

MUFTI KEDAH terima baik penjelasan AMANAH KEDAH berkaitan isu PENYELEWENGAN DANA 1MDB

BismillahirRahmanirRahim

MUFTI KEDAH TERIMA BAIK PENJELASAN AMANAH KEDAH BERKAITAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB DALAM DAN LUAR NEGARA

Sohibus Samahah Mufti Kedah Datuk Syeikh Baderudin bin Hj Ahmad menerima baik kunjungan dan penerangan daripada rombongan Parti AMANAH Negara Peringkat Negeri Kedah berkaitan penyelewengan dana 1MDB oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang hangat diperbincangkan sekarang dan mengakibatkan punca kemelesetan ekonomi negara.

Kunjungan sekitar 45 minit pada jam 10 pagi, 4 Julai 2017 di pejabat Mufti Kedah, Bandar Anak Bukit mendapat respon yang baik dari Mufti dan berharap isu berkaitan akan dapat diselesaikan dengan segera setelah Dato Dr. Ismail Salleh, Pengerusi AMANAH Kedah menjelaskan kronologi isu 1MDB yang mula berlaku sejak 7 tahun lalu sehingga sekarang dimana pendakwaan yang dilakukan diberbagai negara adalah disebab kesalahan mereka yang terlibat mengikut undang-undang negara berkenaan berkaitan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana awam rakyat Malaysia untuk tujuan yang salah.

Sdr Mohd Asmirul Anuar Aris, Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah yang bersama dalam pertemuan tersebut turut menjelaskan bahawa kebanyakkan negara maju seperti USA , Switzerland , Singapura akan mengambil tindakan tegas berkenaan kes berkaitan penyelewengan & Anti Money Laundering Act (AMLA) yang berkaitan dengan Syarikat 1MDB kerana ia menjejaskan  ekonomi & memberi kesan negatif kepada Inflasi negara tersebut. Walaupun di Malaysia ada AMLA tetapi tidak dikenakan tindakan kerana  pemimpin negara yang terlibat  salahguna kuasa untuk mempertahankan kedudukan jawatan mereka menyebabkan ekonomi Malaysia amat meleset seperti kejatuhan matawang negara dan kenaikan harga barang secara drastik.

Ringkasan kronologi penyelewengan 1MDB yang diterangkan oleh Dato Dr. Ismail kepada Datuk Mufti Kedah bermula seawal tahun 2009 apabila 1MDB ditukar nama daripada Terengganu Investment Authority (TIA), bermula dengan pelaburan sebanyak RM 1 juta. Syarikat PetroSaudi International Limited merupakan syarikat pertama yang berurusniaga dengan 1MDB.

Pada tahun 2010 1MDB menyertai projek untuk membangunkan Tun Razak Exchange (TRX). KPMG menggantikan Ernst & Young sebagai auditor 1MDB.

Pada 2011  SRC International Sdn. Bhd. (anak syarikat 1MDB) berhutang RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan dijamin oleh kerajaan.

Kerajaan menjual tanah Sungai Besi Airport (495 ekar) kepada 1MDB dengan harga RM1.6 bilion (harga asal RM21 bilion), kemudiannya dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Pada 12 Disember 2014 Naib Ketua Cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis menggesa bahawa siasatan terperinci terhadap 1MDB dilakukan kerajaan Malaysia.

Pada 15 Januari 2015 Datuk Khairuddin membuat laporan terhadap 1MDB kepada SPRM

Awal Mac 2015 1MDB didedahkan berhutang sebanyak RM42 bilion. Sarawak Report mendedahkan Jho Low menyeleweng US$700mil (RM2.5 bil) daripada 1MDB dan terlibat dalam perjanjian 1MDB-PetroSaudi pada tahun 2009.

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB atas tuduhan penyalahgunaan dana (diketuai oleh Ketua Peguam (Attorney-General) DS Gani Patail & Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)).

Pada 10 Mac 2015 Menteri Kewangan, DS Najib mengatakan wang pelaburan di Cayman Island sebanyak USD1.013 bilion (RM4 bilion) telah ditebus dan disimpan dalam bentuk wang tunai USD di BSI Bank Ltd di Singapore.

Pada 12 Mac 2015 Putrajaya suntik RM950 juta kepada 1MDB sebagai ‘standby credit’

Pada 7 Mei 2015 TRX dijual kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan harga RM188.5 juta

Pada 20 Mei 2015 DS Najib menukar kenyataannya bahawa baki wang pelaburan yang ditebus yang berada di  Singapura itu bukan dalam bentuk tunai, tetapi aset (kertas). PAC memaklumkan tidak perlu untuk memanggil Jho Low buat masa sekarang.

Pada 2 Julai 2015 Akhbar Wall Street Journal melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun AmBank Perdana Menteri, DS Najib Razak

Pada 7 Julai 2015 Pasukan Petugas Khas membekukan 6 akaun bank, 3 daripadanya dipercayai milik DS Najib

Pada 22 Julai 2015 Polis Singapura membekukan 2 akaun berkaitan 1MDB

Pada 28 Julai 2015 Rombakan kabinet dibuat oleh Perdana Menteri;
i.TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat kerana kritik PM dalam kes 1MDB
ii.Peguam Negara ditukar (TS Gani Patail -> TS Mohamed Apandi)
iii.Empat daripada 13 ahli PAC dilantik ke dalam Kabinet >Datuk Nur Jazlan (Pengerusi PAC) >DS Reezal Merican  > Datuk Mas Ermieyati Samsudin > Datuk Wilfred Madius Tangau

Semua prosiding tentang 1MDB pada bulan Ogos ditangguhkan sehingga barisan PAC yang baru dilantik. (PAC telah menetapkan 4, 5 dan 7 Ogos untuk bertemu bekas-bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB dan 17 dan 18 Ogos dengan beberapa bekas pengarah)

Pada 31 Julai 2015 AG baharu, Mohamed Apandi berkata butiran siasatan terhadap dana 1MDB yg dikatakan disalurkan kepada akaun PM tidak akan didedahkan kepada umum

Pada 1 Ogos 2015 Tiga individu: pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, bekas penasihat agensi pencegah rasuah, Tan Sri Rashpal Singh dan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi ditahan polis untuk disoalsiasat berkaitan 1MDB & Sarawak Report.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan pada tengah malam setelah disoalsiasat SPRM menafikan dakwaan yang mengatakan kebocoran maklumat mengenai siasatan ke atas 1MDB dibuat orang dalam badan pencegah rasuah itu sendiri.

Pada 14 Ogos 2015 AG Switzerland mengumumkan prosiding jenayah dibuka terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan individu yang tidak dikenali.

Pada 13 Oktober 2015 AG Apandi Ali menutup siasatan BNM ke atas 1MDB

Pada 26 Januari 2016 Dalam sidang media, Peguam Negara Apandi Ali berkata Najib didapati tidak melakukan kesalahan jenayah dalam kes pemindahan wang SRC Int ke dalam akaun peribadi beliau dan kes derma US$681 juta (Najib memulangkan US$620 kembali kepada penderma daripada Arab Saudi kerana tidak digunakan). AG menyerahkan kembali kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan SPRM menutup tiga kes tersebut.

Pada 27 Januari 2016  BBC melaporkan sumbangan derma tersebut diberikan oleh almarhum Raja Abdullah (menggunakan wang peribadi dan dana negara) untuk membantu Najib memenangi PRU 2013 kerana Arab Saudi bimbang akan penularan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Pada 30 Januari 2016 Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber meminta bantuan kerjasama Malaysia secara rasmi dan terbuka berhubung siasatan dakwaan penyelewangan USD4 bilion melibatkan 1MDB.

Pada 4 March 2016 Laporan akhir audit 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Jabatan Audit Negara

Pada 15 Mac 2016 Menteri Kewangan, DS Najib menyatakan bahawa tiada perancangan untuk membubarkan 1MDB.

Pada 7 April 2016 Pembentangan laporan siasatan oleh PAC di Dewan Rakyat menunjukkan wujud salah laku di dalam pentadbiran 1MDB dan hutang syarikat tersebut pada tahun 2016 adalah sebanyak RM50 bilion. PAC turut menyatakan individu yang perlu disiasat dalam skandal melibatkan 1MDB adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Shahrol Azral Ibrahim Halmi Beliau perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Seluruh Lembaga 1MDB ditawarkan untuk bersara, setelah perolehan Parlimen mendapati ia gagal melaksanakan tanggungjawab. Dilaporkan bahawa pentadbiran 1MDB tidak mematuhi arahan lembaganya dan membuat keputusan tanpa kebenaran, kerana lembaga tersebut tidak proaktif dalam meneliti pentadbiran dan aliran wang syarikat. Laporan itu juga mencadangkan supaya Lembaga Penasihat, yang dipengerusikan oleh Najib Razak untuk dibuang.

Pada 13 April 2016 Pihak berkuasa Swiss meluaskan penyiasatan terhadap 1MDB dengan melibatkan dua bekas pegawai Emirati yang terlibat dengan dana negara UAE.

Pada 20 Julai 2016 Peguam Negara US, Loretta Lynch serta Jabatan Keadilan Amerika telah mengemukakan saman sivil untuk menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion (daripada AS$ 3.5b) yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB dan dipindahkan ke US.

Antara nama yang disenaraikan adalah Riza Aziz (anak tiri Najib), Ahli Perniagaan, Jho Low, dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny dan seorang individu yang tidak didedahkan namanya diketahui sebagai ‘Malaysian Official 1’.

Antara aset yang bakal disita oleh Kerajaan AS adalah termasuk hartanah mewah di New York dan California serta lukisan oleh Vincent Van Gogh dan Claude Mone.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah merampas aset sebanyak AS$177 juta daripada beberapa bank yang berkaitan dengan 1MDB, setengah daripadanya dipercayai milik Jho Low.

Setelah menjelaskan kronologi ringkas berkaitan skandal penyelewengan dana rakyat 1MDB, Dato Dr. Ismail telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada Dato Mufti Kedah dan beliau menerimanya dengan baik.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...