TERKINI :

Wednesday, July 19, 2017

JOM KITA PEJATUH UMNO/BN DULU!!!

BismillahirRahmanirRahim

PEJATUH UMNO/BN DULU!!!

Bagi saya jatuh penguasa jahat dulu dan gantikan kepada yang tidak berapa jahat pun sudah memadai untuk tahap pertama ini, jika kita benar-benar cinta dan sayangi Malaysia ini.

Contohi Indonesia, jatuhkan regim Suharto yang lama berkuasa dan selepas itu mengambil masa selama 18 tahun untuk mencapai Indonesia yang perangi rasuah dan menteri serta kakitangan kerajaan semakin berintegriti bukan lagi dalam bentuk slogan tetapi secara praktis di lapangan.

21 Mei 1998 - Naik Habibie sebagai Presiden. Tahun ini 2017 beliau dituduh terlibat rasuah. Maknanya semasa beliau mula menjadi Presiden dia bukanlah seorang malaikat. Apapun beliau cukup banyak berjasa di zaman awal selepas Suharto dengan membuka seluasnya kepada rakyat untuk menyatakan pendapat sehingga dalam masa singkat 48 buah parti didaftarkan dan kesatuan-kesatuan buruh yang diharam di zaman Suharto dibenarkan kembali bergerak secara legal. Timur Letse merdeka dari Indonesia dimasa pemerintahannya hasil referendum rakyat pribumi.

20 Oktober 1999 - Gusdur ganti Habibie dengan imej agama yang moderate, beliau berjaya mengurangkan campur tangan kuasa tentera dalam pemerintahan, melebarkan kerjasama dari berbagai parti dalam pemerintahannya termasuk parti yang beridealogi sosialis. Namun agak mendukacitakan dia terpalit dengan skandal rasuah dan walaupun begitu beliau mempunyai jasa membenarkan tulisan Cina digunakan semula di Indonesia dikalangan kaum tionghua di sana.

23 Julai 2001 - Megawati pula mengambil alih dengan menghidupkan kembali nostaljia Sukarno walaupun beliau telah terasuh dilingkungan terpisah jauh dari rakyat sedangkan ayahnya adalah pejuang rakyat secara praktis. Beliau memimpin Indonesia memacu pertumbuhan ekonomi dan menentang pengganas selepas pengeboman di Bali. Beliau juga mencadangkan agar pemilihan Presiden dilakukan melalui suara rakyat bukan lagi melalui ahli parlimen.

20 Oktober 2004 - Bambang adalah Presiden pertama yang di pilih melalui pengundian oleh seluruh rakyat Indonesia yang layak mengundi. Beliau muncul pada awalnyadengan gaya kemas dan tersusun dari segi pentadbiran namun dalam penggal kedua terpalit juga dengan skandal rasuah. Usaha pendemokrasian dalam segenap bidang semakin diperbaiki semasa era beliau dan Indonesia menyertai G-20.

20 Oktober 2014 -Jokowi seorang pedagang perabot terkenal dengan sikap serius dalam menlasanakan amanah ketika menjawat Gabenor Jakarta telah terpilih sebagai Presiden. Gejala rasuah ditentang habis-habisan, perbelanjaan negara dijimatkan, menteri dilantik dari kalangan yang mempunyai rakam jejak yang baik serta sukses. Beliau diangkat oleh Parti PDI-P yang berideologi Marhaenisme iaitu cantuman nama Marx dan Hagel oleh Bapak Indonesia iaitu Sukarno, sehingga perkataan marhain diterima pakai sebagai golongan bawahan yang sentiasa tertindas oleh pihak borjois.

Begitulah silih berganti 5 presiden Indonesia selama 18 tahun dan semakin ketara Indonesia sedang menuju sukses dalam segenap bidang, terutama dalam soal memerangi rasuah, ketelusan dalam pentadbiran, kebebasan media, menteri yang berintegriti yang mungkin tidak dibayangkan ketika gerakan reformasi yang mengorbankan pelajar Universiti menumbang regim Suharto.

Nah kita di Malaysia, sudah terpampang depan mata jalan menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti. Tak perlu sangat banyak songeh dan berteori, ubah sistemlah, tarbiyyah ummah lah dan macam-macam lagi.

Yang penting sekarang jatuhkan UMNO/BN dulu, selepas itu yakinlah perubahan akan jadi seperti Indonesia, nak pilih PM warak macam Al-Fadzil Mokhtar Senik dari idealogi parti Islam atau setulus Dr. Jayakumar dari idealogi parti Sosialis atau selicik Azmin Ali dari idealogi pragmatis atau betul bendul macam lebai Tok Cha seperti anda.

Yang penting sekarang semua kita perlu bergabung tanpa mengira idealogi parti, agama, kaum, jantina untuk bersama-sama nyahkan UMNO/BN kali ini melalui Pakatan Harapan. Selepas itu pakat aturlah agar rakyat menerima idealogi bawaan anda secara demokratis seperti Indonesia yang bertukar ganti parti serta Presiden dari berbagai aliran dan idealogi yang cuba diterap dalam negara mereka ke arah kesejahteraan kepada seluruh rakyatnya.

Aris Awang
Setiausaha AMANAH Kedah

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...