TERKINI :

Thursday, July 13, 2017

Injunksi mahkamah pada Selangor manfaat buat semenanjung



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi injunksi kepada kerajaan Selangor menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri turut memberi manfaat kepada seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, dengan keputusan berkenaan SPR tidak akan menggunakan persempadanan baru sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Saya nak ucap tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara mahkamah petang semalam membenarkan injunksi melarang SPR kemukakan laporan kepada perdana menteri mengenai persempadan semula yang dicadangkan.

“Ini kejayaan yang besar dan alhamdulillah bukan sahaja Selangor akan terima manfaat daripada keputusan itu, tapi seluruh negeri Semenanjung Malaysia kerana SPR tak akan gunakan persempadanan baru sehingga PRU akan datang.

"Ini membuktikan inisiatif kerajaan Selangor untuk mempertahankan hak rakyat - bukan saja di Selangor tetapi seluruh negara - telah menghasilkan kejayaan," kata Azmin semasa berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15 Shah Alam hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan injunksi kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan SPR daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri.

Hakim Azizul Azmi Adnan memberi perintah itu kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran kerajaan Selangor mengenai seksyen 8 dalam jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri pada Oktober tahun lepas memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghentikan pelaksanaan persempadanan semula.

Azizul kemudian membenarkan penangguhan pertanyaan tempatan di Selangor sementara menunggu keputusan mahkamah kerajaan negeri.

"Hanya ada satu laporan kepada perdana menteri dan laporan itu hanya boleh dikeluarkan apabila semua inkuiri mengenai pelaksanaan persempadanan semula untuk semua negeri Tanah Melayu selesai.

"Tiada laporan boleh diberikan kepada perdana menteri yang tidak termasuk Selangor," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...