TERKINI :

Monday, July 17, 2017

ekali lagi, Mahfuz beri kenyataan cabar pendirian partinya

Mahfuz-Omar-pakatan-harapan-ph
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar hari ini sekali lagi mengambil pendirian berlawanan daripada partinya PAS, dengan mengucapkan tahniah kepada barisan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan minggu lepas.

“Insya Allah, PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada PRU14 akan datang,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap PH yang terdiri daripada gabungan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman akan menggerakkan rakyat Malaysia ke depan.

“Saya harap PH akan bertekad untuk mengubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas,” kata Mahfuz, yang sebelum ini diselar pemimpin PAS kerana sering mengambil pendirian tidak sehaluan dengan pimpinan parti.

Mahfuz berkata PH perlu merangka agenda yang lebih konkrit dan terperinci di dalam manifesto PH untuk mengubah institusi keadilan, sambil menggesa kaum Melayu tidak terpengaruh dengan isu perkauman.

“PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa ‘politik baru’ dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan,” katanya.

Khamis lepas, gabungan 4 parti di bawah PH mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi, di samping memilih logo baharunya yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...