TERKINI :

Sunday, July 16, 2017

Benarkah tiada agenda Islam dalam janji 100 hari Pakatan Harapan seperti dikatakan PAS

PAS kata janji 100 hari Pakatan Harapan takda agenda Islam.. Hadam molek..

1. Hapuskan GST:
Cukai haram dikenakan pada rakyat miskin.. Itu agenda Islam..

2. Stabilkan harga minyak:
Allah kurniakan minyak di bumi Malaysia untuk dinikmati hasilnya oleh seluruh rakyat, bukan untuk dibebankan dengan dijual dengan harga mahal.. Itu agenda Islam..

3. Meringankan beban rakyat:
Kerajaan wajib menentukan rakyat hidup selesa tanpa bebanan kos sara hidup yg tinggi.. Itu agenda Islam..

4. Reformasi terhadap sistem dan institusi kerajaaan:
Perlu lakukan perubahan terhadap sistem dan institusi negara ini seperti sistem kehakiman atau perundangan, sistem pendidikan dan sebagainya agar lebih menjurus kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat.. Itu agenda Islam..

5. Memerangi rasuah:
Rasuah antara dosa besar di dalam Islam dan wajib diperangi.. Itu agenda Islam..

6. Menubuhkan Siasatan Diraja di dalam menyiasat skandal 1MDB:
Setiap penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan apatah lagi yang membebankan rakyat walaupun melibatkan pimpinan kerajaan wajib disiasat dengan adil untuk diambil tindakan.. Itu agenda Islam..

7. Memulihkan felda:
Apabila didapati terlalu banyak penyelewengan dan salahlaku berlaku di dalam felda, kerajaan wajib menyiasat dan mengambil tindakan serta memulihkan kembali felda kepada objektif asalnya untuk membantu warga felda.  Itu juga agenda Islam.

Agenda Islam bukannya sekadar sebat orang di khalayak ramai dan tebang balak.. Islam itu rahmat untuk semua.. Faham..???

Pemuda Harapan

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...