TERKINI :

Thursday, June 1, 2017

SPRM perlu menyiasat Projek "Dubai of Malaysia"


Kenyataan akhbar bertarikh 31/5/2017 (Versi English dibawah)

1. Saya merujuk kepada arahan berhenti kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bertarikh 15/5/2017 mengenai projek pembangunan Aman Laut bernilai RM1.2bilion yang akan dibangunkan atas 49 hektar tanah tebus guna di sepanjang pantai Kuala Kedah, yang digelar "Dubai Malaysia ".

2. Perintah berhenti kerja, seperti yang disahkan oleh Ketua Pengarah JAS, Ahmad Kamarulnajib Che Ibrahim, telah dikeluarkan kerana kerja-kerja pembangunan telah dijalankan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan JAS bagi projek itu.

3. Di bawah s.34A (8) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ia adalah satu kesalahan yang serius untuk menjalankan apa-apa projek sebegini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan JAS, yang membawa hukuman denda maksimum RM500k atau 5 tahun penjara.

4. Bagaimana kerajaan negeri, yang bertanggungjawab secara langsung untuk mengawasi projek ini, boleh membenarkan projek pembangunan dijalankan tanpa mengikuti undang-undang?

5. Kami bukan bercakap tentang beberapa kerja-kerja kecil - menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM), sejauh jarak 1km ke laut telah ditebus guna dan 10ha bakau di sepanjang pantai terjejas.

6. Kerajaan negeri tidak boleh hanya menganggap langgaran undang-undang dan peraturan persekutuan ini secara terang-terangan sebagai hanya satu kesilapan yang boleh dilepaskan, terutamanya apabila kerajaan negeri sendiri adalah pihak yang terus terlibat dalam projek pembangunan ini apabila ia menandatangani MOU dengan pemaju pada Disember tahun lepas untuk melaksanakan projek ini yang akan mengambil 10 tahun untuk disiapkan. Kerajaan negeri bukan semata-mata pemerhati “by-stander” tanpa apa-apa kepentingan.

7. Saya amat terkejut dengan sambutan yang malas dan bersikap tidak peduli daripada kerajaan negeri setakat ini terhadap perlaksanaan projek secara haram tersebut, khususnya oleh kedua-dua anggota Exco, Dr Leong Yong Kong, yang bertanggungjawab bagi jawatankuasa alam sekitar Kedah dan Badrol Hisham Hashim yang bertanggungjawab untuk kerajaan tempatan dan sumber air.

8. Balasan Dr Leong bahawa perintah berhenti kerja hanya sementara, dan pada masa yang sama mengakui bahawa kerja masih dijalankan di tanah dalaman adalah sama sekali tidak boleh diterima. Sama juga kenyataan Badrol Hisham yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan pemaju untuk mengemukakan semula laporan EIA tanpa menegur pemaju atau menunjukkan apa-apa kebimbangan terhadap perintah pemberhentian kerja sekali tidak boleh diterima.

9. Adalah amat penting untuk tidak ada sebarang penyembunyian “cover up” dalam skandal terbaru ini dan siasatan penuh mesti segera dilaksanakan oleh kerajaan negeri di mana kepala-kepala yang bertanggungjawab mesti dipecat kerana gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar.

10. Dalam hal ini, saya juga menggesa SPRM untuk menyiasat bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa telah berlaku dalam menutup sebelah mata untuk projek ini dijalankan tanpa kelulusan JAS.

Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...