TERKINI :

Thursday, June 8, 2017

PEGUAM : Penyamun jenis apa yang sedang berada di DBKL sekarang ini?

PENYAMUN BERTAULIAH DI DEPAN MATA

Baru sampai pejabat... Tadi menghadiri taklimat berkaitan pembangunan Padang Bola Jalan Jujur Bandar Tun Razak oleh Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL di Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak.

Taklimat oleh Pengarah JBEP DBKL jelas bahawa projek pembangunan tersebut diserahkan kepada pemaju Tetuan Sinerjuta Sdn Bhd dan projek tersebut tetap akan terus dijalankan walau pun terdapat bantahan daripada penduduk berhampiran.

Semasa sesi soaljawab, aku mengambil peluang bertanyakan Pengarah daripada maklumat yang beliau sendiri tunjukkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menawarkan penjualan tanah tersebut kepada pemaju melalui surat bertarikh 26/04/2016. Surat tersebut dipaparkan pada skrin di dalam Dewan. Amat jelas Datuk Bandar menawarkan pemaju untuk membeli tanah tersebut pada 26/04/2016.

Aku menyoal, bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan tanah yang bukan milik Datuk Bandar untuk dijual? Perlu diambil perhatian bahawa tanah padang bola tersebut adalah tanah rizab melalui Warta Kerajaan yang diletakhak kepada Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan. Rizab tanah tersebut hanya dibatalkan pada 22/12/2016 dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 09/01/2017. Ini bermaksud semasa Datuk Bandar menawarkan penjualan tanah kepada pemaju pada 26/04/2016, tanah tersebut masih tanah rizab. Bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan penjualan tanah rizab yang bukan milik Datuk Bandar?

Soalan aku dijawab bahawa Pejabat Tanah & Galian Wilayah telah memberi milik tanah kepada DBKL pada Mei 2015. Sekali lagi Pengarah JPEP menipu. Pada 13/02/2017 Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan memaklumkan melalui surat kepada aku bahawa status tanah sehingga 10/06/2016 masih lagi dalam proses membatalkan rizab. Jika 10.06/2016 masih dalam proses membatalkan rizab, bagaimana Pejabat Tanah boleh memberi hakmilik kepada Datuk Bandar seperti yang didakwa oleh Pengarah JPEP? Tipu sangat!!

Kemudian pada 01/06/2017 kami membuat carian hakmilik tanah, dan amat jelas bahawa sehingga 01/06/2017 hakmilik tanah masih di atas nama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan hakmilik tersebut hanya didaftarkan pada 06/04/2017.

Penyamun jenis apa yang sedangt berada di DBKL sekarang ini?

Zulhazmi Shariff
08/06/2017
13 Ramadhan 1438.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...