TERKINI :

Thursday, June 22, 2017

Pas yang tidak istiqamah pendirian

 http://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/03/pkr-pas.jpg
Kira kira enam minggu yang lalu, Majlis Syura Ulama Pas mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR sebagaimana diluluskan perwakilan pada Muktamar Pas ke-63.

Hubungan yang dibina sejak 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata roboh setelah ketiadaan Almarhum Fadhil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin utama Pas.

Walaupun Pas yakin dengan kekuatan jentera mereka, namun ternyata mereka memerlukan PKR dari sudut idea dan strategi, maka tidak hairan apabila naib Presiden Pas , Nik Amar kembali membuka pintu kepada PKR untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diasaskan oleh Pas bersama parti IKATAN sebelum ini.

Terkeluarnya pimpinan pimpinan profesional Pas yang seterusnya menubuhkan AMANAH meruncingkan lagi Pas dari sudut idea dan strategi berhadapan pilihan raya, ternyata setelah drama RUU355 berakhir Pas kelihatan seperti hilang punca untuk mencorakkan perjalanan parti, maka tidak hairan lah sepanjang berakhirnya drama Ruu355, isu yang dijuarai Pas hanyalah berkisar memburukkan Amanah dan DAP.

Kalau diperhatikan, sayap dan badan utama Pas hari ini, seperti Unit Amal, Dewan Himpunan Penyokong Pas, bahkan Alternatif Rider Club (ARC) diasaskan oleh pemimpin pemimpin yang hari ini telah bersama Amanah, ini membuktikan, kelompok pemikir sudah tiada di dalam Pas dan inilah yang mendesak mereka untuk cuba kembali mendapatkan PKR yang di dalamnya ada tokoh tokoh yang mampu menjana idea dan strategi ampuh untuk berdepan Umno Barisan Nasional.

Pas mungkin baru tersedar bahawa tanpa kerjasama politik sekurangnya bersama PKR, akan menjadikan parti mereka tidak lagi releven ada PRU ke-15.

Keterdesakan Pas ini menjadikan mereka tidak "istiqamah" atau tidak tetap dengan setiap pendirian atau keputusan yang dibuatnya sendiri, mereka akan mengubah keputusan awal yang hanya diketahui secara lewat tidak menguntungkan mereka.

Keterdesakan ini juga disebut-sebut kesan daripada sambutan luar biasa rakyat negeri Kelantan terhadap Pakatan Harapan yang dianggotai secara bersama oleh PKR, Amanah, PPBM dan DAP.

Tanpa Pas jangka, parti yang disebut sebagai "nyamuk" ternyata menggugat mereka apabila parti "nyamuk" ini bergabung dan bekerjasama dengan 3 parti lain, dan Pas yang pernah meninggalkan Umno dengan hanya 6 kerusi pada Pru12 tahun 2008 kini bakal mengalami kesukaran yang dasyat bukan sahaja untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan, bahkan berisiko kehilangan hampir kesemua kerusi DUN di Kelantan sekiranya berlaku 3 penjuru.

Namun tidak kurang yang berpandangan, setelah berjaya meruntuhkan Pakatan Rakyat, tujuan sebenar ajakan Pas kepada PKR adalah bertujuan untuk meruntuhkan Pakatan Harapan pula sekaligus walaupun "mengorbankan" diri mereka namun akan membantu menghalang DAP dan Amanah dari mendapatkan kuasa, dengan erti kata lain membantu mengekalkan penguasaan Umno Barisan Nasional di Putrajaya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...