TERKINI :

Friday, June 16, 2017

Pak Long dok beletiaq kat MAT BASHAH & SADA pasai ayaq tak dak kat Kedah...

Pak Long...

Sendai gigi depa yang dok tungu lori ayaq tengah malam...

Salam Ramadhan Pak Long... Dekat-dekat nak raya ni,  Pak Long nampak macam pening sikit. Pak Long yang kemereh, dok pi tala kat pembangkang buat apa. Ayaq tak sampai rumah orang bukan pasai pembangkang,  pasai infra ayaq yang tidak mencukupi itu sudah terlalu tua.

Infra ayaq yang dibina dengan duit geran dan duit berutang RM1.9 bilion di zaman Pak Long jadi YB, kamadian jadi Exco, kamadian ni jadi MB pula lagi.  Duit berutang dan duit geran tu tirih merata jalan seghopa dengan paip ayaq la jugak...

Nama duit tu NRM. - Non Revenue Money-. Contohnya Loji ayaq Padang Sanai, daripada sepatutnya 50 juta jadi RM155 juta. Lubuk Buntaq pun seghopa, 25 jadi 65.... Ini bukan kerja pembangkang,  ini kerja Pak Long anak beranak.

Penswastaan kepada Taliwork Langkawi pun seghopa...semua tu keja melingkop negeri,  kerja perabih dan mentekedarah, bukan kerja pembangkang. Mai ayaq tak sampai kat orang ramai,  Pak Long tala merata, tuduh pembangkang sengaja cipta isu.  Isu apanya Pak Long, ayaq tak dak sungguh, berminggu dah niii!

SADA nak buleh buat apa kalau kerajaan tak sediakan bajet untuk buat infra.  Bina infra bukan kerja operator, bukan juga tanggungjawab parti pembangkang,  bukan kerja orang kampung... tu kerja kerajaan Pusat dan negeri. Bukankah Pak Long yang melancarkan slogan BN Menang Kedah Senang pada 2010?

Berapa juta tong ayaq kena bedak kat orang ramai nak bagi ada ayaq? Jawabnya 100 juta tong pun tak buleh selesai, kalau tong tu kosong. 

Itu kaedah spin, menjual harapan namanya. Tengok tong nampak ayaq.  Mana buleh lagu tu... Tong tu kosong seghopa suku sakat Pak Long jugak... Sembang kemaih, fesyen up to date, cakap belagak, janji menipu, gaya ranggi, rumah koi besaq, hartanah makin banyak.... keja hampehh. Kalu tak caya,  cuba Pak Long peghati gaya Exco ayaq... dia dok buat apa?

Supaya Pak Long sentiasa ingat,  masa Pak Long  jadi pembangkang selama 5 tahun tu,  Exco ayaq la ni tu lah pi demo depan wisma kata kerajaan PAS tak reti memerintah,  masalah ayaq pun tak reti selesai. La ni,  terok la sikit nak kena dok lap kahak atas batang idung sendiri?

La ni kan,  Pak Long kena maklumkan kepada rakyat kerajaan Pak Long yang sama kala dengan merajaan Persekutuan tak mampu nak sediakan infra ayaq yang mencukupi. 

Kosnya terlalu tinggi sehingga mencecah lebih 2.5 bilion. Untuk keperluan asas rakyat,  Pak Long anak beranak tak sanggup belanja 2.5 bilion untuk tempoh beberapa tahun.  Kalu nak periapp duit bagi kat Jho Low,  puluh-puluh bilion pun tak pa.  Kalu nak wak masuk akaun sendiri,  2.6 bilion pun Pak Long anak beranak pandai caghi.

Pak Long kena mengaku slogan Pak Long dulu tu auta saja, janji kosong untuk pancing undi.  Zaman Pak Long  joli duit pinjaman bekalan ayaq dulu tu satu kesilapan besaq,  walaupun Pak Long segan nak kata satu jenih khianat kepada orang ramai. Kalau tak joli, infra ayaq sudah tentu lebih baik daripada sekarang. Bukan sikit duit tu lesap gitu saja.  Ada lebih RM400 juta pelarasan pinjaman pada 2004, tak tau buat apa!

Pak Long ada cuba nak bagi kepada AUI selesaikan masalah ni dengan cara lanjutkan konsesi rawatan ayaq di 5 loji utama, plus ++ bina infra baru,  tapi ada halangan Akta WSIA 2006. Rundingan Singapura tu payah nak jadi, walaupun Pak Long memang nak buat.  Cop Usima dengan Tok Det siap atoq segala pekakaih dah,  tapi tak upaya...payahhh.

Daripada Pak Long tala kat pembangkang pasai isu ayaq ni,  lebih baik Pak Long pi PAAB dan SPAN minta depa sediakan dana dan kelulusan untuk bina infra.  Banyak mana pun Pak Long kena sanggup mintak,  Pak Long kena yakinkan PM dan mummy Pak Long bahawa ini keperluan segera.  Lebih segera daripada projek keretapi RM55 bilion. Pak Long dengan depa bukan ka satu kala, satu kepala,  satu nakhoda satu melesia! Rakyat nak ayaq, bukan nak tong dan cakap2 kosong.
Tak gaduh dok cerita la taskforce ayaq yang dicanang  tahun lepaih tuuu... Tak dak dok buat apa punnn... Trick nak pelepaih diri saja...

Chek Minta ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kat Pak Long anak beranak kalu chek tulih bahasa beruih ni kasaq sangat... Tak upaya dah chek pun... Nak susup rasa keciwa dah tak bulihhh... Nak beruih kain tak bulih,  baik beruih Pak Long... 😁😁😀😃😅

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...