TERKINI :

Sunday, June 4, 2017

MENGAPA BOLEH JADI BEGINI DUHAI PKR..?


Walaupun Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu telah membuat keputusan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan Kelantan perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta susulun keputusan Pas memutuskan hubungan dengan PKR, dilaporkan belum ada yang berbuat demikian sehingga ini.

Ia disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob yang berkata, "Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa."

Kenapa boleh jadi begini?

Mengapa arahan Biro Politik PKR tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri?

Dilaporkan juga Adun PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh memberitahu, sehingga ini semua lantikan politik itu belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan di antara kerajaan negeri dengan PKR pusat berhubung perkara itu.

Rundingan apa lagi?

Perlu apa berunding lagi sedangkan Biro Politik PKR sudah membuat arahan yang jelas mengenainya dan Pas pula sudah memutuskan hubungan dengan PKR?

Apakah dalam hal ini Biro Politik PKR perlu membuat arahan sekali lagi atau  di mata rakyat, PKR pun akhirnya dilihat tidak jauh berbeza dengan Pas juga? (ShahbudinHusin 04/06/2017).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...