TERKINI :

Thursday, June 22, 2017

KPN Perlu Rampas RM128 juta Atau 28 Barangan Kemas Daripada Rosmah

1. Saya cukup yakin dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang Berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

2. Pendedahan oleh DOJ menunjukkan wang yang dipulangkan tersebut diseleweng untuk dinikmati antaranya oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melalui akaun Tanore di Singapura yang didakwa dikawal oleh Jho Low yang merupakan sahabat karib anaknya Riza Aziz.

3. Sungguh gembira Rosmah Mansor menikmati wang tersebut taktalah rakyat terus derita dengan pelbagai jenis cukai, kos sara hidup tinggi, gaji yang rendah dan bermacam lagi. Apapun tindakan DOJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami kemana wang yang telah dipulangkan oleh Najib Razak (menurut pengakuan Rahman Dahlan).

4. Saman DOJ ini telah mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta telah dibazirkan dengan membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk Rosmah Mansor. Malah, Rosmah juga dihadiahkan 26 barang kemas bernilai jutaan ringgit daripada penyelewengan duit "derma" ini. Samaada barang kemas mewah ini dihadiahkan oleh Jho Low sebagai tanda penghargaan atau arahan masih belum terjawab. Justeru, Rosmah Mansor perlu jelaskan perkara ini kepada umum kerana wang yang digunakan tersebut adalah milik rakyat.

6. Saya mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menasihatkan Rosmah Mansor agar berani mengikuti langkah DiCaprio kerana ia adalah prosedur biasa dalam penyiasatan kes sepertimana yang pernah ditunjukkan SPRM dalam rampasan barang mewah milik EXCO Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah baru-baru ini.

7. Malah, Ketua Polis Negara kita perlulah jadi matang dan lebih prihatin untuk mencampuri tindakan DOJ ini, kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah. Ketua Polis Negara perlu buktikan yang beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor. Rakyat dahagakan tindakan kritikal seperti ini.

8. Justeru, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab besar untuk melindungi maruah dan integriti Malaysia dengan memastikan sesiapapun di Malaysia tidak akan boleh terlepas daripada melakukan kesalahan.

*YB Khalid Samad*
*Ahli Parlimen Shah Alam*
*Parti Amanah Negara*

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...